CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 84139|Reply: 266

[Penulis] POST WHAT U READ ONLINE...

[Copy link]
Post time 16-6-2019 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Tarikh Sambutan Hari Bapa 2019 Di Malaysia
Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 10:43 PM
Bila Tarikh Sambutan Hari Bapa 2019 Di Malaysia? Seorang ayah atau ada yang menyebut sebagai bapa, abah, bak, abi, daddy dan sebagainya adalah seorang lelaki dan merupakan pasangan kepada ibu yang melahirkan seseorang. Berbakti kepadaibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja.

https://www.panduanmalaysia.com/tarikh-sambutan-hari-bapa-malaysia/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2019 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia Negara ‘Tong Sampah’
Oleh : Wan Syarafiz
10 April 2019 - 5:04 pm


Hampir 50% sisa plastik dihasilkan di Amerika Syarikat telah dihantar ke Malaysia bagi tujuan pelupusan
Industri kitar semula plastik boleh memberikan hasil pendapatan sekitar RM3.5 bilion kepada negara

Sejak China mengharamkan import sisa buangan bermula awal tahun 2018, Malaysia telah menjadi destinasi utama bagi melupuskan sisa buangan dari seluruh dunia. Banyak kilang telah dibuka di Malaysia untuk mengendalikan sisa buangan ini tetapi kebanyakannya beroperasi secara haram tanpa sebarang lesen. Kilang-kilang ini dilaporkan menggunakan alatan berteknologi rendah serta prosedur pelupusan yang berbahaya.

Selama 25 tahun China telah menjadi destinasi nombor satu dunia dengan 45% sisa buangan dari seluruh dunia akan dihantar ke negara tembok besar itu namun, semuanya berubah apabila China memutuskan tidak akan lagi mengimport sisa plastik utama (major plastic waste) kerana mengambil berat masalah alam sekitar. Perkembangan ini seterusnya menjadikan Malaysia sebagai pengimport terbesar sisa plastik di dunia.

Berdasarkan data yang telah dikeluarkan oleh Greenpeace, nilai import sisa plastik ke Malaysia dilaporkan berjumlah sebanyak 626,328 tan metrik dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga Julai 2018. Amerika Syarikat berada di kedudukan pertama dengan sisa plastik yang dihantar ke Malaysia berjumlah sebanyak 195,444 tan metrik. Jepun pula berada di kedudukan kedua dengan jumlah 104,920 tan metrik dan diikuti oleh United Kingdom (95,249 tan metrik).

Untuk pengetahuan umum, sisa plastik yang dihantar dari Amerika Syarikat ke Malaysia ini adalah mewakili hampir 50% daripada keseluruhan sisa plastik yang dihasilkan di negara tersebut. Manakala baki 50% lagi dihantar ke negara-negara lain seperti Hong Kong, India, Thailand dan Vietnam.


Kredit: The Edge

Melihat kepada data dan statistik ini, ia sudah pasti perkara yang agak membimbangkan ramai pihak memandangkan kebanyakan sisa buangan di Malaysia tidak dilupuskan mengikut saluran dan prosedur yang betul. Adakah Malaysia hanyalah negara ‘tong sampah’ yang menjadi tapak pelupusan kepada sampah-sampah dari seluruh dunia?

Lihat sahaja di sekitar kawasan Zon Perindustrian Pulau Indah. Di sana anda boleh lihat banyak tapak kitar semula yang tidak mempunyai papan tanda dan nama syarikat. Sedangkan menurut data daripada kerajaan, hanya dua kilang di kawasan tersebut yang mempunyai lesen untuk mengimport sisa buangan plastik. Adakah kebanyakan kilang ini beroperasi secara haram?

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh pihak Reuters, terdapat lapan kilang yang beroperasi secara haram di kawasan perindustrian terbabit dan melakukan pembakaran secara terbuka terutamanya sisa plastik yang tidak boleh dikitar semula. Di Kuala Langat pula, pihak berkuasa telah mengenal pasti 41 kilang telah beroperasi secara haram yang mana rata-rata kilang ini dikawal selia oleh syarikat dari China. Sebanyak 30 daripada kilang ini telah ditutup oleh pihak berkuasa kerana menerima aduan daripada penduduk setempat berkenaan masalah pembakaran terbuka dan juga masalah komplikasi kesihatan.

Menerusi satu pemeriksaan yang dijalankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terhadap 114 kilang yang mendapat kelulusan mengimport sisa plastik, hanya lapan sahaja yang betul-betul memenuhi syarat ditetapkan untuk beroperasi. Susulan daripada itu, pihak KPKT telah bertindak untuk menghentikan pemberian permit import (AP) sisa plastik bagi tempoh tiga bulan bermula daripada 23 Julai 2018.

Tidak dinafikan industri pengitaran semula plastik adalah satu industri yang boleh mendatangkan pulangan yang lumayan kepada negara. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin menganggarkan industri pengitaran semula plastik ini boleh memberikan hasil pendapatan sekitar RM3.5 bilion kepada negara. Namun adakah Malaysia sanggup mengorbankan kesihatan alam sekitar semata-mata tidak mahu melepaskan peluang ini?

