CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36248|Reply: 151

The Prophecies Of Transcendental Palace

  [Copy link]
Post time 23-6-2019 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by KIM.K at 8-4-2020 02:08 AM



DISCLAIMER: Koleksi kisah ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Recite bismillah sebelum membaca benang berhantu ini. Jangan tiru watak-watak didalamnya dan jangan terlibat dengan salah laku jenayah

Kisah 1: Kadet Wanita Terlampau

Kisah ini berlaku sedekad yang lalu semasa TT bertugas sebagai pegawai muda wataniah di sebuah IPT. TT bertugas menguruskan kadet semasa annual training di hutan banad

Malam itu penutup pada training 2 minggu dalam hutan, kami bercamping dan buat BBQ dalam hujan renyai.

Kadet2 ni usung rakan perempuan mereka (Ani) dengan stretcher dekat unggun api sebab dia kurang sihat dan kesejukan. Kaki Ani pun dah kecut gila lama sangat pakai boot dan perlu haba. TT tanya Ani nak makan tak, ada daging bbq. Dia taknak makan lagi dan tak makan daging. TT pun tinggalkan Ani kat situ dengan kawan2nya

Sekejap2 TT pi check keadaan dia ok ke tak. Nampak tapak kaki dia dah dekat sangat dengan api, panas tu..tapi Ani macam takde perasaan. TT tanya Ani nak makan tak, Ani angguk. TT lupa dia tak makan daging, so pi tanya lagi nak daging bbq tak. Ani angguk lagi. TT pon pegi ambil nasi, lauk dan daging bbq yang sedap ittew

Ani rampas pinggan dan makan dengan lahapnya pakai tangan kiri. Sudu garfu TT bagi dia tak pakai. Tak basuh tangan plak tu. Aku yang dense (istilah forumer Exoskeleton), lurus bendul dan bodow ini pon tak paham2 lagi si Ani dah kena rasuk. Yang pelahap makan tu bukan Ani lagi dah, tapi entiti lain. Kawan2 Ani berkerumun sekeliling dia, senyap dan merenung Ani

Time ni aku still taktahu dia dah menurun. Tapi Kak Wati kawan aku dah tau. Kadet2 dah tau. Aku pun bawak air kat Ani, bawak air basuh tangan dengan tisu. Hulor air basuh tangan, dia pon celop macam robot. Aku still taktau..macam Fendi dalam cerita forumer Exoskeleton. Tak menangkap

Trak 3 tan tiba dari markas nak bawa Ani ke sickbay, diorang pon suruh kitorang angkat Ani. Masa tu Ani start mendengus2, barulah dak2 kadet bagitau Ani dah kerasukan. Time tu baru aku menangkap situasinya..itupun dah terlambat sebab Kak Wati sepantas kilat push aku angkat Ani. Terjadilah adegan tolak menolak wushu angin antara aku dan Kak Wati terus dia jerit, "tapi Kim berani! Akak tak berani. ANGKATLAH!!"

Sibaii betul..tau2 aku dah celah ketiak Ani. Laju betul diorg passing. Sebelah lagi dak laki angkat. Kawan2 Ani terpaksa angkat kaki dia sebab Ani dah lembik. Dia merengus2 lagi tu..dengan berat Ani lagi..dengan becak lagi..lori plak jauh. Itulah pengalaman pertama aku yang sepantas kilat handle orang possessed. Takdapat nak cerita dengan ayat betapa shocknya aku time tu. Macam lari marathon adrenalinnya

Kitorang angkat dia macam2 gaya..takut punya pasal. Pastu struggle lagi taknak bagi dia rendah sangat kena selut. Lawak habis. Kaki kangkang merata, bontot nak cecah tanah. Sampai kat trak, kawan2 jantan aku tak bagi naikkan kat belakang. Diorg suh naikkan Ani dekat depan sebelah seat driver.

