CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: tobby

[Politik] Kesilapan Besar Latheefa-Guan Eng

  [Copy link]
Post time 7-7-2019 10:23 AM | Show all posts
wow macam macam jugak ye politik sekarang, hebat sungguh .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2019 11:07 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 7-7-2019 10:23 AM
wow macam macam jugak ye politik sekarang, hebat sungguh .

Taib Mahmud sudah ‘dibersihkan’ oleh Pejabat Peguam Negara : Liew


(Gambar oleh Malaysiakini)

Parlimen, 19 Julai : Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud sudah dibersihkan dari semua salah laku oleh Pejabat Peguam Negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong, lapor Malaysiakini.

“Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) talah melakukan beberapa siasatan terhadap bekas ketua menteri Sarawak itu. Semua hasil penyiasatan telah dirujuk kepada Dewan Peguam Negara untuk keputusan selanjutnya. Selepas meneliti bukti-bukti sedia ada, Dewan Peguam Negara memutuskam bahawa semua kertas siasatan berhubung isu tersebut ditutup pada 2013” – Liew Vui Keong-

Peguam negara ketika itu, pada 2013 adalah Abdul Gani Patail.

Liew menjawab perkara terebut  sebagai respon terhadap Kelvin Yii (Harapan- Bandar kuching) yang bertanya sama ada SPRM akan mengutamakan dan memulakan siasatan terhadap Taib kerana dakwaan salah guna kuasa dan korupsi yang telah dilaporkan oleh media asing bertahun-tahun.

Sebelum ini,  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun Det mengatakan tindakan tidak boleh diambil terhadap Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud diatas dakwaan salah laku korupsi kerana tiada aduan rasmi dilakukan.







FILE PHOTO: Former Malaysian prime minister Mahathir Mohamad speaks during an interview with Reuters in Putrajaya, Malaysia, March 30, 2017. REUTERS/Lai Seng Sin/File Photo
“Bagi kami untuk mengambil tindakan mesti ada laporan daripada seseorang, sehingga saat ini terdapat banyak yang diperkatakan, tetapi tidak ada sebarang laporan yang diterima. Jadi, kami belum mengambil sebarang tindakan, tetapi jika rakyat Sarawak mahu kami mengambil tindakan, mereka boleh membuat pertuduhan atau aduan dan kami akan meneliti laporan mereka,”– Tun Det



Kenyataan Tun Det ini bercanggah dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua PKR Sarawak,  Baru Bian pada 19 Mei lepas di facebook beliau.





“Telah didedahkan beberapa tahun lepas, bahawa SPRM telah memeriksa 500 fail dan membuka sekurang-kurangnya 10 kertas siasatan yang dikaitkan kepada Taib Mahmud, tetapi tiada keputusan apapun keluar.” – Baru Bian.

Untuk rekod,  Abdul Taib yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak telah dikaitkan dengan pelbagai dakwaan rasuah semasa beliau menjawat jawatan berkenaan dari 1981 hingga 2014. Antara tuduhan yang dikaitkan termasuk salah guna kuasa, rampasan tanah dan menerima sogokan.

Pada Februari, Abdul Taib menerima suratcara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Pada 1 Mac 2014, Abdul Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014.

Ketika Tun Det menjadi PM ke 4 dulu, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Taib Mahmud.

Sebaik sahaja Tun Det menjadi Perdana Menteri ke 7 pada 10 Mei lepas, beliau dilihat telah melakukan pertemuan dengan Taib Mahmud di Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.047804 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list