CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KIM.K

MITOS AJI SAKA : MANUSIA PERTAMA MEMBUKA TANAH JAWA

  [Copy link]
 Author| Post time 15-6-2019 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Orgkgdukobesi replied at 15-6-2019 12:16 PM
Kipidap. Bahan bacaan menarik

Terima kasih sudi luang masa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2019 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-6-2019 01:13 PM
Masa tu Bali dah beragama hindu. X salah sy lps raja Majapahit beragama hindu kalah.. Dia lari ke  ...

Ya betul sis @sarah82
Kisah Aji Saka ni berlaku lama sebelum kewujudan majapahit. Hindu dah sampai ke Bali
Masa tu tanah jawa pakai sistem kalendar Saka yang sama dipakai di India. Hari raya Nyepi tu dari kalendar Saka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2019 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 15-6-2019 01:21 PM
Rindunya magelang

Kabupaten Magelang, Jawa Tengah ^^
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 15-6-2019 02:01 PM
Ya betul sis @sarah82
Kisah Aji Saka ni berlaku lama sebelum kewujudan majapahit. Hindu dah sampa ...

Ramai org ingat hindu di Bali dan tanah jawa sana mazhab mcm hindu di India.. Sebab tu chola claim yg depa punya empayar.

Sebenarnya Hindu di Bali & Jawa x sama dgn Hindu di India.. Hari Nyepi hanya ada di Bali saja.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 15-6-2019 07:36 PM
KIM.K replied at 15-6-2019 02:51 AM
Hehe..Kedah Tua takda..tapi Kelantan Purba ada

Medang Kamulan ni pengasas keluarga diraja  ...


Kelantan Purba tu aku percaya.

Dari kajian Kelantan ni Ada genetik India..mtapi diorg mix dengan genetik India 60000SM lepastu Tak mix dgn genetik lain...Dan genetik tu blend up dalam badan diorg jadi lah diorg sekarang ni.

Tapi tu bukan membuktikan Orang Kelantan original Melayu...diorg bukan original Austronesian. Macam Orang Sulawesi, Maluku, Filipina, Maori, Hawaii diluar Sunda Plate tu aku percaya original Austronesian .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-6-2019 03:02 PM
Ramai org ingat hindu di Bali dan tanah jawa sana mazhab mcm hindu di India.. Sebab tu chola claim ...


Ya..saya baca juga..sebab rujuk artikel mengenai Hindu Bali
Ada catatan Mat Saleh kata masa Majapahit di Islamkan, elite Jawa yang enggan masuk Islam lari ke Bali

Tetapi dia kata Hindu di Bali taknak ikut 100% seperti Hindu di India, boleh kata di Bali tu bukan agama Hindu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-6-2019 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KIM.K at 15-6-2019 11:49 PM
Malaysia.Doom replied at 15-6-2019 07:34 PM
Kelantan Purba tu aku percaya.

Dari kajian Kelantan ni Ada genetik India..mtapi diorg mix den ...


Ye ke..jadi Kelantan Lama ni dulu Medang Kamulan. Masa Aji Saka mendarat di tanah jawa dia bawa pengikut termasuk abdi India seramai 20,000 orang
Mungkin inilah percampuran yang dimaksudkan..
Tentang masa tu 60,000SM tak mengejutkan. Antara saintis pun bertelagah tentang masa pembuatan candi dan piramid. Sebenarnya zaman nabi Sulaiman ni berpuluh ribu tahun lalu. Carbon dating tak mampu detect
Untuk seleweng sejarah, Illuminati ubah tarikh dan masa sebenar.
Selain tu dalam manuskip cina sebut Kelantan tempat tinggal bangsa gergasi.
Kononnya Merong Mahawangsa masa jadi penguasa Kelantan dia dilantik oleh nephilim. Kalau jin + manusia ni ada genetik denosovians. Jadi tak tahulah kalau Kelantan pun ada darah denosovians sebab tak pernah dengar ada kajian
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 15-6-2019 07:34 PM
Kelantan Purba tu aku percaya.

