CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10804|Reply: 39

10 Fenomena Semulajadi yang Menarik di Seluruh Dunia

[Copy link]
Post time 3-8-2019 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by lilbub at 3-8-2019 04:50 PM



1. Catatumbo Lightning: Tempat Paling Berelektrik di Bumi (Venezuela)

Fenomena atmosfera yang kuat ini berlaku di Venezuela dan di hilir Sungai Catatumbo yang mengalir ke dalam Tasik Maracaibo. Fenomena ini berlaku selama  140-160 malam setahun di mana ia berasal dari awan ribut pada ketinggian lebih dari 5km. Kilat ini berlangsung selama 10 jam sehari dengan frekuensi 280 kilat setiap jam. Kilat yang luar biasa ini dapat dilihat dari sejauh 400 batu.


Beberapa kajian dari Universiti Andes  mencadangkan bahawa kilat ini terhasil yang disebabkan oleh uranium dipercayai berada di dasar hamparan batu-batuan yang terdapat di kawasan tersebut. Antara tahun 1997 dan 2000, selepas beberapa kajian, model Mikrophysics pertama kilat Catatumbo dihasilkan oleh Nelson Falcon. Beliau percaya bahawa punca utama fenomena ini adalah deposit minyak di rantau ini dan metana yang dihasilkan di kawasan berair tersebut.




2. Brinicles: Jejari  Ais Kematian (Antartika)
Fenomena berais ini disebabkan oleh air garam yang sejuk dan tenggelam , yang lebih padat daripada air laut yang lain. Suhu air garam ini adalah di bawah 0C, dan apabila ia menyentuh air pada suhu yang lebih panas di bawah permukaan, ia menyebabkan air membeku dalam sarung yang berais. Selongsong ini dipanggil brinicle.


Jejari Ais Kematian 'Brinicle' di Antartika dipanggil sedemikian kerana apa sahaja yang disentuh oleh Brinicle di bawah laut akan membekukan segala-galanya, termasuk landak laut tapak sulaiman.



3. Blood Rain : Kerala, India

Fenomena ini merupakan peristiwa hujan darah yang berlaku dari 25 Julai hingga 23 September 2001, apabila hujan lebat berwarna merah turun di Kerala, India. Hujan kuning, hijau, dan hitam juga dilaporkan.


Lain-lain mencadangkan bahawa hujan merah disebabkan oleh kehadiran debu padang pasir yang mungkin berasal dari Gurun Arab. Cadangan ini kemudiannya ditolak apabila mereka menjalankan siasatan menyeluruh dan mendapati bahawa hujan ini tidak membawa debu padang pasir. Kerajaan kemudian menjalankan kajian dan mendapati bahawa hujan berwarna ini disebabkan oleh spora bawaan udara dari genus trentepohlia yang merupakan jenis alga hijau yang berkembang biak di kawasan tersebut. Spesies spora inikemudiannya dinamakan sebagai Trentepohlia annulata.



4. Sailing Stones: Death Valley, USA

Batu berlayar adalah fenomena geologi yang sentiasa membuatkan orang kagum. Batu-batu ini bergerak sendiri dari satu arah ke meninggalkan kesan pergerakan di sepanjang lantai lembah tanpa campur tangan haiwan atau manusia. Batu-batu dengan permukaan bawah yang licin boleh bergerak dari satu arah ke arah yang lain manakala batu-batu dengan permukaan bawah kasar hanya bergerak secara lurus.


Beberapa hipotesis telah dicadangkan mengapa batu ini bergerak dan bagaimana ia berlaku. Batu berlayar di Racetrack Playa, Taman Negara Death Valley di California mula-mula dikaji pada tahun 1900-an kerana laluannya sangat terkenal. Para saintis tidak dapat mencari jawapan selama hampir satu abad dan pada tahun 2014, mereka akhirnya menyelesaikan misteri ini dengan menggunakan rakaman video. Ia mendedahkan bahawa batu-batu itu bergerak di atas lembaran ais nipis dengan kelajuan angin yang rendah.

5. Frost Flowers

Bunga beku terbentuk apabila tanah tidak lagi beku tetapi udara sekitarnya tetap sejuk. Seperti air yang mengembang apabila membeku, air dalam tumbuhan juga akan berkembang dan sepanjang proses pengembangan ini, akan berlaku retakan panjang  dan nipis pada batang tumbuhan. Semasa tindakan kapilari, kandungan air dalam tumbuhan dikeluarkan dari kawasan retakan itu dan membeku kerana ia menyentuh udara sejuk.  


