CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3525|Reply: 23

[Tempatan] Kenyataaan Mat Sabu bahawa Malaysia “berkongsi sempadan” dengan China adalah tid

  [Copy link]
Post time 26-6-2019 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 26-6-2019 05:46 AM

Malaysia tak kongsi sempadan dengan China

https://www.malaysiakini.com/news/481230

Mohd Hazmi Mohd Rusli  |  Diterbitkan Hari ini 12:19 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 12:19 tengahari



ULASAN | Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di tengah-tengah Asia Tenggara dan berkongsi banyak kawasan wilayah darat dan maritim dengan negara-negara jirannya, terutama sekali Indonesia dan Singapura. Walaupun menteri pertahanan baru-baru ini di Singapura menyatakan Malaysia “berkongsi sempadan” dengan China, ini adalah kenyataan yang tidak tepat sama sekali.

Sebagai sebuah negara maritim yang memiliki wilayah laut yang luas, Malaysia berhak, seperti yang diperuntukkan oleh Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982 (LOSC) untuk menuntut 12 batu nautika wilayah laut dari garis dasarnya. Di wilayah laut, Malaysia memiliki kedaulatan ke atas wilayah maritimnya dari dasar laut hingga ke ruang udara (airspace).

Melewati garis 12 batu nautika yang diukur dari garis dasar, Malaysia berhak menuntut hak berdaulatnya sehingga 200 batu nautika kawasan perairan sebagai zon ekonomi eksklusif (EEZ) dan kawasan bawah laut sebagai pelantar benuanya, juga sehingga 200 batu nautika. Di kedua-dua zon ini, Malaysia tidak memiliki kedaulatan tapi mempunyai hak berdaulat untuk mengeskploitasi sumber-sumber hidup dan tidak hidup yang ada di zon ini.



Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kejadian kapal pengawas perikanan Indonesia, KP Orca 02 yang dikatakan telah merempuh dan menahan kapal nelayan Malaysia tidak jauh dari Pulau Jarak di Selat Melaka.

Di kawasan ini, Malaysia dan Indonesia belum lagi mempunyai sempadan EEZ yang disepakati, walaupun kedua-dua negara ini telah merdeka lebih daripada setengah abad. Selain daripada itu, Malaysia juga mempunyai sempadan wilayah laut yang belum diselesaikan dengan Singapura bukan sahaja di Selat Johor tetapi juga di selatan Laut China Selatan berdekatan Selat Singapura.

Seperti Filipina, Brunei dan Vietnam, Malaysia juga menuntut wilayah EEZ dan pelantar benua di Laut China Selatan di kawasan kepulauan Spratly. China yang sepatutnya tidak berhak menuntut wilayah maritim di situ menggunakan hak bersejarah (historic rights)dengan melukis sembilan garis putus untuk menuntut wilayah mereka di Laut China Selatan.

Perlu diingat terdapat beberapa daripada sembilan garis putus tuntutan China ini yang bertindih dengan perairan Malaysia di Sarawak dan Sabah. Sembilan garis putus China ini telah diputuskan oleh Mahkamah Tetap Timbang Tara Antarabangsa (PCA) sebagai melanggar peruntukan LOSC dan undang-undang antarabangsa. Bagaimanapun, memandangkan Filipina memulakan kes di PCA ini secara sepihak, China telah menjelaskan bahawa apa yang diputuskan oleh PCA tidak mengikat mereka.

Mohamad Sabu dalam acara di Singapura pada 1 Jun lalu.

Sebagai negara berdaulat, Malaysia perlu tegas dengan pendiriannya menuntut wilayah di Laut China Selatan. Akan tetapi, agak menyedihkan apabila baru-baru ini, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ketika Dialog Shangrila IISS 2019 di Singapura pada 1 Jun lalu menyebut bahawa “Malaysia mempunyai sempadan dengan negara China”. Sekiranya seseorang merujuk kepada peta dunia, Malaysia tidak mempunyai sempadan apa pun dengan China yang terletak nun jauh di utara sedangkan Malaysia jauh selatan di Kepulauan Melayu berdekatan garisan khatulistiwa.