Setakat ini, masih tiada cadangan dibuat bagi mengubah Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara sebaliknya Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin menyatakan komitmen untuk meningkatkan dan memperketatkan syarat permohonan AP bagi sisa plastik. Dalam masa yang sama, KPKT juga akan meningkatkan penguatkuasaan serta mengadakan pemantauan rapi terhadap kilang yang beroperasi seluruh negara. Kepada mana-mana kilang yang mahu membuat permohonan lesen memproses plastik, mereka perlulah mendapatkan kelulusan AP dengan 18 syarat baru perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Pautan : https://kapital.my/2019/04/malaysia-negara-tong-sampah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
S'ngor larang ambil straw plastik sesuka hati di kaunter
5:20 petang (Dikemaskini 5:20 petang)

Semua premis makanan dan minuman termasuk restoran di Selangor dilarang menyediakan penyedut minuman (straw) plastik di kaunter untuk diambil secara bebas oleh pelanggan mulai 1 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata dasar pelaksanaan mengurangkan penggunaan penyedut minuman plastik itu diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu lepas.

Bagaimanapun katanya, penyedut minuman plastik hanya akan diberikan atas permintaan pelanggan untuk setiap minuman yang dipesan.

Beliau berkata semua pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan memasukkan larangan tersebut dalam Syarat-syarat Permohonan Lesen Perniagaan semasa pengusaha makanan, minuman dan restoran mengemukakan permohonan baharu atau memperbaharui lesen perniagaan masing-masing.

“Objektif utama pelaksanaan dasar ini adalah untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran penduduk di Selangor tentang kesan jangka panjang penggunaan plastik sekali guna khususnya penyedut minuman plastik terhadap kesihatan dan alam sekitar.

“Pelaksanaan dasar ini dijangka akan dapat membantu kerajaan mengawal masalah pencemaran alam sekitar yang semakin ketara dan menggalakkan usaha mengitar atau mengguna semula serta menjaga kebersihan alam sekitar di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, di Shah Alam.

Jelas beliau, pelaksanaan dasar tersebut selaras dengan kempen bebas plastik yang sedang dijalankan di Selangor malah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna (single-use plastics) seperti beg plastik, polisterina, penutup atau pelapis makanan plastik, bahan-bahan plastik pakai-buang dan sebagainya.

Tambah Hee, kerajaan negeri melalui PBT akan memantau pelaksanaan dasar berkenaan dan semua pengusaha premis makanan, minuman serta restoran digesa memberi kerjasama dan bantuan supaya objektif pengurangan penggunaan plastik di negeri ini tercapai.

Katanya, kerajaan negeri juga amat berbangga dan berterima kasih kerana banyak pengusaha premis makanan, minuman dan restoran telah melaksanakan inisiatif seumpama itu dalam mengurangkan penggunaan plastik termasuk tidak lagi memberi penyedut minuman plastik secara automatik kepada pelanggan mereka.

“Malah, terdapat juga premis makanan, minuman dan restoran menggunakan penyedut minuman kertas atau buluh sebagai ganti selain mengedar penyedut keluli tahan karat (stainless steel) secara percuma kepada orang awam dan sebagainya.


“Justeru itu, orang ramai juga digalakkan untuk membawa bekas makanan atau minuman serta penyedut minuman yang boleh diguna semula,” katanya.

Hee berkata kerajaan negeri akan sentiasa meningkatkan usaha ke arah memastikan Selangor menjadi sebuah negeri yang lebih bersih, indah, hijau serta mesra alam.

Beliau juga menggalakkan orang ramai memberi cadangan serta pendapat mengenai pelaksanaan kempen dan dasar berkaitan penggunaan plastik kepada mana-mana jabatan serta agensi kerajaan selain menghubungi terus ke pejabat exco terus untuk tujuan tersebut.

“Setiap cadangan atau pedapat akan diberi perhatian dan dikaji agar kempen atau dasar kerajaan ini akan mencapai kejayaan,” katanya.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2019 01:55 PM | Show all posts
        News                ‘Millennial dating is hard’: Lost Spaces singer Samuel Lopez on turning failed romances into music (VIDEO)                    Tan Mei Zi,Malay Mail49 minutes ago
            

