CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7249|Reply: 37

Siapa Kata Nak Pergi Eropah Kena Kos Besar? Ini Dia 5 Bandar Termurah Di Eropah!

[Copy link]
Post time 9-7-2019 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by NmeeraR at 9-7-2019 06:33 PM

Bercuti adalah sesuatu yang diidamkan sesiapa  sahaja. Tambah pula jika diberi kesempatan bercuti ke luar negara atau destinasi idaman, sudah pasti ia menjadi sebuah percutian paling bermakna bukan?
Namun begitu,  ia pasti memakan kos yang tinggi. Terutama jika salah satu destinasi percutian anda berada di benua Eropah. Selain perlu menghabiskan banyak wang membeli tiket pesawat, kos sara hidup di bandar Eropah juga agak mahal.


Walau bagaimanapun, tidak perlu risau. Ternyata masih banyak kota-kota cantik di benua Eropah yang murah. Untuk itu , ini 5 bandar Eropah dengan kos sara hidup termurah.



1. Porto, Portugal


Bandar Porto di Portugal adalah salah satu destinasi wajib bagi mereka yang ingin berbulan madu di Eropah. Di sini,  anda boleh  mencari dengan mudah hotel 2-3 bintang dengan harga yang sangat murah tetapi masih dengan suasana tipikal Porto yang romantik dengan persekitaran yang bersih dan menyenangkan.


2. Berlin, Jerman

Kredit foto: Google



Berlin adalah salah satu daripada bandar-bandar dengan kos terendah di Eropah Barat. Berlin juga antara tempat menjadi pilihan "begpacker". Jika ingin menjimatkan kos, anda boleh tidur di asrama dengan harganya (jika ditukar kepada wang Malaysia) lebih kurang RM 88  per malam.


Bagi kos makanan pula, serendah RM 15 sahaja.

3. Zagreb, Croatia


Di Zagreb, terdapat banyak tempat penginapan yang murah untuk anda "low-budget traveler". Mendapatkan asrama dengan bayaran sewa serendah RM 59 per malam di sana adalah sesuatu yang tidak mustahil. Anda juga boleh menyewa basikal dengan membelanjakan lebih kurang RM26 sehari untuk berjalan-jalan di sekitar kota Zagreb yang indah.


Terdapat juga banyak muzium yang boleh anda lawati di sini.


4. Prague, Republik Czech

Kredit Foto : Erasmusu.com


Di Prague, semua boleh dijangkau dengan hanya berjalan kaki sehingga tidak perlu mengorbankan wang untuk menaiki pengangkutan. Malah, suatu bonus untuk anda sambil berjalan kaki anda akan dibelanja dengan pemandangan yang cukup indah.  


Salah satu tempat bersejarah yang paling ikon di Prague ialah muzium komunis.


5. Krakow, Poland

Kredit Foto: Earth Trekker


Di Poland juga mempunyai bandar dengan kos kehidupan yang agak rendah, iaitu Krakow. Anda boleh menyewa sebuah hotel dengan harga kurang dari RM200 untuk satu malam. Jika anda suka mendaki, anda boleh melawat Gunung Pieniny yang terkenal di Krakow.




Itulah lima bandar raya dengan kos terendah di Eropah yang boleh menjadi destinasi pelancongan pilihan anda.
Mana satu pilihan anda?

Mungkin ada yang pernah berkunjung ke destini ini? Jom kongsi pengalaman anda. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2019 04:28 PM | Show all posts
tu belum tengok keadaan bilik dan lokasi tempat dengan segala kemudahan lain.
hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 05:34 PM | Show all posts
macam tak caye je..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat dia macam mana? Banyak jenayah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bercuti tp ikat perut, tidur asal boleh, baiklah x payah pegi. Itu dh bukan bercuti namanya
Utk pglman, ya mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 08:43 AM | Show all posts
Pnh smp ke 4 tempat terakhir dlm list tu...RM200 to 300  per nite dah bole dok hotel...dlm area city centre jugak dan dkt dgn bus station or tram stop...

biasa kat Europe nie, kalu capital city mmg lagi murah dari big city yg lain...mcm Madrid lagi murah dari Barcelona...antara Berlin dgn Munich, murah lagi Berlin...




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2019 08:51 AM | Show all posts
Edited by midori888 at 10-7-2019 08:57 AM
armin replied at 9-7-2019 07:32 PM
Rakyat dia macam mana? Banyak jenayah tak?


psl jenayah tu, camnie lah....low crimes does not mean no crimes...pick pocket tu biasa, tapi kat Msia punya kes ragut lagi dahsyat smp ada kematian...yg penting kita berwaspada di mana jua anda berada..

masa sy di Prague, sy tertinggal bag yg ada cash & cards dlm taxi selps smp hotel...dah lah main amik jer taxi dari airport. Masa tgh gelabah, tetiba taxi tu dtg balik htr bag sy...alhamdulillah...dah lah dlm pocket cuma ada 20 euro jer, yg lain semua dlm bag tu...jujur driver taxi tu...



Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 08:54 AM | Show all posts
bestnye...ntah bile dpt pegi lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2019 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 10-7-2019 08:51 AM
psl jenayah tu, camnie lah....low crimes does not mean no crimes...pick pocket tu biasa, tapi ka ...

Iya tp kalau blh elakkan la pergi tempat2 yg high crime ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 03:17 PM | Show all posts
europe memang murah. tp kos flight tu yg over..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 03:29 PM | Show all posts
boleh masuk  dalam wishlist.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 05:37 PM | Show all posts
Ramai yang berkira2 nak kesana sebab flight ticket tak berapa nak murah sesekali je dapat harga ok  dan kedua sebab kadar tukaran wang kita masih belum menyelebahi kita lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 02:36 PM | Show all posts
nk bayar kos flight ke sana je masih berkira2 lg ni nak beli.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 03:34 PM | Show all posts
mcm croatia tu ye kot. belah2 balkan. bilalah nk smpai balkan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 04:52 PM | Show all posts
teringinnye nk g travel blah sana
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 10:53 AM | Show all posts
setakat byr per person  tix dgn hotel masih ok lagi..
yg nak berbelanja tak ingat tu yg problem ... rugila kalau dah smpai sana x amik kesempatan bershopping...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2019 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kos flight la yg perlu difikirkan. Nak2 ada anak 2-3 org. Masa belum ada anak dulu, laju je beli tiket terus fly. Sekarang kena fikir banyak kali
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 02:03 PM | Show all posts
cantiknya bila la dapat ber-euro trip
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 05:24 PM | Show all posts
ni negara2 europe pprt
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Berlin senang nak jalan jalan. X byk tall building. Byk gypsies, so bag kena jaga2. Overall, okla. Xdela murah sangat.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.174436 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list