CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5313|Reply: 7

[Idea] Ilmu Mantiq (Logik) dan Laduni (Ilham)

[Copy link]
Post time 28-6-2019 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Ilmu Mantiq

Satu cabang berfikir berasaskan logik dikenali istilah mantiq. Pada dasarnya pengertian ilmu mantik telah banyak didefinisikan oleh para ulama dan pakar ilmu mantik dengan pengertian yang pelbagai, miskipun pada hakikat dan tujuannya adalah sama iaitu mengungkapkan makna mantik sebagai suatu kata yang difahami secara jelas untuk sebuah disiplin ilmu.

Ilmu mantik merupakan bahasa Arab dan merupakan terjemahan dari kata logika. Oleh sebab itu ilmu mantik juga biasa disebut sebagai ilmu logika.






Ilmu Laduni

Ilmu Ladunni adalah pancaran nur Allah kepada hati seseorang. Ia adalah ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. Oleh kerana ia adalah pemberian Allah, maka tidaklah perlu dipelajari, sebaliknya ia merupakan hasil dari amalan dan taqarrub kita kepada Allah.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2019 10:32 AM | Show all posts



Soalan

Apakah hukum mempelajari ilmu mantiq atau ilmu logik?

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Sejarah Ringkas Ilmu Mantiq

Mantiq sebagai satu ilmu yang pertama kali disusun secara rapi oleh Aristotle, seorang ahli falsafah Yunani. Ketika agama Islam telah tersebar ke Jazirah Arab dan dipeluk secara meluas sampai ke timur dan barat, perkembangan ilmu pengetahuan pun mengalami kemajuan yang pesat. Puncaknya terjadi pada zaman pemerintahan Khilafah ‘Abbasiyah. Sewaktu tempoh waktu inilah berlangsungnya usaha-usaha penterjemahan ilmu-ilmu falsafah Yunani secara intensif kedalam bahasa Arab, dan ini termasuklah ilmu mantiq.

Sejak itu, ilmu mantiq mulai mendapat perhatian oleh kalangan ahli falsafah Muslim seperti Abdullah Ibn Al-Muqaffa’, Yaqub Ibn Ishaq Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn Sina, Imam al-Ghazali dan Ibn Rusyd.

Pengertian Ilmu Mantiq

Terdapat beberapa definisi ilmu mantiq yang disebut oleh para ulama, dan antara yang paling masyhur ialah:

آلة قانونية تعصم مراعاتها الذهن عن الخطأ في الفكر

Maksudnya: Wasilah dan qaedah yang sistematik yang memelihara seseorang daripada sebarang kesalahan berfikir.

(Rujuk Ahmad ibn ‘Umar al-Hazimi, Al-Syarh al-Mukhtasar li al-Sullam al-Munawraq, 1/12)

Manakala al-‘Atthar pula mentakrifkannya sebagai satu ilmu yang diketahui dengannya pemikiran yang benar dan yang salah. Maka ia merupakan qawaid dan usul yang membawa kepada pengetahuan tentang pemikiran yang benar dan pemikiran yang salah.

Ia juga turut dikenali dengan beberapa nama lain, sepertiMi’yar al-‘Ilm dan Mizan al-‘Uqul. Dan ia pada hakikatnya merupakan himpunan qanun-qanun ‘aqli yang jika dipatuhi akan memberi kemampuan kepada seseorang untuk sampai kepada natijah dan kesimpulan yang sahih dan bebas daripada kesalahan. (Rujuk Syeikh ‘Ali Jum’ah, al-Bayan lima Yushghilu al-Azhan, 1/59)

Secara ringkasnya, ia mempunyai beberapa perbahasan yang penting, dan ia terbahagi kepada dua bab besar iaitu tasawwurdan tasdiq. Tasawwur antaranya merangkumi kaedah pendefinisan dan pengkelasan sesuatu perkara, manakala tasdiq pula antara lain membicarakan tentang kaedah-kaedah qiyas.