Lepas Ani naik dengan pelbagai helah, aku nak pi belakang trak la duduk dengan bacul2 tu enam orang termasuk Kak Wati. Sepantas tadi gak Kak Wati tepis tangan aku suruh duduk dengan Ani! Gila pantas betul Kak Wati ni buat keputusan, merayu-rayu lagi suruh stay dengan Ani. Mesti akak ni pon takut nak matey. Wushu2 sikit dengan Kak Wati pastu aku terpaksa menurut perintah dan naik dengan Ani!! Horror!!!

Choii senior ngan kawan2 lelaki aku..diorang bukannya kadet. Pun penakut nak mampos

Sambungan di sticky notes

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts

Sambungan: Kadet Wanita Terlampau

Edited by KIM.K at 26-6-2019 01:31 AM

Selepas adegan tolak menolak dengan Kak Wati dalam hujan, aku pun naik seat depan duduk sebelah Ani. Perjalanan tu just 20 minit je pukul 10malam, tapi aku rasakan terlalu panjang dalam hidupku. Takut kena tokak leher je..macam dia tokak daging bbq tadi

Ani tidur terlentok. Aku himpit pintu sebab taknak selisih peha dengan si Ani. Kejap kepala golek sini, kejap golek belah sana. Berdebar2 dibuatnya. Yang aku tak boleh belah time dia menunduk..siap badan pun menunduk sekali macam jerangkung..nak sembah dashboard. Seram. "Dah bangun", kata hati aku

Ani mendengus macam beruang, dan mencium2 jarinya. Sniff sniff. Dia baru lepas makan kan. "Hehe..terima kasih bagi makan", kata Ani sambil menyeringai. Eh kalau aku tau tadi, aku tak bagi ko makanlah.. Melihat aku ketakutan Ani berani nak rapat2, renung2 pastu ambik bau. Macam nak buat kita paralyzed in fear. Sebelum pelik2 aku ajak borak

Me: Ko masuk badan dia buat ape?
Ani: Dia kencing kat tempat aku..kotor. Kencing la di tepi sungai. Ni budak2 kencing kat dalam hutan..tak minta izin

Aku pun teringat tadi otw ke sungai ada bau hancing bawah perdu pokok. Memang kuat bau tu, macam tak jirus air

Me: Kat bawah pokok dekat sungai tu ke?
Ani: Ha..ya. Pesan kat diorang..jangan kencing merata-rata. Kotor. Ganggu orang lain. Tu aku marah

Aku pun terdiam. Tandas memang ada, tiap kali pindah tempat, wajib gali tandas. Tapi budak2 lebih senang membuang merata.. Aku zaman kadet malu nak membuang kat tandas tu, walaupun within perimeter. Taik taknak keluar. Sebab dekat dengan khemah dak lelaki..kencing pun dengar. Aku takleh

So dulu2 aku mesti kencing berak semua melepas dalam air tau. Ni cite betul..nak jaga ikhtilat punya pasal. Orang bodow je melepas dalam sungai ni..sungai kek negori tersebut banyak buaya! Negeri Bujang Senang. Tapi malu kat Allah jaga aib punya pasal, time tu sanggup.

Me: Baik kalau gitu. Kau janganlah ganggu dia. Balik tempat kau. Dia penat
Ani: Ok..terima kasih tau bagi makan. Sedap hehe..
Me: Baik. Pegi tidur

Ani pun beransur-ansur tidur. Gila panjang terasa perjalanan tersebut. Siap ada roadblock la..ya Allah beratur plak kat checkpoint ni. Driver Iban tu sengih gelak2 je sepanjang jalan..tak takut langsung. Dia ni lagi dense dari aku ke?

Sampai kat markas, Ani dah boleh jalan sendiri so aku escort dia ke sickbay. Kak Wati cakap tak boleh tinggal je kadet kat sickbay, kena jaga. Aku lagi!

