View: 1734|Reply: 3
|
Wacana itu , The Dialogue....
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 1-8-2019 01:19 PM
Assalamualaikum para pembaca budiman
saya memohon keizinan Penulis , si Empunya FB untuk dipaparkan sedikit dialogue yg berlaku di bawah ini.
ambiklah iktibar , carilah ilmu , rujuklah si guru yg kamu yakini keilmuan mereka dan sanad keilmuan mereka.
sumber asal ( boleh rujuk )
[url=https://www.facebook.com/drkhalif/?__xts__[0]=68.ARCcqe1]https://www.facebook.com/drkhalif/?__xts__[0]=68.ARCcqe1[/url]
Orang Tua Yang Banyak Bertanya (1)
Suatu hari ada seorang yang telah berumur datang ke pejabat saya untuk bertanyakan banyak soalan. Katanya ramai sudah ulama' yang ia tanyakan tetapi tiada jawapan yang memuaskan diberikan. Apakah soalannya?
Tidak ada pun satu ayat dalam al-Qur'an yang mengishtiharkan nabi Muhammad sebagai autoriti dan rujukan dalam segala hal agama, bukankah ini bermakna anggapan kaum Muslimin bahawa Nabi Muhammad itu wajib diikuti dan sunnahnya wajib diteladani adalah andaian belaka, tafsiran para ulama' sahaja, bukan datang daripada Tuhan? Jawapan
Tidak benar dakwaan bahawa tiada satu pun ayat dalam al-Qur'an yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah autoriti dan rujukan dalam agama. Bahkan sebenarnya banyak ayat berkenaan dengan hal ini, antaranya surah al-Ahzab ayat 40 (33:40) yang menegaskan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah dan penutup segala nabi; juga surah al-Nisa' ayat 59 (4:59) yang memerintahkan orang beriman untuk mentaati Allah, mentaati rasul dan merujuk kepada al-Qur'an dan al-Sunnah ketika berlaku perselisihan; juga surah al-Hashr ayat 7 (59:7) yang menegaskan bahawa apa sahaja yang dibawa oleh baginda Rasulullah mestilah diterima dan apa sahaja yang dilarang oleh baginda mestilah dijauhi. Semua ayat ini telah meletakkan dan mengiktiraf Rasulullah salla'Llah 'alayhi wa sallam sebagai autoriti dan rujukan utama dalam memahami dan melaksanakan agama Allah. Beliau menyanggah:
Tetapi mengapa tidak ada surat kuasa/perishtirahan sebagaimana layaknya seorang raja mengeluarkan surat kuasa kepada orang bawahannya? saya rasa sepatutnya Tuhan memberikan surat kuasa itu kepada Nabi, bukan satu dua ayat yang tidak jelas dan terpisah-pisah. Jawapan
Al-Qur'an itu sendiri adalah 'surat kuasa', mu'jizah, burhan (bukti yang nyata) yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi. Di dalamnya ada perintah-perintah Tuhan, yang walaupun terpisah-pisah tetapi memiliki kesatuan dan keharmonian. Sehingga ia menjadi satu-satunya buku yang boleh difahami dengan membacanya bermula dari mana sahaja. Tuhan tidak seperti raja di kalangan manusia, yang boleh dipersoalkan dan ditambahbaik setiap tingkah lakunya. Sebagai manusia yang kenal Tuhan dan kenal diri kita perlu memahami bahawa pengetahuan manusia tentang Tuhan adalah sangat terbatas, manusia tidak mampu mengetahui tentang ZatNya dan Af'alNya. Adalah tidak rasional seorang pekerja kecil yang tidak tahu apa-apa tentang syarikat dan perusahaan ingin memberitahu bos besar bagaimanakah sepatutunya ia mengendalikan syarikat. Maka adalah tidak wajar kamu mahu memberitahu Tuhan bagaimana sepatutnya Tuhan melakukan sesuatu. _____________________________________________________________ NOTA saya ( ini bukan nota penulis) : Fahami konsep : aqidah paling asas : islam , iman , ihsan fahami konsep asas: siapa itu rasul. sifar rasul fahami konsep : submission in islam ( ADDIN ) kata akar itu fahami makna agama
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 1-8-2019 01:16 PM
Orang Tua Yang Banyak Bertanya (2)
Ada orang yang sudah berumur datang ke pejabat saya bertanyakan banyak soalan. Katanya telah ramai ulama’ aku tanya tidak seorang pun memberi jawapan yang memuaskan.
Apakah soalannya?
Mengapa di dalam al-Qur’an Allah mengatakan bahawa Ia menciptakan manusia sebaik-baik kejadian, tetapi dalam ayat yang lain Ia mengatakan bahawa manusia adalah hambaNya? Bukankah ia bercanggah dan tidak masuk akal, apabila seseorang itu diangkat tetapi kemudiannya direndahkan?
JAWAPAN:
Memang jika dinisbahkan hamba kepada manusia ia adalah suatu kehinaan, namun demikian apabila perhambaan itu dinisbahkan kepada Tuhan sekelian alam, maka ia adalah suatu kemuliaan.
Menjadi hamba kepada manusia bermakna ia bergantung kepada orang yang ia sendiri bergantung kepada orang lain, yang diatur oleh kuasa lain, maka pergantungan kepada manusia yang lemah akan menjadikan kita semakin lemah, dan kerananya hina.
Sebaliknya apabila seseorang itu bergantung kepada yang Maha Kuasa, Yang Maha Besar, Yang memiliki segalanya, maka ia akan menjadi kuat dan mulia kerana orang lain tidak memiliki kemuliaan dan kelebihan itu.
Allah menciptakan manusia sebaik kejadian kerana manusia adalah ciptaanNya yang paling istimewa dan untuk tujuan yang lebih besar iaitu menjadi khalifahNya. Namun manusia tidak boleh lupa bahawa ia tetap merupakan hamba Allah dan kelebihan yang Allah berikan padanya tidak menjadikannya bebas daripada Tuhan, tidak tertakluk pada kuasa dan aturanNya.
Kebenaran hanya akan dapat dicapai jika kita ada sifat tawadu’, merendah diri.
|
|
|
|
|
|
|
|
apabila hati yg ingin ikhlas menuntut ilmu disertai dengab kejujuran , maka kejujuran jugalah yang akan sampai kepadanya ... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah dalam Quran pun ada surah yg bernama Maryam, Luqman, Muhammad , apakah mahu ditanya lagi tentang authority si manusia yg berada dalam Kalamullah?
simple logiclah kalau dikatakan bebetul pelajri al Quran atau nak ikut sangat Al Quran.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|