Sekiranya apa yang dimaksudkan Mat Sabu adalah sembilan garis putus China yang memang dilukis dekat dengan Sabah dan Sarawak, ini sekal igus menunjukkan pengakuan Malaysia terhadap tuntutan China di Laut China Selatan menerusi sembilan garis putus ini. Mat Sabu perlu ingat bahawa beliau adalah menteri pertahanan dan bukan lagi pemimpin pembangkang. Apa sahaja yang dibahaskan beliau boleh dianggap polisi negara. Sebagai negara berdaulat, Malaysia patut bertegas dengan tuntutannya di Laut China Selatan tanpa perlu memberi pengakuan terhadap tuntutan sembilan garis putus China.

Malaysia kini sekarang berada di persimpangan. Banyak garis-garis sempadan maritim yang belum lagi disepakati dengan jiran-jirannya terutamanya Singapura dan Indonesia. Menurut undang-undang antarabangsa, sekiranya garis sempadan maritim sudah ditetapkan, ia kekal tidak berubah sampai bila-bila melainkan wujudnya perjanjian baru. Akan tetapi sekiranya sempadan maritim tidak ditetapkan, ianya boleh berubah mengikut wilayah darat negara tersebut yang mungkin bertambah atau berkurang sesuai peredaran waktu.

Sebagai contoh, Pedra Branca telah menjadi milik Singapura pada tahun 2008 dan Batuan Tengah milik Malaysia seperti yang ditetapkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Akan tetapi ICJ tidak menetapkan sempadan maritim antara kedua-dua negara di antara Pedra Branca dan Batuan Tengah.

Sehingga kini dilaporkan bahawa Singapura berusaha memperbesarkan Pedra Branca dan kerajaan Malaysia pimpinan Dr Mahathir Mohamad akan membina pulau buatan di Batuan Tengah. Fokus sepatutnya ditumpukan kepada penetapan garis sempadan maritim kedua-dua negara dan bukannya peluasan wilayah menerusi tambakan tanah atau pembinaan pulau. Selagi garis sempadan ini tidak ditetapkan, dilema sempadan maritim antara Pedra Branca dan Batuan Tengah tidak akan berkesudahan.



Perkara yang sama juga perlu diberi perhatian mengenai isu rempuhan kapal di Selat Melaka di antara kapal Indonesia KP Orca 02 dengan kapal nelayan milik Malaysia. Sekiranya Malaysia tidak bertegas dalam menetapkan sempadan maritim antarabangsa dengan jiran-jiran terdekatnya, bagaimana mungkin Malaysia boleh bertegas dalam menghadapi masalah dengan jirannya yang lebih besar, China, di Laut China Selatan?

Isu-isu yang disebutkan di sini menunjukkan penetapan sempadan maritim antarabangsa bukanlah satu perkara yang enteng. Ini melibatkan soal maruah, kedaulatan dan hak Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka untuk menuntut haknya di bawah undang-undang laut antarabangsa. Malaysia perlu mengambil lebih inisiatif demi menyelesaikan masalah ini agar kejadian yang berlaku di Selat Melaka di antara KP Orca 02 dan kapal nelayan kita tidak lagi terjadi di masa akan datang.

Kerajaan perlu bijak dalam berbicara dan berdiplomasi dalam menyelesaikan dilema ini dengan sokongan rakyat. Sempadan maritim negara yang utuh akan menjamin kedaulatan serta keluhuran wilayah tanah air kita, Malaysia.


LT KDR (KEHORMAT) DR MOHD HAZMI MOHD RUSLI ialah profesor madya di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan profesor pelawat di Sekolah Undang-undang, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Rusia.

Ulasan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi jarak Perlis dgn Yunan lebih dekat dibanding jarak Johor dgn Tanah Bugis Sulawesi. Kita dgn China tidak terpisah laut lagi. Sempadan dalam bentuk serumpun bangsa lah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 02:05 PM | Show all posts
kena mat sabu ni takut sangat dgn ca nun ya alip???
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 02:10 PM | Show all posts
fail giler geografi....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 26-6-2019 02:02 PM
Tapi jarak Perlis dgn Yunan lebih dekat dibanding jarak Johor dgn Tanah Bugis Sulawesi. Kita dgn Chi ...

kot yea pun nak backup haha
dah mmg menteri kulinari tak hbis bljr haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 26-6-2019 02:36 PM
kot yea pun nak backup haha
dah mmg menteri kulinari tak hbis bljr haha

