CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6349|Reply: 42

Mari Belajar Mengenal Izin Allah

  [Copy link]
Post time 19-6-2019 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
https://www.google.com/amp/s/kampusuols.com/ampArticle/428165

GOPENG - Laluan sepanjang 100km yang digunakan bagi penganjuran Gopeng Ultra Trail bermula dari Gua Tempurung, di sinI, disahkan selamat.

Pegawai Daerah Kampar, Khairul Anwar Ramli berkata, selain dijadikan lokasi pilihan bagi penganjuran sama dua tahun berturut-turut, kawasan itu juga sering menjadi tumpuan bagi aktiviti larian dan rekreasi.

“Kawasan ini merupakan tempat pelancongan dan hampir setiap minggu orang ramai keluar masuk untuk jalankan aktiviti, jadi ia memang selamat untuk dikunjungi atau dijadikan tempat rekreasi,” katanya ketika ditemui selepas meninjau operasi mencari dan menyelamat seorang peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak Sabtu lalu.
Menurutnya, tahun ini terdapat hampir 1,400 peserta mengikuti pertandingan itu yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu 25km, 50km dan 100km.

**media[242380]**
“Semua peserta menamatkan larian dengan selamat, kecuali seorang yang dimaklumkan hilang dan masih belum ditemui.
“Kes kehilangan yang dilaporkan ini adalah yang pertama kali berlaku, kerana itu kita agak hairan, daripada lebih 1,000 peserta, hanya seorang gagal dikesan,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kehilangan Ashraf tiada petunjuk baru, hanya botol air milik mangsa ditemui...

Beliau berkata, kawasan itu tidak akan ditutup kepada umum, meskipun operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.

“Tiada halangan untuk pelancong datang, aktiviti boleh dijalankan seperti dirancang.
“Cuma kita minta aktiviti itu diadakan dalam bentuk kumpulan supaya jika ada apa-apa berlaku mudah untuk kita ambil tindakan,”katanya.
Sabtu lalu, Mohammad Ashraf Hassan, 29, graduan Nilai International University College memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25km disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu.

Operasi mencari kemudiannya digerakkan bermula di check point 6, lokasi terakhir mangsa yang bekerja sebagai juruteknologi makmal perubatan di Pejabat Kesihatan Muar dilihat iaitu kira-kira 12km dari garis mula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2019 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Saja saya nak tayang baju yg selalu juga le saya memakainya.... Rasa mcm cantik aje, tu yg pakai tu.

Soalnya kini, apa yg kita belajar dari perkataan "Izin Allah"?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 19-6-2019 02:42 AM

Mari tengok dan fahamkan baik2 keratan ini.

(“Semua peserta menamatkan larian dengan selamat, kecuali seorang yang dimaklumkan hilang dan masih belum ditemui.
“Kes kehilangan yang dilaporkan ini adalah yang pertama kali berlaku, kerana itu kita agak hairan, daripada lebih 1,000 peserta, hanya seorang gagal dikesan,” katanya.)

Macam familiar tak?

Dari 1000 org, 1 aje yg selamat. 999 itu apa? Dah faham atau belum? Atau rasa2 mcm terlalu pandai selama ini?

Sebenarnya...kita yg sebenar2nya berputus asa dari Rahmat Allah swt ke?

Kalau betullah, yg kaya2 itu, sebenarnya diredhai oleh Allah swt (terutamanya yg muslim), tunggu apa lagi, takkan le, tak termasuk dalam kategori 1 dari 999? Bukan ke, yg 1 itu bermaksud Taqwa? Takkan le, Allah swt itu tak redha dgn semua kekayaan yg dimiliki itu?

Soalan :

Berapa nilai (harga), utk kembalikan seorg pemuda ke alam asalnya? RM1000? RM100,000? Itu ke harganya? Atau nak biarkan hilang, sedangkan terlupa, pemuda itu berkaitan tentang awak?

Tak rasa mcm saya sedang cuakkan awak ke? Atau hakikatnya, selama ini, tak faham pun, harta dan perhiasan yg Allah berikan itu, ujian dari Allah swt semata2,, agar Allah swt itu tahu, siapa yg benar2 terbaik akan amal perbuatannya?

Semua yg berlaku itu atas izin Allah swt. Apa pandangan kamu, sekiranya saya berkata, pemuda yg hilang itu sebenarnya "sedang tidur berhampiran kawasan yg awak jumpai botol itu?", sedangkan hijjab awak ditutupkan oleh Allah swt utk melihatnya? Atau berkata "dia berada di suatu alam lain?" Mana dia guru2 mursyid awak yg awak semua suruh saya gi belajar itu ye? Ataupun, mana dia mufti2 awak yg suci itu ye?

