CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4572|Reply: 30

Jika anda masih sukar melupakan...

[Copy link]
Post time 8-8-2019 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BACA INI JIKA ANDA MASIH BELUM LUPAKAN SI DIA

Oleh The Patriots

Secara peribadi, saya tahu bagaimana rasa payah dan sukarnya untuk melepaskan kenangan bersama seseorang setelah melalui fasa putus hubungan, terutamanya jika proses putus cinta itu begitu dramatik dan menyakitkan. Dan juga apabila kita telah bersama insan tersebut buat masa yang agak lama, mungkin lebih dari setahun, bergantung pada timeline setiap individu.

Pada saya, apabila seseorang itu mengalami musibah dalam hidup, perkara pertama yang dihadapi adalah ‘shock’ (kejutan). Kita tidak bersedia untuk menerima hakikat bahawa seseorang telah mencurangi janji setianya terhadap kita. Kita mencipta beberapa alasan untuk orang tersebut, kononnya mungkin berlaku salah faham atau bukan salah mereka. Kita merasakan tidak mungkin orang yang begitu lama dengan kita begitu mudahnya menodai cinta semata-mata. Ya, saya pernah alami hal ini dan izinkan saya berkongsi untuk bantu para pembaca sekalian bagaimana harus kita bangkit darinya.

Bangkit Itu Tidak Mudah

Semasa saya menulis tulisan ini, kita telah pun memasuki tahun baru bagi kalendar Hijrah, tahun 1440. Mengambil pengajaran daripada hijrah Rasulullah, kita sedia maklum apabila diajar sejak kecil tentang sejarah hijrah baginda. Umumnya, hijrah itu penuh dengan payah dan sengsara. Hijrah boleh juga bawa maksud berubah, bangkit, dan ‘move on’.

   

“Sesungguhnya sabar itu pada kesempatan pertama (saat datang musibah).”

(Riwayat Bukhari)

Tidak mudah untuk kita apabila selama ini kita berhubungan dengan seseorang begitu rapat kemudian tiba-tiba kita tidak lagi dapat berhubung dengan orang tersebut. Pada awal waktu apabila menerima berita tentang kecurangan seseorang pada kita, mungkin ada yang terus hilang sabar dan meroyan. Atau mungkin ada yang terus hilang harapan dan terus berputus asa dalam hidup. Sabar dahulu, kawan. Hadis di atas menerangkan bahawa sabar itu adalah saat mula-mula sekali kita mendapat tahu tentang musibah yang berlaku. Justeru itu, ada baiknya kita jadikan nasihat ini sebagai muhasabah diri. Bahawa yang telah menetapkan takdir dan ketentuan hidup kita adalah Allah, Tuhan Maha Esa. Berbalik kepada hadis ini, Nabi mengajar kita bahawa sekalipun kita hadapi masalah paling besar dalam dunia, pulanglah kepada Allah.

Mungkin selama ini kita terlalu attach dengan seseorang yang terlalu lama dan tidak ada perancangan rapi bagaimana untuk menghalalkan hubungan. Yang selama ini kita selalu berkepit 24 jam sentiasa memberitahu pasangan hendak buat apa dan keluar dengan siapa. Padahal dengan ibu bapa dan adik-beradik tidak pula kita terlalu ambil berat, sebagai contoh. Secara kebiasaannya, memang apabila kita sudah terbiasa dengan seseorang atau sesuatu yang kemudiannya tidak lagi bersamanya, kita akan rasa kehilangan. Seperti mana seseorang yang kehilangan ahli keluarganya yang telah meninggal dunia, pasti dalam mengaitkan hal ini. Ini adalah sifat fitrah manusia. Adalah normal untuk kita rasa tercari-cari saat si dia meninggalkan kita. Namun yang membuatkan hal itu menjadi parah apabila kehilangan itu adalah disebabkan kecurangan dan penodaan cinta.