Sempadan laut kat Spratlys tu apa??. Nine Dash Line tu pun nanti akhirnya jadi reality juga, given the power n arrogance China tuh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Prof kangkong USIM unibersiti isele??? Next... @Maideen. pasti tengah sunyum simpol
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Garis sempadan yg bertindan ni betul2 xde kesudahan la kan..kecuali kite berperang je sape menang dia blh claim..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 05:53 PM | Show all posts
ctaz replied at 26-6-2019 02:10 PM
fail giler geografi....

abaikan....dah lama tahu mat sabu bodoh.  spm jer pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 06:49 PM | Show all posts
Kenapa dan siapa lantik mat sbau jaid menteir pertahanan ,xkan diri dia sendiri xsedar betapa dia xlayak jadi menteri ...menteri  wnaita pun dia xlayak ,jgn kata menteri pertahanan lagilah xboleh dilantik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 07:36 PM | Show all posts
pyropura replied at 26-6-2019 04:03 PM
Prof kangkong USIM unibersiti isele??? Next... @Maideen. pasti tengah sunyum simpol

Universiti Sains Isle.......Prrrrrrrrrpfffftght
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
eh bodohnya mat sabu ni
x penah tgk world map kaaa bahlol???
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 10:52 PM | Show all posts
HannahMontana replied at 26-6-2019 06:49 PM
Kenapa dan siapa lantik mat sbau jaid menteir pertahanan ,xkan diri dia sendiri xsedar betapa dia xl ...

Hannah, menteri beb.
Semua manusia pun teringin dilantik menjadi menteri kalau berpeluang.
Tak sangka Mat Sabu tidak berapa cerdik walaupun beliau cuma lepasan SPM, sebab ingatkan beliau bijak sebagai seorang yang sedah berumur dan merupakan seorang ahli politik sekian lama.
Antara semua jemaah menteri yang kita ada sekarang, Spidey paling kecewa dengan Bro Syed Saddiq. Sebelum PRU, Spidey begitu menyanjung beliau sebab beliau hebat berdebat dan seorang yang genius.
Tidak sangka Tun melantik Syed Saddiq sebagai menteri instead of timbalan menteri sebab beliau masih baru dalam dunia politik.

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 01:40 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 26-6-2019 10:52 PM
Hannah, menteri beb.
Semua manusia pun teringin dilantik menjadi menteri kalau berpeluang.
Tak s ...

Begitu terharu bila bang Spidey quote komen  Diknah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 02:42 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 26-6-2019 10:52 PM
Hannah, menteri beb.
Semua manusia pun teringin dilantik menjadi menteri kalau berpeluang.
Tak s ...

keh keh keh

wa nak perbetulkan statement lu

Semua manusia pun teringin dilantik menjadi menteri kalau berpeluang.
untuk pengetahuan lu, sekiranya benar Islam ikut Muhammad ..menjadi menteri atau ketua adalah perkaran yang paling ditakuti sekali bagi kami..
tidaklah kami ingin menanggung manusia lain diatas kekilafan mereka sendiri..
cuma bila saat orang Islam yang kunonnya ikut Muhammad mula mempercayai sistem demokrasi..baru lah wujud apa yang lu kata tu..
yaani semua mau jadi menteri kalau boleh...

tapi kalau nak bash wa pun wa cuma cakap ini macam..bezakan perkataan ini.. 'mempercayai' dengan 'mengikuti'.
Islam itu syumul penuh dengan kasih sayang..mideen rebena je tak faham konsep tu. dia ingat itu john yang tulis..

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 02:44 PM | Show all posts
malas dah nak layan menteri baghal syiah ni

dia layak berkawan dengan suhaimai saad dunia rata anak x vaksin x sekolah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2019 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ferguso....China is your closest neighbor now....don't forget it...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah_Kwan replied at 27-6-2019 02:42 PM
keh keh keh

wa nak perbetulkan statement lu

Sy nak jadi imam pun takut..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 09:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak rujuk yang lebih arif/buat kajian ke sebelum keluar kenyataan. Dah jadi menteri kerajaan dah tak boleh keluar kenyataan ikut sedap mulut aje macam jadi pembangkang dulu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.737069 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list