                        KUALA LUMPUR, June 17 — In the digital age, it’s not unusual to find love at first sight through your smartphone screen.
Just ask Lost Spaces’ lead singer Samuel Lopez.
Their single boxset.girlfriend was written after the Ipoh-born musician fell head over heels in love with a social media influencer that he first saw on Instagram.
It’s a quintessential taste of the band’s indie pop discography which chronicles the misadventures that come when the search for love meets technology.
Lopez thinks that a hyperconnected society is presenting new challenges for the younger generation when it comes to dating.
“I think it’s difficult because of the way we’re connected these days and the way people are littered with choice.
“I know friends who are in relationships but are on Tinder, and they’re okay with that. They’re always looking for the next best thing,” he told Malay Mail.
The advent of social media means that young people are now saturated with choice when it comes to a potential partner, a phenomenon that Lopez thinks has made it difficult to commit to a relationship.
                    “Even on Instagram, you can argue that guys who have girlfriends still ‘like’ other pretty girls’ pictures.
“Because you can have access to someone else’s archive and can slide into someone’s direct messages, there’s always this thought of, ‘maybe there’s someone better out there’.”
These modern-day trials have provided him and his bandmates creative fodder for their new album No Vacancy which is slated for release later this year.
Lopez says that the record revolves around his search for authenticity in a world where people feel the need to keep up a facade, especially when they have an online presence.
“I don’t know if it’s because I’m a small town boy coming to the big city, but I’ve realised it’s slightly harder to connect with people in Kuala Lumpur and finding common ground is slightly harder.
“I want a genuine love but I feel kind of hopeless through my experiences and the multiple people I’ve observed.
“The record is about me observing love and sort of trying to get into it but at the same time, I’m also saying that millennial dating is hard full stop.”
Along with the release of their first album, Lost Spaces have big plans ahead for the rest of 2019.
The band is set to bring their blend of funky, synth-flavoured sounds to Good Vibes Festival this July.
Keyboard player Lim Hong Koon said it’s surreal to think they will be playing at an event alongside international acts and local talents like Daniel Caesar and Ryot Jones.
“We’ve been attending Good Vibes Festival for the last few years, so to get the news that we would be playing this year was definitely crazy.
“We’re going to be sharing the stage with really cool international artistes and we’ve never played on a stage that big before,” Lim told Malay Mail.
Lost Spaces is made up of Lopez, Lim, bassist Imran Marshall, guitarist Lim Yi Shien, and drummer Kyle Emmanuel.
Keep up with their music on YouTube, Spotify, and Instagram.

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 07:35 PM | Show all posts
30 kilang kimia dipantau
Oleh Ifwan Tun Tuah
ifwan@bh.com.my


PASIR GUDANG: Lebih 30 kilang memproses bahan kimia selain puluhan kilang berkaitan industri berat termasuk logam yang berada berhampiran jajaran Sungai Kim Kim di sini dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengelakkan pencemaran.

Sumber berkata, pemantauan berterusan dan teliti itu dibuat bagi memastikan pemilik kilang terbabit sentiasa mematuhi syarat berhubung kaedah pelupusan sisa kimia, sekali gus mengelak tragedi pencemaran kimia di sungai berkenaan berulang.

“JAS mempunyai maklumat lengkap mengenai semua kilang terbabit yang termasuk dalam keseluruhan 247 kilang yang berada berhampiran jajaran Sungai Kim Kim. Jabatan itu juga mempunyai rekod mengenai bahan kimia yang dikendalikan atau dihasilkan oleh kilang berkenaan.

“Selain mengemas kini pangkalan data melalui pemantauan dan pemeriksaan berkala, JAS turut membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan pematuhan undang-undang alam sekitar dan pelupusan sisa berjadual,” katanya di sini, hari ini.

BH sebelum ini melaporkan terdapat sebanyak 274 kilang di sepanjang sungai itu yang direkodkan dalam bancian dilakukan JAS sebelum ini, sekali gus menjadi antara faktor pencemaran di sungai itu sukar dikawal.

Tinjauan BH minggu lalu mendapati, selepas tiga bulan disahkan selamat dan bebas daripada pencemaran sisa kimia berbahaya, sungai itu kini berhadapan pencemaran sampah-sarap selain menjadi cetek.

Sementara itu, Ketua Kampung Pasir Putih, Suhaimi Ahmad Shah, berkata penduduk kawasan itu berharap pihak berkuasa termasuk JAS melakukan pemantauan teliti terhadap operasi semua kilang di kawasan perindustrian berkenaan.

Katanya, tragedi pencemaran sisa kimia di kawasan itu yang menjejaskan kira-kira 6,000 orang pada awal Mac lalu, benar-benar menakutkan penduduk.

“Kami juga berharap pihak berkuasa dapat berkongsi maklumat terutama mengenai status sungai itu dari semasa ke semasa dengan penduduk secara terbuka kerana kami sendiri tidak tahu apa status sebenar sungai itu.

“Selepas operasi pembersihan sungai berkenaan selesai beberapa bulan lalu, penduduk tidak diberi apa-apa penerangan daripada pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon, mengakui JAS meningkatkan penguatkuasaan terhadap semua kilang di kawasan berkenaan.

“Ada beberapa kaedah yang dilakukan termasuk pematuhan kendiri oleh kilang selain pemberitahuan dan pelaporan alam sekitar secara atas talian (OER) selain pemeriksaan secara berkala dan berdasarkan aduan diterima oleh JAS.

