CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DetectiveFS

[Pelbagai] Isteri Bekerja atau Surirumah

  [Copy link]
Post time 24-6-2019 09:21 AM | Show all posts
saya kalau boleh mmg nak berhenti kerja.n jaga rumah , jaga anak je.tp tulah hutang saja dh beribu2 lemon.tunggu stabil semua dulu lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2019 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
saya pilih suami bekerja sbb saya isteri..eh eh silap jwpan ye .. isteri mana yg nk bekerja kalau ada pilihan jd suri rumah. zaman skarang ni isteri mesti kerja utk kesihatan poket & kesihatan mentalnya sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlu surirumah..skng saya dah bekerja..saja2 isi online jawatan kosong dulu..tak sangka dpt jgk..tp keja biasa ja la..tp trust me..bagi saya..antara bekerja dgn surirumah..keluarga mertua akan pandang tnggi dan cara layanan pn lain bila kita bekerja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerjalah untuk para isteri yang dah biasa kerja tu. Unless anak ramai, baby sitter je dh separuh gaji haruslah kau jaga masak sendiri utk anak tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa i kerja selalu sgt doa nk jadi housewife jaga anak. Bila tuhan makbulkan dah ada bisnes sendiri ada staff buat kerja duk rumah jadi housewife dlm hati ni meroyan nak kerja.

Entahlah nak apa sebenarnya? Haha.. Tapi beza bila jadi housewife kebajikan family esp anak2 mmg terjaga baik. Cuma kdg2 bosan dgn rutin tu meroyan sesorang dlm hati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 03:54 PM | Show all posts
isira replied at 25-6-2019 06:09 AM
Dlu surirumah..skng saya dah bekerja..saja2 isi online jawatan kosong dulu..tak sangka dpt jgk..tp k ...

Betul la sis...mak mertua sy pun mcm tu...biras sy full time house wife asikla mak mertua merungut kata dia x cube buat kuih utk tlg laki dia..haih...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2019 04:26 PM | Show all posts
better bekerja lah
zaman sekarang ni lain

isteri perlu ada punca pendapatan sendiri
at least, kalau apa2 berlaku, still ada duit utk hidup.

even isteri keje biasa, gaji kecik sekali pun, perlu igt, ada carum kwsp.
di hari tua nnti, duit tu jugak la akan tolong kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada i.. jadi suri rumah ke ibu berkerjaya ke depends pada situasi keluarga tu sendiri. Setiap orang lain2 keadaan; faktor ekonomi keluarga, komitmen anak2, kesihatan, mcm2 faktor main peranan. I ibu yg bekerja tapi skrg jadi suri rumah sbb ikut husband further study, so i memahami la sgt2 dua2 situasi.

I masa bekerja, mmg struggle la nak balance family n work. Siang bangun siapkan makanan anak, pastu pergi kerja, balik kerja masak dinner, tgk homework anak2. Yg untungnya sebab suami sgt bertimbang rasa faham bila i kerja, rumah takboleh la perfect sentiasa berkemas, n i boleh la harapkan dia tlg mandikan anak, hantar anak pg sekolah. Mcm kemas rumah, laundry semua i buat waktu weekend. Cuma i & husband punya kerja selalu juga outstation tapi we try to manage at least salah seorang mesti ada kt rumah handle anak2. I bersyukur lah setakat ni i takda pembantu rumah semua cuba urus sendiri, try & error.

Bila da jadi suri rumah ni..i somehow rasa life i lebih bertenang x hectic mcm dulu. I mmg ada masa untuk take care anak2 i, educate anak2 i, bonding time dgn anak2 i which is ni benda yg i tak sempat buat dulu. Kerja2 rumah buat mcm biasa la tapi takdalah i buat semua, laundry still my husband yg tlg luckily. Cuma, in terms of financial, i mmg akan jadi lebih berkira2 la sebab dah takda income. I ada komitmen juga kereta la, family i sendiri la..so i pandai2 la manage duit yg husband bg. Tak mewah tapi at least cukup la nak cover komitmen bulanan tu. I happy bila anak2 & suami la happy, sebab i boleh pay attention kat diaorg, dorg balik sekolah je tgk2 kat dapur dah siap makanan, bole request mcm2 nak i masak  Nak kata rumah i perfect berkemas bila i dah duduk rumah sebenarnya tak juga hahahaha. bila i da kemas, anak2 sepahkan balik.

