CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9022|Reply: 16

Tips paling win nak wean off anak menyusu badan

[Copy link]
Post time 26-6-2019 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum
Ada tak kat sini yg ada ilmu2 paling berkesan nak wean off anak below 2y? Mohon share tips pleasee

Anak suka makan,so dah cuba letak bawang putih,asam jawa,kopi,limau semua tak jadi sebab semua anak telan

Reason nak wean off sebab tengah pregnant second baby and nipple dah mula sakit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaka ipar iols dia letak colgate utk anak 1st
Pastu anak 2nd dia letak sirap pastunkata nipple dia berdarah
Sebab semua benda xboleh jugak
Tu je jalan terakhir
Hahahahahhahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tahu lah if ni cara paling berkesan ke tak. Tp cara sy last year, bermula dgn slow talk dgn anak setiap malam sebelum tidur dlm sebulan dua sebelum dia masuk 2 tahun. Hari hari bagitau lepasni tak boleh minum susu ibu, sbb awak dah besar. Ibu pun sakit dah ni, kesian ibu. Etc etc.

Then, gap kan masa untuk dia menyusu. Sbb kita pun tak boleh stop tetiba, boleh bengkak susu nanti. Bila dia nak susu, leka kan dia dgn mainan. Then banyakkan suap makan dan air kosong. So dia akan nak susu 2xsehari je, time tidur siang n tidur malam. Tu pun sekejap dh lelap. Bukan minum beriya.

Then sy mula perkenalkan fresh milk dekat anak. Bagitau dia, tu susu baru dia. Best, sedap. Anak tak minum botol, so saya guna cawan je. Setiap kali dia nak susu, sy bawak ke dapur. Kena ulang2. Even dh malam, dia terjaga nak susu pun,  sy kata jom pegi dapur. Susu awak ada dlm peti ais. Atau sy offer air masak. Botol air dia mmg sentiasa ada dekat tepi bantal.

So ulang ulang mcm tu. Dalam sebulan cmtu alhamdulillah setel. Tp kena kuat semangat la. Bab anak nangis segala tu mmg ada. Kdg kita pun terlepas nak emo skali, marah, sedih segala tu.

Tu je la tips sy. Anak awak ada minum susu lain selain bf tak? Umur brapa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 08:12 AM | Show all posts
Cari susu formula yg lebih sedap dan kena dgn tekak dia. Biasanya budak akan pilih susu coklat berbanding susu ibu, tapi kalau jumpa perisa vanilla yg dia suka would be a better choice.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak no 3 ni.. saya suruh suami tidokan dia.. saya tido bilik lain..bila siang dia mintak saya cakap dah xde susu.. mama sakit. Dlm seminggu stop susu badan.
Masa tu umur dia 2 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 09:21 AM | Show all posts
pernah letak getah batang yg pahit tu, batang remungai ka apa, tapi x jalan jugak,

pastu buat cara saikologi, buat2 nagis, sakit bila time nyusu tu... baru dia mau lepas, sbb dia kesian mak dia

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-6-2019 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
ceri_pink replied at 26-6-2019 07:52 AM
Tak tahu lah if ni cara paling berkesan ke tak. Tp cara sy last year, bermula dgn slow talk dgn anak ...

Bab nak bangun tgh2 pagi tu yg selalu buat fail nk wean off tu haha

Sy dah intro susu fm fernleaf full cream tu so far dia dah boleh terima.. Tapi masalah waktu nak tido.. Mulut tu wajib nak nyot2

Baby 1y7m haha btw thanks for sharing info
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edonut replied at 27-6-2019 02:55 AM
Bab nak bangun tgh2 pagi tu yg selalu buat fail nk wean off tu haha

Sy dah intro susu fm fernle ...

