CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: seribulan

[Idea] Lets TALK buaya

[Copy link]
Post time 11-9-2019 06:26 PM | Show all posts
Buaya merupakan rumpun reptilia pemangsa besar separa akuatik yang tergolong dalam order Crocodilia (atau Crocodylia). Buaya mula-mula muncul 83.5 juta tahun dahulu pada Akhir Usia Kapur (tahap Campanian) dan merupakan saudara hidup terdekat bagi burung kerana kedua-dua rumpun ini adalah ahli Archosauria yang tinggal. Ahli-ahli total group order ini, iaitu klad Pseudosuchia, muncul kira-kira 250 tahun dahulu pada usia Awal Trias lalu berdiversifikasi sepanjang era Mesozoik. Order Crocodilia termasuklah suku "buaya sejati" (keluarga Crocodylidae), suku aligator (keluarga Alligatoridae), dan suku gharial dan jejulung (keluarga Gavialidae).

Sebagai biawak yang berbadan seakan biawak yang besar dan sasa, buaya mempunyai jongor yang panjang dan leper,  ekor yang termampat sisi, dan mata, telinga dan liang hidung di atas kepala. Buaya berenang dengan baik dan dapat berjalan di atas darat dengan mengangkat atau menurunkan badan, malah spesies kecil-kecil pun dapat berjalan menderap. Kulitnya tebal dilitupi sisik yang tidak bertindan. Buaya mempunyai gigi berbentuk kon seakan pepaku dengan gigitan yang kencang. Jantungnya berkebuk empat seakan-akan seperti burung. Dalam paru-parunya adalah sistem peredaran berpusing-pusing satu arah. Seperti semua reptilia bukan avian yang lain, buaya bersifat ektoterma (berdarah sejuk).

Buaya umumnya terdapat di kawasan tanah panah tropika, tetapi suku aligator juga tinggal di Amerika Syarikat tenggara dan Sungai Yangtze di China. Rata-ratanya haiwan maging, memakan haiwan-haiwan lain seperti ikan, ketam, udang, sotong, siput, burung mahupun mamalia. Sesetengah spesies seperti gharial India makan benda tertentu, sementara yang lain seperti buaya katak makan bermacam-macam sahaja. Buaya lazimnya hidup bersendirian dan menjaga wilayah, tetapi adakalanya makan beramai-ramai. Sewaktu membiak, jantan dominan cuba membolot betina-betina yang sedia ada. Betina bertelur dalam lubang atau guar. Tidak seperti kebanyakan reptilia lain, buaya menjaga anak yang baru menetas.

Diketahuinya lapan spesies buaya yang pernah menyerang manusia. Jumlah serangan terbesar datang daripada buaya Nil. Manusia merupakan ancaman terbesar bagi populasi buaya menerusi aktiviti seperti pemburuan dan pembasmian habitat, tetapi penternakan buaya telah banyak mengurangkan perdagangan kulit buaya liar haram. Buaya banyak terdapat dalam seni dan sastera seluruh dunia sejak seawal zaman Mesir Kuno. Cerita paling awal tentang buaya yang meratapi mangsa keluar pada abad ke-9, kemudian disebarkan oleh Sir John Mandeville pada 1400 dan sekali lagi oleh William Shakespeare pada peralihan abad ke-17.
Buaya juga boleh di panggil ashmeer

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2019 06:30 PM | Show all posts
Sang Kancil Dengan Buaya


Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.
Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.
Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang
Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 04:10 AM From the mobile phone | Show all posts

Himpunan Peribahasa dan Takrif serta Contoh Ayat

1.
Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya.

Takrif
Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih.

Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. Itulah ungkapan yang dapat ditujukan kepada Aman. Walaupun dia bercakap secara berselindung, namun apa-apa yang tersirat dalam hatinya, dapat difahami oleh Azwan.

2.
Terlepas daripada rahang harimau, termasuk ke dalam rahang buaya.
Takrif
Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin.

Kehidupan Elizabeth sangat malang kerana mendapat suami yang lebih teruk daripada bekas suaminya yang terdahulu ibarat terlepas daripada rahang harimau,termasuk ke dalam rahang buaya.

3.
Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya.

Takrif
Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.

Alysa sangat berharap kepada sesiapa sahaja yang boleh membantu dalam menangani masalahnya kerana baginya asal selamat ke seberang,biar bergantung di ekor buaya.

4.
Buaya setanjung makan tak habis (Sarawak).

Takrif
Terlalu gemuk (tentang orang).

Ilman sangat suka makan. Dia ibarat buaya setanjung makan tak habis.

5.
Ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tak bertanda.

Takrif
Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

Nurul selalu dimarahi ibunya kerana sikap pemalasnya ibarat ditangkap buaya,nampak riaknya,ditangkap malas tak bertanda.

http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=1168

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dont play play later get caught
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.252285 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list