“Bagi kilang yang menjana sisa toksik buangan berjadual, mereka dipantau melalui Sistem Maklumat Buangan Berjadual Elektronik (eSWIS) yang mampu mengesan pergerakan bahan buangan berjadual daripada kilang pengeluar kepada kemudahan pelupusan yang dilesenkan oleh JAS.

“JAS juga menjalankan pemantauan kualiti air Sungai Kim-Kim melalui dua stesen pemantauan yang terdapat di sungai berkenaan untuk memastikan tahap kualiti airnya,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2019 09:31 AM | Show all posts
Man kills wife, sets fire to Likas workers' quarters[size=1.3][size=1.3]Junaidi Ladjana
[color=rgba(0, 0, 0, 0.901961)][size=1.3]22 hrs ago










[size=1.3]© Provided by Media Prima(File pix) A man is escorted by the authorities at a workers’ quarters of a factory in Likas, Sabah earlier today. Pix by NSTP/Junaidi Ladjana
[size=1.6]KOTA KINABALU: A sexagenarian was alleged to have stabbed his wife to death then set fire to the workers’ quarters in Likas where they stayed early Monday.
[size=1.6]It is understood that the couple had been involved in an argument which ended when the woman was stabbed several times about 2am.
[size=1.6]The argument was said to have been overheard by a co-worker who tried to intervene.
[size=1.6]However, the husband shouted at the co-worker and told him to mind his own business before shutting the door to the quarters.
[size=1.6]Worried, the co-worker called the couple’s son managed to pull his mother out of the quarters and rushed her to Likas Women and Children’s Hospital but she was pronounced dead there.
[size=1.6]Police who arrived at the scene tried to coax the husband into surrendering. Instead, he threw several objects at them tried to set the building ablaze.
[size=1.6]However, firemen managed to put out the fire and, after 30 minutes, police detained the man while he was trying to escape the quarters through the kitchen window.
[size=1.6]He was taken to the Queen Elizabeth II Hospital where he was treated for a cut to his neck sustained while in the quarters.
[size=1.6]District police chief Assistant Commissioner Habibi Majinji said investigations under Section 302 of the Penal Code for murder were still ongoing.
[size=1.6]Police are trying to determine the cause of the argument.
[size=1.6]© New Straits Times Press (M) Bhd



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2019 09:36 AM | Show all posts
Morsi meninggal dunia lepas pengsan di mahkamah


Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi meninggal dunia pada usia 67 tahun setelah pengsan ketika perbicaraan di mahkamah pada Isnin.

Menurut laporan media tempatan dan antarabangsa, Morsi rebah selepas sesi perbicaraan di mahkamah dan meninggal dunia sejurus selepas itu.

"Beliau bercakap di hadapan hakim selama 20 minit kemudian menjadi sangat rancak dan pengsan.

"Dia segera dikejarkan ke hospital dan kemudiannya meninggal dunia," kata seorang sumber kehakiman, lapor AFP.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang menyokong kuat pemimpin Islam itu menyampaikan ucapan takziah kepada Morsi dan menggelarnya kematiannya sebagai syahid.

Laman web rasmi Al-Ahram melaporkan, Morsi adalah presiden Mesir pertama dipilih secara demokratik pada 2012 dan hanya sempat memegang kuasa lebih setahun sebelum digulingkan pihak tentera.

Pemimpin Islam itu hidup dalam penjara selepas digulingkan dan berdepan beberapa pendakwaan termasuk sebagai pengintip untuk Iran, Qatar dan kumpulan militan seperti Hamas di Semenanjung Gaza.

Beliau juga didakwa di bawah akta pengganas.


