CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6682|Reply: 20

[Pelbagai] JENTIK MINDA...

[Copy link]
Post time 26-6-2019 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Bilakah telefon bimbit pertama dikeluarkan ?
Telefon bimbit yang pertama dikeluarkan atau pertama berada di pasaran ialah jenis Motorola Dynatac yang dikeluarkan pada 1973 di Amerika Syarikat . Beratnya ialah 600g dan dijual pada harga AS$3,500
( RM 10, 500 ) !


SILA NASI TAMBAH



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 02:31 PM | Show all posts
10 fakta menarik tentang tubuh manusia



1. Satu-satunya bahagian tubuh kita yang tidak menerima sebarang bekalan darah adalah kornea mata. Ia menerima bekalan oksigen secara langsung dari udara.

2. Otak manusia berupaya menampung memori yang sama jumlahnya dengan lebih empat terabyte dalam 'hard drive'.

3. Bayi yang baru lahir boleh bernafas dan menelan sesuatu secara serentak sehingga usianya mencecah tujuh bulan.

4. Tempurung kepala manusia terdiri daripada 29 jenis tulang yang berlainan.

5. Impuls saraf yang dihantar dari otak bergerak pada kelajuan 274/km sejam.

6. Otak manusia berupaya menjana lebih banyak impuls elektrik dalam sehari berbanding gabungan semua telefon di seluruh dunia.

7. Tubuh manusia biasa mengandungi jumlah sulfur yang mencukupi untuk membunuh semua pepijat pada seekor anjing, karbon yang mencukupi untuk menghasilkan 900 pensel, potassium yang mencukupi untuk melancarkan meriam mainan, lemak yang mencukupi untuk menghasilkan tujuh buku sabun dan air yang mencukupi untuk mengisi sebuah tong 50 liter.

8. Jantung manusia mengepam 182 juta liter darah sepanjang hayat (purata).

9. Sebanyak 50,000 sel dalam tubuh anda mati dan digantikan dengan yang baru sedang anda membaca ayat ini.

10. Embrio manusia berupaya menghasilkan cap jari dalam masa tiga bulan mengandung

Sumber :  https://berita.mediacorp.sg/mobi ... anusia/3456176.html

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mintzest27 at 27-6-2019 01:18 AM

Telefon bimbit Pertama Rusia

Yang mengejutkan, USSR adalah negara utama yang muncul untuk membangunkan telefon bimbit.
Antara 1957 dan 1961, pencipta dari Soviet, Leonid Kupriyanovich mengembangkan sejumlah telefon bimbit yang kelihatannya mirip dengan peranti mudah alih moden. Salah satu telefon Leonid hanya seberat 70 gram dan mudah masuk ke telapak tangan anda.
Kesatuan Soviet memutuskan untuk mara ke hadapan dengan perancangan untuk membangunkan peranti mudah alih ini. Mereka menamakannya telefon “Altai” dan mereka bentuknya untuk digunakan dalam kereta.

Sumber : https://www.google.com/amp/s/rinonblog.wordpress.com/2017/08/16/sejarah-telefon-bimbit/amp/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah terapung

Di Bangladesh, lebih 100 buah sekolah dibina di atas kapal. Sekolah-sekolah ini dilengkapi dengan internet, perpustakaan dan tenaga solar sendiri. Bencana banjir yang berlaku setiap tahun boleh memusnahkan sekolah dan mengganggu pembelajaran. Apatah lagi jika banjir yang terjadi mampu mencecah sedalam 12 kaki. Jadi, sekolah terapung ini amat diperlukan untuk memastikan pembelajaran dapat diteruskan walaupun serba kekurangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2019 08:51 AM | Show all posts
                            Penampakan Komik Pertama di Dunia yang Penuh Sejarah                                                                                        Penulis
Hutomo Dwi




                                                                                                                                                                                                            


                    

            Komik telah menjadi kegemaran banyak orang di dunia ini, tidak hanya anak-anak dan laki-laki bahkan orang dewasa dan perempuan pun banyak yang menyukainya. Sebenarnya hingga sekarang definisi komik sendiri masih terjadi perbedaan pendapat di antara para ahli, jadi apakah lukisan dinding prasejarah dapat disebut komik, masih bisa diperdebatkan.
Namun, seperti dilansir jadiBerita dari berbagai sumber, para ahli sepakat bahwa komik pertama yang dipublikasikan secara massal adalah komik yang dibuat dan diterbitkan oleh Rudolphe Topffer pada tahun 1837 berjudul “Les Amours de Mr. Vieux Bois”. Komik yang pembuatannya dimulai sejak tahun 1827 tersebut kemudian diterjemahkan di Amerika Serikat pada tahun 1842 menjadi “The Adventures of Obadiah Oldbuck”, diterbitkan dalam bentuk 6 sampai 12 panel per halaman, sebanyak 40 halaman dengan ukuran halaman sekitar 8,5 x 11 inci.

