CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3461|Reply: 2

[Komunikasi] Baik percaya cakap songsang

[Copy link]
Post time 28-6-2019 08:21 PM | Show all posts |Read mode
BUKU bertajuk Reverse Speech: Hidden Messages in Human Communication adalah salah sebuah naskhah penting yang terdapat dalam simpanan perpustakaan Agensi Perisikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat (AS).

Buku ditulis oleh David John Oates boleh diakses melalui laman web www.cia.gov/library/readingroom yang memuatkan sebahagian buku milik CIA yang boleh dibaca orang ramai sejajar dengan kehendak Akta Kebebasan Maklumat (FOIA) 1966.

Kenapakah buku yang diterbitkan pada 1991 dianggap penting sehingga dijadikan antara rujukan utama dalam perpustakaan elektronik agensi itu.

Sedangkan Oates yang berasal dari Adelaide, Australia sering dikritik pelbagai pihak kerana dikatakan membuat dakwaan bersifat pseudosains (sains palsu).

Penemuan Oates yang dikenali sebagai reverse speech (pertuturan songsang) cukup menarik untuk diteliti dalam konteks politik Malaysia sekarang.

Apatah lagi dalam keadaan sekarang apabila rakyat semakin keliru mengenai siapakah ahli politik yang bercakap benar.

Ini kerana terdapat dakwaan apa yang diperkatakan ahli politik itu tidak sama dengan pendirian sebenar mereka.

Menurut Oates, pertuturan songsang atau suara hati adalah satu bentuk komunikasi manusia yang dihasilkan secara automatik oleh otak apabila seseorang itu bercakap.

MERUNGKAI MISTERI

Suara hati boleh diketahui jika rakaman percakapan seseorang itu didengar semula secara terbalik.

Jika seseorang itu berbohong ketika bercakap, rakaman yang didengar secara terbalik akan mendedahkan kebenaran.

Bagi membuktikan kewujudan fenomena itu, laman web https://reversespeech.com telah menyenaraikan lebih 1,000 rakaman suara tokoh-tokoh penting dunia yang suara hati mereka cukup berlainan daripada apa yang diperkatakan.

Kejayaan terpenting Oates adalah merungkai misteri pembunuhan bekas Presiden AS, John F. Kennedy pada 1963.

Rakaman temu bual dengan suspek tunggal, Lee Harvey Oswald yang didengar semula secara terbalik mendedahkan beliau hanya menjadi kambing hitam.

Sedangkan penembak sebenar yang mengorbankan Kennedy adalah tiga individu yang sehingga kini masih bebas tanpa hukuman.

Penemuan itu menyamai analisis rakaman video kejadian pembunuhan itu yang menunjukkan peluru ditembak daripada pelbagai arah sekali gus menyangkal teori hanya seorang pembunuh terlibat.

Dalam pada itu, kaedah pertuturan songsang turut digunakan bagi mengkaji rakaman ucapan ketika pertemuan Presiden AS, Donald Trump dengan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un pada 12 Jun 2018.

Ketika berucap dalam pertemuan itu, Trump menyebut beliau menghargai Jong-un kerana telah bersedia untuk berbincang di meja rundingan.

Ucapan itu apabila didengar secara terbalik mendedahkan suara hati Trump yang menyebut “Saya sangat berhati-hati (dengan Jong-un).”

Turut dimuatkan dalam laman web itu adalah rakaman suara Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg ketika dipanggil memberi keterangan kepada Kongres AS pada 10 April 2018 susulan skandal kebocoran data peribadi 87 juta pengguna laman sosial itu.

Ketika sesi berkenaan, Zuckerberg menyatakan secara tegas bahawa maklumat peribadi setiap orang tidak boleh didedahkan kepada pihak lain.

Hakikatnya suara hati beliau ketika itu mengungkapkan “Mereka tidak selamat.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2019 09:46 PM | Show all posts
Terus zasss lirik ni ...

Kacap Terlabik
Song by Spider

Kucing siam, kucing parsi
Kucing mana-mana pun bulat mata
Nampak ikan, lupa segala
Kutu buntil, kutu butik
Kutu mana-mana pun jadi goyah
Nampak gincu, mula tergoda
Jangan engkau kata
Engkau tak serupa
Amalak
Kacap terlabik
Kau gempak
Kacap terlabik
Apa kau fikir kau cerdik kau boleh naik
Kacap terlabik
Kacap terlabik
Suling timah, suling emas
Suling mana-mana pun sama saja
Tembak asap, kapal berlayar
Butang salut, butang plastik
Butang mana-mana pun sauk saja
Janji lekat, baju seluar
Jangan engkau kata
Engkau tak bahagia
Amalak
Kacap terlabik
Kau gempak
Kacap terlabik
Apa kau fikir kau cerdik kau boleh naik
Kacap terlabik
Kacap terlabik
Lepas engkau makan
Engkau cungkil gigi
Tengok cermin dan suluh diri
Amalak
Kacap terlabik
Kau gempak
Kacap terlabik
Apa kau fikir kau cerdik kau boleh naik
Kacap terlabik
Kacap terlabik
Amalak
Kacap terlabik
Kau gempak
Kacap terlabik
Apa kau fikir kau cerdik kau boleh naik
Kacap terlabik
Kacap terlabik
Amalak
Kacap terlabik
Kau gempak
Kacap terlabik
Apa kau fikir kau cerdik kau boleh naik
Kacap terlabik
Kacap terlabik
Amalak
Kacap terlabik
Kau gempak
Kacap terlabik
Apa kau fikir kau cerdik kau boleh naik
Kacap terlabik
Kacap terlabik
Amalak
Kacap terlabik
Kau gempak
Kacap terlabik
Apa kau fikir kau cerdik kau boleh naik
Kacap terlabik
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info

Now iols nk plasback in reverse ape y kata hati exgf iols ckp ms breakoff dlu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 1.577785 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list