Selalunya kes pasangan yang melakukan perkara tidak senonoh di tempat awam terdiri daripada pasangan lelaki dan wanita.
Tetapi, sejak kebelakangan ini apabila semakin ramai golongan liberal tumbuh bagai cendawan di Malaysia, ramai pasangan sejenis juga tidak segan untuk menayangkan hubungan songsang mereka kepada orang awam.
Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang menyaksikan dua lelaki tanpa rasa segan dan malu melakukan perbuatan terkutuk di tepi jalan.
Kejadian memalukan ini dikatakan berlaku di Sungai Isap, Kuantan. Ironi sungguh?
Menerusi video ini, dapat dilihat kedua-dua mereka yang mulanya hanya berbual biasa, tetapi menjadi pelik apabila lelaki yang berdiri itu tiba-tiba mengusap belakang badan lelaki yang sedang duduk di atas motor.
Kredit foto: Youtube
Boleh dilihat, mereka memandang kawasan sekeliling bagi memastikan 'line clear' untuk meneruskan perbuatan jijik mereka itu.
Mereka kemudiannya semakin berani apabila lelaki yang berdiri itu mula menundukkan kepala sehingga ke paras paha lelaki yang sedang duduk itu.
Kredit foto: Youtube
Tambahan lagi, dia juga turut mencium leher lelaki yang seorang lagi itu bertalu-talu!
Video kedua-dua lelaki kunyit itu mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya bengang melihat kedua lelaki itu yang tidak tahu malu langsung dengan kawasan sekeliling.
"Menatang ni. Jantan sama jantan pun berahi!
"Ah mampos. Beromen tengah tengah hari buta pulak dah. Cium-cium sesama jantan."
"Budak-budak zaman sekarang, dekat mana-mana pun boleh mengunyit!!"
"Kesian mak bapak tak tahu agaknya perangai anak dekat luar rumah macam mana. Kalau nampak video ini, harap ajarlah sikit anak itu," antara komen jelik ditinggalkan warganet.