Siapa yang tidak berasa marah apabila tanaman lebih-lebih lagi buah durian yang sedang bermusim pada waktu ini dicuri oleh monyet sewenang-wenangnya.
Ini sekaligus menyebabkan ramai di kalangan pemilik dusun melakukan pelbagai inisiatif bagi menghalang perkara tersebut berlaku.
Namun, baru-baru ini tular pula di laman maya apabila sebuah video menunjukkan seekor monyet ditangkap dengan kaki dan tangannya diikat oleh seorang lelaki yang dipercayai pemilik dusun durian.
Kredit foto: carian internet
Bukan itu sahaja, haiwan itu dimarahi dan juga disembur cat merah pada badannya kerana mencuri buah durian.
Ia sekaligus menyebabkan para warganet berasa tindakan tersebut sebagai menzalimi haiwan itu.
"Faham perasaan pekebun tu cuma kenapa sembur cat monyet tu."
"Zalim, spesies manusia camni fikir hanya mereka je yang hidup."
Begitulah antara komen yang dilontarkan yang menunjukkan mereka tidak bersetuju dengan pekebun itu.
Namun demikian, ada di kalangan warganet yang bersetuju dengan tindakan itu kerana dianggap sebagai cara menghalang ia yang terlalu aktif.
Apa pula pendapat anda? - CARI |