Bunga-bunga beku ini biasanya dijumpai di kawasan-kawasan yang teduh pada awal pagi dan meleleh dengan cepat apabila disentuh oleh cahaya matahari. Bunga ini juga sangat halus dan boleh pecah dengan mudah apabila disentuh.


5. Flammable Ice Bubbles,  Alberta'sLake Abraham

Gelembung ais  beku di bawah Lake Abraham mungkin kelihatan seperti permata musim sejuk, namun gelembung ini sebenarnya mengandungi metana, gas yang sangat mudah terbakar. Kebanyakan masa, metana yang membebaskan diri ke permukaan air agak tidak berbahaya - tetapi jika anda menyalakan api pada saat salah satu gelembung ini meletup, maka berhati-hati.


Gelembung metana terbentuk dalam di dalam air apabila bahan organik mati (daun dan haiwan) jatuh ke dalam air dan tenggelam ke bawah, untuk dimakan oleh bakteria. Bakteria memproses bahan organik ini dan membebaskan metana, yang bertukar menjadi gelembung putih ketika bersentuhan dengan air beku.

  
6. Fairy Circle: Southern Africa Namib's Desert

Di padang rumput yang terletak gurun Namibia di Afrika Selatan, terdapat lingkaran bulatan yang tidak di tumbuhi rumput. Bulat-bulatan ini berdiameter antara 10 hingga 65 kaki.


Terdapat berbagai teori yang dihujahkan oleh saintis untuk menerangkan punca terjadinya bulatan-bulatan kosong ini. Teori pertama mendakwa fairy circles ini disebabkan oleh anai-anai yang membuat sarang di bawah tanah kosong tersebut. Dengan membuat tanah berliang, anai-anai ini membina takungan air hujan 50 sentimeter di bawah permukaan, yang membantu kehidupan anai-anai dan ekosistem di sekelilingnya.

Hujah alternatif lain berlakunya fairy circles adalah lingkaran ini terbentuk disebabkan oleh tumbuhan bersaing untuk air. Tumbuhan membantu tumbuhan berdekatannya dengan mewujudkan teduhan dan mengekalkan air di permukaan tanah, tetapi menghalang tumbuhan yang jauh darinya dengan menumbuhkan akar yang panjang yang mengeluarkan air dari tanah.


7. Lenticular Clouds

Sesetengah ahli meteorologi percaya bahawa awan lenticular mungkin merupakan penjelasan untuk beberapa objek UFO (Objek Penerbangan Tak dikenal) yang dilaporkan oleh orang awam selama ini. Awan ini tidak bergerak, berbentuk lensa dan terbentuk di troposfera. Awan ini biasanya sejajar dengan arah angin.


Bagaimana awan lenticular terbentuk? Apabila aliran udara di sepanjang permukaan bumi terhalang (boleh jadi halangan mekanikal seperti jambatan dan bangunan atau halangan semulajadi seperti gunung, bukit dan lembah) terbentuk. Ia berbeza bergantung kepada kelajuan angin dan saiz objek yang menghalang aliran udara. Siri gelombang yang berskala besar mungkin terbentuk apabila udara lembap yang stabil mengalir di atas gunung. Udara lembap ini boleh terkondensasi dan membentuk awan lenticular apabila suhu di puncak gelombang jatuh ke titik embun.


Orang mungkin tidak tahu kewujudannya kerana awan lenticular tidak terbentuk di kawasan datar atau rendah. Inilah sebab mengapa awan ini tidak begitu diketahui.


8. Moonbow

Moonbow adalah fenomena atmosfera yang jarang berlaku yang berlaku apabila cahaya bulan dipantulkan dan diserakkan dari titisan air di udara. Moonbows jauh lebih tipis daripada pelangi yang dibuat oleh matahari dan sering kelihatan putih. Ini disebabkan oleh jumlah cahaya yang lebih kecil yang dipantulkan dari permukaan bulan.

Bulan pada fasa paling terang yang dikenali sebagai bulan purnama diperlukan untuk membentuk Moonbow. Ia juga mesti berlakunya hujan, langit mesti gelap dan bulan mesti sangat rendah di langit (kira-kira 42º di atas ufuk). Semua ini disatukan menjadikan Moonbow sangat istimewa dan jarang berlaku!


Terdapat beberapa lokasi di seluruh dunia di mana Moonbow lebih kerap berlaku. Kebanyakan lokasi ini cenderung mempunyai air terjun, yang mewujudkan lapisan kabut di udara. Beberapa lokasi ini termasuk Taman Negara Yosemite di California dan Cumberland Falls State Resort Park di Kentucky, Victoria Falls di sempadan Zambia dan Zimbabwe dan Waimea di Hawaii.


