CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6511|Reply: 32

Doktor Dedah Bengkung Perosak Organ Dalaman & Bahaya Pakai Setiap Hari

[Copy link]
Post time 24-6-2019 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
By Suhaidah Abd Wahab

Ramai wanita yang mahu memiliki bentuk tubuh badan yang langsing dan ideal.Supaya bila pakai baju, nampak elok terletak dan cantik menawan. Pelbagai cara dilakukan demi untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman. Antara cara alternatif untuk nampak lebih kurus atau ramping dengan cara yang lebih mudah dan pantas ialah dengan memakai bengkung.

Pemakaian bengkung, dikatakan dapat ‘menyembunyikan’ lemak-lemak yang ada di tubuh. Namun ramai yang terlepas pandang, hakikatnya bahaya memakai bengkung setiap hari, ia boleh merosakkan organ dalaman dalam jangka masa yang panjang.

BACA PENDEDAHAN BAHAYA BENGKUNG NI OLEH Dr Yazeed Hair Johari SEBAGAI RUJUKAN

Bengkung Perosak Organ Dalaman
Ini adalah bengkung, atau nama mat salehnya waist girdle, Corset, waist band dan macam-macam lagi .

JENIS-JENIS BENGKUNG:
1.Bengkung abdomen (Membaluti keliling abdomen/Perut) 2.Bengkung Penuh ( Chest to Hips ) Yang membaluti dari paras Dada hingga pinggul .( Lebih merbahaya)
Tak kira lah jenis apa sekali pun, bengkung ini selalunya digunakan untuk;

1.SELEPAS BERSALIN (POST DELIVERY)
Selalunya lepas bersalin.Bukan apa tujuannya untuk put on pressure pada rahim yang sedang mengecut.Bengkung ini digunakan hanya pada had masa yang tertentu sahaja. Bila rahim dah sepenuhnya mengecut, Tak ada lagi pendarahan.Bengkung dah tak perlu sebenarnya.

2.IMMBOBILISATION OF BACK
Terutama sekali yang ada kecederaan tulang belakang, untuk mengelakkan “friction” geseran tulang belakang.
Tapi zaman sekarang ni, penggunaanya telah disalah guna oleh beberapa pihak.Pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan menjual HARAPAN.
Overclaim pulak tu. Boleh kurus, boleh ramping.

ANATOMI
Secara Amnya, dibawah lapisan kulit kita terutamanya dibahagian abdomen dipanggil “Subcutaenous fat tissue”. Lapisan ini adalah lapisan lemak yang terkumpul.Kalau perhatikan Fisiologi struktur lemak.

Lemak ni mempunyai sifat pejal, ia tak mudah pecah seperti yang di perkatakan oleh ramai penjual.
“Kalau sapu losyen panas ni, Lagi cepat pecah lemak..”
“Jangan ingat lemak tu macam buah delima atau belon! Boleh pecah begitu sahaja”

Menjual harapan adalah lebih mudah, memandangkan rakyat kita sibuk bekerja.Tak ada masa nak bersenam dan tak boleh kawal nafsu makan. Jadi , Ini adalah pintu gerbang utama kepada si penjual untuk Menjual harapan..
“ Nak jadi langsing ?”
“ Sorok lemak, Dalam masa yang sama boleh shaping? ..”
Lemak tak boleh disusun atur, Macam susun biskut dalam balang.

KEBURUKAN PAKAI BENGKUNG SETIAP HARI
1.GERD – GASTROESOPHAGEAL REFLUX DISEASE
Bengkung akan membuatkan, organ perut dan paru paru tertolak ke atas disebabkan tekanan yang tinggi.Bila perut dah tertolak ke atas, injap penutup perut akan terbuka disebabkan paksaan tadi.Jus asid perut mula melimpah semula ke Esofagus (Salur makanan) dan akan menyebab kan GERD ( Gastroesophageal Reflux Disease). Simptomnya sama macam orang yang kena Serangan Pedih Ulu hati.

2.DYSPNOEA ( SHORTNESS OF BREATHING ) SUSAH BERNAFAS
Bengkung juga akan Push Paru paru inferior ke atas.Kita bernafas menggunakan otot Diaphragma Dan ruang diafragma ini diperlukan oleh paru-paru untuk mengembang lebih baik.

Tapi kalau balut perut dengan bengkung dan pakai setiap hari, ruang diaphragma menjadi makin sempit. Otot diafragma tak dapat bantu paru paru untuk bernafas disebabkan tekanan dari bengkung yang telah menyebabkan kenaikkan tekanan abdomen “Intraabdominal pressure”.Sekali gus menyebabkan paru paru tak dapat berkembang dengan lebih baik.

