Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1115
View
60
Reply

[Bahasa] Lets TALK kacang...

[Copy link]

Author: seribulan       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 14-7-2019 06:30 PM | Show all posts
Baru lepas makan pistachio Speedmart dap sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy punya faveret pistachio,chestnut,kacang tanah,kuaci..chestnut tu dgn kacang tanah klu rebus sedap sgt

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 08:18 AM | Show all posts
kacang ni kalau di tanah suci jual terbuka cmtu jer..mkn siap rangup lg..
kalau bawa balik malaysia sehari tak tutup pun dh masuk angin..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-7-2019 12:24 PM | Show all posts
Kacang putih @ kacang bogel pun sedap


Kacang dhal sedap buat dalca, vadei @ masalodeh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 12:32 PM | Show all posts
i sukaa walnut. selalu beli dekat bakery, then panggang dulu dalam oven. pastu simpan dalam balang kaca.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 04:13 PM | Show all posts
Khasiat Kacang Kuda Yang Ramai Tak Tahu

1) Stabilkan Bacaan Gula Dalam Darah

Kacang kuda sangat tinggi serat. Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit diabetes jenis 1 yang mengamalkan diet serat tinggi mempunyai tahap glukosa darah yang lebih rendah. Bagi pesakit diabetes jenis 2, pengambilan serat yang lebih tinggi dapat meningkatkan kadar gula darah, lipid, dan insulin.

Garis Panduan Pemakanan untuk Amerika mengesyorkan sekurang-kurangnya 21 hingga 25 gram serat setiap hari untuk wanita dan 30 hingga 38 g sehari untuk lelaki.

Selain itu, kacang kuda merupakan karbohidrat baik kerana kanji yang terdapat dalam kacang kuda dicerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah yang lebih stabil. Maka, ia sesuai diamalkan oleh pesakit diabetes.

2) Kesihatan Jantung

Kacang kuda kaya dengan serat, potassium, vitamin C, dan vitamin B6. Nutrien ini semuanya menyokong kesihatan jantung. Kacang kuda mengandungi sejumlah besar serat, yang membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah, secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Dalam satu kajian, mereka yang menggunakan 4,069mg kalium setiap hari mempunyai 49% risiko kematian yang lebih rendah daripada penyakit jantung iskemik berbanding dengan mereka yang menggunakan kurang kalium (kira-kira 1,000 mg sehari).

3) Tulang Yang Kuat

Zat besi, fosfat, kalsium, magnesium, mangan, zink, dan vitamin K dalam kacang kuda menyumbang kepada pembinaan dan penyelenggaraan struktur dan kekuatan tulang.

Walaupun fosfat dan kalsium keduanya penting dalam struktur tulang, keseimbangan antara kedua-dua mineral ini diperlukan untuk mineralisasi tulang yang betul. Penggunaan terlalu banyak fosforus dengan pengambilan kalsium yang terlalu kecil boleh mengakibatkan kerapuhan tulang.

Pembentukan tulang memerlukan mineral seperti mangan, besi dan zink memainkan peranan penting dalam pengeluaran dan pematangan kolagen.

Penggunaan vitamin K yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan tulang yang baik kerana ia meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan mendapan kalsium dalam kencing, memastikan kalsium yang cukup untuk membina dan memperbaiki tulang. Kekurangan vitamin K dikaitkan dengan risiko keretakan tulang yang lebih tinggi.

4) Mengelak Risiko Kanser

Kacang kuda mengandungi mineral selenium. Ia membantu enzim hati untuk berfungsi dengan baik dan menyahtoksik beberapa sebatian penyebab kanser di dalam badan. Selain itu, selenium menghalang keradangan dan menurunkan kadar pertumbuhan tumor.

Kacang kuda juga mengandungi folat, yang memainkan peranan dalam sintesis dan pembaikan DNA, dan seterusnya membantu mencegah pembentukan sel-sel kanser daripada mutasi dalam DNA. Saponin, phytokimia yang terdapat dalam kacang kuda dapat mencegah sel-sel kanser daripada membiak dan menyebar ke seluruh badan.

Pengambilan serat tinggi daripada kacang kuda, bijirin, buah-buahan, dan sayur-sayuran dikaitkan dengan risiko menurunkan kanser kolorektal. Selain itu, vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas.

5) Menurunkan Berat Badan

Diet serat berfungsi sebagai ejen bulking dalam sistem pencernaan. Kompaun ini meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan, Hal ini menjadikan orang berasa kenyang lebih lama dan dengan itu menurunkan pengambilan kalori secara keseluruhan.

Banyak kajian menunjukkan bahawa mengamalkan makanan tumbuhan seperti kacang kuda dapat mengurangkan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung, menggalakkan kulit yang sihat, rambut yang sihat, meningkatkan tenaga, dan berat badan secara keseluruhan lebih rendah.
Risiko Kacang Kuda

Kekacang mengandungi oligosakarida yang dikenal sebagai galactans, atau gula kompleks. Tubuh tidak dapat mencerna gula komples ini kerana tidak mempunyai enzim alpha-galactosidase. Enzim ini diperlukan untuk memecahkan gula-gula ini.

Akibatnya, pemakanan kekacang seperti kacang kuda akan menyebabkan beberapa masalah gas di bahagian usus dan ketidakselesaan.

Bagi mereka yang mengalami gejala ini ketika memakan kekacang harus mengamalkan kekacang secara perlahan-lahan. Tidak boleh makan kekacang dalam kuantiti yang banayk sekali gus.

Cara lain untuk atasi masalah ini ialah dengan mengalirkan air ketika merendam kekacang kering. Ini bertujuan membuang oligosakarida, raffinose dan stachyose. Hal ini dapat mengelakkan beberapa masalah pencernaan.

