CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10253|Reply: 59

[Tempatan] Pensyarah curi tesis PhD saya, kata pelajar asing di universiti tempatan.

  [Copy link]
Post time 15-6-2019 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Pensyarah curi tesis PhD saya, kata pelajar asing di universiti tempatanNurul Azwa Aris -

June 15, 2019 8:47 AM


Seorang pelajar warga Qatar berkata, aduan beliau mengenai kecurian kertas penyelidikannya tidak mendapat penjelasan memuaskan daripada penyelia beliau.

PETALING JAYA: Seorang pelajar dari Qatar yang belajar di sebuah universiti awam tempatan menuduh seorang daripada 2 penyelia PhD beliau mencuri kertas penyelidikannya.

Beliau memberitahu FMT kertas tersebut diterbitkan tahun lepas di laman web rasmi universiti menggunakan nama 2 penyelia tersebut, tetapi pelajar berkenaan berkata, kecurian itu dilakukan oleh hanya seorang daripada mereka.

Pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Aziz berkata, beliau meminta penjelasan daripada penyelia berkenaan tetapi tidak mendapat respons yang memuaskan.

Beliau kemudiannya membuat aduan kepada pihak pengurusan universiti, tetapi tiada tindakan diambil sehingga kini, katanya.




Aziz berkata, beliau merupakan pembantu penyelidik di Mimos Berhad apabila berkenalan dengan individu berkenaan sebagai rakan sejawatan.

“Setelah itu saya kembali ke Qatar dan bekerja di sana,” katanya.

“Pada 2015, sewaktu individu tersebut telah menjadi seorang pensyarah di universiti, beliau menasihati saya supaya mendaftar sebagai pelajar PhD di bawah penyeliaannya. Oleh sebab kami pernah bekerja di Mimos, beliau tahu latar belakang dan kemampuan penyelidikan saya,” katanya.

Beliau menerima nasihat itu dan memulakan penyelidikannya. Walaupun secara rasmi beliau mempunyai 2 orang penyelia, individu terbabit menasihatinya supaya mengabaikan penyelia bersama itu dan hanya merujuk kepadanya, kata Aziz lagi.

Aziz menunjukkan kepada FMT satu urutan komunikasi e-mel antara beliau dengan penyelia terbabit berhubung disertasi PhD beliau.

Katanya, beliau kini menunggu perkara itu diselesaikan bagi membolehkannya menyudahkan PhD beliau.

“Saya berharap penerbitan kertas penyelidikan itu ditarik balik,” katanya. “Atau mereka memasukkan nama saya sebagai pengarang pertama.”

FMT telah menghubungi universiti berkenaan dan sedang menunggu jawapan balas.




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2019 11:36 AM | Show all posts
cmne nk buktikn pemilikan cmni..klu tulis tgn tu lain..klu semua digital, payah jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Crude data cuma Ada pada original researcher
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Over sangat pensyarah tu
Kot ye pun nak ambik letak lahpenulis asal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Based on pengalaman kawan2 aku, memang ramai pun supervisor mcm tu, student phd buat thesis dan article penat2 depa suka hati nak menempelkan nama masing2. Paling sakit hati kalau depa tu jenis tak menyumbang apa2 pun..nak jumpa pun susah. Bagi pandangan n idea pun tak. Alasannya Phd student kena independent. Senang je alasan nak lepas tangan.

Tapi part nak menempel nama dlm article tu nak pulak. Mesti nama dorg kena ada sekali.  Tak malu sungguh.

Sbb tu aku prefer private uni kalau nak smbung nt
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 12:53 PM | Show all posts
phd akak pakai fast track je, guna teknik azizan osman. tanpa thesis tanpa research. kaka convo kt china guadongbatucaves well done. good job
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2019 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Potpouri replied at 15-6-2019 12:11 PM
Based on pengalaman kawan2 aku, memang ramai pun supervisor mcm tu, student phd buat thesis dan arti ...

Memang kena letak nama sv..itu syarat, sbb stud buat research dibawah seliaan dia, walau tak 100% guide, tp sv normally akan guide your research utk meet phd level..yup mmg kena independant, sbb time viva sv tak boleh masuk campur..100% stud yg kena jwb, ini utk membuktikan stud itu layak dpt phd, dan phd adalah lesen membuktikan anda mampu membuat research sendiri..
Yg jadi salah adalah kalau sv letak nama dia yg pertama utk hasil kajian stud, sv sepatutnya nama ke 2..bertambah salah dan takde etika kalau sv tak letak langsung nama student dia..boleh dikenakan tindakan tatatertib
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 15-6-2019 12:53 PM
phd akak pakai fast track je, guna teknik azizan osman. tanpa thesis tanpa research. kaka convo kt c ...

Hebat akak cili ni. Tak sangka sungguh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2019 02:31 PM | Show all posts
cepheid replied at 15-6-2019 01:57 PM
Hebat akak cili ni. Tak sangka sungguh

kaka sarcatism je sebab ada badut2 buat phd guna penipuan lepas tu upload kt surat khabar.  kawan akak buat phd sampai terberanak kt dalam kereta tau. susah nya buat phd.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 03:05 PM | Show all posts
masalahnya begini:-

1. adakah pelajar di bayar  menggunakan geran yg dimiliki pensyarah?
2. adakah idea (proposal) utk projek dicetuskan oleh pensyarah?
3. adakah pensyarah langsung tidak memasukkan nama pelajar?