Komik pertama di dunia (Pinterest)

Scott McCloud menyebutkan bahwa Rudolphe Topffer adalah â??Bapak Komik Modernâ? karena telah mengenalkan konsep batas panel dalam komik sekaligus mengkombinasikan antara gambar dan kata-kata, padahal Topffer sendiri ketika membuat komik tersebut sama sekali tidak bermaksud mempublikasikannya, hanya untuk dibaca teman-teman dekat saja.

Ilustrasi awal komik Topffer (leonardodesa.interdinamica.net)

Ilustrasi komik Topffer sebelum diterbitkan (Konkykru)

Tapi, pada tahun 1884, sebuah komik karya Ally Sloper berjudul â??Half Holidayâ? dipublikasikan dan dianggap sebagai komik strip majalah yang paling pertama di dunia. Selanjutnya, pada tahun 1895, lahir terobosan baru di dunia komik, yakni munculnya komik berseri dengan tokoh tetap. Dibuat oleh R.F. Outcault, komik yang berjudul â??Hogan`s Alleyâ? itu menjadi sangat populer sehingga meningkatkan pendapatan bagi pemilik koran yang memuatnya. Bahkan â??Hogan`s Alleyâ? digadang-gadang menjadi penanda awal bangkitnya komik di Amerika.

Komik Half Holiday (Pinterest)

Hogan’s Alley (Osu)

Satu tahun kemudian, pada tahun 1896, Richard Felton Outcault meluncurkan buku yang kemudian dianggap sebagai buku komik pertama di dunia. Dalam buku berjudul â??The Yellow Kidâ? itu, Outcault menerapkan inovasi baru yang belum pernah dilakukan oleh komikus pada zaman itu. â??The Yellow Kidâ? kemudian dianggap sebagai titik tolak komik modern dunia, yang kemudian diikuti oleh masa keemasan komik pada tahun 1930-an. Pada masa itu, bermunculanlah karakter komik yang kemudian menjadi legenda sampai sekarang, seperti Flash Gordon, Dick Tracy, Tarzan, Superman, hingga Batman dan Captain Marvel.

The Yellow Kid (Etsy)

Sejak saat itulah kemudian komik menjadi berkembang hingga sekarang, dari semula hanya untuk menghibur teman dekat, menjadi industri yang menggurita, tak hanya di negara asalnya, namun juga di negara lainnya, seperti Jepang dan Indonesia. (tom)
        

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2019 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
SEJARAH KOMIK DI MALAYSIA

PELUKIS KOMIK yang bergiat di antara akhir 50an masih membawa tema dan teknik yang streotaip sehingga kelihatan agak klise. Tidak ada garis baru untuk merubah status-quo tradisi. Tema-tema tradisi terus berulangan.

Pelukis zaman permulaan hingga merapat ke akhir 50an, rata-rata mengamalkan teknik lama, seakan gagal untuk mengimbangi di antara cerita dan gambar. Namun begitu, ada juga yang berjaya membentuk persembahan yang lebih kemas dan menarik. Kelemahan mungkin terjadi akibat kekecilan pengalaman dalam mengikuti arus perkembangan komik dunia. Bahan rujukan yang kurang serta peralatan melukis yang serba ketinggalan merupaka di antara sebab kreativiti pelukis komik Melayu ketika itu kelihatan selayar sahaja.

Pelukis dari Kelantan selepas Yusof Idris Kelantan, Othman Kangkong dan K.Bali, muncul pula  seorang pelukis baru, Nik Mahmood Idris. Beliau adalah seorang guru lepasan Raffle’s Collage, Singapura yang juga terkenal sebagai penggiat senilukis di negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga itu.

Dalam tahun 1955, beliau menghasilkan buku komik yang berjudul Kasturi, terbitan Kedai Buku Abu Bakar Al-Ahmadi, Kota Bharu. Kasturi merupakan sebuah karya yang sederhana dari segi mutu lukisan dan juga penerapan jalan cerita. Namun ia masih boleh di anggap sebagai suatu sumbangan untuk sejarah senilukis komik di Malaysia.

Kasturi,oleh Nik Mahmood Idris (1955)
Kasturi,oleh Nik Mahmood Idris (1955)

Kasturi sebagai sebuah karya, kelihatan gagal membentuk panel yang teratur (condified). Plot ceritanya agak tak tersusun menurut struktur sebuah komik yang cantik. Bentuk kelemahan sebegini, kelihatan jelas dalam kebanyakan karya pelukis yang baru muncul. Bagaimanapun kelemahan itu relatif sifatnya memandangkan world-view pelukis ketika itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2019 01:35 PM | Show all posts
Mesir adalah sebahagian dari benua Afrika, bukan dari benua Timur Tengah seperti yang ramai orang sangka kan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2019 06:07 PM | Show all posts
Fwd- fenomena drama adaptasi daripada novel semakin menguasai industri hiburan tanah air bermula dengan cerita Nora Elena yang disiar dalam slot Akasia TV3. Drama yang diadaptasi daripada novel asalnya berjudul “Kasih Yang Suci” lakonan Aaron Aziz dan Siti Saleha ini bersiaran selama empat hari dari hari isnin hingga khamis pada pukul 7.00 petang. Bermula daripada drama Nora Elena lah terciptanya fenomena ini yang kemudiannya diikuti drama-drama adaptasi daripada novel lain yang muncul bagaikan “cendawan yang tumbuh selepas hujan”.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2019 11:41 AM | Show all posts
FAKTA PELIK


