View: 1192|Reply: 10
|
[Tempatan]
Kura-kura dalam bagasi, dey mana mau pigi?
[Copy link]
|
|
Sepang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup 5,255 anak kura-kura jenis Red Ear Slider bernilai RM52,550 membabitkan dua tangkapan lelaki warga India di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang, 20 Jun lalu.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata, pemeriksaan pertama membabitkan lelaki warga India berusia 30 tahun yang tiba dari Guangzhou, China.
“Bagasinya mengandungi 2,620 anak kura-kura diisi di dalam 16 bakul kecil.
“Kesemua anak kura-kura ini dianggarkan bernilai RM26,200,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan kedua pula membabitkan seorang lagi lelaki warga India berusia 42 tahun yang tiba dari Guangzhou, China.
“Pemeriksaan pada bagasinya mengandungi 2,635 anak kura-kura diisi di dalam 16 bakul kecil.
“Kesemua anak kura-kura ini dianggarkan bernilai RM26,350,” katanya.
Dalam pada itu, Zulkurnain berkata, beberapa kura-kura mati dalam perjalanan kerana tiada makanan dan minuman.
“Kita percaya mereka menjadikan negara ini sebagai transit sebelum anak kura-kura itu dibawa ke India semula untuk diternak di sana,” katanya.
Susulan itu, beliau berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman di Mahkamah Majistret Sepang selama 14 hari untuk siasatan lanjut dan akan dituduh dalam masa terdekat.
Katanya, kura-kura yang masih hidup akan dihantar ke Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.
“Pengimportan kura-kura memerlukan lesen import yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan sebagaimana digariskan di bawah Butiran 3, Bahagian 1, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.
“Perbuatan mengimport kura-kura tanpa lesen import adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967,” katanya.
Jika disabitkan, bagi kesalahan pertama boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan atau RM50,000 yang mana lebih tinggi dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan itu atau RM500,000 yang mana lebih tinggi atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Gambar Ahmad Irham Mohd Noor
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2019 @ 12:36 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak declare tak ada sijil kebenaran membawa maka hadaplah hukumannya |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya nama zulkarnain ni ensem2 |
|
|
|
|
|
|
|
ada je yg hauk sister....jgn pprt sgt nak buat generalization mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade replied at 26-6-2019 05:09 PM
ada je yg hauk sister....jgn pprt sgt nak buat generalization mcm tu
Cakap macam tu pun kena pprt jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
x semestinya... ade yg aku jumpe klepet duit org.. jumpe lagi buat x tau malu
|
|
|
|
|
|
|
|
bulan_gerhana replied at 26-6-2019 05:15 PM
x semestinya... ade yg aku jumpe klepet duit org.. jumpe lagi buat x tau malu
Selalunya hensem.. Kalau tak ensem tu, tak tau la.. Klepet duit ni aku pantang gila. Teringat member aku kena klepet duit dgn pokis bantuan. Hareyyy |
|
|
|
|
|
|
|
wow, agaknye mcm2 la haiwan yg perhilitan dpt kalau dpt tgkap org yg bawa haiwan exotic ni |
|
|
|
|
|
|
|
multinicky replied at 26-6-2019 05:50 PM
hahaha chuols csi sndr..nnt dh dpt tepek gmbr dkt sini n tag meols..nnt meols tlg evalua ...
Tak cukup helok ke nine ni.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 26-6-2019 05:57 PM
Tak cukup helok ke nine ni..
hellooooo..meols srh csi dato zuliarnain..bukan nine yg ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|