CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35304|Reply: 159

Ombak Rindu The Series - Berjayakah Remy Ishak & Izara Aishah Kalahkan Gandi

  [Copy link]
Post time 24-6-2019 11:17 AM | Show all posts |Read mode





Angin tiada, ribut tiada, tiba-tiba sehari dua ini, timeline Instagram dipenuhi dengan gambar-gambar di sebalik tabir Ombak Rindu The Series. Tiada kelibat gandingan pelakon asal Ombak Rindu pada tahun 2011 iaitu Aaron Aziz dan Maya Karin, namun tetap di tangan pengarah, Osman Ali, pelakon berkarektor menjadi pilihan iaitu Remy Ishak dan Izara Aishah.


Foto : IG




Jadi, penonton mungkin tidak perlu terlalu bimbang dengan lakonan kerana ia dibintangi oleh pelakon yang diketahui hebat. Cuma mungkin agak kabur dari segi jalan cerita, adakah ia cerita yang sama atau menyambung filem yang terdahulu.



Jika dilihat daripada kemaskini pelakon-pelakonnya malahan pengarahnya sendiri, Osman Ali tidak menceritakan secara terperinci mengenai pembikinan drama ini. Cuma pengarah tersohor ini ada menyatakan sesi penggambaran yang baru beberapa hari dilakukan ini adalah untuk tayangan TV Iflix.


Foto IG



  



Sementara itu, pelakon yang memegang watak Izzah iaitu Izara Aishah turut menjelaskan yang projek Ombak Rindu The Series ini hanyalah empat episod sahaja. Manakala Remy pula tidak mengemaskini akaunnya cuma mempromosikan drama Keluarga Bahadon, itupun enam hari yang lalu.


  







Tidak ketinggalan pelakon hebat lain seperti Uqasha Senrose sebagai Hazirah, Nora Danish sebagai Dr.Khadijah dan Fahrin Ahmad. Sama-sama kita nantikan perkembangan cerita ini. Apakah mampu mengatasi kehebatan filem terdahulu atau sekadar gah dengan pelakon hebat semata-mata? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2019 11:25 AM | Show all posts
oklah.. bukan mira filzah lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 11:31 AM | Show all posts
teringat pergi tengok ombak rindu dekat wayang semata-mata nak tengok aaron aziz. naifnya dulu. berlakon kayu je padahal.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Xsabar...barisan pelakon best..remy,izara,nora danish,uqasha ..... yayy yayyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 11:33 AM | Show all posts
kena tgk dulu...nnti blh compare mana lagi best
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
X teruja lansung...osman ni mmg fav actor dia aaron,remy,izara,maya blik2  yg ni je la...remy ni kalau drama lain pyh nk meletop la,phk n lkt tu meletop sebab adaptasi novel yg mmg org tau best,bukan sebab pelakon...kalau pelakon lain yg jd hero heroin pon meletop jgk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Adaptasi ombak rindu yg first ke.. Or sambungan dia ni.. Tp pakai tajuk ombak rindu jgk.. Tp 4 episod je.. Byk kot konflik dlm novel tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 12:06 PM | Show all posts
ok la tuh.. yang filem aritu pon banyak scene dalam novel tak diceritakan.. ni mungkin lagi detail kot.. btw aku suka kedua dua watak utama drama nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2019 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Izara tu pd meols antara pelakon kayu. Cara dia bcakap mcm org malas nak bcakap taw. Meols rengsa sungguh. Monotonous (betul ke ejaan meols ni) jah.

Plus lg rengsa tgk bibir dia yg makin tebal tu. Hodoh sangat. Dah kenapa ko kak Tuhan dh bg cantik punya kejadian muka mata hidung mulut ko nak jugak gi alter lg.

Tu je makan dia kak org xreti bersyukur ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cant wait. Nanti boleh compare dgn versi filem. Gigih dulu pergi tgk sorg2 filem ni. Tp me filem xbest mana. Ntah la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 12:49 PM | Show all posts
teringat aku g tgk cite nih ngan kengkawan dlu..org lain sedih2..aku jugak gelak2 tgk cite nih..hahahha


btw gandingan harun ngan maya nih bkn best mane pon dlm cite nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 01:06 PM | Show all posts
kecikgurl replied at 24-6-2019 12:49 PM
teringat aku g tgk cite nih ngan kengkawan dlu..org lain sedih2..aku jugak gelak2 tgk cite nih..haha ...

iols tak paham sedih celah mana

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 24-6-2019 01:21 PM
kakasotong2 replied at 24-6-2019 12:15 PM
Izara tu pd meols antara pelakon kayu. Cara dia bcakap mcm org malas nak bcakap taw. Meols rengsa su ...


Ingat kan iols sorang je rengsa tengok bibir tebal dia tu. Hari tu pegi open house, ada ler nampak Izara ni berlakon kat tv, drama apa ntah kat astro. Pastu terperasan apsal bibir dia nampak makin tebal, dah ler pakai lipstick terang.

Ombak Rindu versi filem pun tak tengok, drama ape tah lagi, dah ler hero heroin tak best
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 01:21 PM | Show all posts
iols tak paham kenapa ombak rindu popular gila cite dia..
hahahahahha..
siap ada nangis2x bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 01:46 PM | Show all posts
oklah ni gandingan pelakon2 yg bagus jg..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Maya karin jugak yg best... MF takleh watak ni sbb dia kan classy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2019 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
freyayong replied at 24-6-2019 12:26 PM
Cant wait. Nanti boleh compare dgn versi filem. Gigih dulu pergi tgk sorg2 filem ni. Tp me filem xbe ...

Haah iols tengok jugak dan mmg kecewa. Btw itu first time i tgk aaron aziz berlakon so i mmg macam terkejut dengan kekayuan beliau. Seriously i terpikir masa tu kenapa pemes sgt dia ni seyesly lakonan sgt fail.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kecikgurl replied at 24-6-2019 12:49 PM
teringat aku g tgk cite nih ngan kengkawan dlu..org lain sedih2..aku jugak gelak2 tgk cite nih..haha ...

Aku terpaksa tgk film ombak rindu sbb movie day out ngan kwn2.
Tp mmg membebel la aku sepjg tygn tu ngan sorg lagi kwn aku.
Aku rengsa sbb watak izzah dilakonkan oleh MK. Adoi. Musnah imaginasi aku. Novel ombak rindu 1, 2, 3 mmg jadi tukun lepas tu.

Ni dah jadi drama, izara n remy lak tu. Mmg tak sesuai la.
Hancus sgt la pemilihan pelakon utk film n drama ombak rindu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kakasotong2 replied at 24-6-2019 12:15 PM
Izara tu pd meols antara pelakon kayu. Cara dia bcakap mcm org malas nak bcakap taw. Meols rengsa su ...

Setuju sangat. Macam dalam citer kul 6 tu rengsa sungguh tgk. Scene tgh marah2 berapi dia boleh cakap senada jer. Padahal dia dah berlakon lama kan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 03:21 PM | Show all posts
hijau88 replied at 24-6-2019 02:28 PM
Aku terpaksa tgk film ombak rindu sbb movie day out ngan kwn2.
Tp mmg membebel la aku sepjg tygn ...

nyesal x sudah tgk movie die..segala banyangan sume hancur lebur..punah imaginasi 1 ketika dlu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.212584 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list