CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3450|Reply: 22

[Dunia] Rakyat tertekan. Zaman RM50 tak penuh troli. Ayam KFC pulak kecik!

[Copy link]
Post time 21-6-2019 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Pelanggan 'menangis' dapat ayam KFC 'kurus' - Dunia | mStar


Dua ketul ayam bersaiz kecil dalam posting yang tular.

DALAM tempoh dua jam, posting tentang ayam goreng KFC yang dimuat naik tular di media sosial, mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.

Segalanya bermula apabila Ernie Mah berkongsi foto makanan yang telah dibeli dari KFC, terdiri daripada dua ketul ayam dan kentang lenyek.

Dia menulis, hidangan itu dibelinya di Hillion Mall, Singapura dan kosnya ialah S$7.95 (RM24.40).

Jelasnya, ketika melihat saiz dua ketul ayam yang kecil, dia meminta agar ia ditukar kepada saiz yang lebih besar.

"Bayar $7.95 untuk hidangan dua ketul ayam ini di KFC Hillion Mall.

"Minta staf, iaitu Kelvin T untuk tukar ayam paha kepada yang lebih besar," tulisnya.

Pelanggan mendakwa staf premis enggan membuat pertukaran ayam atas dasar polisi syarikat.

Walau bagaimanapun, permintaan Mah ditolak oleh kakitangan bertugas dengan alasan polisi KFC hanya membenarkan satu ketul ayam saiz besar dan satu ketul lagi bersaiz kecil diberikan kepada pelanggan.

Foto yang dikongsi oleh Mah di Facebook menunjukkan dua ketul ayam, yang mana salah satunya adalah paha ayam yang sangat kecil saiznya.

Mah menulis bahawa staf berkenaan menolak permintaannya, menyatakan hanya boleh tukar 'seketul besar dan seketul kecil'.

Mah juga berkata bahawa mereka tidak memberikannya sudu untuk kentang lenyeknya.

Dia menyiarkan aduannya ke laman Facebook KFC, tetapi pada masa itu, nampaknya tidak ada balasan.

Postingnya mencetuskan banyak komen dengan mendapat hampir 500 reaksi dan 250 komen dalam masa dua jam. -IndependentSg

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2019 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
2 ketol ayam dlm kotak bucket??? Apepun i mmg perasan ayam kfc kecik walau rege sentiasa naik. Tp pic atas tu mcm bkn kotak utk 2 pcs chicken .
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 05:39 PM | Show all posts
ayam tu tak kecik...tangan, mulut dan tekak hangpa makin besaq...tu ja...wakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu kat Singapore...kat malaysia ayam besaq...sapa nak makan kepci this week food panda promo 50 percent discount
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn skrg je kecik.dh lama kecik.klu tgk iklan seketul paha aym blh muat sebiji pinggan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 06:34 PM | Show all posts
Laa keciknya patutlah ramai berpindah ke kedai lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar sbb order spicy.. Disalut tepung byk lapis.. Besor. Lupa dah pi KFC beli ayam ke beli tepung hahha
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo nak besaq order texas ciken....hat ni seketol leh kongsi dua org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2019 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 21-6-2019 07:15 PM
Kalo nak besaq order texas ciken....hat ni seketol leh kongsi dua org

Texas chicken tak sedap......

Cookies dia je sedap
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
I boikot dah aym kfc
Kecik namampus
Harga 2 ketul ayam kfc bleh dpt sekor ayam + sepeket tepung goreng. Balik umh goreng sendiri mkn puas2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 08:00 PM | Show all posts
selepas ni silalah bertukar arah
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Last beli ayam kfc time sos gochujang tu.. Tobat dah tak gi beli lagi. Ayam kecik amat. Dah 2, 3 kali dapat ayam kecik memang stop beli dah.

Kalau satu kecik satu besar takpelah jugak. Ni dua2 ciput.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 02:54 PM | Show all posts
papepon Melayu tetap paling ramai layan kepsi dr kaum lain
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam Msia baru.  Kfc milik kerajaan ph johor
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 09:41 PM | Show all posts
kalau beli 1 bucket mmg ada 2-3 ketul yg kecik..lagi pulak kalau ayam original
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang tukang buat artikel tu pun hagak le nak menganjeng. Kat tempat aku ni ayam kepsi sihatttt je tak mcm lam gambau. Tu masalah management franchise tu lah. Palui.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2019 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 21-6-2019 07:37 PM
Texas chicken tak sedap......

Cookies dia je sedap

Dulu i pun tak suka texas, but then after a while rasa sedap pulak, give them a chance
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 21-6-2019 07:15 PM
Kalo nak besaq order texas ciken....hat ni seketol leh kongsi dua org

Ibxpernah try texas chicken..sedap x?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Texas chicken sedap jugak lerr dgn besar dia. Bubur dia pun sedap
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2019 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan semua cawangan macam tuh.. kfc kat area sy masih sihat ayam besau tapi perasan juga lain cawangan lain rasa ada yang tak berapa nak sedap
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.071185 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list