CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6073|Reply: 27

[Falsafah] Lets TALK Keseimbangan...

[Copy link]
Post time 25-7-2019 07:24 AM | Show all posts |Read mode
                Apa lagi yang perlu kita beri ada keseimbangan ni?
Keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan: Realiti atau fantasi?            
                                                                        Dr Firdaus Abdul Gani Setiausaha, Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)
                                                Julai 22, 2019 08:00 MYT                    
               
                                    
               
            
            
                                                                                                                                                                                Keseimbangan itu tidak akan menjadi tetap pada setiap masa kerana kita perlu sentiasa mengubahnya mengikut keperluan. - Gambar hiasan

                           
                                                                                        KEBELAKANGAN ini, terdapat banyak penekanan yang dibuat mengenai kepentingan untuk mencapai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan (work life balance).

Ia merupakan satu isu yang hangat dikatakan pada hari ini disebabkan oleh peredaran masa telah banyak mengubah bagaimana kita mengendalikan kehidupan yang kian mencabar di samping pekerjaan yang dimiliki.

Sebagai contoh, kira-kira 30 atau 40 tahun dahulu, tidak ramai wanita yang bekerja.

Wanita lazimnya tinggal di rumah dan menguruskan anak serta rumah tangga sepenuh masa.

Kini, zaman telah berubah di mana lebih ramai wanita yang bekerja di samping perlu menguruskan rumah tangga.

Peranan wanita sebagai penyumbang kepada ekonomi keluarga tidak dapat dinafikan.

Bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan tiada perbezaan antara jantina dan keperluan untuk mencapai kesimbangan antara kerja dan kehidupan.

Ini bermakna, lelaki juga turut terkesan dengan tuntutan kerja dan kehidupan.

Bercakap mengenai kehidupan, ia sebenarnya merangkumi banyak perkara termasuklah keluarga, kesihatan, rekreasi, keperluan rohani, perancangan kewangan serta peningkatan diri.


Konsep keseimbangan

Keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan adalah satu konsep di mana seseorang individu itu memberikan keutamaan yang optimum antara kerja dan kehidupan.

Keseimbangan ini berlaku apabila individu memperuntukkan sumber mental, fizikal dan emosi yang terhad dengan cara sesuai untuk mencapai matlamat yang diinginkan.

Keseimbangan kerja dan kehidupan bukan bermaksud masa terbahagi kepada 50 peratus bekerja dan 50 peratus di rumah.

Salah faham beginilah yang sering menjadikan sesorang itu merasa bersalah apabila lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja berbanding di rumah atau sebaliknya.

Sebenarnya, setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza dan individu itu sendirilah yang tahu bagaimana untuk meletakkan keutamaan dalam hidup supaya keseimbangan itu dapat dicapai.

Keseimbangan itu tidak akan menjadi tetap pada setiap masa kerana kita perlu sentiasa mengubahnya mengikut keperluan.

Ini kerana semua orang akan mempunyai keutamaan yang berbeza pada setiap fasa kehidupan.

Mungkin pada peringkat usia muda dan di awal karier, seseorang itu akan lebih meletakkan keutamaannya pada kerja serta berjaya dalam karier, pada usia pertengahan akan lebih kepada keluarga serta rekreasi dan di hujung usia pula akan memberi keutamaan pada kerohanian.

Keseimbangan yang optimum berubah mengikut masa dan berbeza antara individu.                                                

Tiada satu saiz atau templat untuk semua orang  dalam mendapatkan keseimbangan kerja-kehidupan.

Dr William Gentry, seorang pakar dalam kemahiran kepimpinan dari Centre of Creative Leadership, Amerika Syarikat (AS) berpendapat bahawa tiada siapa pun yang sempurna dalam mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan.

Tetapi, dia mengatakan yang kita sentiasa boleh melakukan yang terbaik dalam setiap situasi sama ada ketika di tempat kerja atau di rumah.

