CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: seribulan

[Falsafah] Lets TALK Keseimbangan...

[Copy link]
Post time 3-8-2019 11:18 PM | Show all posts
Keseimbangan bagi kita berbeza dari orang lain.Mungkin pada orang lain .. keseimbangan kita tak betul sebab dia ada aras menentukan keseimbangan yang dia percaya adalah lebih baik dan betul dari kita.

Sebab itu .. FC setuju dengan artikel dalam Thread ni
Untuk itu, kita perlu tahu apa yang kita inginkan dalam hidup dan elakkan dari membandingkan hidup kita dengan orang lain.


Bagi FC keseimbangan untuk mencukupkan masa rehat sangat susah. Selalu tertekan bila kreativiti menguasai diri. Badan dah rasa penat sangat .. tapi otak masih ligat memikirkan banyak perkara.

Keseimbangan rohani juga sangat penting bagi FC.
Sebab tu sibuk mana pun ... kita jangan lupa untuk berterimakasih sebab d beri peluang untuk terus menikmati hidup ini.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2019 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mencari keseimbangan tu yg agak payah sbb setiap hari kita menghadapi situasi yg berbeza-beza. For me, nk juggle between family work and myself, kadang rs kelam kabut jugak. Tp lately, mungkin sbb usia makin besar (tamau kt lanjut, hehe) mcm dh boleh control sbb akhirnya daku sedar, key dia moderation, jgn excessive or obsess sgt dgn sesuatu. for me between work and family, family will always come first. Dlm kerja ni everyone is dispensable. Kita takde hari ni esok dh mai yg baru ganti. Jd now idokla beria kerja mcm zaman muda mudi dlu, ala2 all out giler2 la. Still try to give my best yg penting, jalankan amanah yg diberikan.

As for between family and self, kena ada ms utk diri sendiri jugak, sbb bg sy jgn terlalu menghambakan diri or terlalu dedicate our life utk suami/isteri dan anak2 saja. Inner peace jugak penting. Rohani. As muslim, utk baiki diri dgn Allah. Sbb balance will come if kita berbalik pada purpose of life diatas muka bumi ni.

Selain hidup skrg, kita pn kena strive jugak utk hidup selepas ni, hereafter and that’s the most important. Keseimbangan yg sebenar benarnya, yg Islam tuntut. Haish, bila tgk dr beso ke kecik, kecik ke beso, bottom line nye, we are all jugglers.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2019 09:53 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 3-8-2019 11:18 PM
Keseimbangan bagi kita berbeza dari orang lain.Mungkin pada orang lain .. keseimbangan kita tak betu ...

Saya setuju dengan pandangan Mod FC - keseimbangan bagi setiap orang itu berbeza mengikut kehidupan dan keadaan yang dihadapi masing-masing. Mungkin bagi seorang wanita yang menjadi ibu skop tanggungjawab beliau berbeza dengan seorang gadis yang masih single. Jadi "balancing point" mereka berdua adalah berbeza.

Walaupun begitu, secara amnya kesimbangan hidup ini dapat dicapai sekiranya kita mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan. Mengimbangi tuntutan agama dan juga keperluan menjalani kehidupan di dunia. Kalau seorang ayah asyik ke masjid, pergi kelas agama, ceramah agama dan melepaskan tanggungjawab membesarkan anak-anak kepada isteri (terutama dari segi role-model dan mengawal pergaulan anak-anak dengan masyarakat luar), hidup bapa itu sebenarnya tidak seimbang.


Begitu juga dari segi pemilihan makanan. Dan "titik kesimbangan" itu tidak semestinya samarata/ equal, bukannya kalau ada 4 benda kena fokus, setiap satu 25% peratus daripada masa seseorang, tetapi mengikut kadar yang sepatutnya - part ni yang menyokong bahawa keseimbangan setiap orang adalah berbeza


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2019 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
pizzahait replied at 25-7-2019 07:45 AM
1. keseimbangan antara dunia - akhirat.
umur meningkat, harta dah terkumpul, hidup dah selesa,  ...

Sangat2 setuju dgn point no 2 dan 3. Tp yg no 1 tu sesetengah org kena ubah persepsi yg time muda2 kena kerja keras, stabilkan ekonomi, besarkan anak2 dlu br lps tu pulun cari akhirat. Yg semoleknya, sedari awal masa muda2 dh kena seimbangkan dunia dan akhirat. Sbb ajal maut tak siapa yg tahu. Takut dh sukses dan stabil kehidupan didunia, terus dijemput ilahi. Dh rugi kt situ, kenikmatan dunia tak sempat dijamah dan dinikmati, akhirat pn tak sempat dicari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2019 04:03 PM | Show all posts
Illayana replied at 4-8-2019 12:31 PM
Sangat2 setuju dgn point no 2 dan 3. Tp yg no 1 tu sesetengah org kena ubah persepsi yg time muda2 ...

thank you betulkan. yes, sebelum ni memang masyarakat kita punya practise, macamtu. saya pun tak terkecuali.

selain tu, kena amalkan sikap “never too late for anything”. tak kisahlah umur berapa baru nak tersedar. ada orang umur 20 dah bertaubat, ada orang 50 tahun baru terbuka hati nak bertaubat. tak kisah umur berapa, jangan ada rasa “terlambat” tu. cepat2 tingkatkan amalan, syukur sebab Allah beri kesempatan bertaubat.

again, thanks

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 02:36 PM | Show all posts
Pada saya keseimbangan kerjaya, kewangan, perkembangan peribadi, perhubungan, kesihatan, keluarga, kehidupan sosial dan sikap ni berkait rapat dengan hubungan kita dengan Allah.

Bila kita dekat dengan Allah, insyaAllah segalanya dipermudahkan.

Selain dari tu, berdasarkan pengalaman sendiri, tak payah la kita letak effort lebih 100% untuk kerjaya sebab bila kita sakit susah, keluarga juga yang membantu kita.

Lebihkan masa bersama keluarga. Anak-anak kecilnya sekali.

Kalau terabai sekarang, tua nanti kita pula diabaikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2019 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kita tak ada sistem sendiri sangat susah nak cari keseimbangan,

Sebabnya ramai pakar selalu memasukkan benda yang kita boleh kawal dengan yang tidak boleh dikawal dalam bumbung yang sama,

Past dan future ada 2 benda yang berbeza, masa dan tempat adalah dua benda yang berbeza, hobi dan career adalah 2 benda yang berbeza, kalau tak dipecahkan 2 susah nak balance, keliru mana satu yang perlu mana satu yang tak perlu,

Kalau anda ada Rm100 ditangan, tiba2 ada emergency ( benda yang tak boleh dikawal ) tiub bocor, kena keluar wang Rm30, ditangan tinggal Rm70 masih balance pada dia, ada yang sudah siap sedia wang utk emergency jadi tak perlu guna wang ditangan, itu balance pada dia,

Begitu juga hidup, ramai nak balance buatlah 1 kerja, supaya banyak masa utk family dan diri sendiri, tapi ada yang  nak balance buat 2 kerja, bila 1 kerja hilang dia dah ada lagi 1, masih ada masa utk keluarga dan diri sendiri,

Erti keseimbangan pada manusia adalah ber beza2, dan sistem apa yang anda guna untuk anda kekal dalam keseimbangan itu pun sama ber beza2, sesungguhnya sangat mudah utk kekal seimbang bila anda faham diri anda dan cipta sistem yang sesuai dgn cara hidup anda, jgn ikut cakap org, mereka tiada ditempat anda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Let’s try to talk about anything any you want . So that it is easy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.077366 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list