Malam tu aku terpaksa jaga Ani, Ani pon dah tutup mata. Takut nye berdua dengan dia. Takde ubat, takde ustaz. Aku kena solat Isyak..caca marba aku amik air wudhuk. Pastu aku semayang dekat pintu, kalau apa2 aku dash keluar. Aku baca ape pon taktahu..dah tak teratur solat aku dalam ketakutan. Tengah2 solat Si Ani merenung pulak..sudahnye Express solat aku malam tu memang ke laut. Tak mampu nak normal di hutan ni

Lepas solat Ani kata, "Puan, jangan risau. Saya dah ok. Ni saya ni" sambil sengih2 mamai

Aku tau Ani on-off lagi antara dia dan jin tu. Dia belum betul2 boleh control diri. Esoknya kawan2 Ani bagitau aku, itu bukan penunggu hutan tapi saka yang follow Ani selama ni. Selalu kejadian ni berlaku kat Ani. Allahu alam ..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2019 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts

Kisah 2: Budak Histeria Di Hostel

Edited by KIM.K at 25-6-2019 09:08 PM

Masa Kim dah senior, tentang sorang budak perempuan yang histeria di hostel. Junior biasanya duduk tingkat atas bangunan hostel. Satu pagi, budak2 junior datang rumah bagitau hosmet diorang Sarah kerasukan sejak malam tadi

Kim pon naiklah dengan buku Yassin. Rupanya kawan2 Si Sarah ni dah lesu..semalaman diorang tak tido. Patutlah panggil aku. Nampak la muka penat, tido bersandar, tido tangan silang muka, ada baca yassin..3-4 orang pegang tangan dan kaki Sarah..semua tak mandi lagi

Ceritanya, maghrib semalam Si Sarah ni terdengar suara orang memanggil2 dia di luar rumah tingkat 5 tu. Dia pun merenung di pangkin pastu nak terjun. Sempat kawan2 dia capai. Terus mengilai la apa lagi. Kami kat rumah ground floor takde dengar pun

Pagi tu Sarah masih ada tenaga tersisa nak lawan kawan2 dia. Mana tak penat. Rupanya malam tadi dia ada nak terjun bangunan sekali lagi. Kawan2 terlepas dia kot waktu tu

Aku takde skill ape just dense je, so aku join pegang tangan Sarah yang tengah berbaring. Sambil tu baca ayat kursi sambil hembus2 muka Sarah. Muka dia pun dah basah dengan air Yassin. Tiba2 salah sorang kawan Sarah jadi lemah..dia menangis.. sebab dah mula nak kena rasuk. Kawan2 terpaksa tenangkan dia pulak angkut ke bilik lain. Tak lama lepastu, sorang lagi tumbang (kerasukan)

Tetiba Sarah tenung aku pula. Aku still pegang tangan dia dan saling merenung. Aku tenung dia nak mencari makna disebalik renungan. Dia renung aku sebab nak rasuk..pun aku tak paham2 time kejadian tu. Taklah aku dirasuk malam tu

Ustaz pun sampai, nak merawat Sarah. Rupanya Sarah ni terkena ilmu tuju-tuju yang orang buat pada keluarga dia. Ayah Sarah tak bayar sewa rumah ceritanya..langsung tuan rumah tu buat ilmu, terkena pula kat Sarah yang jauh di Borneo. So ustaz tu pun mula membaca doa2. Dia pun membuka bunga2 silat dalam kedudukan duduk

Bermulalah episod rawatan ala2 komik dewata raya. Ada aksi Ultraman, abuugit, aksi Bezita dengan Goku tapi takdapat dilihat segala aura diorang dengan mata kasar kami. Tiap kali ustaz serang macam Ultraman, Sarah akan menggelupur macam Godzilla..dengan mata tertutup. Real punya..

Ustaz suruh parents Sarah datang ambil. Sarah berehat di rumah hampir 6 bulan..on off kena rasuk. Dia sambung pengajian di IPT lain. Maybe transfer kredit.

