CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4749|Reply: 47

[Tempatan] AG Report: More S’wak ministries, agencies excel in managing finances

  [Copy link]
Post time 16-7-2019 07:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_shalom at 16-7-2019 07:33 PM

AG Report: More S’wak ministries, agencies excel in managing finances

KUCHING: The Sarawak government recorded a marked improvement in managing finances in 2018 compared to the year before, according to the Auditor-General’s (AG) Report. The audit report released yesterday covered the financial management performance of 32 ministries, government departments and agencies.The Ministry of International Trade and E-Commerce topped the list of state ministries, departments and government agencies audited last year.It is among 24 listed in the report as having ‘excellent’ performance, with seven others rated as ‘good’.In the Auditor-General’s Report 2017, only 11 organisations were rated ‘excellent’, 14 ‘good’ and seven ‘satisfactory’.This year, however, the Ministry of Welfare, Community Well Being, Women, Family and Childhood Development was ranked last in the financial management category, with a mark of 62.02 per cent.




Sepatutnya rakyat Malaysia dididik untuk membaca laporan tahunan seperti ini. Ini bertujuan rakyat supaya tidak mudah tertipu dengan cerita dongeng seolah-olah senang duit kerajaan kena songlap macam cerita Taib Mahmud songkap duit Sarawak. Kerana itu Sarawak mundur.

Seperti yang aku terang berkali-kali, jangan ingat cara kerajaan mengurus kewangan, sama seperti kita menguruskan kewangan sendiri, dimana duit kita nampak depan mata.Sebenarnya, tidak dibenarkan pun untuk Kerajaan membuat urusan menggunakan wang tunai.Sebab itu, sesetengah agensi Kerajaan yang diberi kuasa memungut hasil kerajaan secara tunai,eg pejabat tanah sebelum jam 4.00pm dah tutup kaunter. Ini kerana, wang yang diterima hasil transaksi di kaunter, perlu di dimasukkan ke dalam akaun bank, pada hari yang sama juga. Tidak dibenarkan menyimpan wang tunai tersebut untuk keesokan hari. Satu kesalahan dan boleh dikenakan tatatertib.

Kerajaan tidak pernah berurusan dalam bentuk wang tunai. Semua urusan kerajaan dibuat melalui dokumen, baik bercetak ataupun dalam sistem.Peruntukan ratusan juta, bilion,untuk mana-mana projek cuma wujud atas dokumen sahaja. Nak tengok duit tu, kena pergi ke bank dan minta izin. itu pun duit dalam bank mana ada letak taging, duit milik siapa-siapa.

Kalau kerajaan umumkan,untuk tahun ini, peruntukkan diberikan untuk Kementerian Utiliti Sarawak bagi projek pembangunan seluruh Sarawak adalah berjumlah RM300 juta. Apa mekanisma yang digunakan oleh Kerajaan untuk memantau pergerakkan RM300 juta tersebut? Laporan prestasi perbelanjaan setiap Kementerian yang dikeluarkan oleh AG seperti di atas, adalah cara yang digunakan oleh Kerajaan Malaysia.

RM300 juta tu diberikan kepada Kementerian Utiliti Sarawak bukan tanpa sebab. Bagi RM300 juta, nanti pandai-pandai la nak agih kemana atau terpulang kepada Ketua Menteri: Menteri ini, sebab ada skandal dengan CM, dapat banyak peruntukan, Menteri tu, asyik salah titik perpuluhan, tahun ini bagi sedikit etc.