Senarai di bawah ialah tujuh fakta pelik yang menarik untuk diketahui.
  • Dalam tempoh 18 bulan, dua ekor tikus boleh membiak lebih dari SEJUTA ANAK TIKUS.
  • Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk ialah MADU.
  • Setiap lipstik mengandung SISIK IKAN.
  • Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah MOHAMMED.
  • Persamaan di antara BAJU KALI PELURU, PRINTER LASER, TANGGA KECEMASAN dan WIPER KENDERAAN ialah semuanya ditemui oleh perempuan.
  • Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan BAKTERIA dalam telinga sebanyak 700 KALI GANDA.
  • Siput boleh tidur selama 3 TAHUN.
  • Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
  • Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.
  • Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.
  • Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
  • Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
  • Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.
  • Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 10:28 PM | Show all posts
Haiwan yang paling banyak sbb kan kematian manusia bukan ular, singa or buaya tapi nyamuk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2019 08:46 AM | Show all posts
Khamis, 4 Julai 2019



ALI AMIN

Juruelektrik


Bagaimana anda boleh perlahankan meter elektrik dua kali ganda dan jimat 50% bil elektrik anda secara sah!
Klik sini untuk ketahui lebih lanjut!

Helo semua! Pada hari ini saya mahu memberitahu anda cara bagaimana untuk menjimatkan kos bil elektrik sebanyak 2-2.5 kali ganda , sememangnya sah. Saya rasa ini akan membantu ramai pelanggan saya menjimatkan wang!

Saya telah bekerja sebagai juruelektrik selama 20 tahun dan seingat saya, harga penggunaan elektrik tidak pernah gagal untuk naik! Dan anda tahu yang ia dinaikkan secara buat-buat! Saya sentiasa melawan masalah ini di dalam rumah saya dengan meter elektrik... mungkin saya patut letakkan klip kertas, magnet atau sesuatu supaya saya dapat undurkan sedikit, saya beritahu diri sendiri

Saya mempunyai keluarga yang besar; anak sulung saya sentiasa duduk di hadapan komputer dan anak-anak saya yang lain masih kecil dan kami sentiasa membasuh pakaian. Jadi saya perlu mencipta satu strategi untuk menangani bil-bil elektrik yang tidak masuk akal ini.

Pada satu hari, apabila saya membuat pemasangan untuk klien, saya perasan sesuatu yang menarik. Saya sedang memasang meter elektrik dan menyambungkan wayar dengan ‘master’ rumah. Kemudian sesuatu yang pelik berlaku, saya perasan yang penggunaan tenaga hanyalah 700 watt. Tetapi bukankah ia sepatutnya 2 atau 3 kali lebih banyak?

Kami mula bercerita dan dia memberitahu saya mengenai satu alat yang mengurangkan penggunaan lampu dan dia menunjukkan kepada saya. Saya telah membeli yang sama dari luar negara, tetapi tidak pernah berfikir dua kali mengenainya dan hanya menyimpannya di dalam laci,

Saya kemudian mula mencari maklumat mengenai pengoptimum tenaga ini dan menemui artikel saintifik di mana segala-galanya diterangkan dengan terperinci. Saya tidak lagi berasa ragu-ragu.
Perlukan bantuan bagi masalah anda? Klik sini:

Alat ini tidak besar berbanding lampu malam, yang mana ia dipasang pada soket terdekat dengan meter elektrik dan ia akan berfungsi dengan serta-merta, ia tidak bising dan agak terasing. Ia dipanggil Penjimat Tenaga Pro. Daripada apa yang saya faham, anda tidak boleh membelinya di kedai-kedai biasa. Dan sudah tentu tidak bijak untuk Amerika Syarikat mempublisitikan pengoptimum ini. Walau bagaimanapun, dengan cukai-cukai tidak berguna yang kita bayar ini, saya rasa adalah bagus untuk menjadi pengguna yang bijak.

Saya cuba mencari di internat sekali lagi dan akhirnya saya menemui laman web betul yang menjual alat ini! Ini adalah pautan ke kedai-internet. Mereka adalah pembekal eksklusif alat ini dan anda tidak dapat membelinya di kedai. Dan bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui sains di sebalik prinsip operasinya, anda boleh baca lebih lanjut di dalam talian.

