CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: mbhcsf

SERANGAN PEMIKIRAN

[Copy link]
Post time 7-10-2019 09:57 AM | Show all posts
Takrif:

Kalimah Al-Ghazwul Fikri terdiri daripada dua kalimah iaitu Al-Ghazw dan Al-Fikr.

Al-Ghazw bermakan perang atau serangan. Al-Fikr bermakna pemikiran. Adapun makna kalimah ini dari segi Istilah adalah:

مجموعة الجهود التي تقوم بها أمة من الأمم للاستيلاء على أمة أخرى أو التأثير عليها حتى تتجه وجهة معينة.

Maksudnya: Satu gugusan usaha yang dilakukan oleh satu bangsa untuk menjajah bangsa yang lain atau mempengaruhinya sehingga mereka berhala ke arah yang sama.

Takrif yang lebih khusus adalah:

استعمال الوسائل غير العسكرية ، التي اتخذها النصارى وغيرهم من أعداء الله ، لإزالة مظاهر الحياة الإسلامية , وصرف المسلمين عن التمسك بالإسلام عقيدةً وسلوكا

Maksudnya: Menggunakan segala cara selain bentuk ketenteraan yang dilakukan oleh Nasrani dan selain mereka daripada musuh-musuh Allah  untuk menghapuskan mazahir kehidupan Islam dan merubah kaum muslimin daripada berpegang dengan ajaran Islam aqidah dan suluk.

Ghazwul Fikri dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Allah S.W.T telah pun menceritakan berkenaan ghazwul fikri ini dalam surah Al-Baqarah ayat 120:

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)”. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Begitu juga telah datang dalam hadis yang sahih dikeluarkan Al-Imam Al-Bukahri dalam Sahih beliau:



عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ شِبْرًا شِبْرًا وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا جُحْرَ ضَبٍّ تَبِعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ

Maksudnya: Daripada Abu Said Al-Khudri R.A daripada Nabi S.A.W sabda baginda: Kamu pasti akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun tentu kamu kamu ikut. Kami berkata: Wahai Rasulullah, adakah maksudmu Yahudi dan Nasrani? Kata baginda: Siapa lagi (jika buka mereka).

Tujuan dan Matlamat Pelancaran Serangan:

1-     Menghapuskan ciri-ciri kehidupan Islam dalam kehidupan kaum muslimin.

2-     Menggantikan cara hidup kafir dalam cara hidup Islam.

3-     Menjadikan mereka kufur atau seakan kufur.

Sejarah Kedatangan Al-Ghazwul Fizkri:

Sejarah Al-Ghazwul Fikri ini jika diteliti telah mula semenjak zaman Saidina Usman bin Affan R.A apabila Abdullah bin Saba’ seorang Nasrani-Yahudi berjaya memecahbelahkan kesatuan Umat Islam dan wujudnya Firqah Syiah yang terkenal memerintah Iran sekarang. Namun, pada masa dahulu, serangan-serangan pemikiran ini dapat ditepis walau sejauh mana ia telah menular kerana Umat Islam mempunyai kekuasaan politik dan ekonomi. Tanaddun Islam adalah yang terunggul.

Maka sehinggalah runtuhnya empayar Turki Usmaniyyah hasil suntikan ghazwul fikri yang tepat ke jantung umat Muhammad maka racun ini dengan cepat merebak ke jasad Umat ini.

Perdana Menteri Britain terdahulu, Gladison, pernah menyebut bahawa : “Kamu tidak akan kekal di Mesir selagi Kitab ini (sambil memegang Al-Quran) berada di tangan bangsa Mesir”. Kesedaran bahawa Peperangan bersenjata gagal melumpuhkan orang Islam amat jelas dengan kekalahan golongan Nasrani dalam perang Salib. Begitu juga kemenangan kaum Muslimin ke atas bangsa Mogul.

Uslub dan Medium yang digunakan:

1-Menimbulkan Syubhat terhadap sumber-sumber Islam. Maka timbul lah golongan yang menolak hadis, golongan Syiah yang mempertikaikan keaslian Al-Quran dan Islam Liberal yang mempertiakaikan metodologi penegakan hukum yang diamalkan selama ini.

2-Menimbulkan rasa rendah diri kaum muslimin dan hilang keyakinan dengan agama mereka sendiri dan merasakan bahawa agama adalah penyebab kemunduran. Ia dilaksanakan dengan menyebarkan bidaah dalam agama ini.

3-Membuat kajian dan dakwaan palsu terhadap agama ini serta menyelewengkan fakta yang disuahakan melalui golongan Orientalis.

4-Melalui cendikiawan muslim yang belajar di negara barat, mereka mempengaruhi pemikiran-pemikiran mereka, kemudian mereka ini akan diwar-warkan sebagai tokoh ‘alim ulama’ besar. Inilah yang berlaku melalui Rifa’ah Tahthawi, Muhammad Abduh, Saad Zaghlul, Thaha Husin dan lain-lain dari tokoh tajdid Mesir.

5-Memburuk-burukkan pendakwah Islam sebenar dengan memberi gambaran sebagai pengganas dan ekstrimis dan contoh terbaik dalam perkara ini adalah apa yang berlaku terhadap Asy-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab.

6-Melalui Penjajahan Ketenteraan. Ketenteraan bukanlah matlamat, tetapi apabila sebuah bangsa itu telah menerima pemikiran barat maka mereka akan diberi kemerdekaan zahir dan dijajah secara batin. Hal ini dapat disaksikan di Negara ini dengan jelas.

7-Menentukan pemimpin dan ahli politik negara Islam adalah mereka yang berpendidikan barat dan terpengaruh dengan pemikiran barat. Maka ditubuhkan universiti, sekolah dan kolej barat di negara-negara Islam kemudian pemimpin yang kelaur dari institusi sebegini sahaja akan diangkat dan disanjung.

Adapun medium penyebaran mereka terangkup melalui media massa dan elektronik. Mereka terkenal dengan formula 3 ‘s’:

Sex, Songs, Sports.

Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam Protokol Zionisme ke-13:

وسرعان ما سنبدأ الاعلان في الصحف داعين الناس إلى الدخول في مباريات شتى في كل انواع المشروعات: كالفن والرياضة وما اليهما . هذه المتع الجديدة ستلهي ذهن الشعب حتماً عن المسائل التي سنختلف فيها معه، وحالما يفقد الشعب تدريجاً نعمة التفكير المستقل بنفسه سيهتف جميعاً معنا لسبب واحد: هو أننا سنكون أعضاء المجتمع الوحيدين الذين يكونون أهلاً لتقديم خطوط تفكير جديدة.



“Dan perkara paling pantas yang akan kita mulakan adalah mengiklan dalam akhbar-kahbar menyeru manusia untuk menyertai pertandingan-pertandingan pelbagai jenis seperti kesenian, sukan dan sejenisnya. Keseronokan baru ini akan melalaikan pemikiran bangsa sama sekali daripada masalah-masalah yang mereka berselisih dengan kita, dan ketika mana bangsa itu mula hilang nikmat berfikir secara bebas berperingkat-peringkat maka semua mereka akan bercakap bersama kita kerana kitalah akan menjadi anggota masyarakat yang satu yang akan mempersembahkan cara berfikir yang baru”.

Dan disebut dalam Protokol ke-9:



ولقد خدعنا الجيل الناشئ من الأمميين، وجعلناه فاسداً متعفناً بما علمناه من مبادئ ونظريات معروف لدينا زيفها التا، ولكننا نحن أنفسنا الملقنون لها، ولقد حصلنا على نتائج مفيدة

“dan kita telah menipu generasi yang baru daripada Umamiyyin (bukan Yahudi), dan kita jadikannya (geberasi Umami yang baru) rosak dengan apa yang kita ajar kepada mereka daripada prinsip-prinsip yang telah diketahui oleh kita adalah palsu tetapi kita tetap mengajarkannya dan kita mendapat hasil yang berfaedah”.

Fikrah-fikrah yang diserap masuk:

1-Sekularisme: Iaitulah memisahkan agama dengan negara. Politik dan pentadbiran tidak lagi terikat dengan hukum hakam agama, agama hanya perkara kerohanian.

2-Nasionalisme dan Fanatik Perkauman: Hasil penyebaran ini membawa kepada perpecahan Empayar Usmaniyyah Turki. Akhirnya terbentuklah negara-negara Bangsa.

3-Syiar Kemodenan dan Kemajuan. Kemajuan dan Kemodenan ini memaksa masyarakat meninggalkan adat budaya mereka yang baik kepada kehidupan kehawainan.

4-Femenisme: Gerakan pembebasan wanita. Tujuan utama gerakan ini adalah supaya rosaknya kaum lelaki dan institusi kekeluargaan yang merupakan tunjang masyarakat. Fikrah ini berkait rapat dengan aqidah Yahudi dan Nasrani bahawa Hawwa’ adalah penyebab kesalahan Adam A.S.



Inilah antara gambaran ringkas berkenaan dengan Perang Pemikiran atau Perang Saraf yang dilaksakan oleh musuh-mush Islam.Mudah-mudahan kita diselamatkan Allah dari tipu daya mereka..Amin…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2019 10:00 AM | Show all posts
mnm77 replied at 7-10-2019 08:41 AM
Maksud tuan, kalau ikut Afifi Al Akiti dan MAZA... mereka ni jauh dari jalan yang ditempuhi oleh ...

Jalan yang ditelusuri oleh para Sahabah dan generasi terbaik terawal adalah satu satunya jalan yang wajib diikuti. Merekalah yang paling cerdik, paling bijak, kerana mereka hidup bersama baginda Nabi, dan menyaksikan turunnya Wahyu. Adapun jalan jalan yang wujud kemudian, adalah hasil dari meninggalkan jalan para salafussoleh.

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 08:58 AM | Show all posts
Kilokahn replied at 7-10-2019 10:00 AM
Jalan yang ditelusuri oleh para Sahabah dan generasi terbaik terawal adalah satu satunya jalan yan ...


Jalan yang ditelusuri oleh para Sahabah dan generasi terbaik terawal adalah satu satunya jalan yang wajib diikuti. Merekalah yang paling cerdik, paling bijak, kerana mereka hidup bersama baginda Nabi, dan menyaksikan turunnya Wahyu. Adapun jalan jalan yang wujud kemudian, adalah hasil dari meninggalkan jalan para salafussoleh.
Betul...

Akan tetapi pihak yang claim ikut Sunnah & para sahabat.... juga dilabel dengan label-label yang tak betul...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:00 AM | Show all posts
Kilokahn replied at 7-10-2019 09:55 AM
mereka bukanlah bermanhaj Salaf,

Afifi Al Akiti bermanhaj Al Asyairah, manakala DrMAZA bermanhaj Modernism

Ini contoh label yang diberikan.... adakah dengan label ini dikatakan mereka ini sesat?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:15 AM | Show all posts
mnm77 replied at 8-10-2019 09:00 AM
Ini contoh label yang diberikan.... adakah dengan label ini dikatakan mereka ini sesat?

Mereka masih Islam, mukmin, tidak terkeluar dari Islam, cuma tidak mengikuti jalan Salaf.


Label yang diberikan untuk beritahu mereka ini berada di jalan yang lain dari jalan yang Nabi tunjuk.


Hadith iftiraq 73 golongan itu menunjukkan Nabi benar. Perpecahan dalam umat Islam itu adalah bukti Nabi benar.




Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:18 AM | Show all posts
Kilokahn replied at 8-10-2019 09:15 AM
Mereka masih Islam, mukmin, tidak terkeluar dari Islam, cuma tidak mengikuti jalan Salaf.


Mereka masih Islam, mukmin, tidak terkeluar dari Islam, cuma tidak mengikuti jalan Salaf.


Label yang diberikan untuk beritahu mereka ini berada di jalan yang lain dari jalan yang Nabi tunjuk.


Hadith iftiraq 73 golongan itu menunjukkan Nabi benar. Perpecahan dalam umat Islam itu adalah bukti Nabi benar.


Pasal 73 golongan tu pun saya percaya kedua-dua tokoh tersebut, terutamanya Dr MAZA sendiri boleh ulas....

Apa yang berlaku sekarang pihak tuan mencanangkan seolah-oleh pihak tuan yang paling betul berada atas manhaj salaf. Siapa guru-guru, tokoh, dan Ulama yang tuan ikut sekarang?

