CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8683|Reply: 44

[Tokoh] Bersyukurkah kita pada hari ini?

[Copy link]
Post time 26-6-2019 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bersyukur mengikut perspektif anda??? Jom kita kongsi kan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
eSelalunya kita senang dgn apa yg kita ada, tp susah untuk mengzahirkannya. We take things for granted. Selalu focus pada benda yg kita x ada. Contoh mcm anak. Kadang2 kita sebagai mak bapak mengeluh penat layan kerenah anak tapi kita lupa ramai di luar sana longing to have the opportunity to be parents. Kuncinya adalah untuk sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada sebelum tidur hari2. Bila kita bersyukur Allah akan tmbh nikmat kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 06:15 PM | Show all posts
Sifat manusia yang tidak bersyukur dengan apa yang ada menyebabkan hidup tidak tenteram dan asyik mencari sesuatu yang sebenarnya Tuhan dah bagi depan mata...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yg Allah beri. Kesihatan juga termasuk dalam rezeki juga. Setiap pagi bila terjaga dari tidur ucaplah alhamdulillah sb tidur itu umpama mati. Kemudian rasa syukur itu dikuatkan lagi dgn solat subuh.
Kadang2 rezeki kita belum sampai, namun jgn kita kecewa teruskan berdoa. Bila kita bersyukur dgn setiap rezeki yg ada pasti Allah akan beri rezeki yg lebih besar. Itu pasti. Kalau kita rasa rezeki kita sempit cuba bayangkan orang2 yg susah. Tentu rezeki kita lebih baik dr mereka. Jadi sentiasalah bersyukur.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau i, i setiap hari sangat2 bersyukur bangun tidur dapat tatap muka orang yang kita sayang, anak2 sihat tak sakit. Nampak simple, tapi I rasa tu merupakan satu rezeki & nikmat yg Allah beri kat I.. apa guna kan kita hidup ni kita tak share suka duka kita with someone..and kesihatan tu mmg satu bentuk rezeki..so for now, i sangat bersyukur and hargai apa yg i ada skrg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah sangat bersyukur diberi Allah rezeki sihat tubuh badan, keselamatan diri serta harta benda. Masih ingat lagi pesanan ustaz di sekolah, kita perlu bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam sedangkan org lain bersusah payah mencari hidayah Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah.. iols bersyukur dgn khidupan hari ni.. iols blh g keje, pg keje plak ada teman-teman yg sgt baik hati.. setiap hari ada sj rzeki kami bila mna stiap org mmpnyai fungsinya n keistimewaan trsendiri..
yg ada pokok2 kt skeliling rumah, slalu bawa buah n sayur unt dirasa bersama, ada sorg pakcik tulang kbun sekolah ktrg mmg suka sgt keluar unt mbeli brg kperluan kami .oppss bukan bnyak pn, just ayam sekor, sayur skit, bahan yg nk dmasak biasanya..
ada sorg member kami suka memasak.. slalu bawa masakannya unt dirasa bsama.. jd stiap hari tu i rs sgt bsyukur krn wlupn nmpak x mewah, tp rezeki sntiasa ada.. hidup iols mcm ni pn mmg syukur nikmat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Lumrah manusia.. kadang diberi nikmat..diberi rezeki.. kita jarang mensyukurinya.. tapi bila semua tu hilang barulah kita mencari-cari dan mula ingat kepada Dia yang Maha Pemberi..

Terkadang bila iols selusuri perjalanan hidup selama ni, rasa macam indahnya aturan yg Allah susun.. walaupun belum direzekikan dgn rezeki berkeluarga tapi perjalanan dari satu fasa ke satu fasa tu cukup lancar.. dari alam belajar sampai habis belajar dan direzekikan dgn dpt kerja pun cepat.. Alhamdulillah Allah susun dengan cukup indah dan tepat..

Jadi iols selalu tegaskan pada diri, bila mana lihat org lain direzekikan dgn sesuatu yg kita tak ada, berlapang dadalah.. dan sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada sebab ramai lg di luar sana yg masih tak dapat memiliki apa yg kita ada sekarang..