Cuba dan buatkan keputusan sama ada ia berbaloi atau tidak. Saya membeli tiga pengoptimum ini: satu untuk keluarga kami, satu untuk ibu bapa saya dan satu lagu untuk mertua saya. Anda tahu, saya tidak suka membazir wang. Lebih baik wang yang dijimatkan itu dibelanjakan untuk anak-anak dan isteri saya. Perkara yang lucu mengenainya adalah ibu mertua agak bersyukur dan dia seperti menyukai saya sekarang! Namun, isteri saya sedikit cemburu kerana ibunya hampir sayangkan saya lebih lagi... berbanding anaknya sendiri!!

Saya berasa gembira untuk berkongsi idea ini dengan anda agar anda juga dapat menjimatkan wang!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2019 12:34 PM | Show all posts
8 fakta menarik tentang mimpiKUALA LUMPUR: Otak manusia bertanggungjawab dalam banyak proses kompleks yang berlaku dalam kehidupan kita, tetapi dari segi saintifik, ia tidak boleh mewujudkan imej orang yang kita tidak pernah dikenali. Jika anda bertemu orang asing dalam mimpi, ia bermakna anda pernah bertemunya di luar tetapi anda tidak mengingatinya.

Itu salah satu fakta pelik tentang mimpi.

Jom tengok beberapa lagi fakta yang akan buat anda rasa kagum bagaimana minda dan badan anda bekerja ketika tidur!

1. Manusia biasa akan mengalami antara 1,460 dan 2,190 setahun.

2. Apabila bermimpi, badan anda akan menjadi "lumpuh" dan otot anda tidak bergerak. Mereka yang bergerak semasa bermimpi adalah orang-orang 'istimewa'yang memiliki REM (rapid eye movement) yang abnormal.

3. Mimpi berulang diterjemahkan pakar psikologi sebagai simbol atau petanda yang sedang dihantar oleh minda anda.

4. Mimpi wanita kebiasaannya lebih panjang (lama) daripada lelaki.

5. Manusia selalunya akan mimpikan sesuatu yang buruk kerana kekerapan kita memikirkan perkara atau kemungkinan negatif.

6. Bayi hanya akan bermimpi tentang orang-orang dikenali. Hanya selepas berusia 3 atau 4 tahun, barulah si bayi 'memegang watak' dalam mimpinya.

7. Wanita lebih kerap mengalami mimpi ngeri berbanding lelaki.

8. Pernah bermimpi dan rasa tak pasti sama ada ia mimpi atau realiti? Jangan cubit diri sendiri, sebaliknya carilah bahan bacaan atau jam. Ini kerana dalam mimpi, anda tak boleh membaca dan tak pandai tengok jam.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2019 09:50 PM | Show all posts
The Emergence of Publishing Houses

The first important publishing house (1583–1791) was that of the Elzevir family in Holland (see Elzevir, Louis). The Elzevirs were businessmen rather than scholars, and the business of bookselling grew as literacy increased. Concurrently, printing, publishing, and bookselling spread learning across the West. Religious controversy bred polemics, and arguments printed in broadsides, pamphlets, and books were handed out zealously and bought eagerly by partisans. An interest in knowing the future also increased the amount of literature issued by bookseller-publishers, and almanacs and the like were issued for the wider public.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2019 11:37 PM | Show all posts
If you point your car keys to your head, it increases the remote’s signal range. This works by using your brain to act as a radio transmitter.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2019 01:51 PM | Show all posts
27,000 'bala tentera' dilepaskan untuk lawan Aedes
Hasimi Muhamad, Astro Awani |  Diterbitkan pada Julai 07, 2019 11:38 +08


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefli Ahmad (dua kiri) ketika menyempurnakan Majlis Pelepasa Telur Aedes BerWolbachia di apartment Sri Rakyat, Bukit Jalil, hari ini. - Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Dalam usaha membanteras wabak denggi secara habis-habisan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melepaskan 'bala tentera' Aedes yang disuntik bakteria Wolbachia bagi menentang 'musuh' dari kalangan spesiesnya sendiri.

Operasi melepaskan telur nyamuk tersebut dilakukan di 11 lokaliti di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, bermula hari ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefli Ahmad, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM120,000 bagi membekalkan telur Aedes berWolbachia di setiap lokaliti dalam usaha memperkukuhkan aktiviti kawalan denggi.

“Kaedah nyamuk Aedes berWolbachia ini dilaksanakan susulan kejayaan kajian rintis di lapan lokaliti di Selangor sejak Mac 2017, yang telah menunjukkan penurunan kes denggi sebanyak 50 hingga 80 peratus.

“Pelaksanaan kaedah inovasi ini dipilih untuk menangani beban kes denggi yang tinggi dan juga untuk mengurangkan kebergantungan kepada kawalan nyamuk dengan menggunakan racun serangga,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelepasan Telur Aedes BerWolbachia di Apartmen Sri Rakyat, di sini, hari ini.

Menerusi kaedah itu, nyamuk Aedes berWolbachia jantan akan mengawan dengan nyamuk Aedes betina yang tiada Wolbachia, seterusnya menghasilkan telur yang tidak boleh menetas.

Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefli berkata, Apartmen Sri Rakyat dipilih sebagai lokasi pelepasan telur nyamuk tersebut berikutan kawasan itu merekodkan sebanyak 130 kes denggi sepanjang lima tahun, dan ketiga tertinggi di Kuala Lumpur.

Sebanyak 180 bekas pelepasan yang setiap satunya mengandungi 150 telur nyamuk Aedes berWolbachia telah diletakkan di sekitar apartmen tersebut.

“Bagi fasa pertama, operasi pelepasan telur nyamuk Aedes berWolbachia melibatkan dua negeri yang mempunyai beban kes denggi dan kepadatan penduduk yang tinggi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – Putrajaya dan Selangor.

“Pelaksanaan fasa seterusnya akan diperluaskan ke negeri lain. KKM akan sentiasa memantau dan membuat analisa situasi bagi memastikan keberhasilan operasi akan memberi impak kepada pengurangan kes dan kematian denggi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 62,421 kes denggi dilaporkan sejak Januari hingga 29 Jun lalu, yang mana angka itu menunjukkan peningkatan kes sebanyak 92.4 peratus bagi tempoh sama tahun 2018.

Daripada angka tersebut, Selangor kekal menduduki tangga teratas dengan mencatatkan sebanyak 35,544 kes denggi, diikuti Kuala Lumpur (7,248), Johor (5,142), Pulau Pinang (3,037), Sabah (2,599) dan Kelantan (1,747).

Kes paling rendah adalah di Labuan dengan 22 kes direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

“Manakala jumlah kumulatif kematian demam denggi dari 1 Januari hingga 29 Jun adalah sebanyak 93 kematian berbanding hanya 53 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 40 kes kematian (75.5 peratus),” ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2019 10:04 PM | Show all posts
Edited by f98 at 7-7-2019 10:05 PM


The First Computer Was Invented in the 1940s



These days, supercomputers are everywhere—and they really don’t need much space at all. Have an Xbox One posted up in your living room? That’s a supercomputer. A laptop-tablet hybrid in your bag? That’s a supercomputer, too. (Don’t even get us started on the thing in your pocket…) But when supercomputers first came around, they needed much, muchmore space. Just take a look at the world’s first one: The Electronic Numerical Integrator and Computer (ENIAC).


Originally built at the University of Pennsylvania’s School of Engineering, in 1946, ENIAC weighed 60,000 pounds and took up a room larger than most studio apartments (1,500 square feet). Shortly after construction, ENIAC was sent off to the military, where it was used to calculate ballistic trajectories (translation: launch missiles) with frightening accuracy. Today, computer experts at Penn credit ENIAC with heralding in the “dawn of the information age.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2019 01:24 PM | Show all posts
                10 tragedi kapal terbang paling dahsyat dalam sejarah dunia            
                                                                        Gempak |                                                 Julai 08, 2019 08:03 +08                                   
                                    
               
            
            
                                                                                                                                                                                Tragedi pesawat terhempas adalah antara insiden yang paling mengerikan kerana peluang untuk anda terselamat adalah sangat tipis.

                           
                                                                                        PADA tahun 2014, Malaysia dikejutkan dengan dua insiden terburuk dalam sejarah penerbangan kita. Kehilangan pesawat MH370 dan insiden kapal terbang MH17 yang terhempas dalam perjalanan ke KLIA kerana ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang menjadi bualan seluruh dunia.

Tragedi pesawat terhempas adalah antara insiden yang paling mengerikan kerana peluang untuk anda terselamat adalah sangat tipis.

Statistik kadar untuk anda terselamat adalah 24 peratus berdasarkan sumber yang diperolehi. Bencana terburuk ini disusun jumlah kematian penumpang pesawat.

10. American Airlines Flight 191
Tarikh: 25 Mei 1979
Jumlah Kematian: 273 orang



Kapal terbang jenis DC-10 ini meninggalkan lapangan terbang Chicago O'Hare pada petang Jumaat, namun selepas beberapa ketika enjin kiri tercabut daripada sayap dan menyebabkan pesawat udara ini terhempas ke darat hanya lebih kurang 2km daripada landasan pelepasan.

Kesemua 271 penumpang beserta kru terbunuh manakala dua orang di atas yang berada daratan juga meninggal dunia akibat terkena pesawat tersebut. Bencana ini merupakan insiden penerbangan terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat.

9. Tentera Udara Iran Flight Ilyushun II-76
Tarikh: 19 Februari 2003
Jumlah Kematian: 275 orang



Kemalangan ini berlaku disebabkan oleh cuaca buruk termasuk angin kencang dan kabus menurut laporan Tentera Udara Iran. Pesawat ini terhempas di Gunung Sirach berdekatan Kerman di Iran dan telah membunuh kesemua ahli "Revolutionary Guards" yang menaiki pesawat tersebut.

Rangkaian Keselamatan Penerbangan Iran mengklasifikasikan kemalangan ini sebagai Controlled Flight Into Terrain (CFIT) di mana juruterbang pesawat tersebut menghempaskan pesawat secara tidak sengaja.