sumber : malaysiakini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr M lawat Ainul Mardhiah di hospital UK freemalaysiatoday.com Jun 18, 2019 8:27 AM  Mahathir Mohamad (tengah) melihat keadaan Ainul Mardhiah ditemani ibu bapa kanak-kanak terbabit. (Gambar Bernama) LONDON: Bayi 8 bulan Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembedahan bagi membuang tumor sel kuman kanser pada mulutnya minggu lepas, semalam menerima kunjungan pelawat istimewa, pemimpin nombor 1 negara Dr Mahathir Mohamad.  Ibu bapanya, pasangan Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan Nurul Erwani, kedua-duanya 24 tahun, jelas cukup teruja menerima kunjungan Mahathir, di penghujung lawatan kerja 3 hari perdana menteri ke United Kingdom (UK).  Ainul Mardhiah menunjukkan tanda positif selepas menjalani pembedahan di Hospital Kanak-kanak Isnin lepas, dan menurut bapanya, bayi itu kini sudah boleh bernafas dengan sendiri tanpa bantuan alat pernafasan.  Bayi yang dilahirkan selepas hanya 7 bulan dalam kandungan, disahkan mengidap kanser yang jarang berlaku itu sejurus selepas dilahirkan, dan walaupun pertumbuhan kanser itu pada mulanya sudah dibuang di Hospital Kuala Lumpur, namun tanda-tanda gejalanya tetap muncul kembali, kali ini di bahagian mulutnya.  Mahathir semasa ditemui media Malaysia selepas melawat bayi itu berkata “saya terharu dengan bayi ini. Bagaimanapun, saya gembira dengan sikap yang ditunjukkan rakyat Malaysia sehingga membolehkan Ainul Mardiah mendapatkan rawatan di sini”.  Ahmad Safiuddin berkata walaupun dilahirkan dengan penyakit itu, anaknya sama seperti anak-anak lain memiliki semangat kental untuk terus hidup.  Ainul Mardhiah dan ibu bapanya tiba di sini untuk pembedahan di hospital swasta berkenaan pada 24 Mei, yang menyaksikan sekumpulan pakar bedah berjaya membuang tumor seberat 200g yang menutupi seluruh mulutnya, dalam pembedahan yang mengambil masa selama kira-kira 5 jam.  Pembedahan yang melibatkan belanja tinggi serta rumit itu dapat dilaksanakan dengan bantuan orang ramai yang bermurah hati menghulur bantuan, di samping bantuan pelatih pakar bedah Dr Nur Amalina Che Bakri yang berusaha mendapatkan bantuan kenalannya dari kalangan pakar perubatan di UK, bagi mencari cara terbaik dalam merawat penyakit bayi itu.  Jumlah kos pembedahan itu dianggar boleh mencecah lebih RM1 juta, dan difahamkan selain orang ramai, kerajaan negeri Melaka, Jabatan Imigresen Malaysia serta Penerbangan Malaysia turut sama menghulurkan bantuan bagi menjayakan pembedahan itu.  Ahmad Safiuddin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap sokongan mantap kepada anaknya, Ainul Mardhiah.  Lawatan ke hospital itu adalah acara terakhir dalam lawatan kerja Dr Mahathir ke UK.  See all Offline reading without Internet. Download 1000+ news in just 10 seconds.  Report a problem  default 0 dislike dislike COPY SUCCESS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2019 10:11 AM | Show all posts
U.S. Supreme Court tosses ruling against wedding cake bakers who rebuffed lesbians
Lawrence Hurley
5 MIN READ

WASHINGTON (Reuters) - The U.S. Supreme Court on Monday threw out a lower court ruling against the owners of an Oregon bakery who refused based on their Christian beliefs to make a wedding cake for a lesbian couple in another case pitting gay rights against religious rights.

FILE PHOTO: The U.S. Supreme Court is seen in Washington, U.S., June 11, 2018. REUTERS/Erin Schaff/File Photo
The justices in a brief order sent the case back to an Oregon court so it can reconsider its 2017 ruling upholding the state’s $135,000 penalty against the bakery owners for violating an Oregon anti-discrimination law in light of the Supreme Court’s 2018 decision in a strikingly similar case from Colorado. The justices, sidestepping a major ruling on the divisive legal issues raised by the case, did not issue a written opinion and there was no publicly recorded vote.

The state court will have to come up with a new decision and potentially could rule against the bakery owners, Melissa and Aaron Klein, a second time even after taking into consideration last year’s Supreme Court decision in favor of a Denver-area Christian baker who had refused to make a wedding cake for two gay men.

The Kleins argued that the state fine violated the their rights of free speech and free exercise of religion under the U.S. Constitution’s First Amendment. The Kleins ran a bakery called Sweetcakes by Melissa in Gresham, a city just east of Portland, and were hit with the state fine after spurning the couple, Rachel Bowman-Cryer and Laurel Bowman-Cryer.

Kelly Shackelford, president of the conservative legal group First Liberty Institute, which represents the Kleins, characterized the court’s action as a victory for his clients.

“The Constitution protects speech, popular or not, from condemnation by the government. The message from the court is clear, government hostility toward religious Americans will not be tolerated,” Shackelford said.

Jennifer Pizer, a lawyer with Lambda Legal, a gay rights legal group, said she was disappointed the court did not leave the state court ruling intact.

“It is a longstanding legal rule that the freedom of religion is not a license for businesses to discriminate, and this is one more case about a wedding cake in which an anti-gay business owner is trying to use religious beliefs to excuse denying commercial services to a lesbian couple,” Pizer said.

The 7-2 Supreme Court ruling on narrow legal grounds in favor of the Colorado baker in June 2018 left unresolved the bigger question of whether certain businesses can claim religious exemptions from anti-discrimination laws.

The justices will have another chance to weigh in on the broader questions in the coming months when they consider whether to hear an appeal by a Washington state florist who refused to sell a gay couple flowers for their wedding. The Washington Supreme Court on June 6 ruled against the florist.

‘AN ABOMINATION’
The Oregon cake dispute began in 2013 when Aaron Klein told Rachel Bowman-Cryer and her mother, Cheryl McPherson, that Sweetcakes did not make cakes for same-sex weddings for religious reasons.

The Kleins had previously made a cake at the request of the same lesbian couple for McPherson’s previous heterosexual wedding. The lesbian couple, who married in 2014 and have two children, said they wanted to order the exact same cake.