Al-Baqarah:6 - Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

Al-Baqarah:7 - (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

Al-Baqarah:8 - Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

Al-Baqarah:9 - Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

Mana dia fatwa2 awak mengenai hal ini? Tidakkah seseorg itu tahu cara memfatwakan hal ehwal yg ghaib, sedangkan mereka2 itu terhijjab mengenainya?

Renung2kanlah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 19-6-2019 08:53 AM

Mari belajar... Apa kata mufti??? Fahamkan baik2.

IPOH - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan orang ramai agar tidak meletakkan harapan tinggi dengan kaedah-kaedah pengamal perubatan Islam melebihi kebergantungan kepada ALLAH SWT.


Beliau berkata, pergantungan terhadap satu-satu perkara itu hanya boleh diletakkan kepada ALLAH SWT dengan menjadikan usaha-usaha sedemikian sebagai ikhtiar.

Menurutnya, mengambil contoh, kehadiran pengamal perubatan Islam termasuklah bomoh dari serata negeri dalam misi pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu, boleh disifatkan ikhtiar berdasarkan kepakaran masing-masing.


"Dalam hal ini, kita mesti bantu mencari Ashraf yang dikatakan hilang dalam hutan, tempat-tempat begitu mungkin ada peranan makhluk halus, boleh jadi dia disorokkan atau bagaimana.

"Jadi mohonlah bantuan pada orang-orang yang punya kebolehan berhubungan dengan makhluk halus itu, tetapi selama mana kita minta bantuan, jangan berharapkan kepada mereka, hanya berikhtiar menerusi ilmu yang mereka ada, kita bergantung kepada ALLAH SWT," katanya ketika dihubungi, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kehilangan Ashraf: Ritual pelik undang kegusaran penduduk

Kehilangan Ashraf: Jangan sampai jadi kes kehilangan lain

Beliau berkata, dalam meletakkan kebergantungan kepada ALLAH SWT, ikhtiar juga perlu dilakukan dengan cara dan kepakaran yang betul.

"Kalau ada orang jatuh sungai misalnya, kita tetapkan kepercayaan kepada ALLAH SWT, tapi dalam masa sama kena juga terjun untuk menyelamatkannya dan orang yang terjun itu kenalah cari yang pandai berenang supaya tidak lemas bersama," katanya.

Justeru katanya, bukanlah sesuatu yang pelik, apabila segelintir daripada kumpulan pengamal itu hadir dengan membawa pakaian dan peralatan yang pelbagai.

"Masing-masing punya ilmu, mungkin mereka rasa semua itu alat perhubungannya dengan makhluk halus, saya pun tidak pasti kerana ilmu itu tiada pada saya," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/22130/EDISI/Perak/Jangan-bergantung-harap-selain-ALLAH

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/22130/EDISI/Perak/Jangan-bergantung-harap-selain-ALLAH
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Saya tertarik dgn kata2 ini,

"tetapi selama mana kita minta bantuan, jangan berharapkan kepada mereka, hanya berikhtiar menerusi ilmu yang mereka ada, kita bergantung kepada ALLAH SWT,"

Ikhtiar menerusi ilmu yg mereka ada???  Faham ataupun belum faham?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
IPOH – Ibu kepada Mohammad Ashraf Hassan, 29, peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang ketika menyertai larian itu, 23 Mac lalu mendapat mimpi berkemungkinan anaknya berada di Gua Tempurung.

Perkara itu dikongsi abang kedua mangsa, Mohd Zahiruddin, 35, yang memaklumkan ibunya, Siti Maznah Khamis, 62, mendapat petunjuk menerusi mimpi sekitar dua hari lalu bahawa Mohammad Ashraf berada di satu kawasan seakan Gua Tempurung.

“Kami cari semalam di sekitar Gua Tempurung sebab mak ada mimpi dan dia perasan kawasan itu Gua Tempurung, malah ada pengamal perubatan Islam nampak perkara sama, dia kata nampak Acap di situ, jadi kami ikhtiarkan di situ.

“Bagi pihak keluarga, kami tidak kisah apa-apa petunjuk, kami akan usaha dan pergi, saya sebagai abang pun pernah masuk gaung dan cerun untuk mencarinya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Video pencarian mereka di Gua Tempurung itu turut tular sebaik dimuat naik Mohd Zahiruddin di media sosial, malam tadi.