8. Iran Air Flight 655
Tarikh: 3 Julai 1988
Jumlah kematian: 290 orang


undefined




Insiden ini tidak diklasifikasikan sebagai kemalangan kerana ia berlaku semasa Peperangan Iran-Iraq dan kemudiannya Perang Teluk melibatkan tentera Amerika Syarikat (AS), Iran, Iraq dan beberapa negara lain.

Kesilapan tentera AS menembak peluru berpandu udara tepat ke Pesawat Iran 655 telah membunuh kesemua penumpang yang tidak bersalah. Kerajaan AS menjelaskan bahawa tentera udara mereka menganggap pesawat tersebut merupakan pesawat pejuang F-14A Tomcat.

undefined




Pada tahun 1996, kerajaan AS dan Iran mencapai persetujuan di bawah Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk membayar wang pampasan sebanyak $213,103.45 bagi setiap seorang penumpang, bersamaan kira-kira £346,000 nilai hari ini.

7. Malaysia Airlines Flight MH17
Tarikh: 17 Julai 2014
Jumlah Kematian: 298 orang
                                                

undefined




Insiden yang sama berlaku seperti insiden No. 8 dalam senarai apabila pesawat Malaysia Airlines jenis Boeing 777-200 ditembak jatuh berdekatan sempadan Rusia oleh peluru berpandu. Pesawat ini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam dan melalui ruang udara Ukraine.

Menurut maklumat yang dikeluarkan, kesemua 298 penumpang yang tidak bersalah ini terbunuh kerana sewaktu itu peperangan antara pemberontak pemisah dan kerajaan Ukraine sedang berlaku. Peperangan ini dikenali sebagai Peperangan Donbass.

Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa pernah memberi amaran supaya mengelakkan laluan udara Ukraine kerana bimbang perkara yang tidak diingini akan berlaku semasa melalui laluan tersebut.

6. Saudi Arabian Airlines Flight SV163
Tarikh: 19 Ogos 1980
Jumlah kematian: 301 orang


undefined




Kematian kesemua 301 penumpang yang menaiki pesawat jenis Lockheed L-1011 ini merupakan eksiden paling dahsyat dalam sejarah penerbangan yang tidak melibatkan pesawat terhempas atau  kapal terbang pecah semasa penerbangan.

Pesawat ini berlepas daripada lapangan terbang Riyadh dalam perjalanan ke Jeddah di Arab Saudi kemudiannya berpatah balik beberapa minit kemudian dan mendarat secara kecemasan kerana berlakunya kebakaran dalam kapal terbang.

Namun, setelah pesawat ini mendarat, juruterbang tidak melakukan pemindahan kecemasan sebaliknya memandu kapal terbang tersebut ke lapangan terbang. Kemudian ia mengambil 23 minit untuk mengakses kapal terbang setelah enjin berhenti.

Ketika pintu pesawat dibuka, kesemua yang berada di atas kapal terbang telah terbunuh akibat daripada menyedut asap kebakaran. Paling menyedihkan, tiada sesiapa pun yang melakukan prosedur pemindahan keluar kecemasan.

5. Air India Flight 182
Tarikh: 23 Jun 1985
Jumlah Kematian: 329 orang


undefined




Insiden ini merupakan serangan keganasan terburuk melibatkan kapal terbang apabila pesawat jenis Boeing 747 terhempas di lembah pantai Ireland. Pesawat ini dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sahar di India dari Toronto, Kanada.

Pengeboman berlaku di bahagian kargo oleh organisasi ekstremis iaitu Babbar Khalsa.

Dipercayai penumpang yang bertanggungjawab mengebomkan pesawat ini ialah "M Singh" yang mendaftar masuk penerbangan bersama 1 beg mempunyai bom tetapi dia tidak menaiki pesawat tersebut.

Laporan siasatan menemui bahawa kegagalan proses sekuriti di Kanada menyebabkan serangan pengganas ini berjaya dilaksanakan. Beberapa hari memorial diwujudkan bagi memperingati kesemua yang terkorban di Kanada dan Ireland.

4. Turkish Airlines Flight 981
Tarikh: 3 Mac 1974
Jumlah Kematian: 346 orang



Kelemahan dalam reka bentuk kapal terbang jenis Douglas DC-10 membawa padah apabila kesemua 355 penumpang dan 11 kru terkorban apabila pesawat ini terhempas di Hutan Ermenonville di utara Paris.

Kapal terbang ini berlepas dari Lapangan Terbang Orly di Paris dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Heathrow, London. Perjalanan sebenar ialah dari Istanbul dan Paris hanya perjalanan transit.

Selepas 10 minit berlepas, pintu kargo kiri kapal terbang tercabut akibat daripada masalah bagaimana ruang pintu selak ditutup.

Disebabkan masalah mekanisma kunci bagi pintu ini, kapal terbang menghala ke darat dengan kelajuan 800 km/h setelah juruterbang hilang kawalan. Penghempasan ini merupakan insiden terburuk di Perancis dan kedua di Eropah.

