CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3262|Reply: 13

[Tempatan] Ahli perniagaan mati ditembak

[Copy link]
Post time 6-8-2019 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Ahli perniagaan mati ditembak
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/08/483216/ahli-perniagaan-mati-ditembak

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Ogos 2019 @ 9:40 AM

Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
[email protected]


KENDERAAN mangsa berhenti di hadapan deretan kedai sebelum ditemui mati.  FOTO IHSAN PEMBACA.

AHLI perniagaan maut selepas ditembak dalam kenderaannya di Jalan Air Putih, Kuantan, jam 1.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 63 tahun dikatakan duduk di kerusi pemandu di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima sebelum ditembak seorang individu bersenjatakan pistol dari luar kenderaannya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ketika kejadian mangsa bersama seorang rakannya baru pulang berhibur di sebuah pusat hiburan di daerah ini sebelum ditembak.

“Ketika kejadian, mangsa baru tiba di sebuah rumah dan mahu keluar daripada kenderaan sebelum ditembak.

“Pada ketika itu, rakan mangsa sudah lari dan menyembunyikan diri.

“Mangsa kemudian sempat memandu kenderaannya untuk mendapatkan rawatan di hospital sebelum tiba di hadapan sebuah farmasi dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, hari ini.

Abd Jalil berkata, orang ramai yang menemui mangsa kemudian membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sebelum disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa terkena tiga das tembakan di beberapa bahagian badan sebelum maut.

“Kita sedang siasat senjata digunakan suspek dan motif sebenar kejadian sama ada berkaitan gengsterism, dendam atau apa sahaja,” katanya.

Katanya, ekoran itu rakan mangsa berusia 47 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Mangsa dan rakannya berasal dari Johor Bahru dan tiba di Kuantan atas beberapa urusan sebelum mangsa ditembak di hadapan sebuah rumah,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2019 12:22 PM | Show all posts
Kuantan dah berapa kali dah ada kes gini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat kereta estima kena tembak 3 kali masih boleh gerak
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nama di rahsiakan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 02:14 PM | Show all posts
aHoi83 replied at 6-8-2019 01:26 PM
Kenapa nama di rahsiakan?

sebab bukan melayu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 6-8-2019 02:14 PM
sebab bukan melayu

Make sense
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2019 05:07 PM | Show all posts
tembak menembak ini... ada musim. dia..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh. Sempat drive sendiri tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2019 07:01 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 6-8-2019 01:14 PM
Hebat kereta estima kena tembak 3 kali masih boleh gerak

Haha apa kaitan?
Tembak cermin kene orangnya bkn tembak tank ke tayar ke enjin ke

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempat kawan dia cabut lari
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2019 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Selain musim durian.. musim tembak menembak pun nak mula femes kat Malaysia nih ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2019 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah banyak kes macam ni ya
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2019 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
63 thn masih pegi pusat hiburan
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2019 02:34 PM | Show all posts
Semoga si pelaku dapat ditangkap dan diadili seadil-adilnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku4545kuku
Views : 505 Replies : 0
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 3939 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.209187 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list