Kepentingan Ilmu Mantiq

Ilmu mantiq merupakan salah satu ilmu alat yang amat penting bagi memahami ibarat-ibarat kitab-kitab turath, disamping nahu, sorof, balaghah dan lain-lain. Imam al-Akhdhari (1512-1575 M) dalam Matan Sullam al-Munawraq menekankan kepentingan ilmu mantiq melalui salah satu baitnya:

فَالمَنْطِقُ لِلْجَنَانِ** نِسْبَتُهُ كَالنَّحْوِ لِلِّسَانِ

فَيَعْصِمُ الأَفْكَارَ عَنْ غَيِّ الخَطَا** وَعَنْ دَقِيقِ الفَهْمِ يَكْشِفُ الغِطَا

Maksudnya: Ilmu mantiq bagi akal ibarat ilmu nahu bagi lisan;

Ia memelihara fikiran daripada kesalahan dan menyingkap kesamaran hasil kefahaman yang mendalam;

Kepentingan ilmu mantiq juga turut disebut oleh Imam Al-Ghazali melalui kata-katanya dalam muqaddimah kitab Al-Mustasfa:

وَمَنْ لَا يُحِيطُ بِهَا فَلَا ثِقَةَ لَهُ بِعُلُومِهِ أَصْلًا

Maksudnya: Dan barangsiapa yang tidak menguasainya (ilmu mantiq), maka ilmunya adalah diragukan dan tidak dipercayai keabsahannya.

Ini kerana ilmu mantiq menurut beliau merupakan pengantar kepada semua ilmu, dan bukan semata-mata pengantar kepada ilmu usul fiqh sahaja. (Lihat Al-Mustasfa, 1/10)

Selain itu, Imam Ibn Hajar al-Haitami pula menukilkan pandangan Imam al-Qarafi yang menjadikan penguasaan ilmu mantiq sebagai salah satu syarat untuk berijtihad. (Lihat Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1/51)

Hukum Mempelajari Ilmu Mantiq

Namun begitu terdapat khilaf dalam kalangan ulama pada hukum mempelajari ilmu mantiq yang telah bercampur dengan unsur-unsur falsafah yang menyeleweng daripada ajaran Islam.

Imam al-Akhdhari menulis lagi:

وَالخُلْفُ فِي جَوَازِ الاِشْتِغَالِ ** بِهِ عَلَى ثَلاَثَةٍ أَقْوَالِ

فَابْنُ الصَّلاَحِ وَالنَّوَاوِي حَرَّمَا ** وَقَالَ قَوْمٌ يَنْبَغِي أَنْ يُعْلَمَا

وَالقَوْلَةُ المَشْهُورَةُ الصَّحِيحَةْ ** جَوَازُهُ لِكَامِلِ القَرِيحَةْ

مُمَارِسِ السُّنَّةِ وَالكِتَابِ ** لِيَهْتَدِي بِهِ إِلَى الصَّوَابِ

Maksudnya: Adapun terdapat khilaf pada hukum menyibukkan diri dengan ilmu mantiq (yang bercampur dengan ilmu falsafah) dan ia terbahagi kepada 3 pandangan;

Imam Ibn Solah dan Imam al-Nawawi mengharamkannya, dan sebahagian ulama lain mewajibkannya;

Adapun pandangan yang masyhur dan paling sahih ialah keharusan mempelajarinya bagi yang mempunyai kesempurnaan akal;

Dan juga harus bagi yang mengetahui al-Qur’an dan al-Sunnah bagi membolehkannya sampai kepada kebenaran;

Frasa يَنْبَغِي أَنْ يُعْلَمَا dalam matan di atas boleh difahami dengan dua makna, iaitu wajib secara kifayah (bukan wajib / fardhu ‘ain) sepertimana pandangan Imam al-Ghazali, ataupun sunat.

Satu hal yang perlu diberi perhatian ialah perbezaan pendapat ulama-ulama di atas hanyalah pada mantiq yang telah diresapi oleh unsur-unsur falsafah dan pemikiran yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. (Rujuk Syeikh ‘Ali Jum’ah,al-Bayan lima Yushghilu al-Azhan, 1/60). Kerana itulah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah telah mengarang kitab Al-Raddu ‘ala al-Manthiqiyyin bagi menangkis ilmu mantiq yang menyeleweng.