Dari kajian Kelantan ni Ada genetik India..mtapi diorg mix den ...

Nak kait juga dgn keling kesayangan tu..

Kajian tunjukkan DNA Kelantan berusia 60000 tahun sama mcm Kedah dan Jawa.. Tak ada pun mention tentang campur keling.
Kajian 2009 DNA mitokondria menunjukkan kaum asli semang adalah berasal dari manusia moden yg keluar dari Afrika.

Ang ni selalu sangat bawa citer mitos.

Tak habis naik kait kan dgn keling.

Kajian DNA mitokondria 2009 tu menunjukkan Kelantan adalah melayu...depa ambik dna dari 10 jenis sub etnik bangsa Melayu. Hasil kajian DNA tu diterbitkan dlm Mapping Human Genetic Diversity in Asia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2019 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-6-2019 11:57 PM
Nak kait juga dgn keling kesayangan tu..

Kajian tunjukkan DNA Kelantan berusia 60000 tahun sam ...

Nabi Adam tu kisah mitos eh???



So Melayu ko Asal dari beruk la kannn...perangai Pon dh cam beruk..klaim Sana klaim sini...baik korang balik jelah ke Sumatera tanah leluhur Melayu korang tuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 16-6-2019 01:58 AM
Nabi Adam tu kisah mitos eh???



Mcm aku tulis sebelum ni.. Bila ang x mampu membalas dgn fakta.. Yg ang mampu buat adalah menghina bangsa Melayu.

Tanpa ang sedar.. Ang sendiri menunjukkan kedangkalan ang.

Aku yakin... Ang jadi mcm ni.. Meratib sana sini hina bangsa Melayu sebab low self esteem.. Jadi dgn menghina bangsa yg ada tamadun lebih tua dari bangsa ang dpt la naikkan 10% self esteem ang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 16-6-2019 02:04 AM
Mcm aku tulis sebelum ni.. Bila ang x mampu membalas dgn fakta.. Yg ang mampu buat adalah menghina ...

Tak payah nak membongak....macam kitorang Tak tahu siapa tu Melayu.

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 02:07 AM | Show all posts
sarah82 replied at 15-6-2019 03:02 PM
Ramai org ingat hindu di Bali dan tanah jawa sana mazhab mcm hindu di India.. Sebab tu chola claim ...

saya pun dok igt yg sama. Hindu di bali n jawa tengah sama dengan penganut hindu di india sana.

tp pernah juga laa terpikir yg, kalo sama2 hindu, kenapa anutan mereka mcm lain je. Dewa mmg sama, tp cara tu yg lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2019 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-6-2019 11:57 PM
Nak kait juga dgn keling kesayangan tu..

Kajian tunjukkan DNA Kelantan berusia 60000 tahun sam ...

Orang asli nusantara yang berdarah Negrito, yang diorg kata campuran manusia moden tulah disebut denosovians
Denosovians ni darah manusia hibrid jin macam annunaki. Atau kawin bukan sesama Homo sapiens. Ada 2-3% DNA asing dalam tubuh mereka

Tapi tak disebutkan sama ada melayu Kedah/Kelantan berdarah denosovians. Takda kajian. Kajian melayu berdarah Yahudi ada hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 16-6-2019 11:55 AM
Orang asli nusantara yang berdarah Negrito, yang diorg kata campuran manusia moden tulah disebut d ...

Ngeh……yg ni yg timbul kemungkinan besar melayu adalah saudara yahudi yg hilang. Saudara bukan kaum yahudi yg hilang.

Jadi ada byk teori mengatakan Melayu dari keturunan Nabi Ibrahim dan Siti Keturah kan Kim?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2019 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 16-6-2019 01:58 AM
Nabi Adam tu kisah mitos eh???