When McPherson returned to the shop to protest, Aaron Klein quoted a Bible passage: “You shall not lie with a male as one lies with a female, it is an abomination.”

The Oregon Bureau of Labor and Industries, responding to a complaint filed by the gay couple, imposed the penalty after finding that the Kleins had violated an Oregon public accommodations law that bars the denial of service based on sexual orientation.

Lawyers for the Kleins, from the conservative group First Liberty Institute, have said the bakery was driven out of business because of the dispute.

The state in court papers called the case a straightforward example of denial of service based on sexual orientation. The Kleins did not discuss the design of the cake or what message it would convey before refusing to make it, the state’s lawyers said.

The Oregon Court of Appeals, the intermediate state appeals court that now will have to reconsider the case, in 2017 rejected the constitutional challenge by the Kleins. The law “simply requires their compliance with a neutral law of general applicability, and the Kleins have made no showing that the state targeted them for enforcement because of their religious beliefs,” the state court said.

The Oregon Supreme Court refused to hear the case in June 2018, shortly after the justices ruled in the Colorado case.

Of the 50 states, 21 including Colorado and Oregon have anti-discrimination laws protecting gay people.

In a major case coming before the Supreme Court in its next term, which starts in October, the justices will consider whether gay and transgender people are protected by a federal employment law that outlaws discrimination on the basis of sex.

Reporting by Lawrence Hurley; Editing by Will Dunham

https://www.reuters.com/article/ ... bians-idUSKCN1TI1MQ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 11:43 AM | Show all posts
Usah bawa anak demam ke rumah terbuka, elak jangkitan
Oleh Nor Hatina Shuib
hatina@bh.com.my

SERONOK berhari raya bersama saudara-mara hingga lupa kesihatan anak juga perlu dijaga. Lazimnya ketika musim perayaan anak kecil sering mengalami masalah terutama demam, batuk dan selesema.

Berhadapan situasi ini, ibu bapa perlu lebih peka dengan memastikan anak benar-benar sihat sebelum mengambil keputusan membawa mereka pergi berhari raya atau menghadiri rumah terbuka.

Kehadiran penyakit seperti cirit-birit, jangkitan kuman, influenza, selesema, batuk, demam campak dan penyebaran bakteria serta virus demam biasanya lebih banyak berlaku pada musim perayaan.

Pakar Pediatrik Hospital Pakar Avisena, Dr Roliza Ibrahim, berkata ibu bapa juga perlu memantau kesihatan anak selain menjaga kebersihan seluruh ahli keluarga sepanjang menyambut lebaran.

–– ADVERTISEMENT ––



Beliau berkata, keprihatinan soal kesihatan menjamin keluarga bebas daripada risiko penyakit ketika menghadiri rumah terbuka mahupun melakukan aktiviti kunjung-mengunjung.

Anak kecil mudah dijangkiti

“Biasanya pada musim perayaan, sanak-saudara berkumpul. Ini sudah menjadi tradisi untuk diteruskan. Bagaimanapun bagi mereka yang ada anak kecil perlu lebih berhati-hati.

“Elakkan membawa anak ke tempat sesak seperti rumah terbuka. Ini kerana sistem imunisasi anak masih lemah dan mudah dijangkiti penyakit. Elak berada di tempat sesak.

“Pada masa sama juga kita tidak mengetahui status kesihatan semua hadirin yang datang daripada pelbagai latar belakang,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu menunjukkan keprihatinan apabila bayi atau anak kecil berada terlalu hampir dengan individu tidak sihat, selain elak bayi dicium atau dipeluk mereka yang tidak sihat bagi mengelakkan jangkitan virus kepada si kecil.

Virus boleh dibawa melalui udara dan tangan yang tidak dicuci selepas batuk jika individu itu menghidap selesema.

Dr Roliza menyarankan ibu supaya tidak memberi anak makanan berperisa dan mengandungi pewarna yang tinggi.

Makanan seperti ini banyak dijamu ketika musim perayaan. Sajian ini tidak sepatutnya diberikan kepada anak kecil terutama yang alami masalah banyak kahak.

“Beri anak kecil makan makanan berkhasiat dan ibu boleh terlebih dulu sediakan sajian seperti bubur, puri, sayur atau buah segar. Pada masa sama, menasihatkan anak kecil supaya tidak mengambil minuman berkarbonat,” katanya.

Panduan ketika beraya untuk si kecil

* Sediakan makanan berkhasiat

* Antara menu seperti telur, buah, bubur lembut dan sup sayur dalam bekas tahan panas

* Pastikan jadual berkunjung tidak terlalu padat

* Pastikan anak makan ikut jadual seperti hari biasa bagi mengelakkan perut meragam

* Kerap tukar lampin bayi anda bagi elakkan ruam lampin dan melecet di peha si comel.

* Pakaikan pakaian daripada fabrik kapas supaya anak tidak berpeluh dan mengalami ruam badan.