Adapun ilmu mantiq yang tidak diresapi pemikiran falsafah, maka keharusan mempelajarinya disepakati oleh para ulama bahkan dinukilkan ijmak tentangnya. (Rujuk Ahmad ibn ‘Umar al-Hazimi, Al-Syarh al-Mukhtasar li al-Sullam al-Munawraq, 1/17). Ini seperti mempelajari kitab-kitab dan matan-matan penting ilmu mantiq seperti Mukhtashar karya al Sanusi, Syamsiyah karya Abi al Hasan al Qazwini, Matan Isaghuji, Matan Sullam al-Munawraq dan Tahzib al-Mantiq karya Imam Sa’duddin al-Taftazani.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kami berpandangan hukum mempelajari ilmu mantiq yang tidak diresapi fahaman falsafah ialah harus, bahkan disunatkan sepertimana pandangan-pandangan para ulama muktabar terdahulu dan juga kontemporari.

Adapun bagi ilmu mantiq dan falsafah yang diresapi fahaman-fahaman falsafah yang meragukan dan menyeleweng, maka ia hanya dibenarkan kepada mereka yang mempunyai kecerdasan aqal yang kuat dan pengetahuan yang mendalam tentang al-Qur’an dan al-Sunnah bagi membolehkannya membezakan antara elemen haq dan bathil dalam ilmu tersebut. Wallahu a’lam.


@rantaikendoq


Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Petang2 ni baca post ilmiah ilmu mantiq dan ilmu laduni ni menarik jugak


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2019 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 29-6-2019 05:17 PM
Petang2 ni baca post ilmiah ilmu mantiq dan ilmu laduni ni menarik jugak

Nasi tambah

ILMU LADUNI

Soalan : Assalamualaikum ustaz,Harap ustaz sihat di samping keluarga tercinta. Saya ingin mengemukakan satu soalan berkaitan ilmu laduni. Arwah datuk saya pernah memberitahu saya bahawa dia seorang pengamal ilmu laduni. Dia juga ada memberitahu yang dia selalu berhubung dengan wali-wali Allah. Dengan izin Allah dia dapat mengubati ramai pesakit-pesakit yang datang kepadanya.Bolehkah ustaz tolong huraikan apakah ilmu laduni tersebut dan adakah kita dibolehkan menuntut ilmu tersebut atau hanya dianugerah kepada orang yang mempunyai tingkat amalan tertentu sahaja?
Terima kasih.

Jawapan :

Ilmu Ladunni adalah pancaran nur Allah kepada hati seseorang. Ia adalah ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. Oleh kerana ia adalah pemberian Allah, maka tidaklah perlu dipelajari, sebaliknya ia merupakan hasil dari amalan dan taqarrub kita kepada Allah. Firman Allah;

      

“Dan bertakwalah kepada Allah, nescaya Allah akan memberi ilmu kepada kamu. Allah adalah maha mengetahui tentang segala sesuatu”. (al-Baqarah, ayat 282)

Ada riwayat dari Nabi s.a.w. menyebutkan;

         

“Sesiapa beramal dengan ilmu yang ia tahu, nescaya Allah akan wariskan kepadanya ilmu tentang apa yang ia tidak tahu” (Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dari Anas r.a.. Menurut Abu Nu’aim, hadis ini dhaif. Lihat; Takhrij Hadis al-Ihya’ oleh Imam al-‘Iraqi).

Menurut Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah, ilmu ada dua jenis;[1]

1. Ilmu Jali (ilmu yang nampak); iaitu ilmu yang terhasil melalui penglihatan, pendengaran (yakni mendengar perkhabaran yang benar) dan akal.

2. Ilmu Khafi (ilmu yang tidak nampak); iaitu ilmu yang tumbuh dalam hati yang suci iaitu hati orang yang bersih dirinya kerana taat kepada Allah dan membesar atas rezki yang halal.