Meraikan Kehilangan Dia Tanda Kita Bersedia

Saya pasti semua orang yang mengalami kisah hubungan terputus di tengah jalan bersetuju bahawa siapa yang mengalaminya perlu bangkit dari kekecewaan itu. Kita semua ingin untuk lepaskan si dia, kita semua ingin untuk move on. Tetapi bagaimana caranya itu bergantung pada apa pendapat kita terhadap bagaimana untuk menjalani hidup. Ada orang ingin terus melupakan dan tidak mahu tahu langsung tentang si dia. Ada orang ingin balas dendam atas perbuatan si dia. Ada orang mahu terus stalk si dia, menunggu untuk si dia itu mendapat ‘balasan setimpal’. Dan ada orang ingin menunjuk-nunjuk bahawa dia lebih bahagia daripada si dia apabila telah ditinggalkan. Bermacam-macam ragam setiap orang, bergantung pada setiap insan.

        

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”

(Surah an-Nur: 26)

Allah telah menjanjikan kepada kita bahawa untuk mendapat pasangan yang kita idamkan, seperti berbudi pekerti baik, kita juga perlu menjadi seperti itu terlebih dahulu. Pasangan yang kita dapat itu mencerminkan peribadi kita juga. Sebab orang yang kita pilih itu adalah ‘taste’ kita juga, bukannya pilihan orang lain. Berdasarkan pemahaman ini, bagi orang yang telah dicurangi cinta dan dikhianati janji, mereka sepatutnya berasa lega dan aman kerana orang yang tidak setia terhadap kata-kata itu pergi meninggalkan mereka.

Bayangkan jika orang yang salah itu tetap menjadi suami atau isteri kita. Itu lebih parah daripada cinta yang terputus di tengah jalan. Jika kita mengkaji bilangan perceraian di pejabat agama seluruh Malaysia, pasti kita akan terkejut dengan jumlah kes yang begitu tidak masuk akal. Beberapa tahun lalu muncul di surat khabar tentang jumlah kes cerai berdasarkan sebab yang tidak munasabah seperti pasangan masak tidak sedap dan pasangan tidak basuh baju.

Umum sedia maklum bahawa setiap perceraian itu tidak mudah dalam setiap keluarga. Kebanyakannya pasti akan berpecah belah keluarga dan mangsa yang paling fragile ialah anak-anak. Ini kerana mereka dalam dilema untuk memilih ibu atau pun ayah. Bagi yang tidak pernah hadapinya, kita mungkin rasa “apa susah, kan boleh jumpa sekali skala ibu atau ayah”. Saya lahir daripada keluarga yang berpisah dengan perceraian. Apa yang boleh saya katakan, perceraian itu tidak semudah yang kita sangka. Namun saya tidak menulis untuk menceritakan kisah saya, sebaliknya sebagai muhasabah dalam cinta sebelum kita berumah tangga.

Berbalik kepada isu di atas, apabila kita ingin berubah dan bangkit, perkara yang terlebih dahulu perlu dilakukan ialah meraikan lukisan takdir kita. Perkataan ‘lukisan takdir’ ini mengingatkan saya kepada buku Bicara Iman Untuk Tenang tulisan Pahrol M. Juoi. Bagaimana seorang Muslim yang memilih untuk mendapatkan ketenangan hidup dengan menerima baik kejadian-kejadian dalam kehidupan.

Beri Masa Untuk Mengubati Diri

Orang selalu kata, “time heals all wounds”. Namun bukan kesemua luka dan kecederaan boleh diubati dengan masa, terutamanya yang melibatkan hati dan perasaan. Yang boleh mengubatinya ialah diri kita sendiri, adakah sudah masanya kita berdamai dengan tetapan takdir atau kita masih mencari-cari jawapan di sebalik alasan yang diberi. Saya teringat pada syarahan TED Talk seorang pakar psikologi, Guy Winch. Beliau juga penulis kepada buku How To Fix a Broken Heart. Di atas pentas tersebut, beliau mengatakan sesetengah orang tidak dapat untuk sembuh daripada dicurangi adalah kerana masih mencari-cari jawapan dramatik pada sesuatu yang sebenarnya mudah.