RM300 diberi siap dengan spesifik untuk pecahan projek apa, daerah mana dengan kos projek sekali. Setiapnya projek yang telah diluluskan akan diberi kod khas, untuk tujuan pemantauan proses transaksi melalui sistem. Contohnya, projek bekalan air bersih di Kampung Brooke, Sarawak dengan peruntukan yang diluluskan berjumlah RM15 juta diberi kod NCT1189085678935.  Ini tidak masuk lagi dimana setiap kementerian ada kod sendiri, setiap jenis projek pembangunan ada kod pecahan lain, sehinggalah sampai ke projek bekalan air bersih di Kampung Brooke dengan kod pecahan lagi, NCT1189085678935. Mekanisme ini diwujudkan untuk memantau pergerakan RM300 juta jumlah keseluruhan untuk Kementerian Utiliti Sarawak, dan RM 15 juta bila dah sampai ke spesifik untuk projek apa. Ini juga untuk mengelakkan cerita penglipur nusantara yang peruntukan pembangunan kerajaan, baik kerajaan negeri mahupun pusat, Taib boleh ambik kebas macam itu.

Kalau tengok di Malaysia, pemantauan pergerakan aliran projek untuk Kementerian Sarawak,bidang kuasa negeri, pun AG yangt kawal. Bila AG kawal, maksudnya sistem yang digunakan oleh kerajaan memantau pergerakan kewangan secara online, juga dibawah kuasa AG. Maksudnya bukan senang-senang nak pergi sistem, transfer RM15 juta itu ke dalam akaun mana-mana individu. Bukan semua orang boleh akses kepada sistem bayaran online itu. Nak mengesahkan untuk tujuan bayaran online tu banyak proses lain.

Seperti aku bagitau, kerajaan. pekerja gomen, menteri ke PM ke CM, mereka cuma nampak RM300 juta, RM15 juta atas dokumen sahaja. Orang yang akan nampak duit tersebut dalam bentuk tunai, adalah kontraktor/pembekal/perunding yang telah dilantik. Proses nak transfer bayaran kepada akaun kontraktor  pun bukan senang main tekan macam tu. Kalau senarai dokumen berjela-jela tidak lengkap dan disahkan dokumen sahih, jangan ingat akan lepas.

AG pula, setiap tahun mereka akan mengeluarkan prestasi perbelanjaan seperti di atas, yang menunjukkan bagaimana RM 15 juta untuk projek bekalan air bersih diuruskan untuk tujuan sebenar projek , dan bagaimana RM300 juta jumlah keseluruhan untuk kementerian Utiliti Sarawak, diuruskan.

Menggunakan modul perakaunan yang diintegrasikan dengan sistem online, tiada siapa boleh menipu. Kalau berlaku ketirisan RM15 juta untuk projek bekalan air bersih, satu sen yang tercicirpun kerajaan boleh kesan, masuk ke akaun siapa. Sudah pastila, tiada siapa boleh nak cakap projek boleh disiapkan dalam tahun semasa. Sesetengah projek memerlukan masa 2,3 tahun untuk siap. Markah 92.90 yang Kementerian Utiliti Sarawak dapat, bukan bermaksud hampir kesemua RM300 juta telah selesai digunakan untuk projek yang telah diluluskan. Itu sebab dalam pengurusan projek, kerja dibuat berfasa-fasa. Sesiapa pernah jadi projek manager tu, tahu la CPM tu apa benda. Maksudnya, untuk tujuan pembayaran pun,ada jadual yang telah ditetapkan berdasarkan fasa kerja, yang telah disediakan dan disahkan perunding projek. CPM itu juga akan digunakan oleh akauntan termasuk AG, untuk memantau pembayaran kepada kontraktor. CPM ini juga digunakan,supaya bayaran kontraktor dibuat berdasarkan kualiti/jadual yang telah termaktud dalam perjanjian.

Sebab itu, kalau berlaku kes ketirisan, kerajaan boleh mengesan peruntukan RM15 juta tu,RM8 juta tetiba ghaib. Kemana pergi RM8 juta tu, kerajaan boleh pantau, sama ada semuanya masuk ke akaun Taib, atau akauntan tersalah tekan no akaun bank, atau macam mana. Sebab pada proses akhir, sistem kerajaan tersebut dihubungkan dengan sistem perbankan, yang akhirnya transaksi kewangan akan masuk ke no akaun bank kontraktor.

