CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38817|Reply: 220

William Chester - Pembunuh Yang Menulis Kamus Oxford

  [Copy link]
Post time 29-7-2019 05:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by OttoVonBismark at 28-7-2019 09:49 PM



Pakcik pasti, ramai diantara kita yang membesar dengan kamus english-malay, dan ramai diantara kita tau Oxford Dictionary tu hape. Sedari bangku sekolah lagi mak bapak kita dah belikan kamus sebagai rujukan kita dalam mencari makna makna perkataan english ke malay. Berlebih lebih lagi lah kamus keluaran Oxford, memang tak asing lagi pada kita semua kan ?

Baik, hari ni.... pakcik nak ceritakan kat korang semua macam mana seorang yang disahkan gila dan telah membunoh seorang lelaki dek kerana gila dia tu contribute atau dalam bahasa melayu kita menyumbang dalam pembikinan, pembuatan atau penulisan sebuah kamus yang sangat tersohor yaitu English Oxford Dictionary. Untuk pengetahuan korang, kamus Oxford adalah keluaran Universiti Oxford dan dari Oxford only! Bermakna, segala sudut kamus tu adalah dari semakan, tapisan serta perincian dari universiti tersohor Oxford.


Salah seorang manusia yang bertanggung jawab dalam melengkapkan perkataan dari huruf ""A"" didalam Oxford Dictionary adalah Dr. William Chester Minor. Dilahirkan di Ceylon, Sri Lanka pada tahun 1834. Bapak dia berasal dari New England, Amareka, adalah seorang paderi yang berhijrah dari satu negeri ke satu negeri laen dalam nak menyebarkan ajarah kristian. Masa umur dia 14 tahun, William Chester dihatar balik ke Amareka untuk belajar disana. Tak lama lepastu, dia dapat masuk ke Yale Medical School dan graduate dengan degree sekaligus menjadi seorang pakar dalam bidang "perbandingan anatomy" pada tahun 1863.

Bagaimana seorang pelajar jurusan medic boleh hadam perbendaharaan kata dalam actual "english" yang sebegitu banyak ? haaaa... part tu nanti pakcik cita hokeyy.

Bila habis je belajar dalam medic, William Chester mula mencari pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang dia mahir. Kebetulan, perang civil di amareka sedang meletop dan dia diterima masuk kedalam tentera sebagai pakar surgeri. Bila mana menjadi pakar surgeri, William Chester sempat berkhidmat didalam siri pertempuran di Wilderness yang mana hari ini, sejarahwan menyebut peperangan tu sebagai Battle Of The Wilderness pada tahun 1864. Perang ni kejap je jadi, dalam dua hari je. Tapi jumlah kematian dari kedua pihak lebih dari 5000 orang. Dahsyatttt.

Semasa menjadi doktor dalam tentera, William Chester juga pernah diberikan tugas untuk menyeksa tentera Irish dari pihak Union Army. Dia ditugaskan untuk cop muka geng Irish dengan huruf "D" yang bermaksud "Deserter" dari besi yang dipanaskan. Deserted ni maksud dia lebih kurang lari dari medan perang. More to penakut la lebeh kurang. kena semak kamus Oxford untuk lebih pencerahan. Dan disini lah bermulanya episod sakit mental kepada William Chester bilamana dia trauma dari tindakan tindakan penyeksaan dia keatas askar Irish.

Selepas perang saudara di amareka tamat, dia dipindahkan ke New York. Di sini, William Chester mula dapat perangai baru. dia suka habiskan masa dia ke rumah rumah pelacuran yang banyak terdapat di New York masa ni. Sampai la tahun 1867, pihak atasan tentera dapat tau perangai tak elok dia ni, dan dia dengan serta merta dipindahkan ke Florida.