Pagi tu sebelum aku balik ke bilik aku, kawan2 Sarah tunjuk baju2 Sarah yang kotor dengan darah haid dilonggok saja dalam lemari. Sarah tak basuh..tompok2 darah tu besar pulak tu. Memang dia kena gangguan..dan initiate gangguan. Syaitan kan suka darah kotor

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2019 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts

Kisah 3: Selamat Walaupun Bahaya

Edited by KIM.K at 25-6-2019 09:05 PM

Cerita kali ni tak seram sangat tapi kerja bodoh aku ketika berumur 21 tahun zaman kadet di U dulu. Tak der penampakan apa2, cerita aku suka berak dalam air

Masa training kat hutan, aku tak suka berak kat tandas cangkung yang digali dalam perimeter kubu. Tandas tu dekat khemah kawan2 lelaki, kencing pun dengar. Pastu kayu melintang tempat pijak tu tak selesa..boleh nampak tahi kat bawah. Aku pernah try kencing situ..urin tak keluar langsung. Segan kat member di luar. Masalah air satu hal

Akhirnya aku belajar trick berak dan kencing dalam air. Pe'el aku sorang je. Asal nak terkencing je aku turun kat sungai terdekat. Samada longgarkan seluar atau tak buka langsung. Berak pun dalam air huhu..habit aku sampailah dah bergelar pegawai muda

Satu hari kami camp dekat tebing sungai yang lebar dan tenang. Tebing pasir tu cenuram sikit tinggi 5m sebelum cecah air. Malam tu kapten mengail udang, disuruhnya aku jaga joran dia. Dia kata lubuk udang biasanya ada buaya, sebab buaya makan udang. Tapi sungai ni takde buaya kot

Tak lama jaga joran, aku pun nak terberak sangat. Aku tengok air yang tenang tu dilimpahi cahaya bulan macam save. Selepas lama gaduh dengan diri sendiri aku pun rasa perut nak terburai dan turun beting pasir tu slow2, sorang2, takde sape tau

Masa tu jantung macam nak pecah takut kat buaya, tapi dah turun air sampai lutut. Takut plak kapten tengok bontot aku nanti, so aku turun lagi sampai paras dada..berpaut pada dua kanoe kayu yang bocor di bahagian bawah (air masuk). Aku takut orang nampak kerja bodoh ni, so aku berenang diantara kanoe tu dan melepas dalam air. Kaki tak cecah dasar sungai, punyalah tinggi paras air sungai tu

So aku lepas hajat cepat dalam 2-3 minit, sucikan diri dalam air tu dan naik ke darat. Baju celoreng aku basah dari dada ke bawah. Memang gitulah kalau aku pegi membuang hehe. Beberapa bulan lepastu baru aku terfikirkan keselamatan diri dan tindakan bodoh waktu tu. Sebab aku turun dalam sungai2 di negeri Bujang Senang. Semua sungai negeri ni ada buaya..staf Iban pun tak pernah turun. Alhamdulillah pelik juga aku boleh selamat. Buayanye tak kacau orang kot

Pernah sekali aku melepas kat dalam tasik. Tak minta izin or doa dulu. Esoknya kitorang kena rollcall dan kena denda sebab ada buat mistake apa tah. Dendanya guling side roll sampai bawah bukit. Sambil aku guling bukit tu seluar loreng aku tersingkat, nampak la betis. Member aku tanya, ko buat ape sampai lebam satu kaki? Rupanya dua2 belah kaki aku penuh bertompok2 merah biru lebam macam kena terajang dari pangkal peha sampai buku lali. Tapi tak rasa sakit plak malah aku sendiri taktahu bila mendapat

Maaf kalau cerita kalini tak seno-oh. Tapi sampai harini rasa ajaib sebab sungai2 tu memang orang tak turun