3. Saudi Arabian Airlines Flight 769 & Kazakhstan Airlines Flight 1907
Tarikh: 12 November 1996
Jumlah Kematian: 349



Pelanggaran udara terburuk yang pernah berlaku melibatkan Pesawat Saudi 769 dan Pesawat 1907 - Kazakhstan Airlines di bandar Charkhi Dadri utara India.

Kapal terbang Saudi jenis Boeing 747 dalam perjalanan ke Dhahran dari Delhi, India manakala pesawat Kazakhstan Airlines jenis Ilyushin II-76 dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Indira dari Shymkent. Insiden ini membunuh 312 orang di atas pesawat dan kemudiannya 37 lain turut terbunuh.

Kemalangan ini berlaku apabila pesawat Ilyushin sepatutnya mendarat sehingga 15,000 kaki tetapi ia melebihi had ke 14,500 kaki manakala Boeing 747 dalam perjalanan ke arah atas di arah yang berlawanan.

Ketika pengawal trafik udara memberi amaran kepada kedua-dua kapal terbang, ia sudah terlambat.

Ekor kapal terbang Kazakhstan memotong sayap pesawat Saudi menyebabkan pesawat Saudi berpusing dengan sangat laju manakala Ilyushin bergerak sedikit perlahan berbanding Boeing 747 tetapi masih cukup laju untuk menyebabkan juruterbang hilang kawalan untuk mendarat.

2. Japan Airlines Flight 123
Tarikh: 12 Ogos 1985
Jumlah Kematian: 520 orang



Pesawat Boeing 747 milik Japan Airlines terhempas ke Gunung Takamagahara di tengah-tengah Jepun. Apa yang lebih mengejutkan, Empat orang terselamat apabila pesawat ini berpusing tanpa kawalan menyebabkan sayap kapal terbang berlanggar rabung gunung sebelum terbalik dan mendarat pada belakang badan pesawat.

Juruterbang dapat mengawal kapal terbang dan terus memastikan pesawat berada di udara selama 32 minit selepas kegagalan mekanikal, masa yang tidak pernah menyamai simulator penerbangan.

Hari ini, terdapat kuil memorial di atas gunung tersebut bagi memperingati bencana yang berlaku selain terdapat muzium dibuka oleh syarikat penerbangan yang mempunyai nota atau surat terakhir yang ditulis oleh penumpang kepada orang tersayang.

undefined




Kesemua staf syarikat tersebut wajib pergi ke muzium tersebut untuk melihat surat-surat ini. Kesemua yang terselamat adalah wanita dan berada di tengah-tengah barisan kapal terbang ketika kemalangan berlaku.

1. Bencana Lapangan Terbang Tenerife
Tarikh: 27 Mac 1977
Jumlah Kematian: 583 orang



Lain dengan insiden nombor tiga, pelanggaran ini berlaku di darat akibat kesilapan juruterbang. Kedua-dua pesawat merupakan pesawat Boeing 747,  satu milik Koninklijke Luchtvaart Maatschappij (KLM) atau lebih dikenali sebagai Royal Dutch Airlines manakala lagi satu milik Pan Am American Airways (Pan Am).

Tiada satu pun pesawat yang sepatutnya berada di Los Rodeos tetapi kedua-dua pesawat ini terpaksa bertukar haluan daripada Las Palmas setelah sebuah bom diletakkan di kedai bunga lapangan terbang tersebut.

Pelanggaran berlaku apabila Pan Am sepatutnya melalui jalan keluar ketiga, (C3) tetapi juruterbang menyangkakan C4 sebagai C3 manakala pesawat KLM pula berlepas tanpa kebenaran yang sah.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila kabus tebal menghalang penglihatan pesawat Pan Am setelah dilihat KLM 747 keluar dari kabus. Kesemua penumpang dan krew KLM terbunuh manakala 7 daripada 16 krew dan 54 daripada 380 penumpang Pan Am terselamat.

Al-Fatihah

Sekalung peringatan buat mangsa MH370 yang hilang bersama-sama pesawatnya.

Tarikh: 8 Mac 2014
Jumlah Kehilangan: 239



Sumber: Aviation Safe Network

Kredit Gambar: Muhammad Fadriy, Twitter: @fadryyy_

Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna akaun Twitter @fadryyy_ dan mendapat hampir 10 ribu Retweet. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com                                                
                    
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 08:22 PM | Show all posts
Tragedi Buruk Pertama Malaysia Airlines Di Tanjung Kupang, Johor


Penerbangan 653 Malaysia Airlines (MH653) adalah sebuah pesawat Boeing 737-2H6 telah jatuh terhempas di Tanjung Kupang, Johor pada satu petang bertarikh 4 Disember 1977.

Tragedi ini adalah merupakan kemalangan pertama dan yang paling buruk pada waktu itu buat Malaysia Airlines dengan meragut kesemua 93 penumpang serta 7 anak kapal.