Kalau betul RM8 juta tu, Taib paksa akauntan kat Kementerian utiliti masuk ke dalam sistem, tenyeh no akaun Taib then lulus, kita ada AG dekat Putrajaya yang juga boleh akses dalam sistem dan membuat semakan serta perakuan untuk bayaran. Kalau Kementerian dibawah Kerajaan Sarawak pun AG pantau, lagi la Taib tidak boleh songklap duit peruntukan untuk sekolah, infra etc yang dibawah Persekutuan.
Senario lebih kurang sama, ada segelintir yang berpendapat kos projek senang-senang  ahli politik, menteri markup bagi lagi mahal. Yup, memang betul dari segi praktikal, memang boleh dibuat. Tapi macam mana nak sorok? Tengok CPM, tengok lekok CPM aktiviti fasa ditapak tapak vs kos sebenar vs kos tuntutan..kat situ x boleh nak sembunyi..Itu gunanya budak QS.

Bukan tujuan aku nak cakap Taib tu suci murni...bagi aku sejahat2 Taib bukan la jenis lapar duit sampai duit untuk bina sekolah, hospital, jalan raya pun dia rembat. Dan dia terlalu bijak untuk buat benda mcm tu...Setakat ini, pertuduhan yang dilaporkan pasal Taib pun bukan pasal Taib songlap duit kerajaan...









Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2019 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 17-7-2019 06:15 PM

Satu lagi x susah untuk nak tau duit yang kerajaan Persekutuan bagi kat sarawak hilang kena songlap ke apa...

Mcm yang aku dh bg pembayang kt no 1 tu.... Duit yang diturunkan utk projek semuanya ada kod butiran.. Bukan main bagi bdebuk rm30b tanpa ada sebarang butiran.. Nanti suka hati sarawak nk buat mcm mana..rm30b tu dah ada senarai lengkap utk projek apa ngan pecahan brief projek...ini bukan isu tahun 2019 malaysia ada sistem canggih manggih.. Tahun 1990 pakai asap...

So jgn ingat rm30b diperuntukan utk srwk....taib boleh kebas tanpa mninggalkan sbrg implikasi..

Kalau malaya umum tahun depan bagi rm30b siap dengan senarai lengkap projek dan brief..Celah mana taib boleh songlap ..pun ak x tau

   RM30b

kod projek         Projek                                              Brief                                      Kos (RM)
NT162789          Bekalan air bersih Kg Setan               50 rumah dengan utiliti           10 juta
NT162790          Bekalan air bersih Kg Antu                 70 rumah dengan utiliti           15 juta
NT162791          Bekalan air bersih Kg Iblis                  17 rumah dengan utiliti           7 juta


sehingga la cukup jumlah kos RM30b.   
  
Audit dan AG akan guna senarai itulah untuk mengaudit projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di Sarawak. Betul ke projek  NT162989 itu dilaksanakan dengan nama projek yang betul, betul-betul untuk bekalan 50 rumah dengan RM10 juta...Kalau nama projek yang diluluskan tetiba berbeza dengan nama projek semasa bayaran..eg Bekalan air bersih Kg Setan tetiba menjadi Bekalan air bersih kg Setan muda, pun audit akan antar notis penjelasan.
Apa lagi tetiba projek tidak dibuat, duit hilang, bilangan rumah tidak sampai 50...lagi la audit sedap nak tonyeh surat minta penjelasan.

Senarai ini akan dipegang oleh federal dan parlimen..Sekali lagi celah mana nak kata Taib boleh songlap? Taib terlalu bijak untuk buat ni..

Kalau betul Taib songlap duit projek Persekutuan, lama dah isu Taib ini masuk parlimen..


Kalau kat malaya senang saja sprm tangkap siapa songlap duit projek.. Kenapa kt srwk x boleh?