Tentang usia DNA tu 60,000SM

Kim berteori yang usia tu terjadi sebab worm hole. Sebelum banjir besar, sehari lebih panjang daripada 24 jam. Banjir besar Nabi Nuh tu pindahkan orbit bumi dari kedudukan asal ke kedudukan sekarang

Sebelum bah besar dunia ada dua lapis, bumi dan kayangan. Memang masa tu sudah disebutkan bahawa kayangan takda matahari. Cahaya diorang dari langit yang kemerahan. Serupa gambaran alam bunian

Sela masa kita dengan alam bunian 3 hari. Sehari kat sana, 3 hari kat bumi. Sela masa neraka pun beribu tahun banding sehari kat sini.
Some where mesti ada worm hole
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2019 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 16-6-2019 12:02 PM
Ngeh……yg ni yg timbul kemungkinan besar melayu adalah saudara yahudi yg hilang. Saudara bukan ka ...

Ya sis dalam satu buku Mat Saleh dia cakap Yahudi sekarang bukan Yahudi asal.
Yahudi asal bangsa Atlantis di tanah jawa, dia kata kita la Yahudi asal hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2019 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 16-6-2019 11:20 PM
Ya sis dalam satu buku Mat Saleh dia cakap Yahudi sekarang bukan Yahudi asal.
Yahudi asal bangsa ...

Yahudia sekarang adalah kaum ke 13 iaitu Ashkenazi yg mana penyembah matahari.. Depa menjadi yahudi bila memilih agama Yahudi sebagai agama.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 16-6-2019 11:20 PM
Ya sis dalam satu buku Mat Saleh dia cakap Yahudi sekarang bukan Yahudi asal.
Yahudi asal bangsa ...

Masih scan jer, sebab saving bila betul free Baru nak Baca thread sis yang menarik ni. Dah nampak you tulis kayangan, kita asal yahudi wah sangat Menarik. Dulu Dulu Kalau cerita pun Ada sebut kan dewa dari kayangan. Sekarang orang Dah Tak sebut kayangan. Bestnya apa lah Ada kayangan tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2019 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nurrlisa replied at 16-6-2019 11:57 PM
Masih scan jer, sebab saving bila betul free Baru nak Baca thread sis yang menarik ni. Dah nampak  ...

Hi dear sweet sis..my lovely angel <3 <3
Huhu maaf sebab Kim tulis input berjela-jela..susah nak hadam. Kisah dia panjang lagi..maybe buat 3 part
It's a tribute story
I get love and respect from fellow Indonesians yang renovate rumah, sebab pandai sejarah dan layan masakan Indonesia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts

MITOS AJI SAKA: [SIRI KE-2] HINDUISME, KALENDAR & AKSARA TANAH JAWA

Edited by KIM.K at 27-6-2019 04:50 PM

Recap. Aji Saka berjaya menewaskan raja jin kerajaan Medang Kamulan, Prabu Dewata Cengkar dan di angkat menjadi raja. Beliau digelar Prabu Anom Aji Saka

Beliau naik takhta kerana membawa bersamanya surat salasilah keturunan yang asli bertitih dari Dewa Hanuman dan Nabi Ishaq s.a (brahmana sakti). Bangsa Brahma ketika itu sangatlah mulia dan suci bangsa dewa dewi, sehingga mereka tempatnya di singgahsana dan raja-raja bersila di atas lantai. Aji Saka adalah calon yang dinantikan, dengan bukti sahih sebagai zuriat keturunan Hanuman anak Rama Raja yang diputerakan dalam kota Mathura Brudaban.

Dialah yang membawa peradaban tinggi ke Medang Kamulan dengan menamakan tempat-tempat, memperkenalkan agama Hindu, kalendar dan alphabet jawa. Di ketika itu pulau Jawa hanya didiami oleh bangsa raksasa dan makhluk halus

Semasa Aji Saka menyusuri pulau-pulau jawa, beliau menamakan pulau berdasarkan pokok yang tumbuh di sekitarnya. Contohnya nama Pulau Perca untuk Pulau Sumatera. Di sebuah pulau ia melihat penduduk makan sejenis gandum dipanggil jawawuut, lalu menamakan itu Jawawuut (Pulau Jawa). Beliau jugalah yang menamakan Pulau Bali (semasa kerap berulang-alik ke timur dan barat pulau jawa).