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts

Kisah 4: Wanita Bertelekung di Surau

Edited by KIM.K at 25-6-2019 11:29 PM

Kisah berlaku semasa cuti mid semester, Kim tak balik kampung dan berjimat. Hostel lengang kecuali 4-5 rumah dalam bangunan tu masih ada penghuni tak balik macam saya

Waktu zuhur, Kim rasa nak solat di surau hostel, nak ambil feel berkhalwat sikit. Best solat situ tenang. Takde oranglah sebab cuti kan

Lepas baca quran, Kim pun solat di bucu kanan dekat kipas dinding. Masa rukuk saya nampak dari ekor mata ada seseorang solat di sebelah sana belakang sikit dari saya. Student tu bertelekung putih tengah duduk antara dua sujud pastu turun sujud

Kim lega la ada orang dalam surau. Taklah sunyi sangat sendirian dalam tu. Ketika Kim beri salam lepas tahiyat akhir tu terkejut besarlah saya apabila mendapati takde orang pun kat situ. Baru je nampak kelibat perempuan tadi, rupa2nya takde sesiapa. Takkanlah dia baru datang, solat 2 rakaat terus balik? Kalau ikutkan, tak sempat pun dia nak habiskan solat tu

Berderau juga darah saya, terus jadi tak keruan. Kim terus bergegas balik dan tak pegi dah surau tersebut

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts

Kisah 5: Bomoh Katak Panggil Hujan

Edited by KIM.K at 27-6-2019 04:24 PM

Zaman kadet adalah kenangan terindah bagiku walaupun ketika itu terasa hazab dan serik. Kejap2 tukar pakaian kawadlah, celoreng lah. Rushing sangat sampai masa ikat tali kasut tu pun aku dah berpeluh balik, padahal baru je mandi T_T

Time kawad dan training di hutan bawah panas terik memang menduga semangat. Bayangkan waktu latihan menembak, senjata kat muka kau berasap2 fatamorgana pasal panas sangat. Masa ni aku temui kebolehan aku minta hujan

Sekali sekala bila terlalu lama berhangit di lapang sasar, aku minta hujan. Tak sampai 5 minit hujan pon turun. Semua kadet masuk khemah. Bila kawad lama sangat aku pon minta hujan. Kawad pun tangguh kejap

Ada satu hari menembak tu aku malas sikit. Pasal dah 2 minggu perah tenaga, nak rehat lah pula. So 4-5 kali minta hujan hehe..hujan sekejap2. Kawan2 serumah aku pun macam syiok jugak asyik rest. Aku pernah bagitau diorg kebolehan ni, so diorg pun apa lagi, "Kim minta la hujan. Aku dah tak larat". Jap lagi hujan pun turun..tapi aku ngan kawan2 macam percaya-tak percaya je dengan apa yg berlaku

Oleh sebab hujan kerap sangat, time berbaris coach pun troll member, "sikit2 hujan, sikit2 hujan. Ni keje kau la ni ustaz katak!"

Kat sana memang aku dan kawan2 gegirls suka hujan. Kami berdansa dalam hujan lebat, takde kilat kat sana. Kami menyanyi, melompat, siap push up lagi dalam hujan. Kolej kami kat bekas resort, so surrounding cantik dan kami menari orang tak dapat lihat. Tudung pun tak pakai. Riang ria muda mudi..hehe

Aku tanya sorang bomoh, bomoh tu kata mungkin Allah kasihan kat aku orang merantau. Jadi diperkenankan hujan ketika hati terdetik. Aku tak pernah minta di Semenanjung. Sekarang ini, kadang kala jika minta, hujan turu juga..tapi keyakinan diri aku dah tak kuat. Dulu aku alim, sekarang kurang sikit..minta pun 2-3jam baru hujan atau lambat diperkenankan



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-6-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts

Kisah 6: Siapa Buka Pintu?