Walaupun kita mungkin tidak dapat menghabiskan masa seperti yang diinginkan, tetapi apabila kita telah cuba lakukan yang terbaik dalam setiap situasi, ia akan mendatangkan perasaan yang harmoni dalam diri.

Ini penting untuk mengelakkan timbulnya rasa bersalah dalam diri serta menimbulkan konflik.

Perlu diingatkan bahawa keseimbangan kerja dan kehidupan bukan sahaja merupakan satu keperluan untuk mereka yang berkeluarga malah kepada mereka yang belum berkahwin atau tiada anak.

Terdapat tanggapan salah di mana ramai berfikir mereka yang berkeluarga lebih wajar mendapat masa tambahan dalam domain kehidupan mereka berbanding yang belum berkahwin.

Ini menyebabkan mereka yang belum berkeluarga sering menjadi mangsa keadaan di tempat kerja di mana mereka dianggap perlu berkorban untuk orang lain.


Bagaimanakah anda mentaksir keseimbangan kerja dan kehidupan?



Antara cara yang boleh digunakan ialah roda kehidupan (wheel of life). Secara asasnya, roda kehidupan terbahagi kepada bahagian atau kategori yang penting untuk anda.

Anda boleh senaraikan apa perkara yang penting dalam kehidupan dan ia tidak semestinya sama dengan orang lain.

Pada contoh roda kehidupan yang tertera kategori yang disenaraikan adalah kerjaya (career), kewangan (finances), perkembangan peribadi (personal growth), perhubungan (relationships), kesihatan (health), keluarga (family), kehidupan sosial (social life) dan sikap (attitude).


Bagaimana untuk skor dalam roda kehidupan?

Markah satu sehingga 10 diletakkan pada skala dalam roda kehidupan.

Markah ini akan membantu anda untuk mengenal pasti kategori manakah dalam kehidupan anda yang telah dapat anda capai dan kategori manakah yang perlu ditingkatkan.

Ia juga dapat membantu anda untuk menilai secara objektif sama ada anda gembira dengan situasi sekarang, adakah anda mahukan perubahan serta apa yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap lebih memuaskan di bahagian-bahagian tersebut.


Simptom-simptom ketidakseimbangan

Bagaimana untuk tahu sekiranya anda mengalami ketidakseimbangan?

Ketidakseimbangan akan menimbulkan konflik dalam diri serta menyebabkan berlakunya stres.

Stres bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan mental tetapi juga kepada kesihatan fizikal dan tingkah laku.

Ianya bergantung kepada daya tahan, sokongan sosial dan personaliti seseorang.


Antara gejala yang biasanya dialami adalah;

• Fizikal: Sakit kepala, ketegangan otot, kelesuan, berdebar-debar, sukar tidur serta perubahan selera makan.

• Emosi: Berasa sedih dan resah, sukar menumpukan perhatian, sukar membuat keputusan, hilang minat serta cepat berputus asa.

• Tingkah laku: Suka menyendiri, mudah melenting, mencetuskan konflik dalam hubungan peribadi atau kerja serta hilang motivasi.

Jika anda telah mendapati bahawa terdapat ketidakseimbangan antara kerja dan kehidupan, langkah seterusnya adalah untuk mengenal pasti apakah yang menghalang anda daripada mencapai keseimbangan.


Halangan-halangan yang sering didapati ialah;

1. Kekangan masa

Pengurusan masa dan perancangan adalah penting. Sebenarnya yang diperlukan adalah masa yang berkualiti berbanding kuantiti.

Pastikan bahawa masa digunakan dengan sebaiknya. Sebagai contoh, untuk mengoptimakan masa dengan keluarga kita boleh lakukan aktiviti bersama-sama seperti makan serta beriadah bersama.

Elakkan penggunaan gajet berlebihan atau membawa pulang kerja ke rumah. Waktu menghantar anak ke sekolah boleh digunakan untuk bertanyakan perkembangan mereka. Peruntukkan juga masa untuk diri sendiri (self care).