Capture-41-678x381.jpg


P/S : tapi dlm byk2 kacang of course la kacang dari momod menggembirkan I hihihihi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 04:18 PM | Show all posts
Edited by MFR_IN at 16-7-2019 04:19 PM

iols suka kacang botak  sebb masa kecik2 ayah iols selalu beli dkt kedai apek kat lumut. kacang tu bungkus dgn surat khabar ja.berebut mkn dgn abg iols.

dan juga kacang tumbuk. sedapnya la..semua ni kenangan di lumut.tiber rindu lumut pula..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-7-2019 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kacang rebus kalau kena masaknya sedap betul. Kacang gorengnya pun sedap...kalau kupas dipanggil kacang tanah...goreng pun sodap

I love groundnut...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap nya pistachio...teringat dulu lps abis pantang beranak terus mkn kacang ni. Sedap sgt...

Sekarang...kalau masa raya kcg ni buat makan sendiri anak beranak je...sbb mahal kn...beli bebanyak nk hidang kat tetamu iols tak mampu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Pistachio memang sedap tapi mahal jadi akak makan kalau ada orang belanja atau ada orang hidang bila berziarah
Biasa akak makan kacang kuda, kacang parang dan kacang2 yang harganya berpatutan.
Baru2 ini ada orang kata lelaki tak elok makan kacang banyak2 sebab boleh menimbulkan masalah pada prostat. Lepas tahu hal ini stok kacang rumah akak kurang sebab yang tukang beli dah mengurangkan hobi makan kacang2. Harap2 cerita orang tu betul, kalau tidak memang akak marah dalam hati tau sebab menakutkan tukang beli kacang2 akak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 03:54 PM | Show all posts
Edited by Tarragon at 17-7-2019 03:55 PM

Teringat kartun kacang dekat TV 1..boleh bukak kat youtube cari lagu kacang..

Ada Satu Benda,
Lain Bentuk Lain Rupa,
Khasiatnya Pun Berbeza,
Cuma ia Satu Nama,
Cuba Teka?

Engkau digemari,
Kecil Besar Tua Muda,
Mudah Pula Dicari,
Walau Serata Dunia,
Cuba Teka?

Digoreng atau Rebus?
Dipanggang atau Kukus?
Diperam atau Bungkus?
Khasiatnya memang bagus

Cubaaaa Tekaaaaa
Siapaaa Diaaaa?

Ha? Tahu Tak Jawapannya?
Kacang!!!

Aku Kacang Hijau,
Dia Kacang Soya (Hihihi)

Aku Kacang Tanah,
Dia Kacang Dhal

Aku Kacang Parang,
Dia Buah Pinggang

Aku Kacang Merah,
Dia Mata Hitam

Dia Kacang Kuda
Aku kacang gajus...

Semua kacang sedap & berkhasiat untuk manusia..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 04:20 PM | Show all posts
Tiba2 teringat sorang hamba Allah ni yang datang kerja kat sini. Dia yang mula2 bagi cuba makan kacang cerdik ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2019 08:05 AM | Show all posts
kacang kuda berempah sedap..cuba buat bg anak2 mkn..
msti nak lg..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 12:37 PM | Show all posts
tolongggg.. i hantu kacang.. x kesah kacang ape, i belasah smua.. hahaha.. mkn nsik lemak mst akan mntk kacang lebih..

my feveret is kacang bawang putih.. kacang tanah die rebus n goreng dgn bawang putih.. my mom panggil tu kacang busuk sbb kalau bukak bekas kacang tu akan bau semerbak bawang putih die.. tp soooooo goooood.. sedap hingga menjilat jari..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 12:40 PM | Show all posts
recently i pg HCM, kt sane pn byk jual kacang but my feveret is lotus seed.. dkt sne die kering kan n buat jd mcm kacang.. so crunchy n sweet.. siapa ade pg HCM nk kirim.. :

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-7-2019 04:37 PM | Show all posts
Kacang tumbuk pun sedap...
Kacang kandy yang potong potong tu sama
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kacang pistachios memang sedap tp bila mkn muka suka naik jerawat.x brani mkn bnyk.Satu lg buah berangan dia dlm group kacang gak.time goreng bau wangi.pun mahal gak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 02:33 PM | Show all posts
KACANG SOYA / SOYA BEAN

Dulu suka sangat minum soya beans..makan tempe...tau fu fa...tauhu/tokua dan segala yang berkaitan dengan soya beans nie sebab rasanya sedap

Dari segi khasiat memang banyak...paling pulun minum soya beans ni masa time matrix sb time tue baru tahu yang air soya beans ni bagus utk tingkatkan daya ingatan, sebelum ni minum sebab rasa sedap jer...pastu kandungan dalam soya beans ni mampu cantikkan kulit..lagi gigih makan


Tapi selepas kena fibroid, dah kena warning soya beans antara makanan / minuman yang perlu dielakan sb ia akan mempercepatkan pembesaran fibroid..pendek kata x elok utk org ppuan yang ada penyakit mcm fibroid/ cyst / endo...sis ( x ingt nama nk eja ).. jadi till now dah kurang minum soya beans..tapi kalau tempe still ngap2 lagi cuma sekali skala..walaupun dah operate buang...penyakit gini boleh jadi lg selagi kita tak monoposss..ruginya jadi pesakit utk penyakit gini..dah x blh sesuka hati berkawn dgn soya beans..huhuhuhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 03:29 PM | Show all posts
Edamame. Sdp. Beli yg frozen dkt 7E

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 10:07 PM | Show all posts
Ada nampak this one video org korea makan almond non-stop as a snack. Turns out almond is good for your skin.



https://youtu.be/5dgpE-xfzdU

This video opened my eyes pasal kebaikan almonds in the first place. Tapi fav saya always cashews!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.080540s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list