Edited by KIM.K at 27-6-2019 04:41 PM

Seperti ku ceritakan, hostel kami cantik banglo kayu bekas resort. Cantik sampai ia dibeli oleh tentera buat Kem Semboyan sampai ke hari ini

Oleh kerana negeri Bujang Senang ni selamat, aku terlupa dalam dunia ni ada makhluk lain seperti bunian dan jin. Aku agak pemberani sebab tak jumpa apa2 keganjilan di resort tu. Satu hari aku terdengar sayup2 suara lelaki berbisik2 dalam banglo aku pukul 2pagi

Aku dok bilik bawah, member2 kat bilik atas. Pukul 2-3 pagi aku pun menyelinap dalam semak belakang rumah cuba mendengar..dari mana suara tu datang. Kejap dengar kejap tak dengar, aku jadi curious..selinap ke banglo sebelah, ke rumpun sebelah etc. Rupanya kawan2 aku bawa budak laki masuk banglo kami ke bilik diorang! Takdapat nak katakan aku marah sebab geng tu agak sosial..kena jaga hati

Tak lama lepastu aku dengar lagi! Marah betul aku. Kul 3-4 pagi time tu. Aku pun selinap ke semak samun belakang rumah dan menyiasat sorang2 sampai 5pagi. 5pagi kat sana dah solat subuh. Malangnya aku takdapat apa2 hasil siasatan haritu

Aku pun balik mandi, solat dan gosok baju nak gi kelas. Bilik aku sebelah dapur. Tetiba aku tengok pintu tu tak berkunci, ada gap sikit. Lagi la marah, ni mesti diorg lari ikut dapor! Aku pun tutup dan kunci

Tengah2 menggosok tu aku dengar lagi pintu tu terbuka. Pi tengok. Memang betul pintu tu terbuka lagi..tapi takda sesiapa di floor ni kecuali aku. Aku kunci pintu tu dan fahamlah aku bahawa ada makhluk yang menegur..

Sejak tu aku tak mencari2 lagi perkara yang mencurigakan. Dan faham tempat tu aku kongsi dengan makhluk lain

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2019 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts

Kisah 7: Gamelan dan Histeria

Edited by KIM.K at 10-7-2019 12:05 AM

Kisah ni berlaku semasa jadi cikgu ganti di MRSM lepas grad. Iols selalu lepak kat bilik guru sampai 12tgh malam sebab sana ada Wi-Fi dan boleh buat kerja sekali. Bujang kan
MRSM baru je buka tak cukup cikgu dan tempat pun keras. Satu hari, iols habis kerja dan tutup opis kul 11.30malam. Otw berjalan balik ke rumah warden (jadi fellow jugak jaga budak, duk depan hostel), iols terdetik, "kalaulah malam ni budak2 histeria.." Taktaulah kenapa aku sampai boleh fikir begitu..aku tak berniat, tapi barang terlintas di fikiran

Sampai2 je aku di bangunan hostel, terus budak2 top floor histeria..

Kawan2 diorang turun gelabah cari fello. Aku dah merinding tegak bulu tengkuk..Ya Allah..akukah yang penyebabnya. Ya Allah..kenape aku cakap macamtu. Tau dah malam ni aku kompom takleh tido

Aku naik dorm atas sekali yang dikatakan angker dengan fello2 lain. Ramai gak budak kena sampuk, 3-4 orang. Budak2 dah lembik, menangisss je sebab takleh control tubuh sendiri. Ada yang berkikik gelak buat2 ok. Itu tandanya tak ok..sebab time serun macamtu mana ada orang ketawa..member keliling duk baca yasin

Yang tak pulih kami bawa turun. Tetiba berjangkit lak kat bangunan depan, mengilai. Kumpul2 dekat 8 orang budak kena sampuk malam tu. Kami call parents suruh bawa balik

Ada sorang budak bagitau, sebelum histeria berlaku dia dengar gamelan dimainkan. Gamelan tu disimpan di dewan, import dari Indonesia..malam tu dia main sendiri