Ataupun tuan ini seorang tuan guru Ahlussunnah yang berforum di sini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2019 09:26 AM | Show all posts
Kilokahn replied at 8-10-2019 09:15 AM
Mereka masih Islam, mukmin, tidak terkeluar dari Islam, cuma tidak mengikuti jalan Salaf.


Hadith iftiraq 73 golongan itu menunjukkan Nabi benar. Perpecahan dalam umat Islam itu adalah bukti Nabi benar.




Ini ulasan dari Dr MAZA

Apa komen tuan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:37 AM | Show all posts
Tajuk: "Pendirian Terhadap Asya'irah; Apakah Mereka Adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Sebenar Seperti Yang Didakwa?"

Jika kita ingin mengatakan Asya'irah sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah secara umum mungkin boleh diterima. Atau ketika mana Asya'irah berhadapan dengan golongan Syiah, atau ketika Asya'irah berhadapan dengan golongan yang bid'ah mereka lebih berat seperti Muktazilah dan Jahmiyyah, ataupun ketika Asya'irah berada di tempat-tempat yang ahli bid'ah seperti Muktazilah, Jahmiyyah dan Syiah lebih ramai. Misalnya di Iran yang majoritinya adalah Syiah maka pada situasi tersebut Asya'irah adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah secara umum.

Tetapi ketika Asya'irah berhadapan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah Manhaj as-Salaf maka Asya'irah tidak termasuk kedalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tidak boleh hanya dengan sentimen kita memasukkan Asya'irah sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah sedangkan pada hakikatnya mereka menyelisihi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jika kita memasukkan mereka kedalam Ahli Sunnah Wal Jamaah maka kita telah mengkhianati ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah terdahulu. Jika Asya'irah membawakan kata-kata Imam Murtadha al-Zabidi di dalam kitabnya Ithaf as-Saadah al-Muttaqin:

"Apabila disebutkan Ahli Sunnah Wal Jamaah maka yang dimaksudkan ialah Asya'irah dan Maturidiyah."

Ataupun mereka membawa kata-kata ulama Asya'irah terkemudian yang lain, yang datang beratus-ratus tahun setelah zaman al-Salaf untuk mendakwa Asya'irah dan Maturidiyah adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar, maka kita boleh bawakan lebih banyak daripada itu bukti bahawa ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang lebih awal menafikan Asya'irah sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah bahkan mereka begitu keras dan tegas terhadap Asya'irah. Antaranya adalah:

(1) Abu al-Qasim al-Lalika'i asy-Syafie (W. 418H); Beliau hanya memperakui mazhab Salaf tentang kalam Allah Swt dan menyindir dan mencela golongan Asya'irah tanpa menyebut nama mereka, malah beliau menganggap Asya'irah termasuk ke dalam golongan yang menyelisihi mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

(2) al-Hafiz Abu Nasr al-Sazji (W. 444H); Beliau memperakui Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah golongan ahli hadis yang berada di atas Manhaj Salaf sahaja dan mengeluarkan golongan ahli kalam daripada termasuk ke dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan beliau menganggap golongan Kullabiyah, Asya'irah dan Muktazilah sebagai golongan ahli bid'ah dan tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

(3) Abu Ali ibn al-Bina' al-Baghdadi al-Hanbali (W. 471H); Bagi beliau golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah hanyalah golongan Hanabilah dan ahli hadis sahaja dan golongan Asya'irah tidak termasuk ke dalam golongan tersebut.

(4) Abu al-Wafa' ibn Aqil; Beliau mengeluarkan golongan Asya'irah daripada termasuk ke dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, disebabkan pendirian yang diambil oleh golongan tersebut terhadap al-Quran al-Karim. Bagi beliau golongan Asya'irah menipu orang ramai dengan menamakan diri mereka sebagai golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, sedangkan mereka adalah golongan yang sangat jauh daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

(5) Abu al-Husain bin Abu Ya'la (W. 526H); Beliau menjadikan golongan Hanabilah sebagai golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mengaitkan golongan Asya'irah dengan golongan ahli bid'ah.

(6) Syeikh Abd Rahman ibn al-Jawzi (W. 597H); Beliau hanya menjadikan golongan Hanabilah dan ahli hadis sahaja sebagai golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mengaitkan golongan Asya'irah dengan golongan ahli bid'ah yang menyelisihi Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam persoalan kalam Allah Swt, kerana mereka berpendapat al-Quran itu bukan kalam Allah Swt secara hakiki sebaliknya tidak lebih daripada ungkapan atau ibarat tentang kalam Allah Swt sahaja.

Bahkan Ulama Salaf yang lebih awal daripada itu, Imam Ahli Sunnah iaitu Imam Ahmad ibn Hanbal sangat keras menentang al-Kullabiyah yang merupakan asal kepada mazhab Asya'irah. Imam Ahmad ibn Hanbal mentahzir dan memboikot Harith al-Muhasibi yang berfahaman Kullabiyah sehinggakan apabila Harith al-Muhasibi wafat hanya empat orang yang mensolatkan jenazah beliau.
ini masih boleh dikatakan bahawa perbezaan Asya'irah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah Manhaj as-Salaf hanyalah perbezaan dalam furu' akidah? Adakah ulama yang mengeluarkan Asya'irah daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak tahu dan tidak faham bahawa perbezaan antara Asya'irah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah hanyalah perbezaan dalam furu' akidah, dan kita yang datang beratus-ratus tahun setelah mereka yang lebih alim dan lebih faham daripada mereka?

(Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan sejarah perselisihan dan penentangan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang awal dan Ahli Hadis terhadap golongan Asya'irah yang didakwa sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar, sila rujuk buku "Krisis Akidah Antara Golongan Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah Yang Bermanhaj Asya'irah Dengan Ahli Hadis." Terbitan: al-Hidayah. Maka kita akan dapati bahawa kenyataannya tidaklah seperti apa yang didakwa oleh golongan Asya'irah hari ini)

Adapun pendirian terhadap golongan Asya'irah yang awal, kita tidak mengeluarkan mereka daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah secara mutlak, misalnya Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan murid-murid beliau. Ini sepertimana penilaian Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengambil sikap yang lebih sederhana. Beliau meletakkan golongan Asya'irah generasi awal termasuk Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan para murid beliau sebagai termasuk ke dalam golongan ahli sunnah dan menganggap golongan Asya'irah generasi mutaakhirin (terkemudian) yang menyelisihi mazhab Salaf sebagai lebih mendekati golongan Muktazilah dan ahli falsafah.