3.BRAIN HYPOXIA
Disebabkan itu, makin kuranglah kemasukan oksigen dalam badan.Bila oksigen sampai ke otak dengan jumlah yang minima, akhirnya mula jadi cepat letih, cepat mengantuk dan produktiviti hidup seharian akan berkurangan.

4.CARDIAC PRESSURE
Bila paru paru pun dah tertolak ke atas, maka paru paru tadi mula mencengkam jantung. Jatung pula yang stress, dah lah nak kena pam darah lagi , Tapi dok kena himpit pulak dengan paru paru.

Darah Beku Mungkin ada antara kita yang tak tahu jika ada masalah “Koagulasi” Darah.Bila ruangan dalam abdomen makin sempit, secara logiknya salur darah yang kecil semuanya akan tersekat. Sekatan laluan itu akan menyebabkan darah anda mula bergumpal dan mudah menjadi thrombus.

Bayangkan kalau darah beku tadi,tersekat di salur darah paru paru? Pastinya mengundang Pulmonary Embolism.
Keadaan ini adalah Emergency, 100% pesakit yang kena pulmonary embolism, 60-70% yang akan menempah keranda untuk dikebumikan .

Selain dari itu, pakai bengkung juga boleh mengakibatkan;
5. EMOTIONAL STRESS 6. INTRAABDOMINAL MUSCLE STRESS 7. INTRAABDOMINAL SWELLING ( BENGKAK)

Hanya kerana nak nampak kemas, nak simpan selit lemak tu, pakai bengkung tu pun dah nampak macam nak sesak nafas.Jangan temberang bila cakap pakai bengkung tu selesa. Increase intrabdominal pressure, takkan penah selesa.

Nak nampak kemas katanya, tapi banyak keburukan yang mengundang pada badan sendiri.Kenapa perlu beri tekanan yang tak perlu pada ruang dalam abdomen.Mereka perlukan ruang untuk bekerja.

Perut, diaphragma, usus,Paru paru, ginjal, hati dan sebagainya, tuhan dah ciptakan ruang untuk organ organ ni bekerja. Tapi disempitkan ruang mereka dek kerana nak sorok lemak lemak yang berlebihan.

RAMPING CARA MUDAH & PANTAS
Malas nak komen pasal excercise dan pemakanan. Topik ni boring. Semua orang tahu.Tapi semua cari alternatif lain untuk nampak lebih kurus atau ramping dengan cara yang lebih mudah dan pantas.Sanggup belanja duit gaji beratus-ratus untuk alat kelengkapan bengkung. Belum lagi dengan seluar shaping, baju panas, teh detox, pil kurus, Losyen panas lagi..Hanya kerana kau mahu kelihatan lebih anggun dan menawan.
Kalau tengok pada gambar ni, balut tengah tu elok dah, tapi dia degil, Dia dok keluaq ikut ataih dengan bawah.

SEBAB APA?
Sebab lemak pun perlukan ruang mereka sendiri.Hang rasa hang boleh kawal susunan lemak tu ke?
Jadi lah pengguna yang bijak, dari memudaratkan diri dengan membazir lagi beli benda benda yang memberi harapan palsu.Baik kau simpan duit tu untuk masa depan diri sendiri dan anak anak.

Share & Tag lah.Supaya ramai yang buka mata.
Sekali dua pakai, boleh tahan lagi..Tapi kalau kerap? Rasa organ dalam tu tak “tercekik” mintak nyawa ke? Mereka pun sel sel hidup juga. Sama seperti anda semua yang perlukan ruang dalam hidup .
Kecantikan tu sementara, tapi organ dalaman nak pakai lama. Bukan nak jatuhkan perniagaan orang, tapi … kesan masa jangka panjang tu, siapa nak tanggung. Nanti semua salah doktor, salah diri sendiri tak perasan pulak.

Betul lah kata orang “Beauty is pain”. Memang pain pun, yang jual bengkung tu pun hari hari dok bergasak dalam Gym.Duit pun masuk macam air.

Kadang kadang tengok, bengkung tu sampai dah longgar, dah tak ada elastik..Tapi tuan punya badan, dok macam tu jugak.

Nota Ringkas * Setiap organ kita perlukan ruang untuk bernafas dan bekerja . Tekanan normal dalam perut harus di kekalkan. Jika bengkung ini dapat menyebabkan “Increase Intraabdominal pressure” Maka ianya membawa kemudaratan.

