CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KIM.K

MITOS AJI SAKA : MANUSIA PERTAMA MEMBUKA TANAH JAWA

  [Copy link]
 Author| Post time 26-6-2019 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts

MITOS AJI SAKA: [SIRI KE-2] HINDUISME, KALENDAR & AKSARA TANAH JAWA

Edited by KIM.K at 27-6-2019 04:50 PM

Recap. Aji Saka berjaya menewaskan raja jin kerajaan Medang Kamulan, Prabu Dewata Cengkar dan di angkat menjadi raja. Beliau digelar Prabu Anom Aji Saka

Beliau naik takhta kerana membawa bersamanya surat salasilah keturunan yang asli bertitih dari Dewa Hanuman dan Nabi Ishaq s.a (brahmana sakti). Bangsa Brahma ketika itu sangatlah mulia dan suci bangsa dewa dewi, sehingga mereka tempatnya di singgahsana dan raja-raja bersila di atas lantai. Aji Saka adalah calon yang dinantikan, dengan bukti sahih sebagai zuriat keturunan Hanuman anak Rama Raja yang diputerakan dalam kota Mathura Brudaban.

Dialah yang membawa peradaban tinggi ke Medang Kamulan dengan menamakan tempat-tempat, memperkenalkan agama Hindu, kalendar dan alphabet jawa. Di ketika itu pulau Jawa hanya didiami oleh bangsa raksasa dan makhluk halus

Semasa Aji Saka menyusuri pulau-pulau jawa, beliau menamakan pulau berdasarkan pokok yang tumbuh di sekitarnya. Contohnya nama Pulau Perca untuk Pulau Sumatera. Di sebuah pulau ia melihat penduduk makan sejenis gandum dipanggil jawawuut, lalu menamakan itu Jawawuut (Pulau Jawa). Beliau jugalah yang menamakan Pulau Bali (semasa kerap berulang-alik ke timur dan barat pulau jawa).

Aji Saka merupakan ulama muktabar Hindu. Penyebaran ajaran Hindu datang bersama kalendar Tahun Saka yang di guna pakai di India. Terdahulu, kaum Saka (Cyhthians) di India menang peperangan suku dibawah Dinasti Kushana pimpinan Raja Kaniskha I. Justeru, pada bulan Mac 78 Masehi, Raja Kaniskha I yang naik takhta menetapkan sistem Kalendar Saka sebagai kalendar rasmi kerajaan

Kalendar inilah yang disebar ke tanah jawa dan masih digunakan oleh umat Hindu di Bali. Ia mempunyai 12 bulan seperti kalendar Masehi. Mereka merayakan Hari Raya Nyepi setiap tahun baru Saka, seperti umat Islam menyambut 1 Muharram

Setelah lama beliau menyusun pemerintahan di Medang Kamulan, Aji Saka mengirim pembantunya Dora mengambil keris di puncak Gunung Kendeng dalam kawalan Sembhada. Oleh kerana kedua-dua sahabat ini patuh setia kepada raja, berlakulah pertarungan sengit yang mengorbankan nyawa. Dora telah berkeras ingin mengambil keris untuk Aji Saka, manakala Sembhada berkeras tidak mahu melepaskannya seperti amanat. Mereka berbunuhan dan terkorban bersama

Setelah 2 hari Dora tidak kembali, Aji Saka mengirim utusan ke Gunung Kendeng. Berdukalah baginda atas belangsukawa sehingga sanggup mengasingkan diri dan keluar bertapa untuk membersihkan jiwa. Takhta diberikan kepada anaknya.

Sewaktu dalam pertapaan, Aji Saka di ilhamkan tuhan untuk mencipta aksara jawa. AS terlihat dua orang raksasa yang mati, seorang menggenggam warkah lontar (diperbuat dari kelapa) mengandungi tulisan Pallava (Jawa kuno) dan seorang lagi menggenggam lontar tulisan Thai. Lalu AS menggabungkan kedua-duanya menjadi aksara Jawa 20 alphabet atau dikenali sebagai Hanacaraka/Carakan.