Walaupun kita tidak memasukkan Asya'irah sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah bukanlah bererti kita mengkafirkan mereka. Kita hanya menyatakan bahawa manhaj Asya'irah bukanlah manhaj yang ditempuh oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Manhaj as-Salaf terutama dalam masalah al-Asma' wa al-Sifat.

Begitu juga ketika kita tidak memasukkan manhaj Asya'irah sebagai manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah bukanlah bermakna kita menghukum tokoh-tokoh ulama yang terpengaruh dengan Asya'irah sebagai ahli bid'ah, sesat, kafir dan masuk neraka. Ini adalah pemahaman salah yang mesti diperbetulkan. Jika ada ulama yang terpengaruh dengan manhaj Asya'irah mungkin itu adalah disebabkan persekitaran mereka atau ijtihad mereka. Maka tidak boleh kita menghukumi mereka sebagai ahli bid'ah, sesat dan masuk neraka. Tetapi mesti mereka itu adalah benar-benar ulama yang mencukupi syarat-syarat untuk berijtihad seperti Imam al-Bayhaqi, Imam an-Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani. Dan jika mereka betul dalam ijtihad maka bagi mereka itu dua pahala, dan jika salah maka bagi mereka satu pahala sebagaimana sabda Nabi Saw:

"Apabila seorang hakim bersungguh-sungguh dalam memutuskan suatu perkara dan keputusan itu sesuai dengan kebenaran bererti telah mendapatkan dua pahala dan jika keliru maka dia mendapatkan satu pahala."
(HR. al-Bukhari dan Muslim)

Adakalanya tokoh dan ulama-ulama yang dikatakan mereka itu sebagai Asya'irah, mereka bukanlah Asya'irah. Tetapi orang-orang Asya'irah terkemudian yang mendakwa ulama-ulama tersebut sebagai Asya'irah untuk membenarkan pemikiran mereka dan melariskan mazhab mereka. Misalnya mendakwa Imam an-Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani sebagai Asya'irah, malah mendakwa juga al-Hafiz Ibnu Katsir yang merupakan murid yang sangat menyayangi gurunya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah yang bermanhaj Salaf itu sebagai Asya'irah. Bahkan ada yang lebih melampau daripada itu sehinggakan tergamak mendakwa Imam asy-Syafie berakidah Asya'irah, padahal Imam asy-Syafie berlepas diri dari dakwaan ini dan Imam asy-Syafie antara ulama yang sangat keras terhadap ilmu kalam dan mencela ilmu kalam.

Jika diandaikan benar bahawa ulama-ulama yang mereka dakwa sebagai Asya'irah itu memang berakidah Asya'irah, ia bukanlah sebagaimana fahaman Asya'irah hari ini yang mana tidak mengisbatkan Allah di atas Arasy dan yang bergelumang dengan ilmu kalam. Sedangkan ulama yang mereka dakwa sebagai Asya'irah tersebut malah mencela ilmu kalam.

Dan mungkin disebabkan ulama-ulama tersebut ada persamaan dengan Asya'irah dalam
masalah sahaja maka mereka dianggap sebagai Asya'irah. Jika benar ada persamaan mungkin itu disebabkan mereka tersalah didalam ijtihad. Bukan syarat untuk menjadi ulama tidak boleh melakukan kesilapan. Andai syarat untuk menjadi ulama tidak boleh melakukan kesilapan maka tidak ada yang layak menjadi ulama. Jika mereka tersalah dan tersilap dalam ijtihad dengan mentakwil sebahagian sifat-sifat Allah Swt semoga Allah Swt mengampunkan mereka, seperti Hujjah al-Islam Imam al-Ghazali, Imam al-Juwaini dan Imam ar-Razi (semoga Allah merahmati mereka). Walau bagaimanapun diakhir hayat mereka, mereka cuba untuk kembali kepada hadis-hadis Nabi Saw dan berusaha meninggalkan ilmu kalam, malah melarang orang awam daripada ilmu kalam.

Tetapi jika kita tetap berkeras mengikut ijtihad mereka yang tersalah atau tersilap itu setelah dijelaskan dan ditegakkan hujah kepada kita maka tidak ada jaminan untuk kita diampunkan. Dan jika hanya kerana mereka ada persamaan dengan Asya'irah dalam beberapa masalah sahaja mereka dianggap sebagai Asya'irah maka Qadariyah, Murjiah, Syiah, Khawarij, Muktazilah dan ahli falsafah bahkan Jahmiyyah sekalipun boleh dianggap sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana mereka juga ada persamaan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam beberapa masalah. Ini adalah pemahaman yang salah dan batil.

Meskipun begitu, kita tidak pernah mengeluarkan Asya'irah daripada termasuk ke dalam ahli kiblah, yakni tidak menganggap mereka adalah terkeluar daripada Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2019 09:43 AM | Show all posts
Apakah ciri-ciri kecenderungan seseorang tokoh agama kepada fahaman Liberalism? Adakah dengan semata-mata hadir ke program Liberal?

Jawab: Ciri-ciri ini dapat dikesan melalui tindak-tanduknya; ucapan dan perbuatannya. Antara ciri-ciri kecenderungan kepada fahaman Liberalisme adalah:

1- Mengangkat dan menjulang tokoh-tokoh Liberal atau 'Usroniyin seperti: Salim Al-'Iwa, Fadzlur Rahman, Nur Cholish Madjid, Abdul Halim Abu Syuqqah,Tariq Suwaidan dll.
2- Menjadikan tokoh-tokoh aliran 'Usroniyin dan Neo-Muktazilah sebagai rujukan dan tokoh dan mengenepikan Ulama Ahli Sunnah Waljamaah, antara tokoh aliran Neo-Muktazilah: Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad 'Abduh.
3- Menolak Autoriti Hadith Ahad dalam 'aqidah; walaupun ia adalah bid'ah klasik bawaan Ahli Kalam, namun ia menjadi salah satu prinsip teras golongan 'Usroniyin dan Liberal dalam berinteraksi dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.
3- Menuduh aliran Salafiyah Ahli Sunnah Waljamaah sebagai Jumud, Ekstrem, dan seumpamanya. Ini adalah ciri-ciri yang sangat tampak pada mana-mana tokoh Liberal dan 'Usraniyin. Mereka yang sangat pantas menghukum pegangan Salafiyah sebagai Jumud dan bersifat Literal. Hakikatnya agama Islam memang telah dijumudkan (dibataskan) oleh ALLAH 'azza wa jalla kepada Al-Quran, Al-Sunnah, dan Al-Ijmak berpandukan Fahaman Al-Salaf Al-Soleh.
4- Menghina tokoh-tokoh Ahli Sunnah Waljamaah sama ada terdahulu atau kontemporari seperti menganggap Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai bukan tokoh yang berimpak dan lebih mengagungkan gerakan Neo-Muktazilah seperti Muhammad 'Abduh dan pengikutnya, mencela ulama salafi seperti Syeikh Soleh bin Fauzan Al-Fauzan bahawa beliau membawa "Manhaj Tadhlili" (Manhaj suka menyesatkan orang) kerana tidak gemar dengan tahziran Ulama Salaf ke atas Ahli Bid'ah seperti Salman Al-'Audah misalnya.
5- Suka membawa qaul-qaul yang syaz atau berlawanan dengan pegangan jumhur supaya selari dengan agenda Liberal seperti hak penjagaan anak muslim diberi kepada penjagaan ibu/bapa kafir, masalah Fana' Al-Naar dijadikan alasan atau batu loncatan untuk mendakwa adanya kaum Kafir yang tidak masuk Neraka, menzahirkan pandangan-pandangan Ahli Kalam seperti Al-Quran itu Kalam Nafsi, adapun yang tertera dalam Mushaf adalah makhluk, mempertikaikan hukum rejam bagi penzina muhson sebagai hudud dan menganggap ianya hanya takzir sahaja, dll.

ini sebahagian ciri-ciri yang dapat dikesan secara awal bahawa seseorang telah terpengaruh atau cenderung dengan aliran Liberalisme. Demikian juga, pengagungan kaum Liberal kepada individu tertentu dan menjadikannya rujukan dan ikon majlis-majlis mereka merupakan petanda besar bahawa seseorang itu mempunyai kecenderungan kepada aliran Liberalisme.

Apa pun dalam menghukum seseorang individu perlukan ketelitian dan wara', rujuklah kepada ahli Ilmu dan jangan bertindak sembrono dalam melakukan tahzir apatah lagi tabdi'.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:44 AM | Show all posts
Boleh saya tahu  siapa guru-guru, tokoh, dan Ulama yang tuan ikut sekarang?

Ataupun tuan ini seorang tuan guru Ahlussunnah yang berforum di sini?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 02:57 PM | Show all posts
mnm77 replied at 8-10-2019 09:44 AM
Boleh saya tahu  siapa guru-guru, tokoh, dan Ulama yang tuan ikut sekarang?

Ataupun tuan ini seor ...

Saya bukan ustaz, saya penuntut ilmu.

Saya ikuti beberapa ustaz sekarang: Ustaz Muhammad Asrie Sobri, Ustaz Yunus Zainal, Ustaz Adli Saad..

Dua tahun dahulu saya ikuti DrMAZA dan Dr Rozaimi Ramle dengan tekun, tetapi setelah mendengar dari syarah dari asatizah Salafi, saya tinggalkan mereka berdua kerana jelas mereka berdua membawa manhaj Modernism.


Bolehlah ikuti siri Aliran Pemikiran Islam di Malaysia, bahagian mengenai Modernism dalam Islam di playlist di bawah https://www.youtube.com/playlist?list=PL0uHgqVHaHRgdiCJm3cDrsI0ahCnDBh0T

Semoga Allah memberi bimbingan kepada kita semua.




Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 03:27 PM | Show all posts
Kilokahn replied at 8-10-2019 02:57 PM
Saya bukan ustaz, saya penuntut ilmu.

Saya ikuti beberapa ustaz sekarang: Ustaz Muhammad Asrie  ...



Jika tuan bertalaqqi dengan mereka, baguslah... teruskan menuntut ilmu semoga bermanfaat. Jika carian informasi dan ikut-ikutan dari alam maya sahaja, itu belum mencukupi untuk menilai sejauh mana tokoh-tokoh lain yang tuan sebut tu terjauh dari manhaj salaf yang sebenar....

Saya tak cakap mana yang paling betul, kerana untuk itu perlu berada atas dasar ilmu dan amal yang berlandaskan Sunnah. Sesungguhnya memang ada perbezaan pendapat, dan masing-masing yang berbeza pendapat itu ada hujjah. Selagi hujjah itu berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, sukar untuk kita yang bukan ilmuan untuk melabel tokoh-tokoh agama itu tergelincir dari manhaj yang benar atau tidak...

Jika tokoh yang kita ikut itu yang membuat label kepada tokoh-tokoh lain, itu berdasarkan pengetahuannya. Kita yang mengaku Ahli Sunnah wal Jama'ah, semua mendokong manhaj para sahabat, sedarkah kita para sahabat pun ada waktunya berbeza pendapat? Tak hairan lah zaman terkemudian timbul mazhab-mazhab fiqh, ada yang muktabar sampai ke hari ni, ada yang pupus....

Apabila berlaku beza pendapat, berbalik kepada Al-Quran dan Sunnah. Kalau masing-masing dah berbalik kepada Al-Quran dan Sunnah, masih lagi tak nampak penyelesaian, itu rahmat Allah untuk umat Islam.... ada rukhsah tertentu untuk permasalahan tertentu....

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 05:29 PM | Show all posts
mnm77 replied at 8-10-2019 03:27 PM
Jika tuan bertalaqqi dengan mereka, baguslah... teruskan menuntut ilmu semoga bermanfaat. Jika ...

Contoh saya bagi sedikit: adakah kita boleh berbeza pendapat mengenai beberapa perkara dalam Islam seperti di bawah:

1) menolak hadith Ahad kerana menurut AL Asyairah hadith Ahad tidak memberikan keyakinan kepada akal

2) menolak untuk percaya nuzulnya Imam Mahdi dan Nabi Isa pada masa hadapan seperti HAMKA tulis dalam Tafsir Al Azhar ?