Kita adalah makhluk yang diiringi dengan emosi dan perasaan. Apabila ada orang mengkhianati janji setia cintanya pada kita, kita cuba merungkai mengapa itu berlaku. Padahal yang sebenarnya adalah mudah, kita tidak diperlukan lagi oleh orang itu. Tetapi kita enggan untuk menerima, dan mencari jawapan lain sehinggakan memakan masa yang lama untuk bangkit kembali. Itulah sebabnya mengapa ada orang yang begitu sukar sekali untuk move on daripada kisah lampau.

Pernah saya menonton video menerangkan adakah kita boleh kembali ke masa lampau atau pun masa hadapan mengikut logik sains. Berdasarkan video tersebut, kita hanya boleh pergi ke masa hadapan tetapi kita tidak boleh balik ke masa lampau. Kita boleh ke masa hadapan dengan syarat pergi ke tempat yang gravitinya tinggi seperti lubang hitam atau ‘blackhole’.

Manakala kita tidak boleh ke masa lalu adalah disebabkan ‘second law of thermodynamics’. Begitulah istilah sainsnya yang jika ingin faham sekali lalu, bolehlah para pembaca menonton filem Interstellar. Mengikut sains, kita tidak boleh ke masa lalu, begitu juga dengan psikologi dan mida kita. Kita akan terperangkap dan tidak boleh menyerlahkan potensi diri yang sebenar jika asyik dengan memikirkan perkara silam.

Apa yang boleh kita lakukan untuk masa lalu adalah mengambil pengajaran dan berubah darinya dengan bersungguh-sungguh.

      

“Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya”

(Surah al-Mukminun: 61)

Bilakah Masa Sesuai Untuk Bercinta Kembali

Orang yang dicurangi biasanya sukar untuk kembali percaya pada orang lain yang datang dalam hidup mereka. Ini adalah kerana kesan trauma terhadap hati dan emosi yang telah dirobek sebelum ini. Namun, yang menjadi persoalan kita adalah bilakah waktu yang sesuai untuk kembali bercinta. Adakah kita perlu tunggu sahaja seseorang datang dalam hidup kita atau perlukah kita mencarinya. Ini adalah persoalan-persoalan yang normal dan kerap bermain di fikiran.

              

“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.”

(Riwayat Tirmizi)

Jalan yang terbaik bagi kita ialah berkawan dahulu dengan orang lain. Maksud berkawan di sini ialah kita sematkan niat untuk mencari pasangan tetapi tidak perlu memberitahu mereka. Maksudnya di sini ialah kita sekadar berkawan untuk mengenali hati budi mereka dan mereka pasti akan menunjukkan sifat mereka sekadarnya.

Perlu difahami ialah elakkan dari menaruh perasaan atau pun memberi harapan. Kerana itu sendiri telah menyalahi konsep berkawan seperti yang dicadangkan ini. Dan apabila telah bersedia, barulah lakukan tindakan seterusnya dengan bertanya. Jika ditolak, kita pun tidak begitu kecewa kerana itulah prosesnya untuk mencari pasangan yang kita inginkan. Bukanlah sekali jalan sahaja terus jumpa yang tepat, itu tidak benar sama sekali.

Tidak semestinya cara begini sesuai dengan semua orang. Ini hanyalah sekadar pendapat penulis untuk tatapan para pembaca. Semoga dengan tulisan ini boleh memberi kebaikan-kebaikan kepada pembaca sekalian.

Rujukan:

1. Rules of Love tulisan Richard Templar
https://www.mphonline.com/en/productdetails/books/family-and-relationship/9781292085869

2. How to Fix a Broken Heart syarahan Guy Winch
di https://www.youtube.com/watch?v=k0GQSJrpVhM

3. Pematah Hati Yang Tak Dirindukan terbitan Must Read
https://www.mphonline.com/en/productdetails/mutiara-minda/motivasi-agama/9789672038641

Artikel disumbangkan oleh Baha' untuk The Patriots.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2019 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
bila kisah lama still hantui..
nk teruskan hubungn baru pon payah..

