aisehhh, lepas siasat kena pas kat AG tom tomas ke camner ni???
sarjan tu masih dibenarkan bekerja ke atau boleh pilih sendiri nak kerja atau nak cuti??
Video Tular Anggota Polis Beraksi Lucah Disiasat
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terhadap penularan sebuah rakaman video lucah membabitkan seorang anggota polis berpangkat Sarjan di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, Datuk Zamri Yahya berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi menyiasat kejadian tersebut. “JIPS akan menjalankan siasatan terhadap anggota polis berpangkat sarjan terbabit atas kesalahan tatatertib kerana mencemarkan imej PDRM,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi dua minit 23 saat di laman sosial yang memaparkan anggota polis berusia dalam lingkungan 50-an menunjukkan kemaluan dan masih berpakaian seragam pasukan ketika membuat panggilan video terhadap seorang wanita dipercayai warga Filipina. Difahamkan, masih belum ada sebarang laporan polis dibuat melibatkan penularan video yang berlaku pada bulan Januari tahun ini di dalam sebuah pejabat kira-kira pukul enam petang.
|