Bukan ak nk buktikan taib tu suci murni.... Tp tuduhan sarawak ke taib  songlap duit kerajaan utk projek pembangunan.. Itu fitnah

Rakyat sarawak yg sokong PH tu sebab apa ?sebab janji ph nk buka kes taib ...akhirnya kena kencing










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2019 07:29 PM | Show all posts


Ini yang akan berlaku, sekiranya berlaku kes ketirisan dalam peruntukan kerajaan.Setiap sen yang tiris pun, kerajaan boleh jejak.


Audit report: Manipulation, fraud in MyIMMs

KUALA LUMPUR: The Auditor General's Report 2018 Series 1 has revealed elements of manipulation and fraud in the Malaysian Immigration System (MyIMMs) for foreign labour quota approval.According to the report, the quota granted to 123 companies to bring in foreign labour was found to be a fake.The audit findings revealed that a total of 21,378 foreign workers from the 32,424 quota created in a disorderly manner, had obtained temporary working pass.
“The audit estimated the first levy payment collection for 21,378 workers should have stood at RM24.55 million. However, the fake quota and possibility of fraud could have led to losses of government's revenue.


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Civil service cawat banyak cina n kristian, tu sebab prestasi bagus. Civil service melaya semua Mulayu pemalas kaki bawang, buktinya pencemaran Pasir Gudang sampai pencemaran n kilang harom tak buat apa2
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 07:45 PM | Show all posts
pyropura replied at 16-7-2019 11:35 AM
Civil service cawat banyak cina n kristian, tu sebab prestasi bagus. Civil service melaya semua Mula ...

apa yg bias dn conlict pac tu hari?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 07:46 PM | Show all posts
bkn ko kate balak srawak abis kne sapu ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2019 08:29 PM | Show all posts
pyropura replied at 16-7-2019 07:35 PM
Civil service cawat banyak cina n kristian, tu sebab prestasi bagus. Civil service melaya semua Mula ...

Tapi civil servants Malaya kuat sembahyang duha dan bungkos aurat........
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 01:52 AM | Show all posts
Maideen. replied at 16-7-2019 12:29 PM
Tapi civil servants Malaya kuat sembahyang duha dan bungkos aurat........

tau la ko rajin ngn kerandut wan ji..pe cite wei x cite2 lagi..cite arr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2019 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun sekarang sistem audit bagus tapi iols xyakin zaman taib jadi cm, audit sangat systematic..
Zaman ayah iols jadi surveyor jabatan persekutuan dulu, duit gaji pun dibayar by hand setiap bulan..bukan dibank in dalam bank pun..ni masa ayah iols urus daerah..zaman2 akhir 80an sehingga awal 90an
Kita cakap pasal sistem hari ini tapi reality dari zaman atok pm4 sampai 90an, negara kita bukan macam Tu..
Abam, iols respek abam cuma harap lebih rasional dan realistic..dulu nak dapat data gomen bukan main susah, sekarang lain..revolusi industry pun start tahun kebrape bang..sekarang memacam..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu zaman ayah iols kerja bukan jaga daerah tapi jaga wilayah.. satu orang jaga beberapa daerah..tu la tukang jaga hal teknikal, Tu juga la kena uruskan gaji tetiap bulan sebab ada pekerja ayah iols cerita dia seram nak.masuk bilik ayah iols setiap bulan untuk ambil gaji..sebab ayah iols garang..
Ni nak cakap system perbankan..kena bank in setiap petang..are you kidding me??
Kita cakap zaman dulu xsama dengan sekarang..zaman atok.jadi pm 4 xsama zaman atok pm7..zaman taib jadi cm xsama zaman abang jo atau tok nan jadi cm..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang mcm kencang, awat keje gomen kene hold gaji 3 bulan x improve2?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap pula bi bbq ni..
Nyam nyam.  Ada spinggan kena abixkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2019 12:53 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 17-7-2019 12:56 PM
wana89 replied at 17-7-2019 07:02 AM
Walaupun sekarang sistem audit bagus tapi iols xyakin zaman taib jadi cm, audit sangat systematic..  ...