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah tulis blog artikel healing macamni. Blog pun dah terbiar, tak sangka ada sorang pembaca begitu terkesan sampai add kat FB
Reader tu cakap dia baca sambil menangis. Artikel tu bantu dia pulih

Teruskan menulis, pasti ada seseorang memerlukannya
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 09:12 AM | Show all posts
i dont do meratap menghiba berbulan2 ni.
sgt membuang energy.
ramai lg manusia lain yg perlukan kite, why waste to one head?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 10:46 AM | Show all posts
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.
Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.
Cinta bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..tapi kehidupan perlu diteruskan.
Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu..
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu.
Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 10:59 AM | Show all posts
Nak lupa itu boleh sahaja tetapi kesan daripada perhubungan yang tak menjadi
ini adalah kita akan menjadi lebih sukar untuk mempercayai orang dan menyusahkan
hidup individu lain yang nak mempunyai hubungan dengan kita. Kerana kita takut
perkara yang sama akan berulang. Dalam banyak banyak perkara, yang paling menyakitkan
adalah pengkhianatan daripada orang yang kita percaya dan sayang.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2019 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 I was dumped, almost every night I stalked dia. Kalau dia takde, tengok bumbung rumah dia pun takpe. There's no closure between us. He dumped me just as I was nobody. Lama I ponteng kerja, tapi Alhamdulillah I masih bangun solat. Itu menjadi penguat. Finally I berhijtah. Berhenti kerja, sambung belajar, pindah negeri lain dan tukar phone number. I become a different person and I like my new me very much.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 9-8-2019 08:51 PM
Mula2 I was dumped, almost every night I stalked dia. Kalau dia takde, tengok bumbung rumah dia pun  ...

Terbaik...tahniah u
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenangan yang terpahat memang susah nak dilupakan..yg penting kena kuatkan hati, fikir yg terbaik utk diri sendiri dan teruskan jalan kedepan. Sesekali nak toleh takpe, tapi jangan tenggelam dalam perasaan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 9-8-2019 09:12 AM
i dont do meratap menghiba berbulan2 ni.
sgt membuang energy.
ramai lg manusia lain yg perlukan ki ...

Would you say anak yg meninggal pada sebelah pagi, sebelah malamnya pula ibunya dah boleh pi karaoke, sebagai redho of the highest level?

Koh koh koh

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 9-8-2019 08:51 PM
Mula2 I was dumped, almost every night I stalked dia. Kalau dia takde, tengok bumbung rumah dia pun  ...

You wont last.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 9-8-2019 08:51 PM
Mula2 I was dumped, almost every night I stalked dia. Kalau dia takde, tengok bumbung rumah dia pun  ...

In no time...it will haunt you again.....

Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 10:00 PM | Show all posts
memang susah nak lupa..
malam tadi baru termimpikannya..
tak tau kenapa dia yang paling memberi kesan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau boleh ingat
Kenapa nak menyeksa diri untuk melupakan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 02:18 AM | Show all posts

Errr...

[AceHand SPECTaceLAR]

Lepas baca pepanjang tu aku lupa dah aku baca hapa...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 08:46 PM | Show all posts
i sangat rindukan kucing2 i yg dah takde..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2019 06:04 PM | Show all posts
tengok banyak2 motivational video dekat utube jah..insyaAllah cepat sikit sembuh tue..

been there done that.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima la hakikat manusia datang Dan pergi. Pergila padam memoria spt kamu delete dustbin pc
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 02:39 AM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 14-8-2019 10:00 PM
memang susah nak lupa..
malam tadi baru termimpikannya..
tak tau kenapa dia yang paling memberi ke ...

get well soon
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 02:40 AM | Show all posts
pesan pada diri dan juga senasib.. "jangan hidup pade mase silam, sebab anda masih ade mase depan"
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.074614 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list