Jadi point nya kat sini, bersyukurlah sentiasa..  banyaknya nikmat Allah kepada kita takkan pernah dpt kita hitung.. sama ada kita sedar atau tidak je.. percayalah, bersyukur tu mampu menjadikan kita bahagia..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2019 08:35 AM | Show all posts
Alhamdulillah...sentiasa bersyukur dgn semua yg ada...mcm2 Allah bg..mmg masa mula2 kita nmpak mcm x okiee sesuatu perjalanan tu, tp lama2 mesti okiee...we plan and Allah plan, surely Allah swt is the best of planner. =)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Apabila bangun tidur dan apabila menerima sesuatu nikmat, iols ucap lafaz Al-Hamdulillah.
Apabila mendapat sesuatu yang iols nak sangat, iols sujud syukur. Apabila berhajat, iols solat hajat. Apabila things don't go as planned, iols pasrah tetapi tetap berusaha lagi utk dptkan.

Dikembarkan maklumat tentang sujud syukur. Semoga yg Muslim di bod ni boleh mendpt manfaat drpnya dan amalkan.

Soalan:

Saya ingin bertanyakan tentang kaifiyat sujud syukur. Adakah perlu mempunyai wudhu’ dan juga menghadap kiblat?



Jawapan:



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Disunatkan untuk melakukan sujud syukur ketika mana menerima kurnian nikmat daripada Allah SWT seumpama kelahiran anak, mendapat harta, pangkat, lulus peperiksaan dengan cemerlang dan juga selainnya. Begitu juga disunatkan untuk sujud syukur ketika mana kita terbebas dari segala bala dan bencana sepertimana terselamat dari kemalangan, gempa bumi dan juga perkara-perkara yang tidak baik. Ini adalah pendapat al-Syafi’e (begitu juga pendokong mazhab Syafi’e), Ahmad bin Hanbal (begitu juga pendokong mazhab Hanbali), Ishak, Abu Thaur dan juga Ibn al-Munzir. Adapun al-Nakha’ie, Malik dan juga Abu Hanifah berpendapat bahawa sujud syukur adalah makruh.[1]Namun, terdapat juga pendapat sebahagian Malikiyyah yang mengatakan bahawa sunatnya sujud syukur.



Dalil Sujud Syukur

Dalil yang menunjukkan kepada pensyariatan sujud syukur adalah berdasarkan hadith Nabi SAW daripada Abu Bakrah RA:

            

Maksudnya:Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah SWT.

Riwayat Abu Daud (2774). Disahihkan oleh Al-Albaani.

Begitu juga diriwayatkan daripada para Sahabat yang mana turut juga melakukan sujud syukur ketika menerima satu perkhabaran yang gembira. Sebagai contoh, diriwayatkan bahawa Abu Bakar RA sujud syukur ketika pembukaan Yamamah. Begitu juga Ali RA telah sujud syukur apabila mendapati bahawa Dzu al-Thudayyah berada dalam kawanan Khawarij. Seterusnya, diriwayatkan juga bahawa Ka’ab bin Malik telah sujud syukur ketika mana mendengar khabar bahawa taubatnya telah diterima oleh Allah SWT.



Kaifiyat Sujud Syukur

Di dalam kitab fiqh Syafi’e dan juga Hanbali menyebutkan bahawa sifat serta kaifiyat sujud syukur itu adalah seperti mana sujud tilawah di luar solat. Oleh itu, bagi yang ingin melakukan sujud syukur mestilah dalam keadaan berwudhu’, menutup aurat, bersih dari sebarang najis bagi tubuh badan, pakaian serta tempat sujud dan perlulah menghadap kiblat.[2]

Secara praktikalnya bagi yang ingin melakukan sujud syukur adalah seperti berikut[3]:

Perlulah berniat terlebih dahulu untuk melakukan sujud syukur.Kemudian bertakbir sepertimana takbiratul ihram dengan mengangkat tangan kerana diqiyaskan dengan solat.Kemudian bertakbir sekali lagi tanpa mengangkat tangan yang mana takbir pada kali ini adalah untuk turun sujud.Kemudian sujud sekali sepertimana sujudnya di dalam solat. Adapun bacaan ketika sujud syukur ini adalah bacaan sepertimana sujud di dalam solat dan kemudiannya boleh ditambahkan dengan lafaz tahmid memuji Allah SWT atas kurniaan nikmat yang telah diberikan oleh-Nya.Kemudian bangun dari sujud (dalam keadaan duduk) dan memberi salam. Tidak disyaratkan untuk membaca tasyahhud dan tidak juga disunatkan untuk membacanya.



