Pada masa dahulu, semenanjung Tanah Melayu turut meliputi wilayah Segenting Kra yang kini termasuk di dalam wilayah Negara Thai dan Myanmar. Penduduk di Negeri Patani bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kelantan (Yawi) sementara penduduk Melayu daripada wilayah Setul hinggalah ke Rundung dan Pulau Dua (Kawthoung) di dalam wilayah Myanmar pada hari ini bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kedah.
Penduduk Melayu di kawasan ini bukanlah pendatang, sebaliknya merupakan kaum pribumi yang telah menduduki kawasan ini sejak zaman berzaman, iaitu warisan daripada Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka.
Binaan di Rundung (Ranong) yang menjelaskan sempadan sebenar bumi Melayu dan Siam, Selepas kejatuhan Kerajaan Siam yang berpusat di Ayuthia pada tahun 1767 akibat serangan Burma, telah bangkit satu kuasa Thai iaitu Kerajaan Thonburi di bawah pemerintahan Raja Taksin. Raja Taksin ini telah menyerang Kerajaan-kerajaan Melayu di Negeri Ligor, Cahaya, Rundung, Terang, Ghraibi, Bukit, Bedalung dan Singgora. Negeri Patani terselamat daripada serangan tersebut. Walaubagaimanapun, benteng terakhir negeri Melayu ini kemudiannya berhadapan dengan serangan demi serangan daripada pihak Thai.
Anglo-Siamese Treaty, 1909, yang dibuat antara British dengan pihak Thailand telah memisahkan sama sekali semenanjung Tanah Melayu kepada dua bahagian. Perjanjian ini dibuat tanpa melibatkan perbincangan dengan Raja-raja Melayu di negeri-negeri yang berkenaan. Wilayah-wilayah milik Melayu daripada Patani, Singgora, Setul hinggalah ke segenting Kra telah diakui British sebagai hak milik Thai.
nama-nama tempat yang berbaur Melayu di kawasan segenting Kra juga telah diubah kepada sebutan dalam Bahasa Thai. Di bawah ini dinyatakan kembali nama sebenar antara sebahagian kawasan-kawasan di bahagian selatan Siam dalam Bahasa Melayu yang telah di’Thai’kan untuk peringatan dan rujukan kita semua serta generasi akan datang khasnya.
Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)
Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)
Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)
Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Ko Similan (Pulau Sembilan)
Ko Panyee (Pulau Panji)
Ko Phi Phi (Pulau Pi Ah Pi)
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)
Chaiya (Cahaya)
Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.
Tenasserim (Tanah Seri). Di dalam wilayah negara Myanmar (Burma) pada hari ini. Malaysia pada hari ini sebenarnya hanya mewarisi separuh daripada wilayah asal semenanjung Tanah Melayu.
#kasturi
Kredit : Melayu
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 15-6-2019 10:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Disebutkan tentera Siam tarik batu penanda besar2 guna berpuluh gajah sampai ke Kedah
Orang melayu tarik semula batu tu ke Perlis senyap2. Jadilah sempadan seperti sekarang. Kalau tidak lagi banyak Siam claim tanah
Lama lepastu tentera Siam pegi cek batu penanda. Diorang keliru kenapa pendek je jarak jajahan
Post time 16-6-2019 12:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kurex replied at 15-6-2019 10:06 PM
Kenapa british busuk hati sangat???
British dah cukup bersimpati kat negeri2 melayu.... Tanpa british negeri perlis, kedah, utara perak,kelantan sekarang berada dlm negara thai..lumrah dan perkara biasa sempadan negara ditentukan melalui peperangan..siam menang perang melawan negara2 melayu seperti patani, setul, cahaya, singgora,kedah,kelantan dan yg lain2 tu...siam senang masuk sebab negara2 melayu tu tak disatukan di bawah satu kerajaan/empayar melayu selepas kejatuhan melaka..