Inilah sebabnya aksara Jawa kelihatan seperti alphabet Thai pada hari ini. Aksara jawa ini disusun dengan tertib sehingga menjadi bait-bait puisi insiden terkorbannya Dora dan Sembhada. Ia menjadi tribute buat mengabadikan kisah pembantu- pembantunya yang dikasihi.

Maksud syair Hanacaraka
Hanacaraka = Ada Utusan atau abdi;
Dathasawala = membawa khabar atau surat;
Padhajayanya = sama-sama sakti;
Magabatanga = semuanya menjadi mayat

Hanacharaka juga masih lagi digunakan oleh masyarakat Bali sehingga ke hari ini. Daripada asalnya 20 aksara, hanya 18 aksara yang masih aktif diamalkan. Aksara ini terus berevolusi sehingga wujudnya tanda henti, konsonan, vowels dan lain-lain.

Setelah itu, Aji Saka kembali  semula ke Gujerat tanah airnya. Anak keturunan Aji Saka bertebaran di tanah jawa terutama di Bali. Agama Hindu semakin mekar di tanah jawa pada zaman Majapahit. Dan elite Hindu yang enggan memeluk agama Islam lari ke Bali. Disebutkan oleh seorang penulis Eropah bahawa agama Hindu di Bali itu tidak sama lagi dengan yang asal

Hikayat Aji Saka ini di riwayatkan dalam Babad Tanah Jawa, Serat Momana, Serat Aji Saka, Babad Aji Saka, Serat Witoradyo III, Serat Ajidharma Ajinirmala yang semuanya ditulis diatas tahun 1800

Bersambung..

Siri ke-3: Lagenda Pertarungan Aji Saka dan Dewata Cengkar

Baca Siri Pertama: Pembukaan Tanah Jawa di https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1163101&page=1&extra=&mobile=2#pid69330724

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Pastinya dia upah kapal gergasi pelaut pelaut melayu untuk angkut suku sakat , bala tenteranya dari india ke jawa
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Cop. OT kejap. Nak tny sbgai cnth g mana mau tgk semua thread yg d buka oleh Kim / TT yg lain? Means klu meols nk tgk semua penulisan Kim, ada ke option list down semua thread yg Kim upload?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 26-6-2019 06:41 AM
Pastinya dia upah kapal gergasi pelaut pelaut melayu untuk angkut suku sakat , bala tenteranya dari  ...

Ya begitulah rasanya sebab pembinaan Solomon Temple ambil kayu Ophir dari sebelah sini. Dah ada kemajuan tamadun

It Tsing pun angkut 27,000 orang dalam pelayaran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
AkuMark replied at 26-6-2019 10:21 AM
Cop. OT kejap. Nak tny sbgai cnth g mana mau tgk semua thread yg d buka oleh Kim / TT yg lain? Means ...

Kalau otai2 macam Pakcik Otto dan Uneks tu benang2 diorg dikumpul dekat HALL OF FAMES, pinned di Board

Bbnu macam saya, sarah82,  DetektifFS, belum ada HOF. Bro boleh klik kat gambar dp kami untuk membaca. Klik gambar > klik posts yg kami tulis
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
AkuMark replied at 26-6-2019 10:21 AM
Cop. OT kejap. Nak tny sbgai cnth g mana mau tgk semua thread yg d buka oleh Kim / TT yg lain? Means ...

Boleh klik kat id pembuka thread dan akn ade list thread yg dibuka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2019 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 26-6-2019 11:44 AM
Kalau otai2 macam Pakcik Otto dan Uneks tu benang2 diorg dikumpul dekat HALL OF FAMES, pinned di B ...

Ahahaha...Kim meols ni wanita sejati bukan bro2.