Sujud Syukur Tanpa Wudhu’ & Tidak Menghadap Kiblat

Selain dari kaifiyat yang ditunjukkan pada perbahasan sebelum ini, terdapat juga perbahasan para ulama’ mengenai sujud syukur tanpa wudhu’ serta tidak pula menghadap kiblat. Ini adalah pendapat kebanyakan salaf serta sebahagian al-Malikiyyah[4]. Begitu juga ianya adalah pendapat jemaahmuhaqqiqseperti Ibn Jarir al-Tabari, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah[5], Ibn al-Qayyim[6], al-Syaukani[7]dan al-San’ani[8].

Bagi yang berpendapat sedemikian, berikut adalah alasan serta justifikasi bagi menyokong pendapat mereka:

Pendapat yang mengatakan bahawa sujud syukur memerlukan wudhu’ perlu mendatangkan dalil. Mengqiyaskan sujud syukur dengan solat adalah tidak tepat kerana sujud syukur itu adalah sujud dan bukannya seperti solat.Zahir hadith Abu Bakrah RA yang menunjukkan bahawa Nabi SAW terus sujud syukur tatkala menerima sesuatu yang menggembirakan Baginda. Tiada pula disebutkan perlunya dalam keadaan berwudhu’. Sekiranya memerlukan wudhu’ pasti akan diterangkan oleh Baginda SAW kerana berhajatkan kepadanya bahkan hadith menyebutkan Nabi SAW terus sujud tatkala menerima khabar yang gembira.Sujud syukur dilakukan apabila mendapat nikmat atau terselamat dari mudarat tanda syukur kepada Allah SWT. Ianya dilakukan secara serta merta. Jika memerlukan kepada wudhu’, sudah tentu ianya tidak dapat dilakukan dengan segera kerana perlu mencari air untuk berwudhu’, mencari kiblat kemudian barulah boleh melakukan sujud syukur. Ini boleh menghilangkan rahsia makna disyariatkan sujud syukur itu sendiri.



Kesimpulan

Kami melihat di dalam isu ini, pendapat yang lebih dekat adalah pendapat yang mengatakan bahawa sujud syukur boleh dilakukan tanpa adanya wudhu’ dan juga menghadap ke kiblat. Ini dengan melihat bahawa tiada dalil yang menjadi pemutus akan perlunya untuk berwudhu’ dan menghadap kiblat.

Boleh sahaja bagi mereka yang menerima khabar gembira seperti mendapat anak, lulus peperiksaan, naik pangkat untuk terus sujud menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT. Begitu juga seseorang yang terselamat dari kecelakaan jalan raya, sembuh dari penyakit, boleh terus sujud menzahirkan rasa syukur serta lega dari kemudaratan yang tidak menimpa ke atasnya.

Jika ingin beramal dengan pendapat yang mengatakan perlunya wudhu’ serta menghadap kiblat juga tiada masalah kerana isu ini terdedah kepada perbahasan ilmiah yang boleh diperbahaskan lagi.

Semoga dengan pencerahan ini, dapat sama-sama untuk kita lebih memahami berkenaan sujud syukur dengan lebih baik lagi dan yang lebih utama adalah dengan mengamalkannya.Wallahu a’lam.





Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan



24 Oktober 2016 bersamaan 23 Muharram 1438 H

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersyukur dgn apa2 yg dilalui/dilimpahi selama hidup didunia ini.
Jadikan pengalaman sendiri/org sekeliling sbg panduan untuk hari2 mendatang.
Alhamdulillah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Baidewei, perasaan hampa bila tak dpt apa yg kita nak, pasti akan muncul. It's just a matter of how we accept it and how we react to it. Iols bknnya malaikat dan sebagai manusia biasa, perasaan hampa iols boleh je mencanak2. Yang penting, anggap sebagai cabaran dalam menempuh liku2 kehidupan je la.