Dalam beberapa video dimuat naik itu dapat didengar rintihan suara Siti Maznah yang memanggil nama anaknya berulang kali...’Acap di sini Acap, balik Acap...mak kat sini’.

Mohd Zahiruddin berkata, sejak kes kehilangan Mohammad Ashraf dilaporkan, ramai yang menawarkan khidmat bantuan menerusi kaedah perubatan Islam.

Bagaimanapun katanya, kebanyakan informasi diperolehi tidak memaklumkan lokasi yang spesifik dan ianya lebih bersifat pelbagai seperti menyebut pokok, batu dan sungai.

Video pencarian di sekitar Gua Tempurung yang dikongsi Mohd Zahiruddin di Facebook.
“Mereka suruh cari di pangkal pokok, ada yang kata celah batu, jadi kami pun tak tahu mana satu.

“Apa pun kami ucapkan terima kasih kerana sanggup membantu, jumlahnya terlalu ramai termasuklah mereka yang dari Sabah dan Sarawak, ada yang menghubungi kami menerusi telefon, mesej dan ada yang datang sendiri berjumpa.

“Tidak kurang yang mengirimkan kata-kata semangat dan doa menerusi Facebook,” katanya.

Mengimbas kejadian 23 Mac lalu, beliau berkata, sekitar jam 12 tengah hari, talian telefon Mohammad Ashraf masih berfungsi, namun panggilan yang dibuat oleh isterinya itu tidak diangkat.

Jelasnya, panggilan seterusnya dibuat sekitar jam 3 petang apabila mangsa tidak kunjung tiba di garisan penamat, namun talian telah ditutup.

“Kami tidak pernah berputus asa dan harapan kami menerusi operasi pencarian ini sedikit pun tidak pudar.

“Kami berharap Acap akan tetap muncul walau terpaksa tunggu lama,” katanya.

Mohammad Ashraf atau panggilan mesra Acap bertugas sebagai juruteknologi makmal perubatan di Pejabat Kesihatan Muar, Johor disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas bagi kategori 25km.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/21173/EDISI/Perak/Ibu-mimpi-Ashraf-di-Gua-Tempurung
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
"ibunya, Siti Maznah Khamis, 62, mendapat petunjuk menerusi mimpi sekitar dua hari lalu bahawa Mohammad Ashraf berada di satu kawasan seakan Gua Tempurung."

Mari kaji sikit. Apasal seakan gua tempurung? Dalam Alquran, ada surah pasal gua ataupun tidak? Dah faham ataupun belum? Ataupun rasa2 mcm pandai?

Mari kita belek sikit...

Al-Kahf:1 - Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

Al-Kahf:2 - (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (highlight yg ini)

Al-Kahf:3 - Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

Al-Kahf:9 - Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (adakah ini bermaksud adanya kisah yg lain yg hampir serupa sesudah itu?)

Al-Kahf:15 - (Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.(komen saya : jika ada bukti dari Allah sekalipun, pemuda2 itu mendustakan jua -hakikatnya)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-6-2019 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Soalan : siapa yg cipta sekeliqn makhluk?
Jawapan : Allah swt
Soalan : siapa yg mengilhamkan kepada manusia?
Jawapan : Allah swt
Soalan : dah faham atau belum?
Jawapan :?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada perkara yg membolehkan usia dunia dipanjangkan. Ada ketikanya, usia dunia itu tidak dipanjangkan. Nak ikut cara sendiri atau nak ikut cara Allah swt dan rasul2-Nya?

Soalnya kini, pilihan itu ada pada siapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2019 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]-1yVlf32u1U[/youtube]

Mari kita sama2 mendengar kisah2 penglipur-lara...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]9ISivSQNkkA[/youtube]

Mari kita sama2 belajar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]vwJVMGUL1cc[/youtube]

Penjelasan yg cukup mantap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]Gi6A3JFsYOU[/youtube]

Macam real aje kan? Kenapa tak bagi aje peluang 2-3 hari? Kalau tak mampu, mengaku sahajalah sifat hamba kepada Allah swt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana kita nak dapatkan petunjuk dari-Nya? Bukankah hanya ada disisi Allah swt kan kan kan? DIALAH yg Maha Mengetahui Lagi Maha Mengasihani bukan?

