Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
447
View
0
Reply

4 Sebab Mengapa Anda Perlu Perlindungan Insurans

[Copy link]

Author: easicircle       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-6-2019 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Perlindungan insurans seharusnya menjadi sebahagian daripada komitmen bulanan setiap individu. Bukan hanya sebagai pilihan jika mempunyai duit tambahan. Sebaiknya lindungi diri anda seawal usia hal ini kerana semakin meningkat usia anda semakin mahal premium yang perlu anda bayar setiap bulan. Selain daripada peningkatan kos kesihatan terdapat juga beberapa faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Ayuh singkap!

Pengganti Pendapatan
Sekiranya anda sebagi tunjang utama dalam keluarga. Sekurang-kurangnya anda perlu melindungi diri dengan pelan insurans hayat. Pernah atau tidak anda terfikir bagaimana jika musibah menimpa diri dan anda sebagai pencari nafkah tidak lagi mampu bekerja. Sekurang-kurangnya pampasan yang diperoleh daripada syarikat insurans dapat membantu meringankan beban kewangan sekaligus mampu menggantikan pendapatan anda.

Pelan Perubatan Kesihatan

Aset terpenting untuk setiap individu adalah kesihatan. Jika anda benar mengambil berat tentang diri, keluarga dan insan tersayang. Seharusnya anda menyediakan perlindungan sewajarnya kepada mereka demi menjamin masa depan jika perkara yang tak diingini berlaku.

Perlindungan Kewangan Sewaktu Hilang Upaya
Sekiranya anda tidak lagi mampu bekerja kerana hilang upaya kekal. Maka sekurang-kurangnya pampasan yang diterima daripada insurans dapat membantu menampung kos sara hidup dan mengurangkan kos perubatan.

Pelan Simpanan

Pelan insurans yang menggabungkan perlindungan dengan pelaburan kebiasaannya terdapat dalam pelan insurans hayat. Jumlah premium yang dibayar setiap bulan tidak hanya menyediakan perlindungan insurans namun sebahagian daripada premium akan dilaburkan ke dalam dana pelaburan tertentu samada konvensional atau patuh shariah mengikut pilihan anda. Maka pelan sebegini memberikan dua manfaat dalam satu perlindungan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.092049s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list