CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4258|Reply: 18

Scammer sasarkan kaki online shopping pula. Berhati-hati.

[Copy link]
Post time 9-7-2019 04:42 PM | Show all posts |Read mode

Sejak beberapa hari ini iklan jualan murah salah satu jenama kasut popular Vincci sering ‘lalu-lalang’ di Facebook. Rasa pelik juga kerana iklan ini dimuat naik bukan dari halaman rasmi jenama ini.

Iklan ini terlalu banyak di Facebook tapi dari halaman yang berbeza. Dek kerana risau ianya virus atau apa sahaja perkara yang tidak baik, memang tidak akan tekan pada pautannya.

Antara iklan dari scammer ini:




Namun ada juga yang percaya dengan iklan sebegini. Semalam salah seorang pengguna Facebook, Mimi Shafie berkongsikan kisahnya yang membeli kasut melalui laman web dari iklan ini.

Iklan kasut murah.
Menurut Mimi, dia terpengaruh selepas melihat iklan harga sepasang kasut menjadi RM22.50. Jadi dia terus pesan untuk 3 pasang kasut dengan jumlahnya RM67.50. Dia bayar menggunakan Mastercard.

Screenshot yang diambil dari laman web berkenaan.

Apa yang membuatkan dia pelik apabila jumlah berjaya dibayar ialah RM180, yang sepatutnya jumlah semua hanya RM67.50 sahaja.

Laman web yang kononnya ada jualan murah.Lebih menghairankan apabila tiba-tiba masuk dua mesej potongan Maybank satu CNY330.07 dan satu lagi CNY380.56 (CNY ini mungkin matawang china).


Dua mesej yang masuk buat dia bertambah pelik.
Transaksi nampak pelik.
“Saya terus call Maybank untuk tanya status transaction dan pihak bank bagitau transaction ini memang nampak pelik tapi nasib baik pending. Jadi duit belum potong lagi. Terus pihak bank block kad saya dan jumlah transaction itu adalah RM514”, tulisnya.
Alahai nasib baiklah wanita ini cepat perasan, kalau tidak banyak juga kerugian yang ditanggungnya itu.

Ramai yang dah terkena.
Tulisnya lagi, sejak semalam memang ada banyak juga kes kena tipu sama sepertinya. Dia juga menasihati untuk semak betul-betul laman web membeli-belah sebelum membeli.
Di ruangan Twitter pula ada yang mengesahkan iklan-iklan yang menggunakan nama Vincci ini adalah scam.


Jadi buat ‘kaki’ membeli barangan dalam talian, silalah semak betul-betul laman web jualan tersebut. Senang-senang je orang sekarang buat duit dengan menipu orang lain ya!

Sumber: Mimi Shafie / Jot


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2019 04:59 PM | Show all posts
Macam2 cara mereka fikirkan asal dapat melakukan penipuan.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
meols hampir nk terkena sebab ads tu mucul dkt ig meols.saje je click link tu..tgk murah plak beg vincci..so try checkout n tetibe page not found gituhhh selamat duit meols... sebab after that meols trs pg official website die..hrg lg mahal n meols cari2 ad jumpa komen yg kate website tu tipu.. n pg bc dkt official fb vincci sebab ramai yg dh terkena.. n guest what lpstu ig meols penuh dgn fake ads vincci yg same tp lain2 proxy gituh...menakutkan btul
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 05:22 PM | Show all posts
ni guna click jack, lepas click iklan tu terus rat masuk smartphone  dan boleh akses cache cookies dan boleh curi mcm2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2019 05:39 PM | Show all posts
baru tadi nampak dia buat iklan charles and keith pula..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya ni..  beringat la semua kaki shopping
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-7-2019 09:36 AM | Show all posts
ya..sangat2 bahaya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 09:43 AM | Show all posts
sampai berganda2 harganya..

tq tt sharing.. very helpful info..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2019 01:34 PM | Show all posts
apa2 yg too good too be true ni... berhati2lah....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 02:33 PM | Show all posts
uihhhh bahaya sungguh
aritu member bg link iklan kasut sale tu
i cakap kt member, ko masuk dulu website tu bole ke
meols tgk website da lain macam koser nk masuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2019 03:14 PM | Show all posts
hari tu terdetik juga nak share iklan tu, kot2 ada yang nak, tapi mcm tak menyakinkan je sebab kat group2 wassap pun takde share..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 03:19 PM | Show all posts
iols dah kena ye..
mangkuk hayun sungguh
x psal2 kad kena block dah
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 03:33 PM | Show all posts
omg mcm2 la kejahatan diorng skg!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2019 03:46 PM | Show all posts
alepmama replied at 10-7-2019 03:19 PM
iols dah kena ye..
mangkuk hayun sungguh
x psal2 kad kena block dah

omai..iklan vincci ni kah?

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
nasibbb iolssss perasan.. iklan kasut vincci. tp kasut dia tunjuk tu, bukan kasut vincci. I ada sepasang kasut mcm dia tunjuk tu. brand lain. bukan vincci.

so tu tak terjebak.

selalumya kalau sales kasut deras sahaja I terpedaya
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 09:56 AM | Show all posts
jahatnya manusia nak menipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2019 10:04 AM | Show all posts
selagi boleh dapat duit dgn cara senang..menipu je la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
alepmama replied at 10-7-2019 03:19 PM
iols dah kena ye..
mangkuk hayun sungguh
x psal2 kad kena block dah

Awak guna cc/dc kan?
Boleh share tak bank mana?
Kalo masuk website tu, dia tak hantar sms nak TAC atau OTP, terus deduct dari kad ke?


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 16-7-2019 09:55 AM
Awak guna cc/dc kan?
Boleh share tak bank mana?
Kalo masuk website tu, dia tak hantar sms nak T ...

Terus deduct
Tiada Msos code mcm selalu yg sms ke phone kita tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.076490 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list