3) mempromosi pemikiran dan akidah Ibn Arabi yang mengatakan 'tak mengapa masuk neraka, kerana lama-lama zat kita akan sebati dengan zat Neraka dan kita akan berasa nikmat juga akhirnya"?

4) mempromosi program Metamorphosis (oleh Afnan Rosli) yang mencampurkan Tasauf Filsafiyah yang di cedok bulat dari Aristotle dan Plato dan ajaran Hindu Buddha serta Taoism, serta mengajarkan ajaran Sadhguru?


5) Yang mutakhir, bagi mengelakkan anak anak muda di USA keluar dari Islam (murtad), maka Yasir Qadhi mereka-reka cerita Yaajuj dan Maajuj mustahil hidup sekian lama dibalik dinding tebal, maka dia kata Yaajuj dan Maajuj akan muncul sebagai zombies pada masa hadapan?



Ya, Sahabat berbeza pendapat, dalam masalah fiqh, tetapi tidak dalam hal hal Aqidah.Kalau boleh hadam yang ini, InsyaAllah awak faham apa yang saya ingin sampaikan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2019 08:14 AM | Show all posts
I think dalam mengaitkan atau membuat kenyataan tentang parasufi ni, lebih baik ada benarnya kalau kita berguru dulu dengan mereka atau individu yang kita yakini  tahap maklumat dan ilmunya dan pengauasaannya dalam topik seperti ini, supaya kita dapat gambaran yang jelas daripada

a) asal usul perkataan sufi tu sendiri daeripada kata akar dan asal kata  yang mana terma atau istilah itu dilabel pada sekumpulan ahli ibadah tertentu

b) searah asal  kelompok ahli ibadah ini  dari zaman rasulullah saw   etc dan ciri ciri depa

c) pemahaman konsep konsep penting macam maqam, macam existence,  etc

d) pandangan tokoh tokoh dalam sektor fiqih , mutakkalimun dan sebagainya dan kritik mereka terhadap  golongan ini


e) peneltian istilah istiilah tertentu yg menjadi kontroersial itu , perlu diasaskan dengan ilmu  dan ni kena belajar  , at least kalau bukan tahap nak jadi Hassan Al Basri pun tapi kita kena belajar memahami  sedikit istilah yg digunakan mereka macam tareqat tu apa makna , actually , dan ini tak dapat tidak dalam majlis ilmu  
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 08:56 AM | Show all posts
Kilokahn replied at 8-10-2019 05:29 PM
Contoh saya bagi sedikit: adakah kita boleh berbeza pendapat mengenai beberapa perkara dalam Islam ...



Memang ada perkara yang boleh ditolak menerusi penjelasan berdalil dari kesepakatan tokoh ilmiah Ulama Islam. Itu tidak menjadikan label utk kata mereka sentiasa ada pada jalan yang salah. Sama juga ada pendapat Ibn Taymiyyah dan Shaikh Ibn Wahhab yang ditolak, dalam hal-hal yang diperselisihkan.

Ya, Sahabat berbeza pendapat, dalam masalah fiqh, tetapi tidak dalam hal hal Aqidah.Kalau boleh hadam yang ini, InsyaAllah awak faham apa yang saya ingin sampaikan.


Sudah tentu dalam masalah Aqidah tauhid, hal ini tidak menjadi perbezaan dalam kalangan sahabat, bahkan dalam orang Islam pun jelas!

Akan tetapi masih ada furu' dan cabang aqidah yang menjadi punca PERBALAHAN sampai tak berkesudahan. Kalau masuk bab ni akan jadi panjang berjela, kena sambung di bebenang lain.

Saya bagi contoh isu: Di mana Allah? Adakah Al-Quran itu makhluk atau tidak? Ini berkaitan aqidah, dan dalam isu ni TIDAK DIKUPAS pada zaman sahabat.

Apabila ada pihak berkeras untuk menyatakan Allah bertempat, hasilnya sampai ada yang memahami seperti menempati tempat ruang di langit, berdasarkan dalil zahir dari Al-Quran dan Hadith, ada juga pihak yang berkeras berdalil dengan Allah tidak bertempat, juga berdalil. Masing-masing mencanang mereka pada pihak yang betul, sedangkan pihak satu lagi tak betul. Ini bukan masalah fiqh, ini masalah aqidah, yang mana para salafussoleh mendiamkan hal ini kerana ia melibatkan Zat Allah. Masalah timbul pada zaman kemudian, bila ada pihak mejelaskan hal ini namun timbul pihak satu lagi membangkang semuanya ada tujuan masing-masing.

Saya harap awak faham point yang saya cuba bawakan. Imam Bukhari (Rah) pun pernah disesatkan pada zamannya, oleh gurunya sendiri, isu Al-Quran itu makhluk atau tidak.

Imam Malik (Rah) membida'ahkan pihak yang bertanyakan makna istiwa (yang membawa maksud secara zahir) kepada Zat Allah. Justeru pihak yang bertegas dalam isu seperti ini akan hadapi masalah perbezaan yang tak berkesudahan.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2019 09:32 AM | Show all posts
mnm77 replied at 9-10-2019 08:56 AM
Memang ada perkara yang boleh ditolak menerusi penjelasan berdalil dari kesepakatan tokoh ilmi ...

ni yg tauhid af 'al ke mnm77?
yg berkaitan existence, subsistence, etc?

essence = zat ke?
lepas tu belum lagi bab accidents , 'arad etc
so bebenda macam ni  u know  berat ...i agree with you ,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 09:47 AM | Show all posts
mnm77 replied at 9-10-2019 08:56 AM
Memang ada perkara yang boleh ditolak menerusi penjelasan berdalil dari kesepakatan tokoh ilmi ...

Kenapa sahabat tak bincang aqidah, kerana mereka sudah pun faham. Sahabatlah yang paling faqih aqidah. Sahabat tidak sibuk sibuk belajar Falsafah Yunani.


Apabila masuknya Ilmu Kalam ke dalam Islam, maka terjadilah kecelaruan aqidah dalam Islam, seperti ingkar Sifat Allah, kedudukan Allah, mehnah Khalak Al Quran, menolak Hadith Ahad.


Mari saya copy artikel di sini, mungkin saya akan buka thread lain juga.

Tajuk: "Penggunaan Ilmu Kalam Dalam Masalah Akidah Adalah Punca Kerosakan Dan Perpecahan Umat Islam."