Pada tahun 1868, William Chester Minor mula menampakkan tanda tanda yang dia ni gila. Doktor yang merawat beliau sahkan yang dia mengidap "Delusional" dan acap kali cuba untok membunoh diri. William Chester dengan kerelaan sendiri telah dimasukkan ke hospital gila di Washington D.C yang mana hari ni spital tu dikenali sebagai St. Elizabeth Hospital kat New York amareka sana. Pada tahun 1871, dia dikeluarkan dari hospital tersebut dan ambik keputusan untuk melawat kawan kawan dia, sambil sambil tu dia ingat nak ubah suasana pemandangan dan alam sekeliling mana tau kot kot boleh ubat penyakit gia dia tu. Jadi dia ambil keputusan untuk pergi ke London. Tapi malangnya penyakit dia makin menjadi jadi pulak bila kat London. Dia mula rasa yang ada orang masuk kebilik dia bila dia tidur. Dihantui oleh paranoid, selalu dia fikir ada orang yang cuba untuk bunuh dia. Orang yang sama cuba memecah masuk kedalam bilik tidur dia dan cuba nak menikam dia.

Hasil dari delusional dan paranoid tu, akhirnya pada 17 February 1872, William Chester telah menembak seorang lelaki bernama George Merret. Dia ingatkan George ni adalah lelaki yang selalu nak pecah masuk bilik dia. Bila mana dia tembak George Merret ni betul betul depan rumah Merret masa mamat ni balik dari kerja, William Chester baru perasan muka Marret tak ada tanda "D" dan dia sedar dia dah tersilap tembak orang. Meraung raung dia mintak maaf kepada balu si Merret ni, Eliza.

William Chester dihadapkan kemahkamah, tapi hasil dari perbicaraan pihak juri sebulat suara menyatakan yang William Chester "Tidak Bersalah" atas alasan insenity atau gila. Beliau dijatuhkan hukuman penjara di Hospital gila Broadmoor, Berkshire, England. Tetapi tidak di kelaskan sebagai merbahaya. Jadi dia ditempatkan didalam sebuah bilik dengan kawalan pengawal keselamatan setiap masa. Dipendekkan cerita, William Chester Minor ada mendapat duit pencen dari jawatan dia sebagai doktor dan pakar surgeri semasa didalam tentera dahulu, duit tersebut dia gunakan untuk membeli buku demi mengisi masa lapang dia didalam tahanan wad gila. Separuh lagi duit pencen yang dia dapat setiap bulan, dia telah sumbangkan kepada balu George Merret yang dia bunuh dahulu, Eliza. Kerana dengan kematian suami Eliza, dia dah hilang punca pendapatan. Dengan rasa penuh bersalah, William Chester bagi separuh duet pencen dia kat keluarga tu untok teruskan hidup. Ada sesetengah orang mengatakan lama kelamaan, Eliza baik dengan William Chester ni dan dia tolong belikan buku untuk William. Some said diorang bercinta. nobody know....

Habis part pengenalan.........


Masuk part seterusnya........

Pada tahun 1879, Universiti Oxford telah merancang untuk mengkatalogkan seberapa banyak perkataan yang menjadi pertuturan didalam bahasa inggeris pada masa itu kedalam sebuah buku. Buku tersebut hari ni kita panggil "kamus". Setelah meneliti dan memilih beberapa calon yang sesuai untuk menjadi editor utama kepada buku tersebut, pihak Oxford dengan sebulat suara telah memilih Sir James Augustus Henry Murray yang berasal dari Scotland.

James Murray ni seorang Etymology, lexicographer dan philology. Hebat tak hebat dia ni, dia boleh bercakap dalam banyakkk bahasa pengatara yang ada didunia ni antaranya bahasa English, Itali, France, Italy, Catalan, Spanish, Latin, Portugis, Vaudois, Hebrew, Russia, Arab, dannnn several bahasa bahasa kecil yang ada dalam dunia ni. Hebatkan ? Tapiiiii kalau korang nak tau, sebelum Oxford panggil dia ni, dia tak ada kerja pun. Jobless. Mungkin orang tak berani nak ambil dia bekerja sebab terlalu bijak maybe ? Entahlah....