* Bawa gel pencuci tangan bagi membasmi kuman

* Bawa bekalan air mineral, pastikan anak minum air mencukupi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2019 04:36 PM | Show all posts
Second weekend of mass protests in Hong Kong   
                        By Dave Lucas, Reuters        




         
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2019 04:37 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2019 04:38 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 04:56 PM | Show all posts

MELAKA TENGAH - Seramai lapan beradik yang hidup dalam keadaan daif dan tidak terurus di sebuah pondok usang di Pulau Besar di sini diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dalam satu operasi bersepadu yang disertai pelbagai agensi di Pulau Besar di sini, semalam.

Kanak-kanak berkenaan berusia antara enam bulan hingga 16 tahun itu dikatakan tinggal di bawah jagaan bapa mereka selepas ibunya berusia 36 tahun dimasukkan ke pusat serenti kerana penyalahgunaan dadah pada Febuari lalu.

Bagaimanapun, kehidupan kanak-kanak itu dikatakan terbiar serta terabai, malah bayi berusia enam bulan juga kehabisan susu dan hanya dijaga abangnya.

Selain JKM dan polis, turut menyertai operasi yang bermula jam 8.15 pagi itu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pejabat Daerah Melaka Tengah.

Difahamkan juga, operasi berkenaan adalah yang kedua dijalankan secara besar-besaran dalam tahun ini, selepas kali terakhir pada Februari lalu.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, Mohd Nasrom Yusof berkata, pemeriksaan dokumentasi mendapati tiada pendaftaran dilakukan bapa kanak-kanak untuk tiga anaknya berusia tiga dan dua tahun serta enam bulan.

"Hari ini emaknya dibawa ke JPN dari pusat serenti bagi proses dokumentasi untuk dikeluarkan sijil lahir kepada ketiga-tiga anaknya," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... pan-beradik-terabai
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 01:12 AM | Show all posts
dibodiboding replied at 18-6-2019 03:56 PM
MELAKA TENGAH - Seramai lapan beradik yang hidup dalam keadaan daif dan tidak terurus di sebuah po ...

Sedihnya nasib anak anak
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan disaran wujud rebat cukai dan insentif bagi pengimportan peralatan perlindungan diri pekerja

Tumpuan perhatian perlu diberikan kepada aspek keselamatan di tempat kerja, di samping penggunaan PPE yang berkualiti dan canggih.
Kerajaan disaran memperkenalkan rebat cukai dan lain-lain insentif bagi pengimportan serta pembuatan peralatan perlindungan diri (PPE), yang pastinya akan dapat menggalakkan lebih ramai majikan meningkatkan inisiatif bagi melindungi para pekerja mereka.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) Tan Sri Lee Lam Thye dalam satu kenyataan pada Selasa berkata semasa Malaysia sedang melalui pembangunan yang pesat, tumpuan perhatian perlu diberikan kepada aspek keselamatan di tempat kerja, di samping penggunaan PPE yang berkualiti dan canggih.

"Sekali lagi saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk menimbangkan supaya rebat cukai bagi PPE yang diimport dapat diperkenalkan, bagi menjadikan peralatan itu menjadi lebih murah, di samping menggalakkan para majikan mendapatkan PPE lebih berkualiti kepada pekerja mereka. Sebarang rebat cukai PPE akan menjadi insentif bagi membantu dalam usaha menggalakkan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja," katanya.

Terdahulu Lee melancarkan produk keselamatan 3M Malaysia, yang diadakan sempena Pameran ke-17 Kejuruteraan Minyak, Gas dan Petroleum Asia (OGA) 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Beliau berkata kerajaan seharusnya memberikan insentif kepada para pengimport dan pekilang tempatan yang memperkenalkan PPE bestari dan berkualiti tinggi, termasuk yang menggunakan teknologi terkini seperti pengesan ketepatan tingi, sistem kedudukan global (GPS) dan indentifikasi frekuensi radio (RFID).

Lee berkata ilmu pengetahuan berhubung peralatan perlindungan yang betul adalah kunci kepada usaha memupuk budaya kerja yang selamat dan membantu dalam mengurangkan risiko kecederaan tempat kerja yang berpunca daripada bersentuhan dengan bahan kimia, atau radiologi, dan sebagainya.

Menurutnya ramai para majikan merungut mengenai harga PPE import dan canggih yang tinggi, dan kebanyakan mereka mengambil keputusan mencari alternatif lain seperti membeli produk lebih murah dengan kualiti rendah, yang sekaligus mendedahkan kepada para pekerja kepada risiko kecederaan dan jangkitan penyakit di tempat kerja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2019 09:26 AM | Show all posts
Save space on your phone and delete those family videos on WhatsApp

A few shared photos here, a video or two there: WhatsApp conversations can reach a stately size, especially if you're in a few group chats with friends and family members that like to share pictures and films.

If you're running out of space on your smartphone, cleaning up your WhatsApp media folder is a good place to start.

To find out which chats are the biggest memory guzzlers, go to "Settings/Data and memory usage" in the menu. There, WhatsApp will list all your chats, sorted by size.