Ilmu Ladunni akan membawa seseorang untuk lebih mengetahui tentang Allah, rahsia diri, hakikat penciptaan dan jalan-jalan taqarrub kepada Allah dan halangan-halangannya. Berkata Imam al-Munawi; ilmu Ladunni ialah anugerah dari Allah yang dengannya hamba akan mengetahui kehendak diri dan kehendak Allah, lalu ia meninggalkan kehendak dirinya untuk melaksanakan kehendak Allah. Sebahagian ulamak berkata; Ilmu Ladunni ialah ilham dari Allah kepada seorang hamba untuk lebih mengenali Allah, tipuan diri dan syaitan, tipu-daya dunia, perkara-perkara yang merosakkan amal (seperti riya’, ujub dan takbur), latihan jiwa dan asuhan terhadapnya, kesabaran berhadapan dengan qadha Allah, mensyukuri nikmatnya, keyakinan terhadap janji Allah, tawakal kepadaNya dan sanggup menghadapi kesakitan dari makhluk Allah.[2]

Bukan sahaja ilmu, malah anugerah-anugerah yang lain juga akan dikurniakan Allah kepada hamba-hambaNya yang bertakwa, antaranya dibukakan jalan pengelesaian bagi setiap masalah dan dilapangkan pintu rezki. Firman Allah;

           

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membuka jalan keluar baginya (bagi setiap masalah yang dihadapinya). Dan Dia akan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (at-Talaq, ayat 2 dan 3).

Jadi, yang utama bukanlah ilmu ladunni itu, tetapi amalan dan ketakwaan kita kepada Allah. Dari amal dan takwa akan datang ilmu ladunni. Jika seseorang itu tidak beramal dan tidak bertakwa, mustahil ia akan mendapat ilmu dari Allah. Apa yang kita bimbangkan ialah seorang itu merasakan ia mendapat ilmu ladunni, namun sebenarnya bukan ilmu ladunni, tepai ilmu dari syaitan atau iblis yang menambahkan kesombongan diri dan perasaan diri hebat. Biasanya orang soleh tidak akan memberitahu kepada orang lain bahawa ia mendapat ilmu ladunni, namun tanda kewujudan ilmu itu pada dirinya disedari oleh anak-anak muridnya atau oleh orang lain yang bergaul dengannya. Adakalanya ia sendiri tidak menyedari kewujudannya dan hanya disedari oleh orang lain. Halnya sama seperti karamah para ulamak dan auliyak. Ramai para ulamak dan auliyak yang tidak menyedari karamah yang ada pada mereka, hanya disedari oleh orang lain yang bergaul dengan mereka. Sebaliknya ramai orang-orang fasik mendakwa memiliki karamah, namun sebenarnya bukan karamah, akan tetapi sihir, istidraj atau sebagainya yang datang dari iblis dan syaitan.

Wallahu a’lam.

[1] Lihat dalam Tahzib Madarij as-Salikin, hlm. 486.
[2] Faidhul-Qadier, hadis no. 5711.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2019 02:12 PM | Show all posts

ilmu laduni biasanya para nabi dan wali2 sahaja yg dpt..
kena tgk blk sirah2 nabi mana yg terpilih dpt

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 30-6-2019 09:51 AM
Nasi tambah

ILMU LADUNI

Tq supermod
Saya sudah baca.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 2-7-2019 11:21 PM
Tq supermod
Saya sudah baca.

Tq mod johan-adx tetap bagi saya points eventhough i do not give any responses about this topic. I read for my own understanding and to grab knowledge that is provided in this space.
Baca yg elok dapat pahala. Yg memberi ilmu lagi besar ganjarannya.
Saya tak comments sebab tak pandai risau salah but really interested to read the above articles, ideas and comments.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2020 04:37 PM | Show all posts
Lengkong replied at 3-7-2019 11:42 AM
Tq mod johan-adx tetap bagi saya points eventhough i do not give any responses about this topic. I ...

ya..kalau ada yg bole tmbh silakan post..utk manfaat semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.059562 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list