Waktu mulut nk nyot nyot tu, lg kena kuat semangat, buat tak layan . Tp kena mula dgn slow talk la. Time anak sy, dia nangis juga. Dah la pjj, kalau ada ayah dia, boleh la pass anak. Memang sy buat diam dlm 5 minit macamtu, then dia give up n sy keep hulur air masak atau ajak dia ke dapur. Tu je. Take it or leave it. Gitu

Sbb tekad nk wean off, nipple jd sensitif. Sakit. Drpd nak marah anak je sbb sakit, baik wean off. Emosi mak dgn anak pun baik, tak terganggu. Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ceri_pink replied at 27-6-2019 11:30 AM
Waktu mulut nk nyot nyot tu, lg kena kuat semangat, buat tak layan . Tp kena mula dgn slow talk  ...

Jiwa mak2 kena kental jugak la ek nak wean off nie.. Sedihnya la haii nak berkeras xbgi haha

Kena usaha lagi, btol jgak ckap sis kang makin layan bagi nyot2 hmmm mimpi laa wean off tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edonut replied at 27-6-2019 01:04 PM
Jiwa mak2 kena kental jugak la ek nak wean off nie.. Sedihnya la haii nak berkeras xbgi haha

Ke ...

Takpe. Nnt pujuk elok elok ye anak tu. Sbb dia pun mcm kecik lagi, jd perasaan serba salah kita tu mesti ada. InsyaAllah dia mesti faham. Banyakkan cakap2 dengan anak sambil peluk k.

Moga berjaya TT
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 01:36 PM | Show all posts
sedih sebanarnya nak wean off..tapi so far kejayaan wean dengan 3 anak..mak keraskan hati dengar anak menangis/merengek maximum 4 malam la kot..lepas tu anak dah biasa dan tahu tak mintak lagi dah.
..
time tu mak pulak yang kesedihan sendiri ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 02:08 PM | Show all posts
pregnantkan... usually rasa susu akan berubah dan anak mula taknak... slowly dia akan tolak..
tapi antara yg pernah dibuat to wean off..
1- hati mesti kental, buat tatau je bila dia nak..tapi kene tahanlaaa..dia punya nangis n cranky tu
2- actually kdg2 dia menyusu more kepada comfort .. zat dari susu dh berkurangan as budak dh mula makan mcm2... just make sure dia dapat good food and fresh milk will do
3- ada yg pernah letak plaster kat nipple.. konon2 luke
4- ada yg letak lipstik ... ada yg letak serbuk kopi... ada yg letak daun betik... kasi pahit...

apa2 pun.. all the best.. tahniah dapat menyusukan anak!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2019 05:35 PM | Show all posts
semua ke 4 anak carly, carly mulakan dgn  stop perlahan2... bukan drastik.. memula stop pagi, lepas tu pagi tghari... last sekali sblm tidor.. dan selalu gtau dia.. x malu dah besar pun nk susu... tp hanya anak sulong carly gtau dia, susu ni utk adik nanti.. dan dia mcm faham sbb masa tu dia baru setahun 4 bulan... huhu.. anak yg lain jarak 3 4 tahun... anak no 4 carly langsung x nak susu dlm botol... mmg susu dlm cawan tp stop pun baru2 ni je... sbb dh 3 tahun carly x de sapu apa2 kt susu... semua depa boleh stop sendiri gitu aje...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 10:36 PM | Show all posts
Stop 2 tahun sehari.

Senang gila stop, terkejut betul sebab anak langsung tak buat drama.

Me bagitau ada bobo di situ, bobo ialah luka ikut slang bebudak.

My daughter punya simpati.. Terus buat cam kita selalu buat, cium kat luka anak.