Oh gtuh ka? Amboi pok cik bukan main lagih. Berbaloi la dbukak thread pasal beliyau. Wokeh thanks nnt meols tgk. Godek2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
AkuMark replied at 26-6-2019 12:29 PM
Ahahaha...Kim meols ni wanita sejati bukan bro2.   

Oh gtuh ka? Amboi pok cik bukan main l ...

Oh..sori sis. Salam sayang

Pakcik Otto dah mencapai tahap contribute senior yang disegani. Banyok sumbang kepada pembacaan
Insyaallah di masa akan datang bolehlah kita ikut jejak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 26-6-2019 11:57 AM
Boleh klik kat id pembuka thread dan akn ade list thread yg dibuka

Thanks kak nora. Tak pernah p tgk profile org kecuali tertekan tanpa sengaja.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 26-6-2019 12:35 PM
Oh..sori sis. Salam sayang

Pakcik Otto dah mencapai tahap contribute senior yang disegani. Bany ...

Salam sayang Kim. Good luck!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
AkuMark replied at 26-6-2019 12:40 PM
Salam sayang Kim. Good luck!

Terima kasih dear sis..cayyok!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 26-6-2019 11:42 AM
Ya begitulah rasanya sebab pembinaan Solomon Temple ambil kayu Ophir dari sebelah sini. Dah ada ke ...

Bestnya Cerita ni, but I have to go to the first series Dulu lah ni, Baru faham.

Ni cerita betul Ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Aksara Jawa Kat bawah tu tertulis MAHABATANGA.

Maksudnya menjadi mayat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca sikit, scrol tgk gambar dulu nanti baru baca balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2019 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
nurrlisa replied at 26-6-2019 10:13 PM
Bestnya Cerita ni, but I have to go to the first series Dulu lah ni, Baru faham.

Ni cerita betu ...

Hihi..iols tengok kalau panjang berat sangat pada pembaca. Lalu buat ringkas kalini
Mitos Aji Saka macam Hang Tuah juga..takda bukti tapi jadi sebutan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2019 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 26-6-2019 11:54 PM
Aksara Jawa Kat bawah tu tertulis MAHABATANGA.

Maksudnya menjadi mayat

Oh .betul juga. Cekap Doom

Awak nak tulis pasal misteri alam Melayu kan..awak tinggalkan tanah jawa utk saya ya. Or buka klu2 sikit

Kim nak rungkai tanah jawa sahaja few episod
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2019 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 27-6-2019 07:30 AM
Baca sikit, scrol tgk gambar dulu  nanti baru baca balik

Huhuhu..heavy
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 10:27 AM | Show all posts
KIM.K replied at 18-6-2019 11:22 PM
Hi dear sweet sis..my lovely angel

Kim hebatnya cerita Aji Saka ni. Siap ada connection dengan Nabi Sulaiman. No wonder Kim kata broboudur di bina Nabi Sulaiman. Sangat interesting. Tapi tahun tahun tu semua jadi confusing. 60000 BC tu lama sangat, how do we connect this with Nabi Adam.

Nabi Sulaiman ni, lepas dia berapa nabi lagi ya sebelum sampai Muhammad. I need to google. But your writing is very good. Nanti sis pegi part 2.

Confused lah sangat ni. It seems zaman dulu dulu macam macam jadi masa ancient civilization. Tapi tinggalan sejarah sebelah sini macam gambar Kim tunjuk tu, belah belah Yeman sana lain pulak, how is AS connected to Nabi Suleiman. I'm just thinking out loud. I dah sampai Broboudor tu, tak sangka pulak di bina Nabi Suleiman. Sis naik sampai atas, sembahyang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 10:35 AM | Show all posts
Bestnya baca cerita ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 10:38 AM | Show all posts
Menariknya, tapi makin makin confused heheheh. Tengok gambar tu, dia macam orang biasa moden ya. Tapi hebat sangat mereka ni dulu dulu siap sakti dsb. Good writing Kim. Rasa macam balik ke zaman silam. Ada movie tak ya tentang ni, nak tengok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.102817 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list