Pengumuman bakal tampil dengan single baru menguatkan lagi andaian orang ramai terhadap perubahan Safiey Ilias kononnya mahu kembali ke fitrah asal adalah gimik semata-mata.
BACA JUGA: "Siapa Nak Sembahyangkan Jenazah Ayah" - Safiey Illias Insaf, Kali Terakhir Raya Sebagai Wanita?
Bukan sekali, malah sudah berkali-kali rakyat Malaysia yang masih mampu berhusnuzon dengannya sebelum ini tertipu dengan usahawan kosmetik terkenal itu.
 Kredit foto: IG Safiey Illias
Di ambang Syawal tempoh hari, Safiey kononnya nekad mengubah penampilan dengan berambut pendek dan berazam menjadi lebih baik demi nama baik keluarga terutama ibu bapanya.
Selepas berkali-kali tertipu, warganet tidak lagi mempercayai 'niatnya' itu, malah mereka mempertikaikan ada sesuatu di sebalik 'perubahannya'.
Ramai juga beranggapan tindakannya itu sekadar gimik mempromosikan jenamanya.
 Kredit foto: IG Safiey Illias
Ternyata, pengumuman mengenai single kedua berjudul Apa Salah Syinta serta bayangan seorang lelaki yang bakal berduet dengannya mengukuhkan lagi spekulasi ramai.
 Kredit foto: IG Safiey Illias
Menerusi ruangan komen, dilihat orang ramai semakin muak dengan taktik lama digunakan untuk mempromosikan lagu itu.
 Kredit foto: IG Safiey Illias
 Kredit foto: IG Safiey Illias
Aduhai Apit, dah macam pengembala dan biri-birinya pula. - CARI |