For me, jgn la kita put too much expectation, sebab tak semua bole perfect mesti ada ups and downs. Bila i takda income i takdalah expect nak bermewah2 sgt mcm dulu klu rasa nak beli tudung mahal2, trus beli, skrg ni tone down sikit like hidup je la dgn apa yg ada. Maybe ada yg kata da ddk rumah sunyi, takda kawan. Tapi pada i, kita try la create peluang utk jumpa kawan2 ke, even sembang dlm group whatsapp pun i dah hepi da. Sebab i tak expect much, just go with the flow.Husband pun main peranan juga, tak kira la isteri kerja ke tak, tanggungjawab uruskan keluarga tu kita buatlah bersama2. Kdg2 cuba bagi sikit perlepasan kat wife utk me time.
Life ni mmg akan sentiasa je ada masalah n dugaan yg dtg, suka & duka so it depends on how kita manage life & overcome the problems.
I admire semua kaum ibu tak kira lah bekerja atau tak sebab pada i semua kaum ibu ni mmg superwoman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2019 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Now jadi suri rumah jaga anak sebab ada health issue sikit but alhamdulillah skrg condition dia dh getting better. Dulu i bekerja. So both world dh pernah rasa.

Working mom - x perlu risau psl financial sebab dua2 laki bini kerja cuma i xde masa sangat deng anak i. Balik keje dh waktu mlm. Anak seharian dekat nursery bila i balik dia mungkin dh penat seharian dekat nursery so dia akan tido awal. Kt sini dh xde masa sgt dgn anak. And i need to be physically strong bila balik rumah dh penat kerja nak kena kemas rumah, masak, uruskan anak, basuh kain, lipat kain  so kena manage masa betul2 kalau x confirm hari2 rasa stresssss

Fully housewife - masa sangat banyak dgn anak & suami. Boleh tengok anak depan mata 24/7. X perlu risau pikir anak buat apa @ dia ok ke x duduk kt nursery masa waktu kerja dlu selalu resah pikir benda2 mcm ni. Hal rumah lebih terurus, dapat bagi anak & suami makan air tangan sendiri setiap hari. Cuma yg x best sikit bila husband sorang je keje so kami kena betul2 uruskan duit ke tempat yg betul. X boleh joli2 sangat. Kena pikir 2 3 kali klu nk beli sesuatu. So disebabkan i ni isteri mithali i ada buat bisnes on9 kecilan nk bantu suami i. So fully housewife + bisnes on9 amat memenatkan daripada jadi working mom dulu

So both world ada pros and cons. For now i selesa jadi housewife eventhough kadang2 x boleh nk berjoli sgt tapi nikmat dapat jaga anak depan mata tu satu rezeki yg besar Allah bagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
both ada pro n con...

bekerja ada duit seniri, ada skit me time

housewife..masa boleh focus utk ank n husband...x terkejar nk siapkan office work..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2019 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
I surirumah, sebab husband army. Susah kalau husband army, isteri kerja. Sebab dah jadi routine kena tinggal berhari2, berbulan2. Kesian anak2 takut tak cukup perhatian dan kasih sayang kalau saya bekerja juga. So saya mengalah, stay kat rumah jaga anak2. Masih dalam perancangan nak buat kerja part time, business ke memasak ke menjahit ke utk nak rasa ade income sendiri. Tapi sampai anak dah tiga masih tak mulakan apa2 lagi, help meee  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 01:03 PM | Show all posts
Suka baca respon org2 lain kat forum. Dulu I seorang careerwoman, yelah dah study tinggi-tinggi luar negara takkan la nak dok rumah je kan. Tu duluuu I fikir mcm tu.

Bila I dah bekerja beberapa tahun dalam bidang yang i ceburi, baru rasa semakin lama rasa semakin tak larat nak hadap kerja mkn gaji bawah orang. Dengan bos-bos yang asyik pressure kita sebab diorang nak meet KPI diorang, campur tangan politik dlm menentukan halatuju organisasi, kerja yg repetitive, kerja yang takde dalam JD pun, hadap a few colleagues yg toxic dan malas. I hampir dijadikan HOD lagi dekat tempat kerja lama sbb track record performance OK. Tapi ni satu role yg mmg I taknak sebab beban kerja (a.k.a stress) bertambah tak selari dengan elaun yg diberi. HOD I sendiri ngadu kat I yg role tu agak stress n dia x sabar nak lepaskan jawatan tu.