Tak Boleh terima kebenaran ? Tepuk dada tanya sendiri
Dr Yazeed Hair Johari
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi hati-hati iya buat wanita yang mengamalkan bengkung setiap hari. Ia boleh jejaskan kesihatan dan merosakkan organ dalaman dalam jangka panjang. Sebaiknya amalkan pemakanan sihat, lakukan senaman untuk dapat bentuk badan yang langsing, pinggang yang ramping dengan cara yang lebih sihat.

Sumber: Dr Yazeed Hair Johari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2019 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca ni bam jat
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 07:20 AM | Show all posts
GERD tu bahaya.. Indonesia panggil Angin duduk... Biasanya kalau bedridden patient paling mudah kena..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Time lepas bersalin memang diperlukan bengkung tu kot sebab rasa lower abdomen lemah semacam...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dedolu sebelum kawen iols slalu juga oakai girdle
Kenkonon nak ramping n cung masa naik pelamin
Hahahaha
Mmg rasa terhimpit semua
Masantu iols terpikir mcmana org dedolu dok oakai menda alah ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Lps bersalin pernah try pakai bengkung.. Sangat2 la rasa tk selesa.. Rasa cam drh tak jln.. Ikat tak ketat pn.. Last sekali buang letak tepi.. Aman hidup ku.. Pandai jaga sendiri.. Perut tak mengelebeh aihhh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2019 08:16 AM | Show all posts
Betul lah kata orang “Beauty is pain”. Memang pain pun, yang jual bengkung tu pun hari hari dok bergasak dalam Gym.Duit pun masuk macam air.

Kadang kadang tengok, bengkung tu sampai dah longgar, dah tak ada elastik..Tapi tuan punya badan, dok macam tu jugak.


tergelak ak pagi2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Koser bengkung bagai.. tapi bengkung ni wat kita x lalu makan..pengalaman aku ler..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2019 09:12 AM | Show all posts
adussssss, nk menyusun lemak tu la satu hal yang mustahil tapi kalauuu la boleh kan... senang hidup
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 09:13 AM | Show all posts
pakcik aku masa kerja dulu hari2 pakai bengkung, aku tak sure pula apa tujuan dia pakai...
6 bulan selepas pencen, dia masuk hospital...sesak nafas, doc pun tak boleh nak identify apa sakit beliau...siasat punya siasat rupanya jantung dgn paru2 dia dah beralih dari kedudukan asal..akibat pakai bengkung selama berpuluh tahun...now dh lumpuh 1 badan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 09:14 AM | Show all posts
social justice warrior yang menyokong budaya semburit ramai gemuk2 gelebeh...wakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 09:16 AM | Show all posts
Pernah la try bengkong sajat.. time tu satu department beli (perempuan shj la) skali jek pakai.. time tu pakai rasa mcm tak best nak duduk.. keras jek badan.. balik tu rasa lenguh2.. lenguh mcm berlarik kat broga tu pny lenguh..  esoknya jumpa doctor sbb lenguh2 tu tak hilang, dan doctor mmg x bg lansung guna bengkong tu.. merosakkan struktur badan katanya.. cerita last year.. pakai sehari jek pon da seksa.. apatah lagi yang pakai berhari2.. tak dapat bayang mcmne rerakan yg gune...

time tu beli bengkong tu dia xde wrap badan pon, sbb amek size s mmg muat2 badan.. tp mayb seharian kena duduk keras kejung jekkk kann... sampai kena makan ubt muscle relaxing jadinya penangan bengkong sajat.. coiii btll
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 09:33 AM | Show all posts
dah la berbengkung muka lak berkapok mekap serba serbi fake manusia skrg
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 09:44 AM | Show all posts
aku pakai bengkung elken
best la, lagi2 kalau pakai baju kurung moden mmg slim habis hihi
tapi tak pakai hari2 la
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 09:48 AM | Show all posts
suka pakai corset, rasa kemas je..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Oo bahaya juga ya bengkung ni Iolss ada teringin nak beli tp tak pernah beli Ok dah baca ni kompom mmg xbeli hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
uish bahaya gk ye.. mujur aku mmg x suke berbengkung..  penah pki kjp x leh thn rimas..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 10:23 AM | Show all posts
ada kwn iols hr2 dok pki bengkung ni
smpi skg x dpt anak lg
x tau la ada bekaitan ke x
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 10:24 AM | Show all posts
  


mama siti kassim pun pakai bengkung sajat ualsZz...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
putehkundor replied at 24-6-2019 10:24 AM
mama siti kassim pun pakai bengkung sajat ualsZz...

Ye lah tu pakai kejap je lettewww sbb heshe kan client
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.105408 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list