Sebenarnya british ada niat nak masukkan wilayah melayu di segenting kra macam negara patani dan satun ke dlm pemerintahan british seterusnya keluar dari penjajahan siam sebelum perjanjian inggeris-siam dimuktamadkan.. Tapi kesilapan pemimpin2 melayu kat wilayah tu jugak, tak cukup kuat melobi british walau usaha2 melobi tu ada tapi suam2 kuku, tak agresif.. Sepatutnya kena bijak main politik dgn kuasa2 luar, kena ugut british jika tak masukkan wilayah mereka ke dlm pemerintahan british mereka akan minta kuasa perancis masuk campur, british ni dia punya perangai cukup takut klu perancis masuk menjajah kawasan bersebelahan dgn wilayah2 yg dikuasai depa.. atau pihak patani adakan perjanjian terus dgn perancis yang memang anti siam pada masa tu..cuba tiru kebijakan sultan/kerajaan perak masa tu melobi british untuk rampas gerik dan pangkalan hulu dari siam..
Sebelum kedatangan parameswara yang membuka kota melaka, Kedah Tua merupakan antara kerajaan yang teawal wujud di Tanah Melayu. Ianya merupakan kesinambungan dari penaklukan empayar Langkasuka.
EMPAYAR LANGKASUKA
Empayar langkasuka menjadi begitu terkenal bukan sahaja kerana kepentingannya yang terletak di tengah-tengah perjalanan laut perdagangan antarabangsa India-China malah disegani kerana kemantapan tamadunnya.Sekiranya rakyat Kedah menyatakan asal nama Langkasuka muncul daripada keceriahan ‘Alangkah Suka’ dan rakyat Patani daripada cerita penglipur lara, ‘Lakun Saka.’ Tegas W. Linehan, kemunculan nama Langkasuka adalah berasal dari perkataan langka dan Asoka, cucunda kepada Maharaja Chandragupta Maurya yang memerintah utara India pada abad ke-3 SM.
Betapa kuatnya pengaruh dan hubungan kebudayaan Hindhu-Budhha terletak pada nama Langkasuka itu sendiri. Ada kemungkinan pedagang atau kaum Brahman India yang beragama Hindu menamakan Langkasuka atau negeri pulau (Asoka), sebagai penghormatan terhadap maharaja mereka. Beliau menambah, bahawa Langkasuka bermakna Pulau Asoka, sempena nama Maharaja Asoka yang memerintah India, 264-228 SM. Nama Langkasuka mengandungi erti yang besar, itulah sebabnya mengapa pengarang Hikayat Merong Mahawangsa memasukkan nama tersebut dalam penulisannya. Keadaan ini menimbulkan kekeliruan kerana apakah benar nama balai/kota Langkasuka dalam hikayat itu dengan Negara Langkasuka sebenarnya.
Menurut sumber India perluasan Langkasuka meliputi separuh daripada bahagian utara Semenanjung hingga ke kawasan laut di sebelah timur dan juga barat. Jelas sumber China Liang Shu pula, perluasan Langkasuka mengikut panjang pantainya jika perjalanan arah timur ke barat memakan masa selama 30 hari dan dari utara ke selatan sejauh 20 hari perjalanan.Pada zaman kegemilangannya daerah penguasaan merangkumi negeri-negeri Melayu Ligor, Snk-ku-na (Singgora atau songkha sekarang), Kun-ha-tai (patani), Ko-lan-tan (Kelantan), Teng-ka-ha-lo (Terengganu), Kedah dan Daerah Hulu Perak. Bahkan Langkasuka menguasai seluruh semenanjung,di sebelah utara hingga Ligor dan menganjur ke selatan hingga Temasik. Sungguhpun demikian perluasannya semakin berkurangan menjelang abad-abad terakhir kemerosotan dan sejarah kejatuhannya. Tarikh Patani menerangkan:
Dan kawalan negeri langkasuka ini termasuk Legor dan Saujara(singgora) dan pelabuhan besarnya Patani…Kawasan sebelah selatan sampai ke mulut tanjung (kemungkinan Singapura atau Temasik)71. Ternyata Langkasuka menguasai dan mengawal satu daripada jalan rentasan darat menghubungi pantai barat dan pantai timur Semenanjung (Trans-Peninsular). Jalan rentasan Semenanjung lain dari Langkasuka melalui Singgora ke Patalung hingga Ligor, dari Langkasuka ke Kedah ataupun ke Chumpon, dari Trang ke Pelabuhan Kra atau Takuapa dan di bahagian selatan sepanjang pantai timur Semenanjung. Sungai-sungai besar yang muaranya menghadap teluk siam dan laut china selatan seperti sungai patani, sungai teluban, sungai Kelantan, sungai Terengganu dan sungai Pahang, adalah juga jajahan kawalan Langkasuka. Sungai-sungai ini bukan sahaja berperanan sebagai jalan perniagaan penting malah menyalurkan hasil perlombongan emas dan bijih timah. Rangkaian perlombongan emas terdapat dari negeri Patani hingga Pahang, justeru bahan inilah menjadi sumber utama menampung ekonomi Langkasuka.