Soalan bonus:

Bila bercakap sistem audit sekarang lagi baik dari dulu, lagi baik dari segi apa?

Dari segi pelaksanaan? pemantauan? integerasi?

atau  bidang audit  tahun 1980 tidak seluas sekarang? eg ilmu audit sekitar tahun 1990,1980 belum mencakupi ruang untuk megesan ketirisan?
Bila baca buku sejarah, aku tengok, bidang audit zaman maharaja cina yang belum cebok pun boleh tahan sistematiknya...cuma dorg xde segala tok nenek sistem ICT.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2019 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersotong replied at 16-7-2019 07:46 PM
bkn ko kate balak srawak abis kne sapu ke?

Setakat hari ini tiada pula undang2 yg neletakkan pembalakan itu salah.

Kalau salah..aku rasa, lama kita dah xde raja2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2019 01:25 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 17-7-2019 01:57 PM

Berita x berada sedap nak dengar, sejak dari zaman Taib, Sarawak mendapat status bersih dari AG untuk audit.

Sarawak cermat urus kewangan










Catat lebihan pendapatan beberapa tahun, rizab negeri berjumlah RM22 bilion pada 2012
KUCHING: Sarawak mencatat rekod prestasi kewangan positif yang amat kukuh, dibuktikan dengan lebihan pendapatan untuk beberapa tahun berturut-turut sehingga menghasilkan tahap rizab negeri berjumlah RM22 bilion pada 2012.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata pencapaian membanggakan itu adalah hasil pendekatan cermat dalam pengurusan fiskal negeri selain unjuran belanjawan konservatif serta kawalan ketat terhadap perbelanjaan mengurus diambil kerajaan negeri.

“Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, hasil kerajaan negeri telah meningkat kepada RM6.63 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM1.02 bilion atau 18.2 peratus berbanding RM5.61 bilion pada 2010.

“Kita juga mencatatkan lebihan pendapatan berbanding perbelanjaan sebanyak RM2.6 bilion pada 2011 berbanding RM2.22 bilion pada 2010,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Sambutan Hari Audit 1Malaysia dan Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2013 di sini semalam.

Beliau menambah, kejayaan Sarawak mengekalkan prestasi kewangan yang cemerlang sejak 2004 melayakkan negeri ini mendapat pengiktirafan daripada Credit Rating Agency daripada BAA1 kepada A3 pada 2011 oleh Moody’s Investor Service.

Kejayaan itu juga katanya, menyaksikan Kerajaan Negeri Sarawak dianugerahi Sijil Bersih oleh Ketua Audit Negara selama 10 tahun berturut-turut bermula 2002 hingga 2011.

“Bagi Kerajaan Negeri Sarawak, peranan dimainkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) dalam menentukan akauntibiliti awam amat difahami dan telah banyak memberi manfaat bukan sahaja memantapkan pengurusan wang awam tetapi dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan.

“Pada masa sama, kerajaan negeri mengambil sikap proaktif dan positif untuk terus meningkatkan akauntibiliti awam dan segala penemuan, teguran serta pemerhatian audit diberi perhatian untuk penambahbaikan pengurusan kewangan, juga akauntibiliti awam,” ujarnya.

Justeru beliau mengingatkan semua ketua jabatan, kementerian dan agensi kerajaan negeri mahupun persekutuan agar sentiasa mematuhi perundangan dan peraturan ketika melaksanakan tanggungjawab supaya imej sektor awam dan kerajaan selalu dijaga.

Selain itu katanya, perhatian yang serius harus diberikan kepada semua teguran dan penemuan oleh JAN, disusuli tindakan penambahbaikan dari segi amalan dan tindakan positif sekiranya perlu.