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 03:07 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 15-6-2019 02:31 PM
kaka sarcatism je sebab ada badut2 buat phd guna penipuan lepas tu upload kt surat khabar.  kawan  ...




actually, mudah ke nak buat phd ni selagi kita punya semangat, projek yg baik dan disusun dengan baik,  sv yang baik dan menyokong dan tidak cerewet dan kita snediri berkemampuan  menjalankan projek, menyusun data dan menerbitkan data.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 03:39 PM | Show all posts
batmana replied at 15-6-2019 11:36 AM
cmne nk buktikn pemilikan cmni..klu tulis tgn tu lain..klu semua digital, payah jugak..

biasa utk grad phb, mereka harus ada thesis yang perlu dibentangkan dan dibahaskan utk kelulusan uni... sperti exam sebegitu..
bila bab publication biasanya kecurian akan berlaku... di mana thesis diterbitkan di journal2 tempatan atau antarabangsa diolah semula oleh supervisor then diterbitkan.. kadang2  nak tolong rakan sejawat mereka ada masukkan nama rakan sejawat masing2, ada tu yang tak terlibat langsung pun ada namanya terselit.. rasanya budak Qatar itu rengsa sbb beliau as first author, aleh2 bila publish thesis tu, the supervisor yakni lecturer tak letak nama beliau... ataupun the lecturer tu letak nama beliau as first author, then letak nama another author tanpa persetujuan beliau yang bertungkus lumus tulis thesis itu..

dalam journal publication, boleh letak beberapa nama author yang terlibat..ada journal accept sampai 5 author.. the first author adalah orang terlibat paling banyak dengan penghasilan sesebuah thesis.

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 03:41 PM | Show all posts
Potpouri replied at 15-6-2019 12:11 PM
Based on pengalaman kawan2 aku, memang ramai pun supervisor mcm tu, student phd buat thesis dan arti ...

bukan selalunya supervisor akan tanya ke nak letak nama siapa lagi dalam senarai author tu? tapi kalau supervisor yang over, thesis kita pun dia main redah jah
saya kalau yang pesen tak berapa nak membantu saya akan cakap terus, si polan sekian sekian shj yang boleh tumpang nama...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
yanzhuo replied at 15-6-2019 01:07 PM
Memang kena letak nama sv..itu syarat, sbb stud buat research dibawah seliaan dia, walau tak 100%  ...

Perlu ke diletak nama sedangkan tugas penyeliaan tu dibayar gaji pun. Bukan free.

Senang sgt nak meet kpi kalau cmtu, paksa student publish paper kalau tak tak layak dpt phd? Amik student ramai2 dapat menempel nama tak kisah la second ke third.

Takde etika betul pensyarah cmtu. Unless ko membantu guide student sungguh2 baru la logik nak bg kredit atas usaha yang tak seberapa
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Potpouri replied at 15-6-2019 12:11 PM
Based on pengalaman kawan2 aku, memang ramai pun supervisor mcm tu, student phd buat thesis dan arti ...

Ha satu lagi konon gi present kt konvensyen overseas tapi realitinye tampal poster jah sambil tunggu org dtg booth ko. Pathetic!
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 15-6-2019 12:53 PM
phd akak pakai fast track je, guna teknik azizan osman. tanpa thesis tanpa research. kaka convo kt c ...

Ada belon2 tak masa konvo tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2019 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 15-6-2019 02:31 PM
kaka sarcatism je sebab ada badut2 buat phd guna penipuan lepas tu upload kt surat khabar.  kawan  ...

Kenapa kaka xshredder je PhD badut2 tersebut dgn kopek kaka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
ctaf replied at 15-6-2019 12:57 PM
Absolutely correct.based on experirnce aku sndr.buat research terkinatang kanting sorg2,lecturer j ...

Lepas tu konon2 tercapai la kpi masing2. Then berjaya naik pangkat dan teruskan kesinambungan mcm tu..

Berkat ke hidup depa2 ni makan duit hasil begitu.

Oo lupa depa justify sndiri apa yang dibuat tu betul.

Haram tu babi je kikiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang ramai je perangai gini iols malas je nk sebut uni...dulu iols degree uni swasta lepas tu sambong master uni awam sebab takda duit...beza sangat perangai sv yachh...agak terkejut jugak la.. sv yg kat swasta nampak work hard siap skype bagai nak hasilkan paper berkualiti
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
supervisor aku dulu macamni, gugurkan nama student letak nama sendiri. Ramai lecturer Malaysia murahan buat taktik ni dengan postgrad
Diorg jawab dia yang cari duit sponsor, dia selia projek. Nama dia penting

Student tempatan tak berani nye nak report dengan birokrasi bagai. Aku sumpah lecturer aku tu, selain abuse student taktik kotor buat kajian semua belajar dgn dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.534096 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list