CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2636|Reply: 19

[Tempatan] Pakar fizik anggap formula Dr Shahrom lebih rasional

[Copy link]
Post time 16-7-2019 11:07 PM | Show all posts |Read mode

Pakar fizik anggap formula Dr Shahrom lebih rasional


SHAH ALAM: Pakar Fizik Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberitahu Mahkamah Koroner, hari ini, formula yang dikemukakan saksi ke-29, Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, lebih rasional dalam pengiraan daya membabitkan kecederaan dialami Muhammad Adib Mohd Kassim.

Saksi ke-30, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM, Dr Amir Radzi Ab Ghani, 48, berkata formula yang dikemukakan Dr Shahrom adalah membabitkan kiraan jarak tinggi serta mendapatkan had laju bagi tujuan mengetahui punca kecederaan.

Berbanding saksi ke-24, Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, beliau berkata formula digunakan saksi itu lebih menjurus kepada kiraan daya.

Amir Radzi bagaimanapun memaklumkan kepada mahkamah, bahawa beliau tidak bersetuju dengan formula Dr Ahmad Hafizam berikutan kiraan itu mengambil kira jumlah berat keseluruhan kenderaan van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS).

“Jadi, kedua-dua formula sama tapi tujuan berbeza. Saya rujuk kepada formula Dr Shahrom.

“Dari ketinggian yang digunakan iaitu empat meter, jumlah kelajuan yang diperoleh adalah 32 kilometer perjam (km/j) dan saya lihat itulah jumlah kelajuan yang sesuai dalam pelanggaran untuk mendatangkan kecederaan.

“Dalam bidang automatif, kelajuan 30 hingga 40 km/j digunakan untuk kaji tahap kecederaan penumpang dalam pelanggaran,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Rofiah Mohamad pada hari ke-40 prosiding inkues kematian Muhammad Adib.

Sebelum ini, prosiding inkues kematian Muhammad Adib menjadi tegang selepas saksi Dr Ahmad Hafizam mendakwa formula kiraan daya yang digunakan Dr Shahrom adalah salah kerana tidak mengambil berat jisim van EMRS.

Mengulas lanjut, Amir Radzi yang juga Ketua Pusat Kajian Fakulti, berkata hanya berat pintu van EMRS sahaja yang perlu dikira dalam menentukan impak yang menyebabkan kecederaan dihadapi Muhammad Adib.

Katanya, berat EMRS hanya boleh digunapakai sekiranya bentuk pelanggaran adalah secara langsung iaitu Muhammad Adib berada di bahagian hadapan atau belakang iaitu Muhammad Adib berada pada garis graviti van yang terletak di kawasan tengah kenderaan.

“Tapi dalam laporan yang saya baca, (Muhammad) Adib berada di dalam laluan pintu jadi hanya berat pintu digunakan untuk kira daya formula kecederaan.

“Pintu van disambung ke badan EMRS menggunakan pin jointed (engsel). Untuk objek seperti ini, ia boleh berpusing pada paksi.

“Bila berlaku pelanggaran, hanya berat pintu EMRS yang hentak mangsa dan daya kenderaan tidak memainkan peranan,” katanya.

Dalam pada itu, Amir Radzi turut bersetuju dengan eksperimen Dr Shahrom bahawa Muhammad Adib tidak jatuh dan terpelanting ketika kejadian itu.

“Eksperimen Dr Shahrom yang menunjukkan mangsa dilanggar pintu EMRS juga masih boleh diguna pakai walaupun eksperimen yang dilakukan menggunakan individu yang badannya sudah dilekatkan span.

“Ini kerana span bukan satu bahan yang dapat menyerap lebih daya ketika berlaku hentaman pintu EMRS ke atas mangsa,” katanya.