Krdit to blog: sejarahasiatenggara
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Ayuthia kerajaan Siam
Sokthai adalah kerajaan dari bangsa Tai yg kalah perang kat selatan China.
Bila depa sampai kat Ayuthia.. Siam bagi perlindungan dari situ depa mula berasimilasi kan sampai la depa claim depa bangsa siam sebenar.
Jawapan dia adalah Bijih Timah/Besi.
Masa depa nak berdagang dgn Kedah.. Sultan tetapkan syarat.. Tak boleh buka lombong.. Hanya boleh beli hasil dari sultan kedah.
Bila perjanjian 1909 dibuat tanpa pengetahuan almarhum Sultan Abdul Hamid, baginda sangat sedih dan berduka.. Kedah hilang jajahan yg sebenarnya kaya dgn hasil bumi.
Jadi Thai utk mengukuhkan claim depa terhadap jajahan kedah yg dirampas cara penipuan, depa masukkan secara beramai2 bangsa2 thai/tai.. Dan mula terap pada generasi Melayu baru bahawa depa bukan bangsa Melayu tapi Thai/tai yg beragama Islam.
Satu2nya negeri yg masih berjaya survive kekalkan identiti depa sebagai Melayu adalah Pattani walaupun mcm2 thai/tai buat utk depa lupa ttg bangsa sebenarnya depa.
Post time 16-6-2019 02:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
I like this thread. Tahun ni ajar sejarah form 3. Boleh juga selit2 dalam pdpc nanti. Lagipun mmg perlukan info tambahan seperti ni.. maklumla jadi bidang terjun je ajar sejarah thun ni. Mohon share banyak info lagi ye
Post time 16-6-2019 03:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Catpaw replied at 16-6-2019 03:14 AM
t.kasih sarah info ni. meh tengok video ni
Generasi tua Kedah selalu ckp.. Siam tu adalah saudara melayu.. Yg mana bila nenek-moyang melayu memilih islam.. Siam memilih utk kekal sebagai buddha. Jadi masa perang Kedah Siam.. Yg menyerang kedah ada siam sebenarnya bukan nya Thai/Tai.. Sama mcm Siam yg nak serang Melaka masa tu ada Ligor bukannya bangsa Thai/Tai la ni.
Engkau pun bangang macam linehan gak. Langkasuka bukan sempena nama Asoka la bodoh. Tarikh patani cuma dongeng. Langkasuka tak pernah menguasai kedah atau seluruh semenanjung. Langkasuka pernah ditakluk oleh kedah
Betul betul betul. Bila kedah mara masuk siam, british gigih pulak serang tentera laut kedah.
Tapi akhirnya Siam mengambil keputusan untuk keluar juga dari kedah akibat terlalu ramai askarnya dibunuh oleh pengikut Tunku Anom