Dipendekkan cerita, bilamana James Murray mula mengkatalogkan perkataan perkataan inggeris, dia dan geng kumpulan dia start ada masalah dalam menafsir dan mencari asal usul dan makna banyak perkataaan dalam bahasa inggeris. Bukan senang ye korang semua nak mencari the origin of word yang kita sebut hari ni. Perlu dinyatakan asal usul dari mana sesebuah perkataan tu, bagaimana dia berasimilasi dengan sesuatu bangsa dan lidah masyarakat, serta bagaimana proses evolusi perkataan tersebut, semua tu kena dimasukkan dalam kamus pada masa tu.

Jadi, bermula dari masalah tu, James Murray mula mengiklankan kerja kosong didalam surat kabar untuk mencari sukarelawan dalam menjayakan misi tersebut. Iklan mula ditampat dan hihantar termasuk lah ke kedai kedai buku. Haaaa bermua dari sini lah William Chester Minor dapat tau yang James Murray perlukan pertolongan. Dia rasa dia tau cukup banyak the origin of word hasil dari pembacaan pembacaan dia selama dia berada didalam hospital gila. Juga pengalaman dia masa dia jadi doktor dalam sojar dulu.

Layanan yang pehak hospital bagi pada William Chester pun memang cukop baik. Sebut aje nak apa, derang kasik, asalkan dia dapat sembuh sudah. Jadi dikesempatan yang ada tu, William Chester mintak kat pihak hospital dia nak tolong contribute dalam melengkapkan perkataan yang masih tak jumpa asal usul.

Maka bermulala siri penulisan dan penafsiran William Chester ni dari dalam penjara hospital gila dan hasil hasil kerja dia semua dihantar melalui post terus ke pejabat tempat James Murray ni kumpol hasil kerja. James Murray tengok banyak perkataan perkataan yang team dia buntu nak cari makna dan sejarah asal usul dapat si-settle-kan oleh William Chester, seorang pembunuh yang dikurung dalam wad gila.

Kagum dengan hasil kerja dari William, James Murray mula siasat sejarah latar belakang William Chester ni. Dan dia dapati si William ni seorang doktor dan dengan segera James Murray ambik keputusan untuk pergi berjumpa face to face dengan William Chester pada tahun 1891. Diorang berdua jadi kawan baik. Sorang Doktor lulusan Yale universiti, sorang lagi lulusan Oxford universiti. Hasil persahabatan derang ni, jadi la Kamus yang kita rujuk hari ni. Pada tahun 1899, James Murray memberikan pujian kepada William diatas sumbangan besar dia terhadap kamus Oxford yang dihasilkan.

"We could easily illustrate the last four centuries from his quotations alone"

Secara purata, William Chester memberikan sebanyak 12,000 rujukan perkataan dalam melengkapkan perkataan yang bermula dengan huruf "A" dalam kamus tersebut. Pada tahun 1910, dia dibebaskan dan dipindahkan balik ke amareka dan ditempatkan Hospital St. Elizabeth, tempat mula mula dia dapat tau dia sakit mental dulu. William Chester Minor meninggal dunia dengan aman didalam tidur beliau pada tahun 1920. Sebelum dia meninggal, dia disahkan menghidap penyakit schizophrenia dan dipindahkan kerumah beliau pada tahun 1919.

Begitulah serba sedikit yang pakcik boleh ceritakan kat korang kali ni tentang seorang doktor yang gila dek kerana trauma semasa peperangan. Teladan yang kita boleh ambil dari kisah kali ni, walau setinggi mana pun kita belajar, tapi jika kita berenti dari membaca, ilmu kita tidak akan berkembang. Dan seorang yang disahkan gila, dek kerana rajin membaca, lebih banyak pengetahuan dari seorang sarjana. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.


