View: 19530|Reply: 149
|
Shima hiba diberi status Asnaf
[Copy link]
|
|
Walaupun hiba sebaik dimaklumkan termasuk kategori golongan asnaf, penyanyi Shima akur dia perlu menerima kenyataan pahit berkenaan status kehidupannya sekarang.
Kata Shima, atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, perkara itu disampaikan oleh pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mengunjungi kediamannya hari ini.
"Gugur jantung apabila diberitahu saya kini dikategorikan sebagai golongan asnaf.
"Tak dinafikan hiba juga mendengarnya tapi apa nak buat kerana ini kenyataan yang perlu saya terima," katanya.
Bagaimanapun, menurut Shima, pegawai tersebut ada memohon maaf kepadanya sebelum menyebut perkataan tersebut.
"Malah mereka memohon maaf kepada saya sebelum menyebut perkataan ini.
"Mereka juga berjanji akan buat sedaya upaya dan tengok apa yang LZS boleh bantu saya,” katanya dipetik Harian Metro.
Popular melalui lagu Teringin dan Setelah Aku Kau Miliki pada pertengahan 1990-an, penyanyi itu mengakui dia pernah merasai kehidupan mewah suatu ketika dulu.
"Memanglah dulu saya dijulang dan undangan persembahan pula tak putus diterima.
"Tapi sekarang saya terima hakikat sedang susah. Tak perlu saya ego nak menafikan perkara ini kerana ia ujian Allah.
"Saya tak pernah minta apa-apa daripada masyarakat. Tapi peluang tak diberikan untuk mencari rezeki. Malah persembahan yang bayar murah pun saya pergi," katanya.
Berkongsi lanjut, katanya, dia sudah lama tidak muncul dengan lagu terbaru. Penganjur pula lebih gemar mengundang artis baru untuk persembahan.
"Cuma lagu lama saya kerap dimainkan di radio tapi hasil royalti yang dapat bukanlah banyak sangat," katanya.
Shima juga mengalami kesukaran dari segi kesihatan kerana menderita sakit saraf serta sakit belakang.
Penyanyi itu mendapatkan rawatan secara berkala di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Terbaru, Shima berkata, dia juga mengalami sakit lemah pundi kencing dan perlu menggunakan lampin pakai buang untuk mengatasi masalah itu.
Mahu memohon PPR
"Makin lama kehidupan makin sukar kerana masalah sakit belakang semakin serius membuatkan saya terpaksa berehat seketika daripada berniaga.
"Untuk sembuh memang mustahil dan kalau buat pembedahan risikonya 50:50. Duit pun banyak keluar. Saya perlukan sekurang-kurangnya RM600 sebulan untuk tujuan perubatan, manakala sewa rumah pula RM600.
"Wang simpanan saya ketika berniaga terpaksa dikeluarkan untuk tujuan perubatan dan lain-lain kegunaan," katanya.
Pada masa sama, Shima turut meluahkan hasrat untuk memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan berharap akan ada pihak sudi tampil membantunya.
Penderitaan Shima mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang mengunjunginya hari ini.
Elizabeth berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu meringankan penderitaan yang selama ini ditanggung Shima.
"Saya menghulurkan sumbangan peribadi dan peruntukan sebagai Adun buatnya.
"Selain itu, saya dengan bantuan ahli majlis di sini akan cuba cari lokasi yang sesuai untuk berniaga kerana lokasi sedia ada tidak mempunyai lesen.
"Saya harap peminat dapat bantu Shima. Dia pernah menghiburkan serta menggembirakan peminat dan bantuan sewajarnya perlu diberikan terhadapnya," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya dia tak pernah beranak sebelum ni kan sian plak kena sakit lemah pundi kencing tu.
Seksanya la hai kan nak solat bagai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersotong replied at 18-7-2019 03:22 PM
hiba napenye
Sbb kena masuk golongan asnaf. Hina ke jd asnaf? Silap2 lg mulia dri org kaya.
I pon kesian jgk. Mgkin sbb penampilan sheol skg buat i rasa lembut hati.
Klau jenis2 che ta, i lantak kan je sbb masa berduit berlagak sana sni |
|
|
|
|
|
|
|
Atas sebab apa pegawai zakat smpai dtg rumah?
Sebab artis ke?
Pelik2 je. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurang2 shima pnh rs mewah dl..tp mgkn x beringat masa tua |
|
|
|
|
|
|
|
bru prasan....warong teringin |
|
|
|
|
|
|
|
tak sangka dpt status asnaf kot, sebab dulu senang kan..tak sangka lak dia punya susah skrg ni sampai jadi asnaf
mungkin gitu lah kot
|
|
|
|
|
|
|
|
ye la kn..x sngka kot tu yg hiba
|
|
|
|
|
|
|
|
Berhutang itu pun golongan asnaf
Iols dan semua forumers berhutang jgk
Golongan pelajar pn antara asnaf
So ape yang hinanya |
|
|
|
|
|
|
|
zaman kegemilangan dia boleh tahan jugak albumnya... x kan da simpanan utk hari tua, perkeso ka |
|
|
|
|
|
|
|
so bawak2 le beringat utk simpanan hari tua
iols yg makan gaji ni pun beringat
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya...tp masih dibantu ni kira ok la. |
|
|
|
|
|
|
|
ye..iols pon sedih gitu..
dulu dulu mewah..
kita ni pon kalau allah nk tarik blk kesenangan pon bebila je..
sentiasa munasabah.. |
|
|
|
|
|
|
|
masa muda pun leh tahan comey nya... x sangka hidup boleh buat jd unexpected mcm ni kan, jd beringat2 la kita, walau pun kerja kilang, seb bek ada socso, insuran kelompok selain kwsp
|
|
|
|
|
|
|
|
Artis2 dulu poor financial management ka? Tgk retis sekarang jual mcm2 walau sendu career-wise |
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 18-7-2019 03:59 PM
masa muda pun leh tahan comey nya... x sangka hidup boleh buat jd unexpected mcm ni kan, jd bering ...
Dulu dia dgn ella sama naik..ella je tetap maintain manja meletop.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa tgh laku dulu takde menyimpan lansung ke. Semoga jadi pengajaran buat kita semua. Beringat la berbelanja tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai kot yg dulu2 meletop skrg dah susah. mcm uji rashid pon sama rasanya. kalau tak salah la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|