CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6960|Reply: 62

[Tempatan] Insta-story tempat sindir menyindir rakan niaga?

[Copy link]
Post time 5-8-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Tudunghitam at 5-8-2019 12:53 PM

Macam mana INSTAGRAM yang asalnya untuk peminat-peminat fotografi berkongsi gambar menarik kini menjadi tempat sesetengah pengasas produk sindir menyindir rakan niaga lain? Budaya baru ini amat memalukan dan menyalahgunakan Instagram yang asalnya untuk perkongsian visual menarik peminat-peminat gambar. Tidak dapat berfikirkah pengasas-pengasas produk ini?

Keadaan ini diburukkan lagi dengan adanya Insta-story kerana mereka tahu Insta-story hanya bertahan selama 24 jam. Walaupun followers boleh 'snapshot' isi kandungan Insta-story, si pelaku akan mengatakan yang dia tidak pun menyuruh orang lain snap shot IGS tersebut.


Hasilnya? Pelaku dengan senang hati membuat apa sahaja fitnah menerusi IGS kerana tulisan itu akan "terpadam" selepas 24 jam. Selama 24 jam seramai 400,000 followers dapat membaca tulisan berbaur ejekan dan fitnah itu, tetapi mangsa yang difinah tidak dapat mengambil tindakan undang-undang kerana mahkamah memerlukan mangsa untuk membuktikan kerugian-kerugian tertentu untuk menang saman malu. Selalunya, mangsa tidak dapat membuktikan apa-apa kerugian kerana gosip itu berlegar cuma di kalangan pengguna Instagram . Walaupun mangsa sakit hati dan terganggu emosi selama 2-3 hari, mangsa tidak mengalami kerugian financial/pekerjaan sedangkan perkara ini perlu dalam proses saman malu. IG story kini menjadi senjata fitnah yang besar dan perlindungan undang-undang untuk mangsa adalah tipis. Jika snapshot tersebar sekalipun, pelaku akan mengatakan itu adalah perbuatan followers, bukan pelaku. Sampai bila orang-orang dewasa ini akan bersifat kebudak-budakkan?


Gunalah IG story untuk mesej-mesej yang baik. Anda seorang ibu seorang bapa, anda berpengalaman dalam business anda berpengalaman dalam mengasaskan sesebuah produk, gunakanlah IG story untuk membantu followers belajar selok belok perniagaan atau yang berkaitan. Apa faedahnya melontarkan tohmahan dan tuduhan kepada rakan-rakan walaupun tulisan ini akan terpadam esok? Memanglah tulisan itu akan terpadam tetapi berapa ratus ribu yang sudah pun menonton dan mempercayainya?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2019 10:49 AM | Show all posts
betul tu. IGs kawan2 iols memang tempat nak menyindir.
bila tanya, mati2 takan ngaku.
iols dok tepi makan popcorn je nengok perangai memasing.
sindir pasai hutang lah, pasai PDA lah, sindir pasai tayang kekayaan lah,
sindir pasai penjagaan anak lah, memang lawak.

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Nice topic TT
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Selagi ada audience, selagi tu la ada budaya ni rasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 11:38 AM | Show all posts
Betul tu ramai je yang berperangai macam tu sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye org ni mcm2 jenis.. contoh A ni da taw dia buat benda keji tp dia pastikan org lain iatu si B yg nmpak jahat supaya takda org pecaya so A ni yg jahat.

A ada skendal dgn laki org wpon da ada laki sendiri. A ni suka ajak B keluar utk cover line aktiviti A dgn pakwe laki org ni. Then once B ni x setuju dgn apa yg A buat. A siap2 tabur mcm2 cerita kt fb tentang B. Skrg B tgh susah hati hadapi kecaman dan B tetap takmo cerita perangai A sebenarnya kt org2 yg kutuk dia.

Jadi skrg org2 yg hati x betul ni mmg guna socmed utk kepentingan sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2019 12:03 PM | Show all posts
sma mediasoc ie fesbuk pun jadi tempat menyindir uolsssss
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 12:35 PM | Show all posts
makita replied at 5-8-2019 11:52 AM
Ye org ni mcm2 jenis.. contoh A ni da taw dia buat benda keji tp dia pastikan org lain iatu si B yg  ...
Jadi skrg org2 yg hati x betul ni mmg guna socmed utk kepentingan sendiri


well said


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2019 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
yg suka kutuk org tu lupa kut malaikat 24jam kat bahu kiri kanan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yg dah dewasa ni keji2 kutuk2 sindir2 di ig fb bagai... Yg budak2 pun ada je dah menjangkit cyber bullying ni melalui wassap... Kita yg baca pun naik gerun hoi kalau dah mencabar2 suruh pergi bunuh diri.. Apa nak jadik lah dengan human kind skrg ni.. Dah x kind agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Org skrg ni byk sakit jiwa dan penakut. Stakat berani jd keyboard warrior jah, sindir menyindir dlm socmed. Kesian, tu je outlet utk lepas perasaan, merempan dlm tu instead of bersemuka dan selesaikan masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih parah dari ketagihan dadah... Ketagihan socmed...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
IGs tempat burung2 tersilap terbang
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 02:19 PM | Show all posts
set set timbang kilo bergaduh apa kisah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2019 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm budak2 jadinya sindir menyindir kat IGS....senang benar fitnah tersebar skrg nie,dah tu kalau 100,000 org view IGS tu,tak ke 100,000 org percaya fitnah kau tak mandi atau kau nie jenis suka bergossip ke . Hmmmm. Guna je la utk benda baik2, heran betul i
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
IG satu hal. Whatsap pon sama. Iols sampai ke hari ni pelik camne la sorg Acc Manager ni selang dua tiga jam meng'update status kesemua no whatsapp beliau bagi motivasi + meroyan banyak masalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2019 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua orang hadap sgt dgn media sosial tu dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-8-2019 02:15 PM
IGs tempat burung2 tersilap terbang

kalau ig xwujud , xdptlah kite nk tgk kak woks
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 03:39 PM | Show all posts
IG ni tempat pathetic n narcissistic people berkumpul.
tempat orang sakit mental perasan good2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak je stok gini dalam forum cari sendiri. Aku join forum je half of the business people on Instagram kenal

Pastu menyiasat socmed aku bagai..jadi aku tak berkenan nak reveal identiti to members. Weols bukan lauk you nak bahan sesama sendiri. Who are yuss anyway, have some respect

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.088380 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list