Masa kerja, anak duduk dgn maid kat rumah. Bila ada stranger in the house, kita hilang sikit privacy n byk lg benda kene fikir sbb nak kena jaga maid ni jugak. I appreciate her help but I dah penat deal dengan kerenah maid. Ada sekali I balik mengejut, tengok2 maid dan anak I takde! Gugur jantung I masa tu. Lepas cari2 and tanya2 maid jiran, rupanya dia pi beli topup kat kedai depn rumah. Aduhhh...maid I mmg syg anak I tapi I cannot trust her 100%. Dia tak pernah la curi apa2 tapi dia ni rajin bersembang dgn maid jiran, cleaner bangunan, tukang kebun bangunan etc. Takut berlaku hasut-menghasut etc. Pening kami. Dah kena pasang CCTV pulak kat rumah!

Bila anak I dah start besar sikit, I sedar yg maid tak boleh replace didikan seorang ibu. Anak I need  cognitive development yg mana maid takde capacity pun nak ajar. Maid mmg boleh bantu dari segi siapkan anak, bagi makan, bersih rumah etc but this one thing mmg she cannot help. 8-9 jam anak kat rumah rugi kalau dia tak dapat belajar banyak dan explore kemampuan diri dia.

I try juga masukkan anak ke taska bila dah tak pakai maid. Penat sikit pagi petang hantar jemput. Anak ada perkembangan dari segi kognitif dan sosial, so taska bagus dari segi tu. Tapi mula la dapat mcm2 penyakit dari taska. Makanan kat taska pun takla benar2 berkhasiat. Taska staff tak cukup, teacher sakit pun kene dtg jugak sbb xde org ganti. Padanlah budak2 pun cepat sakit..Kesian budak2.

Anyway, rezeki hubby dpt kerja overseas pulak so kami berangkat la anak-beranak berhijrah ikut hubby, so I quit my job. Lama juga fikir nak quit tu tp I had to do it demi masa depan keluarga. Takkan nak berPJJ lain negara woiiii. Bila quit ramai org sekeliling sanak-sedara yg sedih n rasa rugi sbb semua rasa I boleh pegi jauh careerwise. Tp hanya i sorang yg tau, walaupun org kata I boleh pergi jauh careerwise, fact is I tak suka pun what I did. Kalau I naik jadi HOD, lagi stress rasanya sbb I masih beranak kecil which is demanding. HOD ni weekend pun you might need to come to work! Kalau nak lompat majikan pun, sama aje nature of work nye.

Bila reflect balik, you can't get everything. Dulu duit ada, masa takda. Skrg I bersyukur masa i byk nak aturkan family. Boleh didik anak ikut acuan kita. Paling best bila ada baby tak perlu susah2 nak pump susu, buat stock EBM bagai (bab ni plg rengsa bagi i...). Memang ada hari-hari yg stress, hari-hari yg sedih, hari yg rasa takde confidence sbb u tak kerja. I punya mission bila anak-anak ni masih kecil, I want to be there for them and take care of them. Bila dah besar sikit nnt barulah i kerja balik kalau rasa nak kerja la.

Siapa kata surirumah bosan melangut? Aduhhh girlll, please find something that you're interested it. Do something, anything. Belajar masak, belajar baking, belajar jahit, belajar makeup, belajar berniaga online, belajar e-commerce, belajar buat website, belajar about fitness kalau suka berzumba, belajar melukis, memperbaiki bacaan ngaji ke, apa2 je! the things you can do to improve yourself are endless! Bila kita sentiasa belajar, otak kita akan bekerja dan tak cepat degenerate (nyanyuk!). Sepanjang I jadi SAHM, i tak pernah rasa boring lagi sbb sentiasa ada benda nak buat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chempaka_lily at 2-7-2019 01:47 PM

Lps bersalin, i resign sbb niat nak breastfeed & jaga baby sendiri. Yg syoknya jd housewife ni, kite sbg mak-mak boleh monitor perkembangan anak, pemakanan dia. Tapi duit belanja terhad lah kan sbb husband sorg je bekerja.

Bila anak dah masuk playschool, i saja try apply keje. Alhamdulillah rezeki anak...i dapat keje mcm keje yg i buat sblm resign dulu di company lain.

Bezanya, bila dah bekerja, bab2 kesihatan anak mmg terjejas sikit berbanding masa jd housewife jaga sendiri kat rumah. Bila hantar anak kat playschool/daycare/taska, anak2 mudah berjangkit demam, selsema, batuk. Semua tu luar kawalan kite. Biasalah, budak2 senang berjangkit kan...