       - Otto Von Bismark -




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2019 05:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2019 06:03 AM | Show all posts
Edited by OttoVonBismark at 29-7-2019 12:27 AM

Kisah William Chester dan James Murray ni telah difilemkan pada tahun 2019 ni dengan tajuk "The Professor And The Madman" Lakonan Mel Gibson sebagai Prof James Murray dan Sean Penn sebagai Doktor gila William Chester. Rating IMDB 7.3, Pakcik dah tengok filem ni dan pakcik rekomen kat korang semua untuk tonton juga. For educational purpose. kekeke... Trimasss kerana membaca semua




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 06:51 AM | Show all posts
Aku mula terpikir, kredit 100+ tak cukup untuk kerja kerja yang pakcik dah curahkan didalam board HML ni. Ye lah kan, pakcik bukannya copy paste. Pakcik baca, cari, compile dan karang setiap perkataan hingga jadi satu cerita menarik yang penuh dengan bahan sejarah. Dan dalam tak sedar dah banyak yang pakcik contribute dalam board HML nim. Congratsssss pakcik OttoVonBismark.

mohon @nurrlisa masuk mengadap. Pakcik Otto kesayangan dah kembali. keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 07:09 AM | Show all posts
sebab kewujudan kamus oxford subjek english makin susah banyak homework
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
pakcik otto is back!


huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-7-2019 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 28-7-2019 11:09 PM
sebab kewujudan kamus oxford subjek english makin susah banyak homework

Ala kesian la kat ko ye. Pakcik tak sedau pulak kaitan kamus tu dengan keje sekolah ko. Huhuhu.... cer cita siket.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Weller replied at 28-7-2019 11:23 PM
pakcik otto is back!



Hoyeahhh. Pakcik is back. Trimasss kerana membaca wellerrrr.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2019 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
winamp05 replied at 28-7-2019 10:51 PM
Aku mula terpikir, kredit 100+ tak cukup untuk kerja kerja yang pakcik dah curahkan didalam board HM ...

Thank you arigato lah SMOD. Lenkali nak bagi kredit tu berlebeh lebeh lah sediket ye. Pakcik tau ko tadak kedekut lah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
U back!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
winamp05 replied at 29-7-2019 06:51 AM
Aku mula terpikir, kredit 100+ tak cukup untuk kerja kerja yang pakcik dah curahkan didalam board HM ...

Kang kite bg 100 kena marah. Susah jd mod rupenye
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
winamp05 replied at 29-7-2019 06:51 AM
Aku mula terpikir, kredit 100+ tak cukup untuk kerja kerja yang pakcik dah curahkan didalam board HM ...

Best kan bod sejarah skrg? Tq to me eh.hahahahha. n to u sbb benarkan n bebaskan sy buka pelbagai topic dr hedonism dan serius.

Tq juga pd pembuka thread yg lain. N yg setia membaca. ramai yg appreciate ilmu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 29-7-2019 12:35 AM
U back!

Hell yeahhhh. Im backkkkk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 29-7-2019 12:39 AM
Kang kite bg 100 kena marah. Susah jd mod rupenye

Sapa yang nak marah ko ? Kasik la bebanyak kat pakcikkkk.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 08:59 AM | Show all posts
OttoVonBismark replied at 29-7-2019 05:43 AM
Untuk rujukan korang, Pakcik copy paste semua link cerita yang pernah ditulis dalam ni. Klik untok m ...

nice..

tq pakcik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2019 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 29-7-2019 12:59 AM
nice..

tq pakcik..

Haaaa evie... lama nau rasanya pakcik tak bertegur sapa dengan ko ni. Sehat evie ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2019 09:14 AM | Show all posts
ohmaigod~ pakcik otto.  Lama nye x nampak

i drop komen dulu baru sambung baca...  
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 09:17 AM | Show all posts
terima kasih atas sejarah ini. kalau tidak, mmg tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 09:18 AM | Show all posts
aik, tadi dah komen...isk..


terima kasih diatas sejarah yg hebat ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
epuepy replied at 29-7-2019 01:14 AM
ohmaigod~ pakcik otto.  Lama nye x nampak

i drop komen dulu baru sambung baca...

Hoooomaiii... epuepy ! Lama sngt ke pakcik menghilang. Huhuhu. Sorang sorang mula keluar balik dan refresh memori pakcik ni nak. Trimassss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.074008 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list