2. Gagal menetapkan batasan

Ramai orang tidak mampu mengatakan tidak apabila diberikan tugasan atau diminta melakukan sesuatu walaupun di luar kemampuannya.

Ini adalah fitrah manusia yang sering ingin cuba memuaskan hati atau menjaga hati orang lain tetapi mengorbankan perasaan sendiri.

Ini menyebabkan sesorang itu mempunyai beban tugas yang banyak dan sukar meluangkan masa untuk perkara-perkara lain.

Kita perlu belajar untuk meninggalkan kerja di tempat kerja bagi membolehkan kita fokus kepada perkara lain apabila pulang ke rumah.

3. Terlalu mengejar kerjaya

Ada orang yang terlalu fokus dalam kerjaya sehingga mengetepikan perkara lain dalam hidup.

Mereka ini mempunyai risiko untuk mendapat tekanan yang tinggi terutamanya apabila kejayaan yang diimpikan tidak dapat dicapai.

Tidak salah untuk fokus pada karier, tetapi perlu sentiasa bersikap realistik dan tahu kemampuan diri.

4. Tidak tahu apa yang dimahukan dalam hidup

Kita perlu tahu apa yang dimahukan dalam hidup ini bagi memudahkan kita membuat perancangan serta menjalani kehiduan dengan seimbang.

Setiap individu mempunyai keinginan serta definisi yang berbeza tentang kebahagiaan dalam hidup.

Contohnya ada yang meletakkan kebahagiaannya pada kerjaya, keluarga atau pun pada pengisian rohani.

Tentukan matlamat hidup untuk jangka pendek serta jangka panjang kerana ini akan memberikan kita panduan tentang apa yang perlu kita lakukan dalam mengejar keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan.


Kesimpulan

Kesimpulannya, keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan bukanlah satu konsep yang mudah dan sempurna.

Adakalanya kita perlu mengorbankan sesuatu perkara untuk mencapai sesuatu perkara yang lain.

Untuk itu, kita perlu tahu apa yang kita inginkan dalam hidup dan elakkan dari membandingkan hidup kita dengan orang lain.

Keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan yang ingin dicapai adalah mengikut kehendak dan definisi kita.



* Dr Firdaus Abdul Gani adalah Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
                                                
                    

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2019 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts


1. keseimbangan antara dunia - akhirat.
umur meningkat, harta dah terkumpul, hidup dah selesa, anak2 dah membesar, dah boleh slow2 lepaskan dunia, fokus pada akhirat.

2. dari segi pekerjaan, perlu ada keseimbangan antara kerja - keluarga.
but for me, always family first.

3. dalam berkawan, keseimbangan antara diri sendiri - kawan2.
kadang2 perlu jadi selfish, tak terlalu fikirkan orang lain. keperluan sendiri diutamakan dahulu.

later i tambah lagi points, insha Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 08:54 AM | Show all posts
Boleh digantikan keseimbangan tu dengan "kesederhanaan"

But this one just my opinion lah.
Sebab kalau besederhana dalam semua hal, rasa nya boleh balance ja hidup ni.

Ultimate goal is Akhirah. Kena tahu mana yg priority.
Don't know either u get my meaning or not.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dalam rumahtangga, bila nilai-nilai seperti saling membantu dan tolong menolong, barulah wujud keseimbangan. Bilamana sebelah pihak saja yang rasa dia telah lakukan lebih dlm perhubungan, rasa keseimbangan tu susah nk dipupuk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju dgn artikel..bl awal2 20an tu fokus mmg kerja..kerja..kerja..walaupun masih lg ada waktu utk spent time dgn friends n family tp sgt enjoy bekerja..even office hour smpi pukul 5.30pm tp i dont mind stay until 11pm - 1am ..n work on saturday n sunday..most of my time mmg dlm office..