Penerbangan 653 telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dari landasan 22 tepat jam 7:21PM untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang yang kini dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Penumpang dalam penerbangan tersebut termasuk Menteri Pertanian Malaysia iaitu Dato Ali Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Kerja Raya iaitu Dato Mahfuz Khalid dan Duta Besar Cuba ke Malaysia. Juruterbang pesawat tersebut ialah Kapten G.K. Ganjoor.

Pada jam 7:54PM, sewaktu berada pada altitud 4,000 kaki di atas Batu Arang dan sedang menurun menuju landasan 33, Kapten G.K. Ganjoor telah melaporkan kehadiran perampas yang tidak dikenali ke Menara Subang.



Tragedi Buruk Pertama Malaysia Airlines Di Tanjung Kupang, Johor

Pihak lapangan terbang menerima laporan daripada Kapten G.K. Ganjoor dan seterusnya mereka telah buat persiapan kecemasan di Lapangan Terbang Subang.

Beberapa minit kemudian, Kapten G.K. Ganjoor berkata melalui radio, “We’re now proceeding to Singapore…”. Namun Pesawat MH653 tidak pernah mendarat di Singapura selepas itu.

Tragedi Buruk Pertama Malaysia Airlines Di Tanjung Kupang, Johor

Pada jam 8:15PM, semua hubungan komunikasi antara pihak lapangan terbang dengan penerbangan MH653 telah terputus sepenuhnya. Pada jam 8:36PM, penduduk di Kampong Ladang, Tanjong Kupang, Johor telah melaporkan bahawa mereka telah terdengar bunyi letupan dan melihat bangkai pesawat yang terbakar di kawasan paya.



Tragedi Buruk Pertama Malaysia Airlines Di Tanjung Kupang, Johor

Bangkai pesawat tersebut akhirnya telah dikenalpasti sebagai pesawat MH653. Pesawat tersebut telah terhempas jatuh menjunam ke bumi pada kelajuan yang tinggi pada sudut yang hampir menegak.



Tragedi Buruk Pertama Malaysia Airlines Di Tanjung Kupang, Johor

Tiada seorang pun daripada kesemua 93 orang penumpang bersama dengan 7 orang anak kapal yang berada di dalam pesawat itu terselamat daripada nahas ngeri tersebut.

Tragedi Buruk Pertama Malaysia Airlines Di Tanjung Kupang, Johor

Kesemua mayat anak kapal dan penumpang telah dijalankan pemeriksaan sinar X untuk mencari tinggalan projektil ataupun senjata. Malangnya, tiada satu pun senjata yang dijumpai.



Tragedi Buruk Pertama Malaysia Airlines Di Tanjung Kupang, Johor

Kesemua mayat mangsa nahas penerbangan MH653 di Tanjung Kupang, Johor telah dikebumikan di dalam satu liang lahad besar. Tapak peringatan nahas tersebut terletak di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Tragedi Buruk Pertama Malaysia Airlines Di Tanjung Kupang, Johor

Tapak peringatan tersebut dikenali sebagai Taman Peringatan Tanjung Kupang dan ia telah didirikan oleh Kerajaan Negeri Johor pada tarikh 8 Disember 1977 iaitu 4 hari selepas tragedi tersebut berlaku.





Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 01:00 AM | Show all posts

10 features that affect the survivability of cockroaches:

  • A female can mate with a male only once, and this will be enough to produce offspring without a male for the rest of her life.


  • A cockroach can live for a week without its head.


  • They spend ¾ of their life at rest.


  • Cockroaches run at a speed of 4,8 km/h. This is very fast, considering their small size and short legs.


  • Roaches can hold their breath for 40 minutes.


  • They can eat once a month (besides, they can eat anything).


  • It is difficult to catch a cockroach – it feels the approach of the enemy with the hairs on its legs and changes the direction of movement 25 times per second.


  • The theory that cockroaches will survive a nuclear explosion is scientifically confirmed: they have a slow cycle of cell division, and radiation is not dangerous for them. They can withstand radiation, which increases the human lethal dose 16 times.


  • Roaches have 2 pairs of wings: the upper leathery elytra protect the body, and the thin wings under them allow cockroaches to fly.


  • Red cockroaches are the leaders among all the others: they are the first to start multiplying. They are more careful about their offspring and can destroy the ovipositors of other species.

https://pestcontrolhacks.com/most-effective-ways-get-rid-of-cockroaches-roaches/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2019 01:02 PM | Show all posts
                                The curse of Poltergeist
                                                                                                                                                            There is speculation of a curse affecting the Poltergeist cast. The  film's young protagonist who said "they're here!", actress Heather O'Rourke,  died at the age of 12 due to an intestinal obstruction (an extremely unusual  cause of death). Another actress, Dominique Dunne, was murdered by her  ex-boyfriend in 1982. And then there are the supposed paranormal phenomena  experienced during the filming of the different parts of this saga.
                                
                        
                                                
        

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.642626 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list