CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5446|Reply: 37

Rumah Pusaka 100 Tahun Berubah Jadi Rumah Hello Kitty... Cantik Tak?

[Copy link]
Post time 12-7-2019 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Rumah pusaka di kampung selalunya susah nak dijaga kerana diperbuat daripada kayu. Jadi, bila dah mereput ramai mengambil keputusan untuk merobohkan dan bina sahaja rumah baharu. Kos lebih murah dan tak perlu nak ganti macam-macam.


Tetapi, menurutlaporan mStar, seorang wanita di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak sangat menyayangi rumah pusaka keluarganya. Jadi, daripada dirobohkan dia buat keputusan untuk mengubah suai rumah tersebut.




RUMAH PUSAKA BERUSIA 100 TAHUN JADI PINK DAN HELLO KITTY
FOTO: MSTAR





Konsepnya, rumah pusaka Hello Kitty! Penuh dengan warna merah jambu (pink).


Hamidah Abdul Rahim,48, berkata dia memang gilakan Hello Kitty dan warna pink, maka dia buat keputusan untuk mengubah suai rumah pusaka yang sudah berusia hampir 100 dengan obsesinya itu.


"Rumah ini sangat usang. Jadi, saya cuba perbaiki sedikit demi sedikit dan inilah hasilnya yang mampu saya buat. Tetapi, masih ada lagi yang ingin saya tambah baik.


"Apabila sudah 'gila' pink, memang semua bahagian saya nak guna warna sama dan Hello Kitty," katanya.




RUANG TAMU PENUH HELLO KITTY
FOTO: MSTAR




Kesungguhannya mengubah suai rumah pusaka itu juga dibuat kerana melihatkan banyak rumah lama di kampungnya terbiar tak terjaga. Sayanglah, kan?

"Apabila tengok banyak rumah lama yang unik reka bentuknya tetapi terbiar kosong, saya jadi sedih. Sebab itu apabila dapat rumah ini saya ambil inisiatif untuk baik pulih dan menyuntik elemen segar dan moden kepadanya.


"Ini cara saya menghargai sesuatu pemberian yang sangat berharga dan dengan sedikit kreativiti Insya-Allah ia akan jadi menarik," jelasnya.




PINKNYAAA...
FOTO: MSTAR



Dia sudah menghabiskan RM10,000 untuk proses ubah suai dan membeli aksesori rumah pusaka Hello Kitty itu.


Hamidah bagaimanapun, tidak menetap di situ dan hanya akan pulang sebulan sekali untuk melawatnya.

Obsesnya Hamidah kepada warna pink itu, sampai kuih raya pun warna pink!



"Bila dah obses, sampai kuih raya dan air pun warna pink. Pakaian jangan cakap! Nasib baik suami, anak-anak dan menantu termasuk cucu pun sporting habis mengikut karenah ibunya ini," katanya.




SATU KELUARGA MELAYAN OBSES PINK
FOTO: MSTAR




Apa kata anda, cantik ke tidak rumah pusaka Hello Kitty ini?




SEMUANYA PINK
FOTO: MSTAR



Alang-alang dah berhabis duit ubah suai tu, kalau dibuka untuk lawatan orang ramai pun, okay juga kan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2019 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Looks tacky haha sorry baik reno bg ala ala modern minimalist
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Nangis nenek moyang ko dlm kubo dikkk...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Nangis atok kau dlm kubo...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 11:11 AM | Show all posts
Buruk....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
iolss suka juga wrna pink.. tp, idok ler trlalu obses..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus..ada usaha nak menjaga rumah pusaka. Ada rumah pusaka yang terbiar je




Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Huduh sis.. Baik dibiar roboh jah dr dihias sebegitu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2019 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah pusaka di buat mcm ni sedihnya

Org llagi restore rumah lama ini dijadikan rumsh hello kitty dah mereng ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 12:09 PM | Show all posts
Tak cantik. Kot iye minat hello kitty, tak perlu mangsakan rumah antik cam tu. Kalau konsep moden minimalist baru cantik, nampak elegant.

Btw, umur 48 minat hello kitty? Hello?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 12:21 PM | Show all posts
Bila dah terlalu berlebihan hiasannya terus jadi kurang menarik dan nampak murah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 12:22 PM | Show all posts
bersepahnya la hai hiasan
serabut

nampak makin bersepah ya
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sufi^_^ replied at 12-7-2019 12:09 PM
Tak cantik. Kot iye minat hello kitty, tak perlu mangsakan rumah antik cam tu. Kalau konsep moden mi ...


Hello! Kitty here.

Anyway, teringat pepto bismol.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa manusia skarang ni tak boleh hormat apa orang lain suka? Dah dia suka. Biarlah. Sapa pulak korang yg lain2 ni nak judge apa dia buat tu buruk. Orang sekarang ni teruk betul hati masing2
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 02:01 PM | Show all posts
walau pun aku suka color pink
tp tu x lawa pun, xde sape nk pegi melawat
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 03:17 PM | Show all posts
Btul ke smua family member skong? Xprcya iols.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2019 03:43 PM | Show all posts
pada iols ok je.... walau mcm terlebih sikit~
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 03:53 PM | Show all posts
sampai ke kuih raya pun pink jugak gigih ye kau



rambut napa warna grey pulak buatlah pink jugak dah alang2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 05:25 PM | Show all posts
ok la dr terbiar usang tiada siapa peduli
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Burokk sgt
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.465645 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list