CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5128|Reply: 38

[Tempatan] Terjerat berhutang bank kerana suami

[Copy link]
Post time 16-7-2019 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 17-7-2019 02:33 PM

haiyaaa, apa punya suami la. kasi susah bini je

utang bayar la suami2 oiii, lagi2 kalau kau utang sandarkan harta bini kau

jgn jadi lelaki pemakan hasil bini






dah blacklist jgn ingat nak biarkan je, utang tetap utang. bayar.

“Apa yang saya perkatakan ini bukan menghina, tetapi untuk ingatkan kaum sejenis supaya tidak teraniaya seperti saya. Sebenarnya bukan tak pernah terbaca atau tidak pernah diingatkan, malah emak ayah pun pernah nasihatkan jangan berhutang bank, tentang bahaya jadi penjamin, apa lagi jika pinjam along. Mereka dah ingatkan dan kita sendiri pun tahu, tetapi sebagai isteri saya mengaku saya lemah.

“Kata ayah kalau nak berhutang pun, boleh, umpamanya beli rumah atau beli kereta, yang lain tak perlu kerana akan menyusahkan diri sendiri akhirnya.’’ Itu cerita Nurfarah, ketika kami bertemu dan bercerita selepas pertemuan Kumpulan Sokongan Ibu Tunggal (KSIT) baru-baru ini.

“Tetapi setelah berkahwin dan dipujuk suami, saya jadi lemah, pelbagai perkiraan dan pujuk rayu dibuat, akhirnya saya patuh dalam keterpaksaan. Bak perumpamaan `tak makan mati emak dimakan mati ayah,” itulah masalah yang saya hadapi sepanjang 10 tahun berkahwin.
“Saya berkahwin dengan Ehsan kerana kami dah kenal ketika sama-sama belajar dahulu, dia dari Pantai Timur saya pula dari Pantai Barat. IPTA temukan kami, dan kerana cinta kami berkahwin dan sepakat bekerja di Pahang. Tidak mahu dekat dengan keluarga, konon nak menikmati kehidupan lebih bahagia.


“Ketika sama-sama bekerja memang saya rasa bahagia, walaupun Ehsan liat bayar hutang bank masa kami kahwin dulu dan hutang PTPTN. Nak kata susah tak juga, anak belum ada ketika itu. Tapi sikap malas bayar hutang terbawa-bawa hinggalah lahir dua orang anak.


“Bab tak cukup duit tak pernah lekang daripada mulutnya. Pada hal urusan rumah tangga saya bantu, seperti susu anak, upah pengasuh anak, makan minum hinggakan sewa rumah pun saya bayar. Dia bayar ansuran kereta dan bil utiliti sahaja, itu pun sangkut.
“Masuk anak kedua, Ehsan kata kalau terus makan gaji tak boleh senang, dia kena buat bisnes, minat kerja baiki kereta, sebab sebelum ini pun sering buat kerja sambilan bantu kawannya.
“Walaupun saya tidak setuju dia buat bisnes, tapi dia tak makan nasihat suka buat keputusan mendadak. Akhirnya dia berhenti kerja. Kerana bisnes baru mula, sayalah tanggung dia, bagi duit poket, beli barang untuk bisnes dan macam-macam.


“Mula-mula nampak dia rajin, balik jauh malam konon nak siapkan kerja. Tak sampai setahun dia berhajat nak besarkan bisnes, nak beli banyak barang sebab pelanggan datang tak tentu masa jadi kena ada stok. Dan dia desak saya buat pinjaman bank untuk beli barang. Memang saya tolak. Tetapi katanya dia letih turun naik KL beli barang, kalau ada stok dia taklah buang masa dan duit. Selagi saya tak pinjam bank, selagi itu dia merengek desak saya suruh pinjam.
“Katanya, kalau isteri tak bantu siapa lagi? Kalau saya tak mahu pinjam bank, dia suruh saya pinjam duit emak atau ayah saya, kalau tidak pinjamkan geran rumah ayah dia akan cagarkan kepada bank.


“Bab nak gadaikan rumah ayah untuk bantu Ehsan saya rasa sudah keterlaluan, tak payah tanya emak ayah saya tahu mereka tak setuju. Akhirnya kerana tak tahan dengan desakan dan ungkitan maka saya terpaksa ikut, dia suruh pinjam RM90,000 untuk besarkan bisnes.
“Ehsan memang tak boleh buat pinjaman sebab dah kena senarai hitam. Saya sedar perbuatan saya menganiayakan diri sendiri. Sebab Ehsan memang tak suka bayar hutang. Hutang bank dan PTPTN pun tak habis bayar. Pada awalnya memang Ehsan bagi saya duit bayar bank, lepas itu dia bagi alasan tak cukup duit. Kalau dulu kata tak mahu turun KL nak beli stok, tetapi lepas dapat duit dia masih turun KL atas alasan sama.


