CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1258|Reply: 7

Penggunaan kata Ganti Diri "Tuan" dan Pemikiran Feudal Melayu

[Copy link]
Post time 1-8-2019 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Malaysia.Doom at 1-8-2019 12:51 PM

Salam,

Hari ini aku nak bawakan satu kelemahan Bahasa Melayu dan kelemahan komunikasi orang Melayu.

Sebenarnya orang Melayu banyak kelemahan terutama dlm perbualan harian mereka yg mereka panggil sebagai 'Bahasa Pasar'. Perkara ini sangat menarik untuk dibincangkan kerana kelemahan komunikasi Dan kelemahan BM itu sendiri akan membuatkan Bahasa Melayu tidak dihormati dan dianggap satu bahasa yang tidak berkesan.

Saya nak fokuskan pada perkataan "Tuan" sebab perkataan Tuan adalah satu panggilan utk menggantikan nama sebagai penghormatan.

Ini berdasarkan pengalaman saya berkomunikasi dengan seorang pelanggan berketurunan Melayu Asli.
Dalam perbualan tersebut saya memanggil dia sebagai Tuan di dalam WhatsApp. Semasa pertemuan secara berdepan beliau telah menegur saya kerana memanggil beliau Tuan dan mengganggap gelaran tersebut terlalu Feudal malah mengatakan saya Low Self Esteem dan tidak berwibawa.

Secara peribadi saya mengganggap dia seorang YG tidak professional kerana dia memanggil Saya sebagai "Bro". Mungkin dia mahu Saya mengganggap dia sebagai kawan. Tetapi Saya mengganggap hubungan saya dengan dia hanya dalam konteks perniagaan. Dimana saya melihat dia sebagai customer dan gelaran tersebut sebagai penghargaan dan menghormati beliau hanya sebagai pelanggan saya.

Saya cuba lakukan kajian sedikit terhadap panggilan Tuan ini. Panggilan Tuan ini membawa 2 maksud di dalam BM dan gelaran bersifat Feudal itu ditafsirkan pada tafsiran ke - 6 di dalam Kamus Dewan tapi dari segi stigma Pemikiran Melayu mereka meletak tafsiran Tuan sebagai Feudalistik pada kedudukan pertama.

Lebih menarik apabila saya membuat perbandingan dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina/Mandarin

Di dalam Bahasa Inggeris perkataan Tuan boleh diterjemah sebagai Master dan juga Sir. Di sini Kita dapat melihat kedaifan Bahasa Melayu di dalam perbendaharaan kata untuk Master dan juga Sir. Ini membuatkan orang Melayu ygang masih terperangkap dlm sistem Monarki dan juga terlalu terdedah pada BI mengganggap perkataan Tuan sebagai Master bukan Sir. Sedangkan di UK dan USA perkataan Sir sangat meluas digunakan dalam urusan perniagaan kerana bersifat formal dan menghargai.

Dari sudut perbandingan dengan Bahasa Mandarin. Kita dapat melihat pula Bahasa Mandarin sebagai bahasa yg sistematik tidak banyak perkataan sinonim dan kurang serapan bahasa asing membuatkan Bahasa Mandarin adalah sebuah bahasa YG bersifat liberal, berkesan, jelas dan sistematik tanpa rasa curiga dan keliru. Ini boleh saya buktikan dengan menterjemahkan perkataan Tuan ke dalam Bahasa Mandarin. Di dalam bahasa Mandarin "Tuan" atau Sir membawa maksud Xiansheng, bahkan Encik atau Mister juga membawa maksud Xiansheng. Sedangkan Tuan atau Master bermaksud "Zhu" iaitu Lord, Owner atau God di dalam BI. Di dalam masyarakat Cina juga tidak Wujud penggelaran title tertentu kerana masyarakat Cina banyak terpengaruh dengan liberalisme yg diterapkan oleh fahaman Komunisme yg menjadikan bahasa Dan Pemikiran mereka kurang curiga, saling menghormati dan bersifat berkesan.

Orang Melayu jika mahu kaum dan Etnik lain (Bukan Melayu) menghormati bahasa mereka, Pertama mereka perlu memperbetulkan stigma pemikiran mereka yang terperangkap di dalam Feudalisme, kedua mereka perlu berlatih memperbetulkan pertuturan mereka menggunakan standard kebangsaan bukan di dalam bahasa Pasar atau bahasa dialek. Untuk menyuruh orang lain menjadi kelompok masyarakat yang dihormati bersusila, masyarakat yang menjemput itu perlulah bertatasusila dan bersifat benar dan lurus terlebih dahulu. Apatah lagi masyarakat yangdijemput itu dari tamadun tinggi dan tua seperti Eropah dan China.

Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2019 12:30 PM | Show all posts
biasa panggil darling je...
lagi hormat..lagi masyukkk...hahahaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2019 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 1-8-2019 12:30 PM
biasa panggil darling je...
lagi hormat..lagi masyukkk...hahahaha...

Dah update...baca perenggan akhir.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 1-8-2019 12:43 PM
Dah update...baca perenggan akhir.

baik Tuan.

jgn marah2..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2019 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dgn client, panggil encik kalau lelaki, puan kalau perempuan. Hihi tapi diorang tak suka sangat. Diorang bahasakan diri akk pulek. Tp ai ttp pgl puan kalau berbalas whatsapp
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2019 07:48 PM | Show all posts
orang sekarang ber bosskur jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 2-8-2019 12:57 PM
kuroblack replied at 1-8-2019 07:33 PM
Kalau dgn client, panggil encik kalau lelaki, puan kalau perempuan. Hihi tapi diorang tak suka sanga ...


Orang Malaysia ni memang Kurang Adab sikit kalau menggelarkan diri.

Diorg ingat Kita NI Ahli keluarga atau kawan2 diorg ke nak berabang kakak pakcik makcik bro sis.

Dekat Barat orang asing diorg susah nak approach...tu YG Kat Malaysia senang sangat jadi mangsa scam...berabang2 sikit Terus lentok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2019 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 2-8-2019 12:55 PM
crazybeach replied at 1-8-2019 07:48 PM
orang sekarang ber bosskur jah


Kalau nak beli barang siap panggil boss taukeh tu

Dlm Mandarin aku terima la pemilik kedai tu di Panggil Laoban atau Taukeh dlm Hokkien.

Sebab maksud Peniaga...

Kita dalam BM Mana Ada panggil Peniaga sebagai Peniaga atau Tuan Peniaga

Nampak sangat perbedaharaan BM sangat Lemah dalam urusan Bisnes.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.077959 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list