Bila isteri bekerja ni, ada peluang utk share rezeki dgn org lain. Maksudnya, kita boleh bagi extra duit kat mak ayah, tolong adik2 yg study, sedekah, etc.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau laki kaya eloklah duduk rumah jaga anak jah chuolss.. kalau laki agak sendu kena la kerja sama2 membanting tulang.. tapi apa pun tak kiralah laki uols sendu ke kaya, nanti kalau dah semua para wanita tak kerja sapa pulak yang nak jadi nurse jadi doktor jadi cikgu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2019 03:44 PM | Show all posts
bananes replied at 18-6-2019 09:30 AM
kebanyakan kawan i ols yg housewife ni kuat meroyan di media sosial

betul...tapi kengkadang pikir agaknya bosan kot duk umah..nak sembang ngan kengkawan pun leceh, so, i abaikan je la..biarla dorang nak up status apapun...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
I pilih jd suri rumah bukan sbb i nak tapi i rasa ini yg terbaik utk keluarga i.. sepanjang kahwin i x penah masak pun..mmg tiap2 hr makan tapaw tmasuk la sabtu ahad..husband yg bnyk uruskan rumah n anak.. bl anak dh start tadika br tdetik dlm hati ape yg i nak dlm hidup ni sbnrnya..i terlalu kuat bkeje siang mlm smpi hilang purpose sbg isteri n ibu.. cut short..i resign after more than 10yrs keje.. masa mula2 mmg lost sbb rutin rumah mmg fail..cara nak bersihkan ikan n ayam pun kene google huhuhu..pennnnnaaattttt sgt.. i miss my old me sbb dulu wlpun selalu balik lmbt tp always ada masa baca buku dgn anak, nyanyi sama2..bl brenti keje nyanyian i adalah dengkuran....hahaha..

But it's about time la..skrg dh 2 thn setengah jd suri rumah.. wayyyyyy better drpd dl bab2 masak n uruskan anak..tp still kdg2 bosan bl rutin tu jd makin mudah..nak kerja semula? No kalau suami masih mampu sediakan.. dl ramai betting kami x mampu survive memandangkan gaji suami lebih rendah tp hakikatnya survival ni bukan takat berapa bnyk pendapatan tapi mcm mn u handle perbelanjaan.. alhamdulillah gaji suami yg tak seberapa masih lg mencukupi.. tak mewah mcm dl boleh shopping baju, kasut tiap2 bulan tp medical, education & kperluan anak mmg x pernah cut.. sbb my husband n i slalu pesan sama2, rezeki yg cukup tu kl kita tak berkira dgn keluarga sendiri..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2019 02:24 AM | Show all posts
Imo, i prefer jadi housewife given that i have a good husband who can provide whatever i need and want. Gituh sekali i demand.

Of course bab nak kerja atau duduk rumah ni akan bergantung pada situasi family dan diri sendiri juga. My ideal picture utk housewife ni adalah housewife yg ada knowledge, mcm know-it-all gitu, manage everything dalam rumah, but also got her own space mcm nak ada hobby, or mini project or part time job and side income business ke utk elak rasa bosan dgn rutin. And of course, ideal picture mesti kena ada husband yg mampu utk penuhi keperluan dan kehendak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2019 02:57 PM | Show all posts
paanz replied at 28-6-2019 04:26 PM
better bekerja lah
zaman sekarang ni lain

Exactly..Saya pilih bekerja. Bile kite bekerja ni pemikiran kite lebih terbuka.

Hasil usaha sendiri dapat la shopping sukahati.
Kalau nak depends on husband x boleh la mewah sgt sbb zaman sekarang
everything is money.. walaupun husband gaji besar banyak juga yg kena spend
sbb 1 income. At least bile kite kerja rasa muai la sikit kalau nak berbelanja.
My 2 cent

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2019 03:10 PM | Show all posts
Nak both. work from home..
Tringin sgt jd consultant & free lancer..
So tak terikat dengan waktu kerja. Ada masa dgn family
Dapat didik anak..uruskan rumah tangga.
Tapi income still masuk. Mcm kat negara mane entah kerja 4-6 jam je sehari
selebihnya utk family. I think this method more productive.
Tp kat Malaysia ni kerja lebih masa org kata bagus.
Doakan saya dapat kumpul pengalaman sambung study sampai PhD and dapat jd consultant.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat hari ini pilih untuk bekerja sebab nak cari pengalaman. Bila stress kerja rasa macam nak berhenti duduk rumah jaga anak. Tapi takut pulak boring. Mak mertua pernah pesan, kalau dah kerja tu, nak berhenti kena fikir panjang2, sebab kadang2 suami ni bila isteri tak bekerja, suami pandang rendah pada isteri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.099871 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list