Sebelum kemasukan falsafah dan ilmu kalam ke dalam dunia Islam, umat Islam bersatu di atas akidah yang benar dan tauhid yang murni. Tetapi setelah zaman penterjemahan kitab-kitab falsafah Yunani yang giat dijalankan pada masa pemerintahan Khalifah al-Makmun dalam kerajaan Abbasiyah, dan kemasukan ilmu kalam ke dalam Islam menjadi faktor-faktor awal perpecahan umat Islam.

Dalam usaha penterjemahan kitab-kitab falsafah Yunani ini, peranan kaum kafir dapat disaksikan dengan jelas bagaimana mereka memainkan peranan penting dalam menterjemah kitab-kitab ini. Antara tokoh penterjemahan dalam kalangan kafir Ahli Zhimmah ialah Yuhanna bin al-Batriq, Ibnu Na'imah Abdul Masih, Tsabit bin Qurrah al-Harrani, Habib bin Bahriz, Zaruba bin Majuh al-Na'imi, Hunain bin Ishaq dan anaknya Ishaq bin Hunain, dan ramai lagi.
[Lihat: Evolusi Gerakan Penyelewengan Dalam Islam, hlm. 37-38. Terbitan: Karya PiS]

Imam al-Suyuthi menyebutkan bahwa al-Makmun meminta buku-buku Yunani kepada raja-raja Nasrani, lalu mereka menyiapkan buku-buku tersebut dan mengirimkannya kepada al-Makmun sambil mengatakan: "Siapkanlah, karena tidaklah ilmu ini masuk pada suatu bangsa kecuali akan menimbulkan kehancuran dan perselisihan para ulamanya."
[Imam al-Suyuthi, Shaun al-Manthiq, Juz 1, hal. 42,43]

Apa yang dikatakan oleh orang-orang Nasrani itu ternyata benar apabila umat Islam menggunakan falsafah dan ilmu kalam dalam mengisbatkan akidah, khususnya dalam berinteraksi dengan nas-nas al-Asma' wa al-Sifat, maka ianya menimbulkan kehancuran dan perselisihan para ulama.

Tauhid al-Asma' wa al-Sifat menjadi syiar Islam dan Ahli Sunnah wal Jamaah Manhaj as-Salaf. Tauhid al-Asma' wa al-Sifat juga menjadi pembeda antara kafir dan mukmin. Disebabkan kesalahan dalam al-Asma' wa al-Sifat menyebabkan kaum Nasrani menjadikan Nabi Isa As sebagai tuhan. Disebabkan kesalahan dalam al-Asma' wa al-Sifat juga menyebabkan golongan musyrik menyembah berhala. Ini kerana mereka jahil akan sifat-sifat Tuhan, dan tersalah di dalam masalah al-Asma' wa al-Sifat menyebabkan mereka menyembah tuhan yang salah.

Adapun di dalam Islam, tauhid al-Asma' wa al-Sifat menjadi pembeda antara ahli sunnah dan ahli bid'ah. Perpecahan di dalam tauhid al-Asma' wa al-Sifat ini antara yang menjadi faktor utama lahirnya banyak firqah-firqah yang sesat lagi menyimpang seperti Jahmiyyah, Qadariyah, Jabariyah, Muktazilah, Musyabbihah, Mujassimah, Mu'athilah dan selainnya. Ini terjadi disebabkan kerana mereka berinteraksi dengan nas-nas al-Asma' wa al-Sifat Allah Swt menggunakan akal falsafah dan ilmu kalam.

Justeru, inilah antara sebab mengapa para imam-imam Salaf terutama Imam Empat Mazhab begitu membenci ilmu kalam dan ahlinya, dan melarang umat dari mendekatinya.

Imam Abu Hanifah tatkala ditanya, "Apa pendapat engkau tentang kalam yang diada-adakan terkait 'aradh dan jism?" [ini selalu diperkatakan oleh ahli kalam termasuklah Asya'irah]. Dia menjawab, "Perkataan-perkataan ahli filsafat, engkau harus mengacu pada atsar dan tuntunan generasi salaf, dan jauhilah setiap yang diada-adakan, kerana itu bid'ah." Ini disampaikan oleh al-Muzhaffar bin Sam'ani dalam bahasan tentang al-Intishar. (Shaun al-Manthiq, hlm. 32)
[Ruj: Akidah Islam Menurut Imam Empat Madzhab, hlm. 369, Prof. Dr. Abul Yazid Abu Zaid al-'Ajami. Terbitan: Pustaka al-Kautsar]

Imam Malik bin Anas, dalam riwayat yang disampaikan al-Harawi melalui Abdurrahman bin Mahdi, dia mengatakan, "Aku menemui Malik saat bersamanya ada seorang yang bertanya kepadanya. Dia mengatakan, 'Tampak engkau termasuk sahabat Amr bin Ubaid, Allah mengutuk Amr, kerana dia mengadakan bid'ah-bid'ah terkait kalam ini. Seandainya kalam itu ilmu, nescaya generasi sahabat dan tabi'in pun membicarakannya, sebagaimana mereka membicarakan tentang hukum dan syariat." (Shaun al-Manthiq, hlm. 33).
[Ibid, hlm. 369]

Imam Asy-Syafie berkata:

"Hukumanku ke atas ahli kalam adalah (mereka) dipukul dengan pelepah tamar dan dibawa naik ke atas unta, serta dibawa keliling serata
lah lalu diumumkan: "Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah lalu menceburi ilmu kalam."
[Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam Sharaf Ashab al-Hadis: 168 (ms. 78), al-Harawi dalam Dhamm al-Kalam: 1142 (4/294-295), al-Muqri' dalam Dhamm al-Kalam (ms. 99), ibn Abd al-Barr dalam Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadlih: 1794 (2/941), al-Bayhaqi dalam Manaqib al-Shafi'i (1/462), dan ibn Hajar dalam Tawali al-Ta'sis (ms. 111)]

"Seseorang bertemu Allah dengan segala dosa kecuali syirik adalah lebih baik berbanding bertemu Allah dengan sekelumit ilmu kalam."
[Diriwayatkan oleh ibn Abi Hatim dalam Adab al-Shafi'i (ms. 137), Ibn Battah dalam al-Ibanah: 662 (2/534-535) dan dalam (kitab yang sama) bahagian al-Qadar: 1881 (2/262), al-Bayhaqi dalam Manaqib al-Shafi'i (1/452) dan dalam kitab al-Qadar: 478, Abu Nu'aym dalam Hilyat al-Awliya (9/111), al-Muqri' dalam Dhamm al-Kalam (ms. 78) dan ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq (51/310)]