“Bila saya desak bayar hutang bank, dia suruh guna duit sendiri. Mana nak cukup sebab selain bayar hutang bank saya kena urus perbelanjaan makan pakai kami anak beranak, susu anak, duit pengasuh, ansuran kereta mana cukup dengan gaji saya. Kalau dia bagi duit pun tak sampai RM400 sebulan. Mana nak cukup!
“Kerana tak bayar hutang bank memang kami sering berbalah. Seperti biasa tempat dia melarikan diri duduk bengkel tak balik konon banyak kerja. Bukan saya tak pernah intai, saya tahu dia tak ada di bengkel. Sebab bengkel gelap. Bila ditanya dia kata keluar makan atau jumpa kawan. Rupa-rupanya bercinta dengan ibu tunggal anak dua, nama Mimi.
“Saya tak akan tahu jika kawan Ehsan tak bocorkan rahsia sebab kasihankan saya. Untuk kepastian saya telefon Mimi. Mimi mengaku sebab Ehsan beritahu dia sudah ceraikan saya lebih dua tahun lalu. Nak jadikan cerita ketika itu saya baru bersalin anak ketiga.

Mimi terkejut kerana Ehsan kata dia duda. Dia beritahu mereka sudah bertunang.
“Selepas tahu cerita sebenar Mimi berjanji putuskan hubungan. Saya tanya Ehsan mati balik hidup tak mengaku, katanya dia kenal Mimi kerana baiki keretanya.
“Rupanya selain Mimi ada lagi wanita lain . Salah seorang duduk KL. Patutlah dia rajin turun KL cari stok barang, rupanya ada kekasih. Orang KL ni saya tak tahu awalnya, kawan dia tak cerita. Tetapi akhirnya terbongkar juga. `Bangkai gajah takkan boleh ditutup dengan daun keladi.’ Tentu ada orang nampak dan pecah rahsia.
“Bila rahsia terbongkar makin kerap Ehsan tidur di bengkel. Berita paling mengejutkan saya setahun kemudian bila saya diberitahu dia tidak tidur di bengkel tapi menyewa rumah dengan seorang wanita nama Sheren. Kawannya juga yang bongkarkan rahsia. Lepas nikah di Siam, Sheren dibawa duduk di Pahang.
“Kawan Ehsan bongkar rahsia sebab sakit hati dengan Ehsan yang tidak bayar hutang. Bukan seorang dua Ehsan berhutang, tetapi ramai, termasuklah Ehsan jualkan kereta orang tapi tak dapat duit. Tentu mereka sakit hati.


“Pendek kata Ehsan bukan sahaja larikan diri daripada saya, malah hilangkan diri daripada kawan dan kenalannya kerana lain-lain kes. Disebabkan sering sangat melarikan diri, tentu kerja di bengkel tergendala, selain pekerja bengkel buat hal makan duit sebab tak dapat gaji.
“Oleh kerana saya juga sering diganggu oleh orang yang tak dikenali kerana cari Ehsan, saya jadi takut keselamatan kami anak beranak, maka saya buat keputusan berhenti kerja, sebab nak pindah kerja syarikat tak ada cawangan di KL. Saya balik duduk rumah emak di KL.
“Kalau setakat kawan yang saya kenal memang saya tak takut, tetapi bila terima panggilan daripada orang yang tak dikenali memang menakutkan. Waktu itu saya tak boleh berbincang dengan Ehsan, kerana dia jarang balik rumah. Dan kalau tanya pun dia tak jawab.
“Perpindahan saya mengejutkan ramai kawan dan Ehsan sendiri. Dia tuduh saya nusyuz, maka saya buat aduan ke mahkamah. Saya juga buat aduan kerana kepada ramai orang Ehsan beritahu telah ceraikan saya. Jadi saya perlu tahu status saya. Bila hadir ke mahkamah dia tak menafikan pernah beritahu kawan telah ceraikan saya. Mahkamah terima perceraian dan suruh dia rujuk jika ingin berbaik semula.


“Saya tak mahu rujuk. Maka Ehsan setuju beri nafkah, malangnya cuma sebutan atas kertas dan depan hakim sahaja. Saudara-mara Ehsan kesal saya bercerai. Tetapi tahukah mereka Ehsan beritahu ramai orang dia sudah ceraikan saya. Jadi, takkan hendak tunggu lagi, dan Ehsan pun rela ceraikan saya.
“Tiba-tiba satu hari selepas enam bulan bercerai, saya dapat panggilan telefon daripada Ehsan dia akan hantar nafkah anak-anak selepas dapat kerja di luar negara. Terkejut beruk saya. Macam mana Ehsan yang sudah disenarai hitam boleh dapat pasport, pergi luar negara dan boleh bekerja di sana? Ini macam kes pendatang asing tanpa izin atau PATI di negara orang. Adakah Ehsan PATI? Kata kawannya dia larikan diri keluar negara sebab tak tahan ramai orang `cari’ dia.