Bermakna semasa aku berjalan pulang dari bilik guru tu..gamelan sedang dimainkan. Tetapi kata guru2 gamelan itu memang berpenunggu. Ia hanya main lagu, tak kacau orang

Jadi siapa yang kacau budak2 di hostel?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2019 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts

Pengijazahan Aji Wimanasara

Edited by KIM.K at 27-8-2019 05:38 AM

These deleted stories will be retold in English. By the end of it is another new name

We brought ustazs few week ago to secure perimeter. Hadnt had any dreams since. The first day after lime bathe was intense, I slept for 12 hours almost as recovering from surgery

We learn they have wali songo parental lineage, so I requested for commisioning ceremony of Aji Wimanasara to dilute negative remarks about the spells. As much as I know, wali songo took the time studied and reinvented knowledge from Aji Saka. Ive been commissioned, done nothing shirk right to this day
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2020 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts

GOSSIP MONGERS

Edited by KIM.K at 7-3-2020 07:30 AM

Reminder: About surveilance bug I believe this is vip/vvip naughty job whom related with entertainment industry
If I could ask please take this seriously and MONITOR YOUR HUSBAND online activities
...................................................................

Lately I noticed my phone tapped with surveilance bug from unknown source. Likely installed by one of the forumers, as private events seem flooding back to cari forum. What I eat, what I did

I want this voyur obsession to cease whoever secretly filming us would stop. You are breaking the law, spreading rumors and sitting on the wrong spot. This behaviour is mental illness. The receiving end look wonderful and good





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2020 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts

OLD DIGGER

Edited by KIM.K at 13-3-2020 04:13 AM

Years ago I play a sinful game with my friends..during matriculation college. About what age we would get married, what state in malaysia. I got 2020 as the year and 'S' for the state. Not sure Selangor or Sarawak or Sabah. Silly game but I still remember them

So I was wondering if this year will be the year for wedding bells. I dont know. Not hopeful at all with my lucky star at the moment. Im not keen in hurrying relationship

Few days ago I was talking about transcendant palace with a close friend. Told her the people in that kingdom wore colorful clothes. She said they were not muslim genies, muslim genies wear all white/pastel. Those are non muslims

I told her Ive been dreaming about seeing men who were my husbands (different persons) in the palace. One of my friend also told me he dreamt of me with a husband. Lately I keep dreaming about someone interested in me

So here what my friend say, 'I have been doing traditional healing for a long time. I can tell you that they want to bring you into their world. Vanish. They are non muslims and you can never return home. Its going to be soon. If you dont want it to happen, you need to get married'

I was so tearful and panicked that night. My mother look upset as well
These creatures keep pushing the boundaries between dimensions. But problem now is how do I push anyone to marry me? Should I push him everyday untill his work performance drop? Some dumb kid might think Im a gold digger
I can feel desperation building up my ass



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2020 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts

THE THREE BLOODY LESSONS

Edited by KIM.K at 31-7-2020 03:48 AM

2nd wave is here, wait for the third wave

I started making 5 figures at the end of 2019 lorry, ships and cargo Im making good cashflow while realising there are many people unhappy with that. At the same time I was in turmoil with my mother's condition as it took off with the expansion of my network

My uncle who was abandoned by his children slowly developed alzheimer. The siblings decided to sell his land and split the money among thenselves, since he owed them thousands of ringgit. The day they split the money, they come to my house and show some entitlement

My mother who had been suffering from long term issues talk them into beating me. These are family members with the same abusive nature and unhappy kids. I lodged a police report that day but spared my mother's name, who was one of the assailant. Im sending clear message who is 'inside the family' and what Im capable of

Ive been paying monthly commitments and lawyer fees thus I know very well I was used and manipulated in the house. That night I said to Allah show my mother some lessons. Always show lessons. Im in great fitnah

The next day she got bitten by unidentified snake. She didnt even informed me until an hour later. Next thing I know neighbours pouring into the house, ambulance outside and she told me she got bitten by snake. That it the type of daily drama in my house. She told everyone but me to create an impression

