View: 3892|Reply: 30
|
Bukan Setahun Dua, Tapi 17 Tahun Tunggu Gaji Tak Berbayar
[Copy link]
|
|
60 bekas pekerja sebuah kilang di Bandar Seri Alam merintih nasib menunggu bayaran tunggakan gaji sejak 17 tahun lalu.
Memetik Harian Metro, Ramli Warith, 52, antara 60 bekas pekerja terbabit mendakwa 17 tahun mereka menunggu bayaran tunggakan gaji.
Difahamkan, Ramli yang mula bekerja di syarikat berkenaan sejak 1988 hingga 2002 masih belum menerima tuntutan gaji yang keseluruhannya berjumlah RM195,631.
Katanya, bekas majikan mula berdepan masalah pembayaran gaji pekerja pada 2001.
Kredit foto: Harian Metro
Berikutan itu, 60 pekerja yang terjejas mengadu mengenai masalah tunggakan bayaran gaji kepada Pejabat Tenaga Kerja Johor.
“Pada 20 November 2002, Pejabat Tenaga Kerja memutuskan dan mengeluarkan arahan supaya syarikat itu membayar gaji dan elaun 60 pekerja yang tertunggak berjumlah RM195,631 menerusi arahan Penolong Pengarah Buruh Kanan.
“Malangnya sehingga kini kami tidak menerima bayaran berkenaan menyebabkan kebanyakan daripada kami membuat laporan polis selain mengadu kepada Jabatan Insolvensi Malaysia,” katanya.
Pada 2007, Ramli membuat laporan polis di Balai Polis Kota Tinggi berikutan tidak menerima tuntutan gaji sebanyak RM9,000.
Lebih 10 kali berulang-alik dalam usaha menuntut tunggakan gaji, namun tiada maklum balas memuaskan daripada pihak Pejabat Tenaga Kerja.
“Pejabat Tenaga Kerja menyatakan perintah pembayaran sudah dikeluarkan dan ia menjadi tanggungjawab majikan untuk menyelesaikan masalah itu.
“Kebanyakan daripada kami kurang berpelajaran dan tidak tahu saluran bagi menuntut hak dan pembelaan kerana bekas majikan masih tidak membayar gaji kami,” katanya.
Lebih terkilan apabila tiga rakannya yang bekerja di kilang sama sudah meninggal dunia tanpa menerima tunggakan gaji mereka.
“Walaupun mereka sudah tiada, hasil titik peluh mereka seharusnya dibayar kepada keluarga dan saya berharap pihak berkaitan bertindak sewajarnya membantu kami.
“Kami sedar kilang berkenaan masih beroperasi, namun sudah diubah nama syarikatnya.
“Ada antara kami yang sudah berusia 70-an dan dimamah usia. Kami tidak pasti sehingga bila berdaya untuk menanti bayaran tunggakan gaji itu,” rayunya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mak aii lama gila menunggu
sebulan dua pon dah meroyan wei
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah..lama nya... semoga dorang dapat la gaji 17 tahun tu... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa baru skg bangkitkan...???
|
|
|
|
|
|
|
|
woww....bangsa mana tu....sampai cam tu sekali berlaku.... |
|
|
|
|
|
|
|
Punyalah lama mereka bersabar, moga ada jalan penyelesaian segera buat mereka |
|
|
|
|
|
|
|
sama dgn arwah ayah ku..huhu dulu dia keje hotel merlin,kl..tak dpt gaji 3bulan terakhir nya... tahun 1990.. dah 30tahun.. nak tuntut pun susah, sbb company/management dah bankrupt...
skrg pun hotel merlin tu dah tukar jadi concorde |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi ke company tu masalahnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
kilang masih ada beroperasi, cuma dah tukar nama. Bole jadi tukar management sekali la kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
astaga ... 17 tahun khau tunggu? |
|
|
|
|
|
|
|
Lama sungguh, semoga dapat settle dengan cepat. Kasihan orang itu. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..keluarkan arahan tu mcm ckp mulut je keee??enforcement mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu replied at 31-7-2019 11:43 AM
kenapa baru skg bangkitkan...???
Kan dia kata dah lama dia tuntut tp sbb dia xpndai, so xtau saluran yg betul. Agknya medsoc pon xreti guna. Kesian pulak. Kejam sgt mentang2 diaorang ni miskin |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik iols keje kat salah satu kilang femes kat malaysia ni.
dorang pernah berhenti kan pekerja ramai2, and by right should pay compensation kan.
dorang janji nak byr, tp tak byr2.. bila fight kat court pakcik i and the gang kalah..
maybe lawyer kilang tu hebat.. kesian pekerja2 yg teraniaya tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
17 hidup tanpa gaji cmna diorg sara hidup ya |
|
|
|
|
|
|
|
Lamanya tunggu.. Abis tu 17tahun tu mkn pakai ape? Kesabaran tahap tertinggi betul |
|
|
|
|
|
|
|
RED 666 replied at 31-7-2019 07:46 AM
17 hidup tanpa gaji cmna diorg sara hidup ya
i menang kes nnti i bayar la.
u tau kan i bukan xde gaji. i menang i bayar la.
|
|
|
|
|
|
|
|
cikatilia replied at 31-7-2019 11:14 AM
mak aii lama gila menunggu
sebulan dua pon dah meroyan wei
Siannya.. bertabahlaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|