Once you've decided which conversations you want to back up from your phone, you can open each of these chats one after the other and select "More/Export Chat" from the menu.

WhatsApp lets you choose if you want to attach all the media or just export the text messages. You can also send this backup by email. Once backed up, you can then delete a chat's history by going into the chat and selecting "More/Clear Chat" from the menu. – dpa

Read more at https://www.thestar.com.my/tech/ ... 3O4s3bUPYEHd2Qev.99

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 11:50 AM | Show all posts
By Reuters - June 19, 2019 @ 8:50am

NIEUWEGEIN: International investigators are set on Wednesday to launch criminal proceedings against suspects in the shooting down of Malaysia Airlines Flight MH17 over eastern Ukraine nearly five years ago.

The Dutch-led international team tasked with assigning criminal responsibility for the plane’s destruction is to inform victims’ families of progress in their case on Wednesday morning, followed by a presentation to the media.

Dutch broadcasters RTL and NOS reported late last week that investigators would reveal the names of individual suspects.. An Interfax Ukraine report on Tuesday quoted Ukraine’s Deputy Minister of Foreign Affairs Olena Zerkal in an interview as saying prosecutors would name four “top” suspects.

MH17 was shot out of the sky on July 17, 2014 over territory held by pro-Russian separatists in eastern Ukraine as it was flying from Amsterdam to the Malaysian capital Kuala Lumpur. All 298 people on board were killed.

Most victims were Dutch. A joint investigation team formed in 2014 by Australia, Belgium, Malaysia, the Netherlands and Ukraine found that the plane was shot down by a Russian missile.

The Russian government denies having lent any support to pro-Russia rebels fighting Ukrainian government troops and also denies any involvement in shooting down MH17.

Last year Russian President Vladimir Putin called MH17’s downing a “terrible tragedy” but said that Moscow was not to blame and that there are other explanations for what happened.

The governments of the Netherlands and Australia have said they hold Russia legally responsible.

Prosecutors have previously said the missile system that brought down the plane came from the Russian 53rd Anti-Aircraft Brigade, based in the western Russian city of Kursk.

They said their next step would be to identify individual culprits and to attempt to put them on trial.

The Netherlands has said Russia has not cooperated with the investigation and Moscow is not expected to surrender suspects. Dutch authorities have said suspects may be tried in absentia. -- Reuters

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 11:53 AM | Show all posts
dibodiboding replied at 18-6-2019 04:56 PM
MELAKA TENGAH - Seramai lapan beradik yang hidup dalam keadaan daif dan tidak terurus di sebuah po ...

sedihnyaa... kesian anak2..jauhilah dadah wahai mak bapak...anak2 yg jd mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 02:47 PM | Show all posts
Pengertian Badal Haji


`Badal Haji` bermaksud mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi melaksanakan ibadat haji ke atas dirinya di sebabkan uzur seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua atau meninggal dunia sedangkan ia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadat tersebut ketika masih hidup.



Dalil Badal Haji

Barang siapa yang mampu menyambut panggilan haji kemudian terhalang kerana sakit yang tiada harapan sembuh atau lanjut usia maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya. Hal ini berdasarkan hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, dari Fadl bin Abbas bahawa seorang wanita dari Bani Khats`am berkata, “ Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hambanya, bapaku seorang yang lanjut usia dan tidak mampu berada pada kenderaan, maka apakah aku boleh menghajikannya”? Rasulullah SAW menjawab,” Boleh”..



Ini pendapat Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah.



Dalam hadis yang lain dari Ibni Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi SAW dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan haji tersebut untuknya”? Nabi menjawab, “Kerjakanlah haji tersebut bagi pihak ibumu. Jika ibumu berhutang dengan seseorang adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah SAW kerana ia lebih patut dilunaskan”.( Hadis riwayat Imam Al Bukhari)



Seorang wanita bertanya Nabi SAW tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan haji. Nabi bersabda, “Kerjakanlah haji bagi pihak ayahmu”.( Hadis riwayat An Nasaie)



Dari hadis- hadis di atas jelas menunjukkan bahawa seseorang boleh mengerjakan haji bagi pihak orang yang meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian.



Barang siapa yang meninggal dunia belum melaksanakan haji Islam atau haji nazar maka walinya wajib menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mati. Ini pendapat ulama Syafie dan Hambali…



Pahala Badal Haji



Apabila badal haji dilaksanakan dengan sempurna, kesemua pihak yang terlibat samada yang mengeluarkan belanja atau mengerjakanya akan beroleh ganjaran pahala dari Allah SWT.
Dari Ibni Abbas berkata, “Sesiapa yang mengerjakan haji bagi pihak orang yang meninggal dunia maka ditulis bagi orang yang meninggal dunia satu haji dan orang yang mengerjakannya mendapat tujuh haji”.. Dalam satu riwayat lain,” Dan bagi orang yang mengerjakan haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. ( Hadis riwayat Abu Zar)
Wallahu `Aalam…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.469393 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list