KUALA LUMPUR: Penerbit dramaDatuk A Aida, mengaku sudah bercerai talak satu pada 25 April lalu selepas 10bulan mendirikan rumah tangga.
A Aida yang mendirikan rumahtangga buat kali keempat dengan pelakon Ariff Aziz memaklumkan perkara itudalam majlis Sesi Hati Ke Hati Bersama Datuk A Aida di sebuah hotel, di sini,hari ini. A Aida atau nama lengkapnya,Zaidah Awang berkata, dia memfailkan permohonan cerai pada 4 April lalu,sebelum disahkan berpisah pada 25 April lalu di Mahkamah Syariah Gombak Timur,di sini.
“Saya anggap jodoh kami tidakpanjang dan akur dengan ketentuan ini. Siapa yang kahwin mahu bercerai-berai,”katanya yang turut ditemani peguamnya, Zulkifli Che Yong.
A Aida berkata, dia mengambilkeputusan untuk membuat penjelasan berhubung perkara itu bagi mengelak salahfaham, sekali gus meleraikan spekulasi mengenai status dia dan bekas suami.
“Hidup mesti diteruskan dan sayakini, ingin memberi fokus kepada tiga anak, selain perniagaan baharu iaituproduk kecantikan dan pakaian senaman.
“Saya harap penjelasan ini dapatmeleraikan segala spekulasi mengenai status kami,” katanya.
Pasangan itu mula berkenalanketika Ariff menjayakan beberapa projek drama di bawah produksi A Aida pada2015, namun bibit cinta mula bersemi sejak awal tahun lalu. Melihat budi baik, sikapbertanggungjawab dan sempurna pegangan agama, Aida terbuka hati menerimalamaran Ariff, seterusnya mendirikan rumah tangga pada 21 Julai lalu.
Ariff sebelum itu, membuatkejutan dengan melamar Aida di sebuah restoran Arab di ibu negara denganmemberi sebentuk cincin.
A Aida pernah mendirikan rumahtangga dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada2003. Hasil perkahwinan itu merekadikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 22, dan Wan Azevanatassha, 17.
Dia seterusnya mendirikan rumahtangga dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007, namun berpisah pada2013. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 10. Terdahulu, dia pernah berkahwindengan seorang anggota polis, namun butiran mengenai perkahwinan keduanya itutidak dijelaskan.
semoga kekal sado sis
|