View: 2020|Reply: 9
|
Ditetak Pakcik Kekasih Sebab Tuntut Hutang
[Copy link]
|
|
Tindakan lelaki menuntut hutang membawa padah apabila dia cedera ditetak bapa saudara kekasihnya.
Menurut portal Utusan Borneo seperti dipetik Utusan, kejadian berlaku kira-kira jam 6.25 petang di Sibu, Sarawak, kelmarin menyebabkan mangsa, 31, cedera berdekatan siku kirinya.
Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa sebelum suspek berusia 52 tahun itu ditahan di sebuah kedai kopi di Jalan Long Bridge jam 4 pagi, semalam.
Dalam kejadian, mangsa bersama teman wanitanya bertemu bapa saudara wanita itu di rumahnya untuk menuntut hutang RM30,000 yang dipinjamkan kepada suspek sejak 2017.
“Apabila pengadu (mangsa) datang ke rumah untuk berbincang, suspek naik angin dan bertindak mengambil parang lalu melibasnya ke arah mangsa.
“Libasan itu terkena lengan kiri mangsa mengakibatkan kecederaan. Kejadian itu turut disaksikan teman wanita mangsa sebelum suspek melarikan diri,” katanya.
Akibat kecederaannya itu, mangsa menerima lima jahitan di sebuah pusat perubatan pakar.
Suspek yang ditahan mengakui mencederakan mangsa dengan parang berkenaan yang kemudian dibuangnya ke sungai Jambatan Hulu Lanang.
Tambah Stanley, suspek akan menjalani ujian saringan air kencing dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan parang. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pemberi hutang. Tuntut duit sendiri pun kena tetak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu zaman sekarang orang takut nak jadi pemberi pinjaman bila nak mintak pinjaman dipulangkan macam2 masaalah timbul yang kadang sampai tahap yang membahayakan |
|
|
|
|
|
|
|
wah dah kasi pinjam kena tetak plak.. bangsa ape ni |
|
|
|
|
|
|
|
samada cina foochow atau iban. 2 bangsa nie jer yang jenis ekstreme kat sibu
|
|
|
|
|
|
|
|
btl tu, kita yg nk minta hutang ni mcm kita plk yg bsalah. salah mintak duit kita sendiri, perli2 dan dpt pakej sakit kena pukul extra maki hamun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni jam nak tuntut hutang kene pakai anti stab punya baju |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 21-6-2019 02:46 PM
Sebab tu zaman sekarang orang takut nak jadi pemberi pinjaman bila nak mintak pinjaman dipulangkan m ...
Ada dua jenis category, satu memang nak pinjam dan bayar balik cepat atau lambat. Satu lagi adalah niat dia nak paw jer tapi kata pinjam, dah dapat duit dia taknak bayar balik. Setelah beberapa kali...aku baru tersedar aku selalu kena type yang kedua. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian yg memberi hutang yg kene tetak..yg berhutang takde malu..
siap menetak lg.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|