Hubungan adik beradik yang utuh dan akrab adalah amat menguntungkan. Susah senang dan suka duka selalu dikongsi bersama.
Selalunya, kita sedaya upaya memenuhi permintaan adik-beradik kerana kasih sayang kita pada mereka. Ini termasuklah membuat power bank sendiri. YA! Membuat power bank.
Sumber - Twitter Aaoisora
Seorang pengguna Twitter dari Johor, Mohamed Amir Hariz telah berkongsi cerita mengenai adiknya, Mohamed Arief Hariz Mohamed Azrin yang telah berjaya membuat sendiri sebuah power bank menerusi akaun Twitter beliau, Aaoisora [@Goodensora].
Beliau pada mulanya ingin memiliki sebuah power bank dan menyatakan hasratnya itu pada adiknya.
Power bank itu boleh berfungsi seperti power bank lain.
Amir turut berkongsi video bagaimana powerbank itu berfungsi.
Power Bank yang dinamakan Power Bank Pening itu turut dijadikan projek sekolah adiknya untuk subjek Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT).
Menurut Amir lagi, power bank itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa dengan menambah lampu dan menukar kotak dengan alat lain yang lebih kukuh.
Adiknya berusia 14 tahun itu merupakan pelajar tingkatan dua dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor.
Perkongsian Mohamed Amir Hariz mendapat pujian netizen yang rata-ratanya turut kagum dengan kreativiti adiknya.
Mohamed Amir Hariz bersama adiknya Mohamad Arief
Setakat artikel ini ditulis, video ciptaan Mohamed Arief sudah mencapai 52,400 tontonan, manakala gambar dimuat naik pula mendapat lebih 11,100 ulang ciap dan 9,200 tanda suka.
Teruja bila ada anak Melayu berbakat seperti adik ini! - CARI
|