She was detained for three days. Surprisingly I was the only person visiting. Where is the other cheerleaders when money involved. You see..imbeciles, seeking trouble is free until you have to pay for something. Your broke ass cant pay a visit. Dumb and dumbers out, but we both still in this vicious cycle draining physically, mentally and financially

I drove home the next day after visiting her. To my surprise the door is locked. My mother would give the key to anyone but me. I was disappointed by her determination to control by force and humiliate her daughter. This is usual also. She actually control me while controlling my money

I went to my uncle house and ask him the key. He was already mad and beat me again, it was caught on video by his neighbours and went viral. This is when I lodged the second police report. The reason he dare to do that is because police did not warn them personally after the first report. They just lamely told my mother to warn assailance HERSELF. My mother would twist words if you let her so I doubt she told the truth. Thus, misinformation lead to second incident

Post partum depression is no joke, my mother suffers for life. I endures beating, kicking, punching, slap, hit with objects on my face, bruises, scar, spitting, screaming and accusing for hours and hours, as well as my assets, gadgets, gifts thrown to pieces. We have so much broken households with dents and holes. These happens on daily but my relatives shut an eye about it. They never asked what happen in the house. Because they are just at par abusive, they were abused and taken it as normalization. I have to be strong and well mechanised to keep doing this

Later my mother told me she saw the snake, but tried to manage the situation unfortunately got bitten. These has happen many times before with unbeneficial challenges. She challenged snake and got bitten, chased by a cow, chased by a male leader monkey. How many people can tell you their 74yo mother chased by cow. I was right there threatened the cow to back off

I find my mother couldnt estimate a risk, too daring to look independent and could not differentiate between dangerous and manageable. I dont know what happen if I leave her. The house was broken into few times by buglars while I was away doing years of studying

At the moment Im writing this post, my mother shows stable improvement. But Im a businessman, I have to tell. And do wicked. No one is left unattended by karma
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca waktu siang bolehlah. Kalau malam teringat2 pulak

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Okay sila sambung TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2019 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 23-6-2019 08:05 AM
Baca waktu siang bolehlah. Kalau malam teringat2 pulak

Masa menulis tu rumah rasa seram, cicak mendecit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2019 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
AkuMark replied at 23-6-2019 08:56 AM
Okay sila sambung TT

Terima kasih, TT sambung malam ni atau esok ye insya Allah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2019 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sambungan pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
PuanAbby replied at 23-6-2019 01:09 PM
Ada sambungan pulak

Hehe..itulah malam paling panjang
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 02:05 PM | Show all posts
sambung..sambung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ikanmasin replied at 23-6-2019 02:05 PM
sambung..sambung..

Hehe..ok dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 02:30 PM | Show all posts
best pulak baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2019 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
CikB replied at 23-6-2019 02:30 PM
best pulak baca

Terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ganas jgk Kim yer..
I follow
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Wushu wushu yg x tahan tu. Kungfu ying and yang gayanya
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 05:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2019 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 23-6-2019 03:51 PM
Ganas jgk Kim yer..
I follow

zaman muda2 pakai fon flip flop
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 06:10 PM | Show all posts
ada lagi tak sambungan ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kim ni orang sarawak ye? Saya ingatkan orang johor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2019 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
laila_zi replied at 23-6-2019 04:07 PM
Wushu wushu yg x tahan tu. Kungfu ying and yang gayanya

Huhu..tepuk2 angin sebab dah seram sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2019 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KIM.K at 24-6-2019 09:20 PM
CikB replied at 23-6-2019 06:10 PM
ada lagi tak sambungan ni


Ada..saya sambung cerita2 pendek zaman kadet dulu

Kemudian kalau ada rezeki saya sambung lagi kejadian sekarang..yang tu takpasti nak cerita bila.. Teaser macam kat bawah ni, tentang hotel.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.153314 second(s), 60 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list