“Saya memang tak mahu masuk campur hal Ehsan, sebab saya pun ditipu dipaksa hutang bank untuk buat bisnes, tetapi semuanya hancur. Memang saya kesal, kerana tak dengar nasihat ayah, tapi nasi sudah jadi bubur. Kerana itu saya nasihatkan isteri- isteri di luar sana janganlah jadikan diri penjamin dan peminjam bank untuk bantu suami. Biar dia usaha sendiri kalau nak buat bisnes. Kata orang tua-tua, `benda senang dapat, senang habis.’


Itulah gaya hidup Ehsan. Dia tak peduli susahkan orang, asalkan niatnya tercapai.
“Kalau pun dia berjaya dalam bisnes dan kaya misalnya, belum tentu dia sayang saya sepenuh hati, pasti ada wanita lain yang dia akan cari. Untuk keseronokannya. Jadi nasihat saya kepada wanita lain `buat baik berpada-pada,’ jangan sampai menggantung kepala macam saya sekarang demi bantu suami, belum tentu akan bahagia dengannya.’’
Itu cerita Nurfarah panjang lebar tertipu yang ditinggalkan dengan hutang keliling pinggang. Jadikan iktibar. Jangan kena “panggang” macam dia. Kepada yang ingin mengikuti kelas KSIT sila hubungi 019-2393419. Kelas akan diadakan pada 19 Januari.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2019 04:34 PM | Show all posts
mcm2 dunia ni kn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2019 04:34 PM | Show all posts


ni apa punuya binatang la ni

dah berutang tak bayar, pukul plak org yg bagi kau hutang


Didenda RM2,000 pukul pemungut hutang

KAMPUNG RAJA – Tindakan seorang tukang jahit memukul pemungut hutang sebuah syarikat produk kelengkapan rumah dan motosikal menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Besut, di sini, semalam.

Hukuman tersebut dijatuhkan Majistret Raa Norshuzianna Shakila Raja Mamat selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

Tertuduh berusia 51 tahun dari Jalan Maarif Kampung Raja, di sini, turut berdepan penjara sembilan bulan jika gagal menjelaskan denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencederakan mangsa, Ahmad Pu’ad Jamil, 55, di sebuah rumah di Jalan Sekolah Maarif Kampung Raja, di sini, jam 4.15 petang pada 3 November lalu.

Tertuduh bakal berdepan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Tun Aiman Azemi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pekerja sebuah syarikat elektrik dipukul dengan penyodok tanah dan ditendang di sebuah rumah di Jalan Sekolah Maarif Kampung Raja, di sini.

Tertuduh dikatakan bertindak demikian kerana menyangka mangsa menyamar sebagai pemungut hutang ketika ke rumahnya untuk mengambil bayaran ansuran pembelian barangan syarikat berkenaan.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2019 04:36 PM | Show all posts

benda ni simple je

kalau tak mampu bayar, jgn berutang

n kalau dah hutang satu bank kau tak bayar, jgn ngada2 nak tanya bank lain disturb tak kalau nak buat hutang baru

bahahaha




Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 04:41 PM | Show all posts
sanggup wat cite kak hasanah semata2 nak promote company
tu la sengkek sgt

hari2 mkn najis

smpai claim taik suci murni




Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 04:43 PM | Show all posts
tagas replied at 16-7-2019 04:41 PM
sanggup wat cite kak hasanah semata2 nak promote company
tu la sengkek sgt

ape kes ni tagas? ko ado hutang dgn bini ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-7-2019 04:49 PM | Show all posts
tagas replied at 16-7-2019 04:41 PM
sanggup wat cite kak hasanah semata2 nak promote company
tu la sengkek sgt

anak haram je susahkan bini gadai harta bini enjoy duit bini

kau la tu


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 05:33 PM | Show all posts

Zantan Pantai Timur?

Edited by tumpanglalu74 at 16-7-2019 05:39 PM

Next!

