Stadium Sultan Ibrahim adalah cetusan Tengku Mahkota Johor yang mahu memastikan kelab bolasepak Johor Darul Takzim atau JDT ada stadium sendiri.
Stadium Sultan Ibrahim yang sudah dimulakan pembinaannya sejak Januari 2018.
Pengurusan JDT sentiasa berkongsi perlembangan dan progres pembinaan tersebut dari semasa ke semasa. Menerusi laman Instagram Official Johor beberapa keping gambar dimuat naik menunjuk keadaan stadium tersebut yang masih dalam proses pembinaannya.
Rekabentuk stadium tersebut diilhamkan seperti bentuk daun pisang di mana konsep dan reka bentuk akhir telah diumumkan oleh HRH Tunku Ismail dalam upacara yang diadakan di Iskandar Puteri, Johor.
Keluasan stadium baru ini menjangkau 140,000 meter persegi dengan jumlah kawasan yang dibina sebanyak 70,000 meter persegi dan boleh menampung sehingga 40,000 orang penonton pada satu-satu masa. LED merah, biru dan putih akan dipasang di luar stadium untuk pencahayaan waktu malam.
Teruja netizen dengan progres pembinaan stadium ini.
Stadium ini akan menjadi stadium rasmi kelab JDT menggantikan stadium yang sedia ada sekarang ini, Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. Apa pendapat anda? - CARI
|