CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3710|Reply: 1

Lima asteroid dianggap berbahaya, berisiko ancam Bumi

[Copy link]
Post time 5-7-2019 03:24 PM | Show all posts |Read mode


LONDON - Pada 30 Jun, 1908, sebuah asteroid besar menghentam atmosfera Bumi di langit Tunguska, Rusia dan memusnahkan hutan seluas 1,994 kilometer persegi, lapor akhbar Daily Star.

Disebabkan kawasan itu jarang didiami, hanya dua orang dipercayai terkorban akibat letupan kuat berukuran 20 hingga 30 megaton.

Bom nuklear paling kuat di dunia, Tsar Bomba, mempunyai kuasa letupan 25 megaton atau menyamai 25 juta tan bahan letupan TNT itu.

Asteroid sebesar antara 60 hingga 190 meter yang meletup di langit Tunguska itu boleh menyebabkan berjuta-juta kematian jika letupan berlaku di sebuah bandar raya utama di Bumi.

Sekali pun asteroid seperti itu jatuh ke dalam laut, ia akan mencetuskan tsunami mega yang boleh meragut ribuan nyawa di kawasan-kawasan tepi pantai.

Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya dari angkasa lepas itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 30 Jun sebagai Hari Asteroid Antarabangsa.

Sehingga kini, saintis-saintis mengenal pasti lima risiko yang boleh mengancam manusia sejagat pada abad akan datang.

Menurut Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) asteroid yang berisiko menghentam dan mengakibatkan kemusnahan sejagat terdiri daripada 1979 XB, 2019 MN2, Apophis, 2010 RF12 dan 2000 SG344.

Asteroid 2019 MN2 ditemui baru-baru ini, lantaran nama 2019 tersebut. Jasad cakerawala itu, kata ESA, berpeluang melanggar Bumi sekitar waktu makan tengah hari pada 26 Jun 2027.

1979 XB mempunyai diameter 900 meter dan dijangka melintasi Bumi dalam masa 30 tahun lagi dianggap berisiko kerana orbitnya sukar dijangka.

Apophis pula yang memiliki saiz 400 meter satu ketika dahulu dianggap hampir pasti melanggar sama ada Bumi atau Bulan pada 13 April 2029.

Beberapa kajian terbaharu bagaimanapun mendapati kebarangkalian pelanggaran tersebut terlalu kecil, namun ancaman asteroid lain tidak boleh sama sekali diketepikan. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2019 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting article
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.195503 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list