Memang dah paham sangat.  Usah la kemarok nak kawen dengan diorang..  Merantau kat pantai barat ni buat muke kesian..  Ye lah.  Mak bapak takde duit nak tanggung kat IPT.  Masing2 memang target nak capok anak2 orang senang belah pantai barat ni..  Zugak, bak mai akak kasi tau.  Dorang selagi boleh takmo ngaku dorang orang pantai timur sampai la dapat jerut korang..  Sebab depa tau track rekod zantan2 spesis depe ni..  Mana mau ngaku datang dari hell hole tempat biak zantan2 fugimak ni sume..  Kalo ade orang yang cube caution macam aku ni cube la ikot.  Kakak sepupu aku sendiri warning kata usah kawen dengan orang Ganu.  Tengok2 betol cakap belah bapak aku tu.  Kami orang Kole Kangsor..  

Make sure usah kome pinang or terime pinangan orang Kelate or Ganu or Pahang okay..  Zantan Pahang not so bad la.  Paling terok Kelate..  Depe ni memang mindset semulejadi kata orang2 pantai barat ni bodoh..  Depe panggey kita orang darat.  Darat means bodoh in bahase ganu..

So paham2 je la.  Udah la depe gelarkan kita bodoh..  Tinggal nak pow je la selagi boleh.

Sumbang mahram udah jadi amalan depe.  Korang baru sebok nak pinang.. abang, bapak dorang dah rase dulu.  Ugame jadi topeng je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2019 05:36 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 16-7-2019 09:33 AM
Next!

Memang dah paham sangat.  Usah la kemarok nak kawen dengan diorang..  Merantau kat pantai ...

bnde ni multiracial
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 16-7-2019 05:33 PM
Next!

Memang dah paham sangat.  Usah la kemarok nak kawen dengan diorang..  Merantau ka ...

Ok kak tumpang...kami akn lbh berzaga zaga lps ni..zantan klate kami x mau.zatan ganu pn x mau zugak..zatan phg kami consider zugak skit2
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 06:43 PM | Show all posts
ifanonline replied at 16-7-2019 04:43 PM
ape kes ni tagas? ko ado hutang dgn bini ke?

aku pompuan camne bleh berbini
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Emm aku ada kawan kes gini jugak. Tapi kadang aku pelik jugak. Rata rata orang pempuan merangkap bini2 ni ada pesbuk, mesti once or twice pernah baca kes kes dalam page KRT tu. Dan akan came across kes macam ni. Ambil dan jadikan pengajaran. Tapi kalau ikut orang orang yang aku kenal ni, jantan jenis tabur duit kat pempuan selain bini sendiri ni biasanya tak berduit. Jadi berjaga jagalah wanita diluar sana.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 06:45 PM | Show all posts
sitidin replied at 16-7-2019 04:49 PM
anak haram je susahkan bini gadai harta bini enjoy duit bini

kau la tu

company da nak bangkrupt ko promote

tu la bangang mkn taik byk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2019 06:46 PM | Show all posts
tagas replied at 16-7-2019 06:43 PM
aku pompuan camne bleh berbini

dah kantoi berutang nama dah busuk, terus ngaku pompuan

bahahaha

bongok kau


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 06:47 PM | Show all posts
hutang kerana suami..last2 suami pergi cari pompuan lain...bini susahpayah byr hutang..suami bahagia dengan keluarga baru..

tak berbaloi berkorban untuk lelaki..sayangi diri sendiri dulu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2019 06:47 PM | Show all posts
tagas replied at 16-7-2019 06:45 PM
company da nak bangkrupt ko promote

tu la bangang mkn taik byk

yg bangkrup tu kau
bodoh 8 bulan tak bayar upah simpan pastu nak biarkan je kena blacklist

deyyy, tolol, utang bayar la ngok






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2019 06:49 PM | Show all posts
sitidin replied at 16-7-2019 06:46 PM
dah kantoi berutang nama dah busuk, terus ngaku pompuan

bahahaha

haha padan muke ko kena kencing

acah2 buat citer tamil perabis harta bini bagai

bila masa pulak aku berbini

tu la byk sgt mkn najis

perembat pagar umah org
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 06:51 PM | Show all posts
sitidin replied at 16-7-2019 06:47 PM
yg bangkrup tu kau
bodoh 8 bulan tak bayar upah simpan pastu nak biarkan je kena blacklist

kaki buat citer klentong ko nih

nenek hasanah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2019 06:53 PM | Show all posts
tagas replied at 16-7-2019 06:51 PM
kaki buat citer klentong ko nih

nenek hasanah

kelentong pala nenek kau

bukti merata dah, dasar manusia sial kau ni suka berutang tak mau bayar hutang


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2019 06:54 PM | Show all posts
tagas replied at 16-7-2019 06:49 PM
haha padan muke ko kena kencing

acah2 buat citer tamil perabis harta bini bagai

pokoknya kau berutang tak mau bayar

dah kena blacklist, nak biarkan je, pastu ada hati nak berutang bank lain

babi sungguh pangai kau


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.349912 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list