Bl jodoh smpi pun still maintain balik lmbt/bwk balik kerja kt rumah..hubby support je xmarah pun sbb dia faham..mgkin x jd mslh sbb sama tmpt kerja wlpun diff department..so dia mmg boleh tgk i 24jam..

Cume bl ada rezeki anak, i dh mula terdetik x balance pun cara hidup i ni..i sendiri jd takut, bersalah dgn anak & masa depannya nnt tp at d same time i tak tao mcm mn nk handle antara keluarga & kerja...walaupun my hubby sgt2 supportive..dia yg jd "ibu n ayah" pd anak i.. cut short i resign n jd housewife..drastic changes

Dlm tempoh 9 thn kahwin, br 2 thn ni i jd isteri & ibu dlm erti kata sbnr.. kl tnya adakah hidup i balance skrg? Nope. Ada lg sesuatu yg lompang i rasa tp i x pasti apa..tp melepaskan jwtn n kerja yg i sgt suka drpd dl demi suami, anak & peranan i dlm keluarga adalah sgt berbaloi dan tak mungkin i kembali ke alam pekerjaan..

No regret sbb i dh puas.. i tak terdesak utk mencari tujuan hidup skrg ni tp lebih kpd utk "menqada'" semula masa & momen yg i terlepas selama ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Keseimbangan dalam kehidupan pada iolss merujuk kepada semua perkara dari sebesar2 sehingga sekecik2 perkara. Dalam islam sendiri menyuruh umat nya utk seimbangkan diantara dunia dan akhirat.

Putaran hidup seorang insan seharusnya tidak berpaksikan hanya kepada satu perkara shj. Sebagai contoh orang yg terlampau kuat bekerja sehingga hilang utk merasa nikmat lain yg ada. Hilang nikmat berkeluarga, bermasyarakat, dan nikmat berehat pon amat susah nak dapat.

Masalah lain pula bila ada yang terlampau bersenang lenang tanpa ada usaha. Contohnya anak muda yg berpeleseran tiada langsung keseimbangan dalam kehidupan. Tidak merasa nikmat dan jerit perih mencari rezeki, nikmat  menjadikan kerja sebagai ibadat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2019 12:40 PM | Show all posts
setuju. life is all about balance and moderation. saye amik konsep plg simple makan lah..nak makan junk food boleh, tapi sekali sekala lah.....too much of vegies pon tak elok sgt apatah lagi menelan kepci tiap2 hari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 02:45 PM | Show all posts
keseimbangan jasad dan rohani. jasad ialah tubuh fizikal yg sihat dgn pengambilan makanan yg seimbang serta lifestyle yg aktif  sementara rohani ialah pengisian jiwa dgn ibadat kpd Allah ,hati yg gembira,pergaulan dlm circle yg positif serta  jiwa yg bebas dr unsur negatif seperti hasad dengki dan sebagainya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2019 03:53 PM | Show all posts
keseimbangan = kesederhanaan

Bila kita merasa kurangnya stress dalam hidup, dapat hidup dengan selesa walaupun tidak kaya.
tapi tidak jugak terlalu tidak berduit. Masa sentiasa rasa cukup.

tapi bila terlalu selesa, nanti tak ada pulak kemajuan dalam diri @ hidup.
and yet keseimbangan tu kena dikorbankan atau mungkin boleh susun balik cara hidup.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
hidup kalau x seimbang mmg punah ranah jadinya.. dalam apa2 perkara yg kita buat pun mmg perlu seimbang...kalau tak, diri sendiri yg rosak n terjejas..

makanan pun perlu seimbang ini kan pulak perkara2 lain.. masa, wang dan sebagainya.. sebab tu sekarang ramai yg dpt depression.. kadang duit bnyk tp tetap depress.. sbb sibuk kejar wang sampai xda masa utk release tension, holiday, spend time with family etc..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 08:14 AM | Show all posts
Selagi kita hidup, dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil hal, memang sebagai manusia kita  memerlukan keseimbangan. Nak berdiri pun perlu seimbang supaya tak jatuh inikan lagi nak meneruskan kehidupan.  