Prosiding inkues bersambung esok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2019 11:09 PM | Show all posts
macai2 kapir kuil dialukn nginzal thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:46 PM | Show all posts
kes ni akan jadi titik sejarah  untuk orang2 melayu  untuk selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyusahkan pakar fizik je lah keling2 tu sume
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
pakar fizik bercakap bidang fizik,pakar perubatan bercakap bidang perubatan. tapi ahli politik leh ckp semua bidang.. lgik best kena tendang dri u pun leh jdk menteri
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 08:16 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 17-7-2019 07:59 AM
pakar fizik bercakap bidang fizik,pakar perubatan bercakap bidang perubatan. tapi ahli politik leh c ...

Ya Allah...aku xtahu la bape bintang harus ku bagi utk komen bernas jitu darimu itttewww...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2019 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Geramnya lah terpaksa guna rumus bagai. Dah terang2 india2 tu sume yg pukul. Stop this stupid nonsense!!! Memalukan kaum india seluruh malaysia betul. Yg pukul tu segelintir india aje. Yg duk pertahan sgt diorg dah kenape??? Pembunuh tetap pembunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 09:06 AM | Show all posts
Edited by tobby at 17-7-2019 09:08 AM

nampak tak permainan. siapa yg menyokong fakta Dr Shahrom terus dianggap musuh pakatan pornhub.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2019 09:10 AM | Show all posts
panggil pun lecturer uitm

boleh pakai ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya lokasi mana adib berada menentukan semuanya lah kan..
Kalau berada didepan atau belakang, make sense kena langgar..walau free gear pun ada potensi gravity la kan..
Tapi dalam laporan kata adib berada di tepi pintu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 09:11 AM | Show all posts
panggil lecturer uitm
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 09:12 AM | Show all posts
yang ni memang kelakar

panggil lectuer uitm

lepas tu macai dan lobai percaya bukan main
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 12:43 PM | Show all posts
Knights replied at 17-7-2019 01:12 AM
yang ni memang kelakar

panggil lectuer uitm

uitm power la
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 12:55 PM | Show all posts
Knights replied at 17-7-2019 09:12 AM
yang ni memang kelakar

panggil lectuer uitm

sampai 3 kali kau cuba post benda sama...  bodoh tak kau sejak jilat cina akauntan fake?  
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 02:15 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 17-7-2019 04:55 AM
sampai 3 kali kau cuba post benda sama...  bodoh tak kau sejak jilat cina akauntan fake?

jngn kutuk ktua cwngn aku
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 03:08 PM | Show all posts
Bersotong replied at 17-7-2019 02:15 PM
jngn kutuk ktua cwngn aku

kau doa lah moga ketua cawangan kau ni insaf.  kesian kalau mampus dalam keadaan jilat bontot cina rasis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2019 03:15 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 17-7-2019 07:08 AM
kau doa lah moga ketua cawangan kau ni insaf.  kesian kalau mampus dalam keadaan jilat bontot cina ...

same2 kite doa
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 07:55 PM | Show all posts

kes ni teringat drama korea psl doktor forensik (partner for justice)..
citer psl doktor forensik yg buat autopsy kt mayat2 dan tunjuk mcmana stp crime tu terjadi berdasarkan bukti2 pd hasil autopsy tu..
dan hasil autopsy tu dijadi bukti penting kt perbicaraan mahkamah..
yg bestnya doktor forensik ni sgt2 detail cari punca dan siap lakonkan balik crime scene tu..

sbb tu bila baca kes ni, teringat plk kt Dr.Baek Bom, doktor dlm drama ni..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
clara_nur replied at 17-7-2019 07:55 PM
kes ni teringat drama korea psl doktor forensik (partner for justice)..
citer psl doktor forensik ...

Haha, br nk citer psl partner of justice gak, wlupun satu kes tu meleret2, tgk skip2. Yg season 2 ni pun meleret gak, so tgk skip2 gak ar. Motif citer korea guna pembunuh bersiri hensem2 ni, nk suh kita berjaga2 la ni. Episod smlm tgk psl peminat pmpuan kena rape dgn idol (huhu, dlm hati , ala nape idol lak yg bersalah, buat la pmpuan tu yg gatal). Dia amek isu semasa kot.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 09:45 PM | Show all posts
macai2 kapir ni mne ni? nginzal jom
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.159002 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list