Aji Saka merupakan ulama muktabar Hindu. Penyebaran ajaran Hindu datang bersama kalendar Tahun Saka yang di guna pakai di India. Terdahulu, kaum Saka (Cyhthians) di India menang peperangan suku dibawah Dinasti Kushana pimpinan Raja Kaniskha I. Justeru, pada bulan Mac 78 Masehi, Raja Kaniskha I yang naik takhta menetapkan sistem Kalendar Saka sebagai kalendar rasmi kerajaan

Kalendar inilah yang disebar ke tanah jawa dan masih digunakan oleh umat Hindu di Bali. Ia mempunyai 12 bulan seperti kalendar Masehi. Mereka merayakan Hari Raya Nyepi setiap tahun baru Saka, seperti umat Islam menyambut 1 Muharram

Setelah lama beliau menyusun pemerintahan di Medang Kamulan, Aji Saka mengirim pembantunya Dora mengambil keris di puncak Gunung Kendeng dalam kawalan Sembhada. Oleh kerana kedua-dua sahabat ini patuh setia kepada raja, berlakulah pertarungan sengit yang mengorbankan nyawa. Dora telah berkeras ingin mengambil keris untuk Aji Saka, manakala Sembhada berkeras tidak mahu melepaskannya seperti amanat. Mereka berbunuhan dan terkorban bersama

Setelah 2 hari Dora tidak kembali, Aji Saka mengirim utusan ke Gunung Kendeng. Berdukalah baginda atas belangsukawa sehingga sanggup mengasingkan diri dan keluar bertapa untuk membersihkan jiwa. Takhta diberikan kepada anaknya.

Sewaktu dalam pertapaan, Aji Saka di ilhamkan tuhan untuk mencipta aksara jawa. AS terlihat dua orang raksasa yang mati, seorang menggenggam warkah lontar (diperbuat dari kelapa) mengandungi tulisan Pallava (Jawa kuno) dan seorang lagi menggenggam lontar tulisan Thai. Lalu AS menggabungkan kedua-duanya menjadi aksara Jawa 20 alphabet atau dikenali sebagai Hanacaraka/Carakan.

Inilah sebabnya aksara Jawa kelihatan seperti alphabet Thai pada hari ini. Aksara jawa ini disusun dengan tertib sehingga menjadi bait-bait puisi insiden terkorbannya Dora dan Sembhada. Ia menjadi tribute buat mengabadikan kisah pembantu- pembantunya yang dikasihi.

Maksud syair Hanacaraka
Hanacaraka = Ada Utusan atau abdi;
Dathasawala = membawa khabar atau surat;
Padhajayanya = sama-sama sakti;
Magabatanga = semuanya menjadi mayat

Hanacharaka juga masih lagi digunakan oleh masyarakat Bali sehingga ke hari ini. Daripada asalnya 20 aksara, hanya 18 aksara yang masih aktif diamalkan. Aksara ini terus berevolusi sehingga wujudnya tanda henti, konsonan, vowels dan lain-lain.

Setelah itu, Aji Saka kembali  semula ke Gujerat tanah airnya. Anak keturunan Aji Saka bertebaran di tanah jawa terutama di Bali. Agama Hindu semakin mekar di tanah jawa pada zaman Majapahit. Dan elite Hindu yang enggan memeluk agama Islam lari ke Bali. Disebutkan oleh seorang penulis Eropah bahawa agama Hindu di Bali itu tidak sama lagi dengan yang asal

Hikayat Aji Saka ini di riwayatkan dalam Babad Tanah Jawa, Serat Momana, Serat Aji Saka, Babad Aji Saka, Serat Witoradyo III, Serat Ajidharma Ajinirmala yang semuanya ditulis diatas tahun 1800

Bersambung..

Siri ke-3: Lagenda Pertarungan Aji Saka dan Dewata Cengkar

Baca Siri Pertama: Pembukaan Tanah Jawa di https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1163101&page=1&extra=&mobile=2#pid69330724

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.121508 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list