Hari2 baca surah Al-Fatihah, akan tetapi tak faham2 surah itu ye? Cuba faham2kan

Wokehlah ye. Hari ni tarikh 19/6/2019.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]oOBTsBZ3Ld8[/youtube]

Soalan : jika kereta hilang, nak kena buat apa jika ada kunci? Usaha mencari. Untuk apa mencari? Utk gerakkan kenderaan. Jika nak gerakkan kereta tanpa kereta sedangkan kunci ada?

Jika orang hilang, perlu buat apa jika tak de ilmu? Jika org itu sorang aje? Usaha mencari. Untuk apa mencari? Utk gerakkan orang org. Jika nak gerakkan org tanpa ilmu sedangkan ilmu itu sudah ada?

Nak gelar apa? Ada ilmu tapi tak faham?

Iyelah kan, nak makan, kena cari sendiri. Semua sendiri aje. Org hilang, perlu cari sendiri atau suruh org cari?

Itu prinsip awak ye. Sebab itu saya leh buat rumusan, sendirilah cari ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]y9HC79V4vy4[/youtube]

Okey le tu. Ikhtiar. Teruskan jika diizinkan Allah swt utk kali terakhir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja nak tanya, acap ni hilang siang ke malam? Apasal tak cari waktu siang?

Bukankah di dalam Alquran, terdapat janji dari Allah mengenai urusan rezeki diwaktu siang?

Saja gatal nak taip.

Okeylah ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2019 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-Mu'minūn:64 - Hingga apabila Kami timpakan azab kepada orang-orang yang mewah di antara mereka maka dengan serta-merta mereka menjerit-jerit meminta tolong.

Al-Mu'minūn:65 - (Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu menjerit-jerit meminta tolong pada hari ini, sesungguhnya kamu tidak akan beroleh sebarang pertolongan dari Kami.

Al-Mu'minūn:66 - "(Kerana) sesungguhnya ayat-ayatKu telah berkali-kali dibacakan kepada kamu, dalam pada itu kamu berpaling undur ke belakang -

Al-Mu'minūn:67 - "Dengan keadaan sombong angkuh mendustakannya, serta mencacinya dalam perbualan kamu pada malam hari".

Al-Mu'minūn:68 - Maka adakah mereka melakukan yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? Atau kerana telah datang kepada mereka sesuatu yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka yang telah lalu?

Al-Mu'minūn:69 - Atau kerana mereka tidak kenal rasul mereka, lalu mereka mengingkarinya?

Al-Mu'minūn:70 - Atau kerana mereka mengatakan: "Dia kena penyakit gila?" (Sebenarnya bukan kerana sesuatu pun dari yang tersebut itu) bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa ugama yang tetap benar, dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran.

Al-Mu'minūn:71 - Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;

Al-Mu'minūn:72 - Atau adakah (mereka menolak seruanmu itu kerana) engkau meminta kepada mereka suatu pemberian (sebagai hasil pendapatan seruanmu)? (Ini pun tidak!) Kerana engkau percaya pemberian Tuhanmu lebih baik, dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.

Al-Mu'minūn:73 - Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;

Al-Mu'minūn:74 - Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu.

Al-Mu'minūn:75 - Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.

Al-Mu'minūn:76 - Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan mereka dengan azab (di dunia), maka mereka tidak juga tunduk patuh kepada Tuhan mereka dan tidak pula berdoa kepadaNya dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat);
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 19-6-2019 11:18 PM

Rasanya, cukup lah ye, sedikit maklumat yg rasa2 patut dinyatakan disini.

Tip dari saya, Innalillahi wa innailaihirajiun, yakinlah perkara2 ghaib (tertentu bagi Allah), bacalah Al-Mathurat,carilah rezeki disiang hari terutama ditengah hari (atas izin Allah), carilah botol milik Acap, carilah Allah swt. La'ilahaillah. Tiada kepunyaan-Nya selain Allah (seperti mana yg disyariatkan oleh Allah).

Ketahuilah, Allah swt itu Maha Mengetahui Lagi Maha Pengampun.

Jgnlah membantah sesuatu yg ditidak disenangi. Boleh jadi sesuatu yg buruk bagimu, itu baik bagimu, dan boleh jadi sesuatu yg baik bagimu itu buruk bagimu Jgnlah sombong sesudah jelas yg benar dan batil. Kerana, merugilah amalan mereka yg sombong kepada Allah swt.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum terlupa, mana perginya ahli2 makrifatullah? Dah pupus ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-'Isrā':12 - Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.

Al-'Isrā':15 - Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).

Al-'Isrā':16 - Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.074335 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list