Kerja kalau terlalu tegas sebagai ketua pun x seimbang, jadi kita perlukan elemen budi bicara, timbang rasa sebagai bos, barulah organisasi kita seimbang.tak terlampau ke kiri, tak terlalu ke kanan.

Begitu juga hal rumahtangga suami isteri.  Tanggungjawab perlu seimbang.  

Hal paling penting sebenarnya sebagai seorang muslim, untuk seimbangkan dunia akhirat adalah BERSEDERHANA .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam pada kita sibuk nak seimbangkan kerja & personal life sebenarnya kita makin ambil mudah bab agama. Cabaran terbesar adalah bagaimana menjadikan agama ini masih relevan dalam dunia moden pada hari ini. Dalam mengejar harta kekayaan dan kejayaan di mana kerja, keluarga dan percutian yang semuanya dinikmati dari hasil ‘menjadi produktif’, kita boleh kehilangan makna hidup kita sendiri. Hilang tujuan hidup kita yang nyata iaitu akhirat. Perjalanan menuju akhirat.

Semakin banyak kita mengamalkan nilai Islam, semakin banyak kebolehan dan kecemerlangan manusia yang dapat kita cungkil, merangsang produktiviti mereka dan yang paling penting, mengekalkan kehormatan kita sebagai insan.

Jangan hanya mengejar dunia semata2. Jaga hubungan dengan Allah SWT, Allah akan jagakan hubungan kita di dunia ni. Kita memang tak lari dari buat dosa tapi peganglah pada agama.

Betulkan cara kita berdoa jugak, jangan fokus mintak rezeki duit, mintak segala yang ada di dunia je. Cuba ubah mintak untuk akhirat nanti, urusan dunia pon jadi lancar.

Pernah tengok seorang sahabat yang berubah dalam satu malam je. Dia cakap dia serahkan semua pada pencipta, dia bergantung pada pencipta. Nampak hidup dia berubah lebih baik. For me itu la keseimbangan yang terbaik, keseimbangan antara dunia & akhirat. Sebab dunia ni cuma satu perjalanan menuju akhirat.

Panjang pulak bebelan kita ha...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 11:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Keseimbangan dalam kehidupan adalah stabiliti emosi. Kehendak hidup perlu tapi bukan berlebihamn dan sentiasa beringat akan aspek spiritual dan rohani.
Berjaga dari segi kewangan, matlamat hidup tak lengkap tanpa kawalan terhadap emosi yg stabil. Kalau sentiasa mengejar kebendaan, hidup takkan pernah puas. Justeri, keringat dalam aspek rohani dan jiwa will achieve stability and peace

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2019 10:13 PM | Show all posts
Agama patut diberi keutamaan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Work-life-balance

Well-being itu sangat penting, fokus pada apa yang kita mahu then work for that. I do believe, the sky is the limit. Change your mind from IMPOSSIBLE to I'M POSSIBLE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2019 09:44 AM | Show all posts
Keseimbangan dari segi KEPERLUAN dan KEHENDAK. Bila KEHENDAK melebihi KEPERLUAN, boleh merana hidup. Semua nak bergaya nak branded, tp berhutang sana sini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2019 11:34 AM | Show all posts
seribulan replied at 30-7-2019 10:13 PM
Agama patut diberi keutamaan

Betul tu Admin. Agama jadi tiang untuk keseimbangan diri dan jati diri. Kalau agama diketepikan, maka makin banyak ujian menanti.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Keseimbangan dlm konteks ape. Pls perhalusi lg, the question is too generalise to comment min
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Keseimbangan antara dunia dan akhirat... Itu yang afdhol
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.082179 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list