Tindakan penambahbaikan hasil daripada teguran katanya, perlu diambil terutama bagi kes-kes yang memerlukan persepsi awam mengenai sektor awam dan kerajaan, dapat ditambah baik.

“Saya berpendapat peranan dimainkan oleh JAN amat penting sebagai mekanisme ‘check and balance’ bagi menjamin akauntibiliti awam.

“Oleh itu ketua jabatan, kementerian dan agensi hendaklah mengambil iktibar dan belajar daripada setiap audit dila-kukan bagi mengelak kelemahan sama berulang,” katanya.

Taib juga mahu hubungan baik dan jalinan profesional antara sektor awam negeri Sarawak dengan JAN dikekal dan dipertingkatkan agar jabatan itu dapat menjadi agensi penting memastikan pelaksanaan pembangunan negeri Sarawak menerusi maklum balas berguna.

Sarawak katanya menghadapi cabaran dan kesukaran kompleks dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menurutnya, faktor geografi negeri ini menyukarkan akses ke kawasan pedalaman, ditambah keadaan bumi yang luas, 124,449.51 kilometer persegi dan kedudukan penduduk bertaburan menyebabkan masih ada kawasan di pedalaman tidak mempunyai kemudahan jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik.

Namun katanya ia bukan ha-langan kerana kerajaan negeri sentiasa menjaga kepentingan rakyat supaya tidak ada golongan yang terpinggir daripada arus pembangunan utama.

Sehubungan itu, pada 1995 kerajaan negeri menubuhkan Unit Audit Dalaman di bawah Jabatan Ketua Menteri untuk mempertingkatkan lagi ke-cekapan, akauntibiliti dan ketelusan operasinya.

Unit itu jelasnya mula beroperasi pada Januari 1996 yang bertanggungjawab memeriksa 11 kementerian, 27 jabatan, 29 badan berkanun negeri dan 25 pihak berkuasa tempatan.

“Usaha ini diambil oleh kerajaan negeri untuk terus memantapkan amalan tadbir urus dan pengurusan kewangan berkesan kerana usaha transformasi pengurusan kewangan adalah usaha berterusan,” jelasnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Masing, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar,  Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 01:29 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 17-7-2019 05:02 AM
Setakat hari ini tiada pula undang2 yg neletakkan pembalakan itu salah.

Kalau salah..aku rasa,  ...

pmbalakan haram le bbysayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2019 01:33 PM | Show all posts
Bersotong replied at 17-7-2019 01:29 PM
pmbalakan haram le bbysayang

Ada ke bukti yg pembalakan itu dilakukan secara haram?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 01:35 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 17-7-2019 05:33 AM
Ada ke bukti yg pembalakan itu dilakukan secara haram?

x haram ke? thread2 lps ko kate mahathir najib yg sapu hasil balak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2019 01:36 PM | Show all posts
Macam yang aku selalu cakap, sejak dari zaman Taib, rizab kerajaan sarawak dah cecah bilion..

Dari segi audit, kementerian dibawah kerajaan Sarawak dapat sijil bersih...

dari mana dtg kurap panau semua itu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2019 01:39 PM | Show all posts
Bersotong replied at 17-7-2019 01:35 PM
x haram ke? thread2 lps ko kate mahathir najib yg sapu hasil balak

Tengok la Pahang itu, abis 1 kuantan dibausitkan...adalah aktiviti perlombongan itu haram?

sebenarnya aku phm apa yg cuba ko sampai...cuma isu kita sekarang berkaitan dengan peruntukan pembangunan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 01:40 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 17-7-2019 05:39 AM
Tengok la Pahang itu, abis 1 kuantan dibausitkan...adalah aktiviti perlombongan itu haram?

aku cite sal sarawak..ko kte semenanjung mkn hasil balak sarawak kt thread2 lps
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.275439 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list