CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8770|Reply: 78

[Jenayah] penjual nasi lemak maut dilanggar india positif dadah mabuk arak

  [Copy link]
Post time 17-6-2019 12:02 AM | Show all posts |Read mode


perghhh, badan penuh benda haram lagi mau bawak kereta

kakai ganja paipon tak ingat orang tul la


PENJUAL kuih maut manakala suaminya parah dirempuh kereta dipercayai dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan ganja ketika berniaga di bahu Jalan Bertam Indah, Kepala Batas, pagi tadi.

Roslinda Mohamad Isa, 44, meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kepala Batas, selepas dua jam dirempuh kenderaan itu.

Suami mangsa, Mat Subri Saad, 44, yang cedera di kepala dan beberapa anggota badan, dirawat di hospital yang sama.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2019 12:04 AM | Show all posts
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kemalangan kira-kira pukul 10 pagi itu, pasangan suami isteri berkenaan sedang berniaga sebelum sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara dari arah Bertam Indah menghala ke Paya Keladi dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan sebelum merempuh gerai mangsa.

"Berikutan rempuhan itu, pasangan suami isteri berkenaan melambung sebelum tercampak kira-kira 10 meter di atas jalan raya dalam kawasan Taman Bertam Indah.

"Mangsa wanita, Roslinda Mohamad Isa, 44, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB) kira-kira pukul 12 tengah hari manakala suaminya Mat Subri Saad, 44, masih dirawat di hospital sama dan mengalami kecederaan parah di kepala serta tangan," katanya di sini hari ini.

Katanya pemandu kereta Proton Iswara berusia 31 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan dan ujian awal mendapati lelaki itu di bawah pengaruh alkohol.

Noorzainy berkata ujian air kencing mendapati pemandu kereta yang bekerja sebagai tukang besi itu positif dadah jenis ganja dan pemandu kereta itu juga tiada lesen memandu dan kenderaannya tiada cukai jalan.

"Ujian darah lelaki itu juga telah diambil untuk pengesahan kandungan alkohol dalam badannya," katanya.

Katanya lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dibawah pengaruh dadah serta alkohol.

Sumber: Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2019 12:05 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 12:06 AM | Show all posts




cak...wakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2019 12:06 AM | Show all posts
punya la laju, sampai kotak tnb pun tumbang




Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 12:07 AM | Show all posts


cak lagi...wakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2019 12:07 AM | Show all posts

pantang kau dengar ganja

bahahaha


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 12:07 AM | Show all posts
etis menggalakkan pengambilan ethanol dan bahan psychoactive...kebebasan berseronok kata depa....wakakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2019 12:17 AM | Show all posts


sedihnya

"Isteri selalu beritahu saya dia rindukan ayahnya yang sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu, malah selalu memuatnaik perasaannya itu di status media sosialnya," itu kata Mat Subri Saad, 44, suami kepada arwah Roslinda Mohamad Isa, 44, yang maut dalam kemalangan di Taman Bertam Indah jam 9.40 pagi Ahad.

[youtube]v5WnbGYmrpo[/youtube]


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 12:18 AM | Show all posts
ada nnt spesis kicap ni yg salahkan plk peniaga ni sbb niaga tepi jalan, puak dema je yg btl wpun kepala ting tong bawak keta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2019 12:20 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2019 12:22 AM | Show all posts
Edited by sitiku at 17-6-2019 12:25 AM

sib baik kau kicap tak berkicap





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2019 12:24 AM | Show all posts

video india tu mabuk boleh tgk kat fb walid ismail ni

Walid Ismail
11 hrs
Siapa kenai musibat lelaki india ni?
Bawak kereta mabuk lepas tu langgaq kedai orang nega nasi lemak smpai meninggal.
Lokasi di jalan Taman Bertam Indah Kepala Batas, berhadapan masjid.
Orang kampung aku kot..
Ingat depa xdak anak ka?
Salam takziah.
Kak linda..
Pernah berjiran dulu dengan kak linda...
Suami kak masih xsedar berada di hospital sekarang.

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahu.. Sedihnya.  Sial la.. Alkohol dan dadah membawa bala bencana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2019 12:52 AM | Show all posts
mat ganja anak lelaki mat













Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal xda yg bantai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2019 02:47 AM | Show all posts
sedihnya anak2 hilang mak..mudah2an bapanya cpt sedar..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 17-6-2019 01:07 AM
Apasal xda yg bantai

Tu lah napa tak bantai je sampai lembik, sedangkan Cina horn sebab jalan di block jer dipukul lobai2 kat  depan masjid. Mungkin orang2  yg ada masa kejadian langgar tu puak2 liberal, so lebih civilize n lebih profesional dibanding puak lobai
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 17-6-2019 03:17 AM
Tu lah napa tak bantai je sampai lembik, sedangkan Cina horn sebab jalan di block jer dipukul loba ...

Cepatnye kanda dtg.. protect kaum ke kanda
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 05:51 AM | Show all posts
Innalillah.. maut ketika mencari rezeki..
bulan Syawal pulak tu..
masih suasana hari raya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.186059 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list