Berkata Imam al-Aimmah (imamnya para imam) Ibnu Khuzaimah (pembesar mazhab Syafie) setelah ditanya tentang soal memperihalkan nama-nama dan sifat-sifat Allah:

"Ia satu bid'ah yang mereka ada-adakan. Para imam kaum muslimin dalam kalangan sahabat, tabiin, dan para imam agama ini yang merupakan tokoh-tokoh mazhab umpama Malik bin Anas, Sufyan al-Thawri, al-Awza'i, asy-Syafie, Abu Hanifah, Abu Yusuf, Muhammad bin al-Hasan, Ahmad ibn Hanbal, Ishaq al-Hanzali, Yahya bin Yahya, Abdullah bin al-Mubarak dan Muhammad bin Yahya tidak pernah bercakap tentang perkara tersebut, bahkan mereka melarang daripada mendalaminya dan menunjuki anak-anak murid mereka jalan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu janganlah engkau mendalaminya, atau membelek buku-buku mereka (ahli kalam) sama sekali. Aku memohon kepada Allah agar melindungi kita daripada fitnah ujian yang menyesatkan, baik yang zahir mahupun yang batin."
[Diriwayatkan oleh al-Harawi dalam Dhamm al-Kalam: 1263 (4/387-388), dan al-Muqri' dalam Dhamm al-Kalam (ms. 99-101)]

Adapun Imam Ahli Sunnah, Ahmad bin Hanbal; al-Harawi menyampaikan dalam kitabnya Dhamm al-Kalam, dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, dia berkata, "Ayahku menulis surat kepada Abdullah bin Yahya bin Khaqan dengan mengatakan, 'Aku bukan ahli kalam, dan menurutku kalam sama sekali tidak diperlukan dalam hal ini kecuali yang terdapat dalam Kitab Allah atau dalam hadis Rasulullah Saw. Adapun yang selain itu maka kalam dalam hal ini tidak terpuji'." (Shaun al-Manthiq, hlm. 67, Siyar A'lam An-Nubala', 11/286).
[Ruj: Akidah Islam Menurut Imam Empat Madzhab, hlm. 369-370, Prof. Dr. Abul Yazid Abu Zaid al-'Ajami. Terbitan: Pustaka al-Kautsar]

Jika tidak kerana ilmu kalam, mereka tidak akan menolak Istiwa' Allah di atas 'Arasy. Jika tidak kerana ilmu kalam, mereka tidak akan menolak sifat-sifat Allah Swt seperti Wajah, Tangan, Mata, al-Nuzul, dan sifat-sifat Allah Swt yang lain. Kerana sifat-sifat ini menyanggahi kaedah-kaedah ilmu kalam.

Mungkin ilmu kalam atau mantiq ini berguna jika diletakkan pada tempatnya seperti dalam ilmu fizik (tabiat-tabiat semulajadi atau tabi'iyyat) atau ilmu-ilmu keduniaan yang lainnya. Mungkin juga dalam bidang usul fiqh, ilmu kalam atau mantiq membantu dalam meletakkan kaedah-kaedah. Adapun penggunaan ilmu kalam di dalam akidah khususnya tauhid al-Asma' wa al-Sifat, maka ilmu kalam adalah punca kerosakan yang besar kepada akidah dan perpecahan umat.




Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:51 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 9-10-2019 09:32 AM
ni yg tauhid af 'al ke mnm77?
yg berkaitan existence, subsistence, etc?

Dah semakin masuk topik berat... saya pun agak berat nak sambung topik berat, sebabnya bebanan topik berat ni boleh bawa tak tidur malam...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:02 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 9-10-2019 05:16 PM
Kilokahn replied at 9-10-2019 09:47 AM
Kenapa sahabat tak bincang aqidah, kerana mereka sudah pun faham. Sahabatlah yang paling faqih aqidah. Sahabat tidak sibuk sibuk belajar Falsafah Yunani.

Tidak dipertikaikan hal ini.... IMAN mereka (para sahabat) IMAN yang sahih....

Apabila masuknya Ilmu Kalam ke dalam Islam, maka terjadilah kecelaruan aqidah dalam Islam, seperti ingkar Sifat Allah, kedudukan Allah, mehnah Khalak Al Quran, menolak Hadith Ahad.

Ada dua ekstrim, satu hal ilmu kalam, satu lagi pendapat zahiri. Apabila berada pada sisi pendapat zahiriyyah juga berlaku kecelaruan. Tidak aneh kerana ada tokoh Zahiri, ada juga tokoh ilmu Kalam. Yang bertambah celaru ialah orang awam, dan orang awam yang bukan ahli pula saling label-melabel itu ini kerana ikut tokoh masing-masing....

Jika tidak kerana ilmu kalam, mereka tidak akan menolak Istiwa' Allah di atas 'Arasy. Jika tidak kerana ilmu kalam, mereka tidak akan menolak sifat-sifat Allah Swt seperti Wajah, Tangan, Mata, al-Nuzul, dan sifat-sifat Allah Swt yang lain. Kerana sifat-sifat ini menyanggahi kaedah-kaedah ilmu kalam.

Saya tak pasti adakah kenyataan di atas ini merujuk kepada ahlul kalam tolak ayat Al-Quran? Atau mereka tolak pemahaman zahir dengan takwilan yang tidak boleh diterima pihak yang menentang mereka? Dalam Al-Quran sendiri ada membicarakan tentang ayat mutasyabihat, dan saya lebih cenderung untuk tidak takwil, juga tidak ambil sebagai zahir.

Para sahabat tak sibuk untuk melabel itu ini (mungkin sekarang dikira penting bertujuan menyatakan kesesatan pihak lain yang ditakuti mempengaruhi masyarakat), mereka (para sabahat) lebih sibuk tentang IMAN mereka.... sentiasa memperbaharui IMAN mereka...

WAllahu a'lam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2019 05:19 PM | Show all posts
ni dengaq ni on TSAWWUF zaman Rasullah SAW vs zaman sahabat



Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.085627 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list