9. Great Blue Hole: Belize
The Great Blue Hole adalah sinkhole gergasi di luar pantai Belize. Ia terletak berhampiran pusat Reef Lighthouse. Lubang itu berbentuk bulat, berdiameter 318m dan kedalaman 124m.  


Ia terbentuk semasa beberapa episod Quaternery Glaciation apabila paras laut jauh lebih rendah. Analisis stalaktit yang terdapat di Great Blue Hole menunjukkan bahawa pembentukan berlaku pada 153,000; 66,000; 60,000; dan 15,000 tahun yang lalu. Apabila lautan mula kembali dalam semula, gua itu dibanjiri dengan air laut.  


Great Blue Hole adalah tempat yang popular di kalangan penyelam skuba rekreasi yang mengambil peluang untuk menyelam dalam air yang jernih & melihat berbagai spesis ikan di dalamnya.

10. Giant Causeway: Northern Ireland
The Giant's Causeway adalah kawasan dengan 40,000 kolumn basalt yang bersambung, hasil letusan gunung berapi purba. Ia terletak di County Antrim di utara Ireland. Ia diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1986, dan rizab alam semula jadi pada tahun 1987 oleh Jabatan Alam Sekitar Northern Ireland.


Dalam satu tinjauan pada tahun 2005 oleh pembaca Radio Times, Giant's Causeway dinamakan sebagai keajaiban semula jadi keempat terbesar di United Kingdom. Puncak kolum ini membentuk tempat loncatan batu yang mengarah dari kaki tebing dan menghilang di bawah laut. Kebanyakan tiang adalah heksagon, walaupun terdapat juga beberapa dengan empat, lima, tujuh atau lapan sisi. Yang paling tinggi adalah kira-kira 12 meter (39 kaki) tinggi.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2019 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice info..tq tt
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Subhanallah

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
menariknya
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 07:57 PM | Show all posts
ada satu fenomena alam pelik,dalam laut ada kolam air. xtau pebenda nama tempat tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2019 08:05 PM | Show all posts
zennaya replied at 3-8-2019 07:57 PM
ada satu fenomena alam pelik,dalam laut ada kolam air. xtau pebenda nama tempat tu.

Tasik bawah Gulf Mexico ke?

Yang ni kot

Scientists have discovered a 'lake' in the Gulf of Mexico. Everyone, who enters this pool at the bottom of the sea will suffer horribly.

Erik Cordes, associate professor of biology at Temple University, has researched the pool and described his findings in the journal Oceanography.
"It was one of the most amazing things in the deep sea. You go down into the bottom of the ocean and you are looking at a lake or a river flowing. It feels like you are not on this world", Cordes told Seeker.

The water in the 'lake within the sea' is about five times as salty as the water surrounding it. It also contains highly toxic concentrations of methane and hydrogen sulphide and can thus not mix with the surrounding sea.

For animals (and people) who swim into it, these toxic concentrations can be deadly. Only bacterial life, tube worms, and shrimp can survive those circumstances.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2019 08:10 PM | Show all posts
lilbub replied at 3-8-2019 08:05 PM
Tasik bawah Gulf Mexico ke?

Yang ni kot

x sure la. yg ni orang x bole nak swim dlm tu. tapi ada diver siap terjun dalam kolam kat laut tu. ia bukan tasik,tapi laut

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you for sharing tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2019 08:48 PM | Show all posts
cantikkk
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Maha suci Allah...so cantikk
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
zennaya replied at 3-8-2019 08:10 PM
x sure la. yg ni orang x bole nak swim dlm tu. tapi ada diver siap terjun dalam kolam kat laut tu. ...

Sungai dlm laut jacque costeau kaji tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
No. 6 tu mcm kurap plak.
Nice thread tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2019 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 3-8-2019 10:48 PM
No. 6 tu mcm kurap plak.
Nice thread tt

Exactly! kalau google ada gambar yang nampak macam kurap
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
lilbub replied at 3-8-2019 10:59 PM
Exactly! kalau google ada gambar yang nampak macam kurap

I don't wanna google pls.ni pun meremang geli
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice info tt
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2019 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
great info  I likeeeee!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2019 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Subhanallah... Tq tt. Good info
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2019 09:18 AM | Show all posts
Cantiknya ciptaan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2019 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Good information tt. Spatutnya mod bagi u byk kredit
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2019 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
info
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.113433 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list