Bandingkan dgn orang2 yg takde apa2 dalam hidup. Buatlah amal kebajikan selalu. Volunteer and do charity. Bila tgk org lain yg jauh lebih susah drp kita, kita akan bersyukur dgn segala nikmat yg kita ada. Seboleh2nya amalkan bacaan ma'thurat lepas subuh dan maghrib. InsyaAllah tiada nikmat kita dustakan. Sekadar pesanan kpd yg muslim.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 10:58 AM | Show all posts
bersyukur di atas segala nikmat yg diberikan
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
bila kita redha..dan bersyukur..
segala yg indah2 datang tanpa diduga..
segala yg buruk pon bole kita berlapang dada..terima jer..
bersyukur..sbb lately ni lalui hari2 yg sgt indah..tenang..dan membahagiakan..
bersyukur sbb anak2 semakin membesar dan faham akan erti hidup..
bersyukur dgn apa yg ada dimiliki..harta atau kerjaya..
tapi apa yg kita ada hari ni..mungkin balasan atau reward yg kita dah pernah ikhlaskan ketika kita hadapi masa susah dahulu..
bila toleh kebelakang..
eh..tak sangka dah mcm2 kepahitan..keperihan yg dilalui..
syukur pd Dia yg memberi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 12:46 PM | Show all posts
akk bersyukur sgt2 atas apa yg akk ada skrg ni.
suami anak2 yg baik ,tmpt tinggal mkn mnm semua
alhamdulillah .hati kene +ve selalu,dpt kawan2 yg baik
ikhlas dgn akk.akk ikhlas dgn org ..mudah2an akan begini
sampai bila2..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersyukur py kelurga yang bahagia,mkn mnum ckup,pakaian selesa,tpt berteduh yg lebih dari cukup.

Ada kerja yg every month dpt gaji,xpnh terbengkalai.ada kereta yg cantik/xpnh meragam.

Above all,bersyukur sbb i wake up today healthily..maka,nikmat tuhan manakah yang kau dustakan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2019 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ALhamdulillah saya,bersyukur dgn apa yg ada skrg...masa yg sama saya akn usaha yg terbaik utk famili dan masyarakat..
Jgn selalu merungut...nnti Allah tarik nikmat dari kita...cth....selalu merngut anak nakai, tak sempat rehat la letih la, byk kerja...nnti Allah tarik nikmat iaitu anak dan famili..nau'uzubillahimin zaliq..

** brsyukur kalau diuji sekalipun, ramai lg kwn dan org diluar sana diuji dgn lg teruk
Masih sedih sbb kakak senior di kampus dulu baru meninggal dunia..sakit kanser..semoga Allah cucuri rahmat kepada ukhti khalilah  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila diuji dengan sesuatu yang kita rasa tidak mampu menanggungnya, lihatlah dunia dan kita akan sedar masih ramai yang menerima ujian lebih berat dan mereka tabah menghadapinya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Sentiasa bersyukur dan redha akan memberi semangat untuk kita mengharungi ujian. Yakinlah bahawa kepada Allah sebaik2 pilihan untuk mengadu, meminta dan berserah. Maka bila hati tergugat oleh hasutan syaitan yang mahu memesongkan kita dari jalan yang diredhai Allah, ambil wudhu dan dirikanlah solat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah ... Segala puji bagi Allah

1. Syukur diberi nikmat Islam. Syukur diri ini Islam dan keluarga juga dapat nikmat Islam. Ini yg paling utama.

Kata tok guru, ramai org yg tak lahir Islam kemudian dapat hidayah dan betapa mereka berharap ibu bapa dan ahli keluarga mereka juga dapat merasa kemanisan Islam dan hidayah dari Allah. Yalah, nnt di syurga kita mahu bersama org2 yg kita sayang terutamanya ahli keluarga kita.

2. Selain syukur atas segala nikmat2 yg Allah beri, syukur juga atas musibah dan kegagalan yg lalu. Pernah accident. Walaupun tak terlalu teruk, buatkan diri ini sedar bahawa Allah bagi banyak peluang kat kita utk selalu dekat dengan Nya dan bertaubat pada Nya.

Terima kasih Allah. Semoga syukur ku ini bukan hanya di online atau di bibir sahaja. Semoga setiap hari aku selalu menzahirkan syukur melalui perkataan, perbuatan dan lain2 cara. Aamiin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas i diduga anak i sakit and kena operate, lepas dari kejadian tu setiap hari i memang bersyukur sangat2 sebab boleh tengok anak depan mata dah sihat dan ceria. Dulu x pernah nak zahirkan rasa bersyukur setiap hari tapi lepas apa yg jadi memang i hargai nikmat kesihatan yg diberi Allah. Benarlah Allah x uji kalau DIA x sayang hambaNya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.826140 second(s), 69 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list