Dan tak pernah minta, beberapa hari kemudian siap tanya jika me masih sakit... Dan dia peluk lagi hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by wenza at 26-7-2019 09:52 AM

Pengalaman i masa yg sulung 2thn 6bulan i masih nenen dia fully bf then dpt tahu pregnant.susu kering serta merta. Kesian jugak masa tu sebab x ready nk wean off lg. Both kesian kat ibu dan anak. Sebab kita x ready nk wean off, mentally x ready. Kesian dia nak nenen dh xde susu. Tp dia mintak jugak mlm2. So what i did was i bancuh nescafe pekat sapu kat keliling puting. Bile dia nak nenen dia tolak sebab rasa nescafe pekat then dia tdo sendiri. Kesian sgt masa tu. Dlm 2 3hari then dia ok. Tp sebab dia dh besar so dia dh mkn mcm2 minum susu kotak semua tu. I sedih jugak sebab masa nenen tu rs dia rapat sgt dgn kita bonding ibu anak kan.

Then masa anak ke2 dia baru 1tahun 6bulan i pregnant lg. Serta merta susu kering sendiri. Ya Allah masa tu Allah je tahu betapa i sedih sgt. Dgn i niat nak susukan dia selama kakak dia tp dpt selama 1tahun 6bulan je. Pastu dia pun x minum susu kotak sgt. Mmg fully dependent kat nenen je. Dah la unexpected pregnancy. Memang mental masa tu koyak sgt. Malam2 dia nk nenen cari2 walupun i bt tips letak nescafe pekat dia ttp nak jugak. Masa tu i rs sgt teruk as a mom sbb i xdpt nk bg susu bdn lm dan i rs mcm aniaya anak sendiri sbb x adil pd dia mcm kakak dia. Seminggu jugak dia nk nenen pgg2 nenen cium. Sedih sgt ms tu bila igt. Pastu dh la dia x minum susu formula nk ajar dia tu minum susu selain susu bdn mmg ssh sgt sbb dia rejek. Then bg susu kotak strawberry tu alhamdulillah ok. Masa dia 2tahun 2bulan adik dia lahir i cuba nk bt tandem nenen dedua tp dia tgk je nenen tu mcm hm what is this. Hahah. Dia sendiri reject lgsg x mau walau sua puting kat mulut dia

Untuk x ot, tt boleh cuba bancuh pekat nescafe serbuk dan sapu keliling puting tu. InshaAllah anak tolak sebab rs pahit kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 12:29 AM | Show all posts
anak sulung: stop cukup2 masa umur dia 7 bulan sebab saya demam panas. so kena makan antibiotik and doctor tak sarankan direct feed kat baby. so mmg bergantung harap kat stok EBM and dalam masa yg sama start bagi dia FM sikit2. lepas 5 hari (habis antibiotik) susu saya mmg drop terus tapi alhamdulillah anak pun dah boleh terima FM.

anak no 2: susu kering serta merta masa anak umur 5bulan setengah. sedih sangat. banyak kali minta maaf kat anak (walaupun dia baby masa tu) sebab x boleh bagi dia susu. alhamdulillah dia boleh je terima FM masa tu tapi alahan pulak kat susu formula yg biasa. kena karihome je.

anak ke 3: mmg niat dari mula mengandungkan dia nak susukan dia sampai dia umur 2 tahun. mmg Allah makbulkan doa tu sampaikan anak taknak langsung FM. pernah cuba letak yu yi oil, mula2 je dia taknak tapi lepas tu dia x peduli. lepas tu saya cuba asam jawa paste. dia nampak kotor2 kat bra tu terus dia tak nak. alhamdulillah seminggu sebelum masuk 2 tahun, berjaya wean off sepenuhnya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
wenza replied at 26-7-2019 09:48 AM
Pengalaman i masa yg sulung 2thn 6bulan i masih nenen dia fully bf then dpt tahu pregnant.susu kerin ...

Huawaaaaa. Ai yg emo baca story u. Berair mata. My son yg 2nd ni sekrang 1y7m. Still bf. Ayah nya dah bising bila nak wean off. Bila nak minum fresh milk.

Sbb abang dia wean off masa 1y2m secara tiba2. Mmg mengejut. Sebab dia tengok baby my sis minum botol sebab my sis xde susu lagi waktu. Terpaksa pinjam susu dgn botol baby sehari. Kikiki.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.095988 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list